1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata: (Ini halaman pemulihan)

Source Of Realization!
"Wajah Pelopor Bintang Pertama Dunia". Ingatlah Pesananku Ini?

Wajah Pelopor Bintang Pertama Dunia”. Ingatlah Pesananku Ini?

1-32= [T= World First Star Forerunner said: (This is a recovery page):

AMARAN= Ini ialah halaman yang terpaksa dicipta semula oleh pengasas DPK setelah gagal menghapuskan keadaan ghaib yang terjadi pada halaman “1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata:” YANG seperti disabotaj dengan mengghaibkannya. Pensabotaj takut dengan nasihat yang terkandung dalam halaman ini? Seperti kelihatan wujud gerakan musuh-musuh atau seteru DPK yang tidak akan berhenti mengganggu saya, website saya (DPK) dan akaun wordpress saya dengan menggodamnya dan mensabotajnya. Letih saya dibuatnya. Malah sambungan internet saya ada yang memutuskan berkali-kali, menghalang saya mengedit blog saya. Sekarang baca maklumat (ADA pindaan) yang telah dighaibkan oleh musuh DPK:

0= Kepada para pembaca & penyokong “Di Persimpangan Kutub”, harap anda dapat menyampaikan “Amanat Pelopor Bintang Pertama Dunia” kepada Imam Mahdi jika anda dipanjangkan umur & diizinkan Allah dapat bertemu dengan khalifah terakhir ini. Jutaan terimakasih jika anda menyampaikan amanat ini [T=To whole readers & supporters on “Di Persimpangan Kutub”, hope you can impart “World First Star Pioneer’s Message” to Imam Mahdi if you still alive & get permission from Allah so that you can meet the last caliph]

1=Kesedaran tanpa keinsafan ialah sia-sia. Keinsafan tanpa istiqamah ialah nasib malang. Istiqamah tanpa rahmatNYA ialah putus-asa. RahmatNYA tanpa syafaat ialah sengsara. Sengsara tanpa akan hilang bekas di dahi ialah terus hidup dan mati berulangan. Terus berulangan demikian ialah kafir dan kekal di neraka tanpa ada noktahnya. [T= At 8.15 ante meridian on Wednesday 25 December 2013 = Realization without repentance is futile. Repentance without stronger faith is bad luck. Stronger faith without God’s favour is frustrated. God’s favour without “SYAFAAT” {= advantages granted by Allah to Prophet Muhammad (p.b.u.h) and other prophets and some “wali Allah” (to be used to help mankind on Judgement Day) } is agony. Agony without sign at forehead will lose is direct alive and dead repeatedly. Direct repeatedly such that is non-believe to Allah and living forever at hell without have its  full stop].

2=Ada seorang sahaja yang kamu paling cintai. Walaupun syurga ditawarkan kepadamu, kamu enggan masuk ke dalamnya sehingga yang seorang itu juga masuk bersamamu [T= Only one person who you most love. Although heaven be bid to you, you averse go into it until that one person go into it with you also]

3=Jika kamu memperhatikan, maka kamu sangat yakin bahawa semua itu bila dikumpulkan semuanya, telah melengkapkan pemikiran. [T= If you inspect carefully, hence you are very sure that whole it when gather, equipped thought]

4=Jika kamu meletakkan tanda-tanda, maka sebahagian tanda-tanda itu telah tidak diperlukan lagi untuk kamu mendapatkannya kerana gugur dengan kekecewaan [T= If you put many sign, hence a part of those sign are not necessary more for you get it due to fall with frustration]

5=Semua yang menyenangkan hatimu terkumpul pada satu benda yang kamu perlu memeliharakannya [T= Whole which cause you heart be cool gather at one thing which you need to nurture it]

6=Terbaik itu ada beberapa: pertama: yang tetap. Kedua: yang kamu hanya tahu selepas kamu dicabut keluar. [T= The best has several: first:  which always the same. Second: which you only know after you be matter about thing pull out]

7=Seorang kafir yang meragukan agamanya, kemudian meminta kepada Tuhan yang sebenar yang dia tidak tahu siapa agar menunjukkan kebenaran, maka sinar kebenaran itu menembus ke akal dan hati dia [T= One non-muslim who doubt about his religion, afterwards ask to a real God who he do not know so that point out he about truth, hence light of the truth penetrate to his mind and heart]

8=Setelah sikafir itu minum 100 botol arak, main judi 100 kali, berzina dengan 100 wanita, membunuh 100 nyawa yang tidak berdosa, kemudian dia menjadi bersih bagai suci hati bayi yang baru dilahirkan. Hanya kerana mengucapkan dua kalimah syahadat?

9=Panjang umur itu dengan amalan yang memanjangkan umur dan dengan amalan yang pahalanya seperti dilakukan oleh orang yang dapat hidup berjuta tahun

10=Di antara tanda-tanda kasih-sayangNYA ialah diberikan kepadamu automatic behaviour

11=Kinetik itu ialah berterusan hingga ….[T=On 2 January 2014, 5.22 am= The kinetic is continuous until ….]

12=dan kamu tidak akan menemui akalmu kecuali dengan pemikiran semula yang berulang-ulang

13=Apabila ketakutan menjadi keberanian, apabila keberanian menjadi ketakutan, apabila ketakutan dalam keberanian, apabila keberanian dalam ketakutan, apabila skala kamu yang menentukan

14=Jika menerima, terimalah dengan mengatakan apa kesudahannya

15=Apabila perkahwinan jadi sebab kamu ke neraka, apabila bujang jadi sebab kamu ke neraka, apabila kamu tidak tahu apa yang tercatat di Lauh Mahfuz

16=Apakah muhasabah kamu itu berkualiti? Apakah kamu akan menghukum dirimu sendiri sebelum Tuhan menghukum engkau? Akhirnya kamu hanya tahu berharap sahaja? Maka, bilakah pengharapan itu jadi pendorong?

17=Tiada dosa bagi orang gila tetapi di sana ada gila yang berdosa

18=Akan hilang kewibawaanmu, akan hilang rasa hormat orang kepadamu, apabila kamu banyak ketawa dan banyak bergurau. Tidak menghairankan jika kepalamu dipijak oleh orang

19=3 sifat asas golongan Di Persimpangan Kutub ialah sifat pendorongan iaitu uzlah, mengharapkan hati semakin bersih dan mencintai kebenaran. Sifat ini mendorong usaha dan mungkin membawa kamu bertemu dengan sensor-sensor kebenaran. Sensor kebenaran atau kaedah DPK ini mendorong kamu berusaha dan menunjukkan kepadamu arah untuk mengesan di mana kebenaran. Apabila kamu telah berjumpa dengan kebenaran itu (prinsip dan siratannya), maka tidak mustahil jika ada kebenaran itu pula menjadi sensor dan menunjuk kamu arah jalan yang betul dan lurus dari persimpangan yang mengelirukan

20=Aku lebih suka diam berfikir daripada berkata-kata dan aku telah menemui kesimpulan-kesimpulan utama kehidupan dalam uzlahku yang luarbiasa [T=ON 5.36am , 2 January 2014= I prefer silent with think than many speak and I discover many main conclusion of living in my extraordinary alone]

21=Aku menemui ketenangan jiwaku dengan melarikan diriku dari manusia[T=On 2 January 2014= I discover my soul calmness by go away from human being]

22=dan sesungguhnya aku meyakini saat ini bahawa Di Persimpangan Kutub itu bukan ajaran agama baru tetapi ialah kesimpulan-kesimpulan terpilih tentang semua tema penting yang harus kamu ketahui, terhasil daripada sensor-sensor yang dianggap menasabah, adil dan waras, yang ku usahakan sedaya-upayaku dalam ketakutan, cemas jika aku terjatuh ke jurang bidaah sesat, menyeleweng dari ajaran ISLAM yang sebenar. Walaubagaimanapun, cintaku terhadap kebenaran , merelakan teguran dan nasihat dan pembetulan serta pembaikian. Mudah-mudahan Tuhan akan menunjukiku arah yang diredhaiNYA. Maka, bangkitlah kamu wahai ulamak Di Persimpangan Kutub, kamu semualah pemimpin sebenar dan terbaik saat ini untuk jadi pemimpin keluarga, masyarakat, taman perumahan, desa, kampong, mukim, daerah, negeri, Negara, jabatan, organisasi, antarabangsa dan alam ini sehingga DATANG Bintang Kedua Dunia!!

23=Manusia membuat peraturan & perundangan serta hukuman dengan akal yang dapat dipecahkan kepada rasa, moral, adat, logic sains, kepercayaan,….tetapi yang lebih tinggi daripada semua itu ialah agama ISLAM TULIN namun ada yang lebih tinggi penilaiannya daripada ISLAM TULIN dalam hal-hal tertentu padahal diredhai juga oleh ALLAH S.W.T iaitu ILHAM iaitu kebolehan mengesan rahsia-rahsia Lauh-Mahfuz

24=Kamu tidak akan mendengar bunyi detikan jam kecuali di tempat sunyi namun kamu tidak akan mendengar bunyi itu walaupun di tempat yang sepi sehingga kamu berada dalam keadaan tenang fikiran dan tenang kalbu atau mengosongkan ingatan iaitu tidak sedang berfikir dan kamu tidak akan meyakini bahawa setiap saat-saat yang membentuk minit itu terlalu berharga untuk mu sehingga kamu tidak akan sanggup menjual saat-saat itu dengan apa juga kecuali apabila datang kecemasan yang terjadi kerana kamu mengabaikan setiap saat dengan kealpaan, derhaka kepada ALLAH dan RasulNYA. Maka, tiada berguna air mata berdarah hingga buta mata kamu?

25= Saya mencipta gagasan DPK yang rumit ini sehingga saya sendiri pun terkeliru & bingung dengan istilah DPK. Terkeliru dan terkeliru dan bingung lagi. DPK datang kepadamu bukan dalam bentuk yang tersurat semata-mata namun dalam bentuk tersirat juga. Yang tersirat ini kamu tidak akan dapat melihatnya melainkan dengan mata akal kamu atau dengan mata akal orang lain. Yang tersirat secara ghaib ini ialah juga siratan lanjutannya.

26=DPK dicipta dengan keupayaannya dapat beredar dengan selesa pada setiap masa, tempat, sejarah, percanggahan, perbalahan hingga ke persepakatan dari perbincangan yang aman, beriffah, tidak menyakiti kerana Gelombang Cinta yang bergerak dengan pernyataan bahawa 51% itu ialah baki setelah ditolak ketidak-tepatan, kesalahan, bidaah haram , sama ada ketika perintis setuju atau bantah atau tidak menunjuk tindakbalas atau sama ada web itu diedit untuk pembetulan atau tidak. Keadaan ini diistilahkan sebagai GELOMBANG CINTA.

Note: Di bawah ialah kata-kata yang ditaipkan pada 20 November 2014 dan selepasnya jika ada:

27= Jika kamu membenarkan PENDIDIKAN mengawal atau mempengaruhi kamu, kamu akan sesat tetapi jika kamu yang mengawal PENDIDIKAN, insya-Allah KAMU akan menemui kebenaran. Kawallah dengan the sensor of the truth. Lagi banyak kamu memiliki sensor of the truth, bermakna keupayaan kamu untuk mencari  & menjumpai kebenaran mungkin dapat dipertingkatkan [T=If you enable EDUCATION control or influence you, you will astray but if you control EDUCATION, insya-Allah YOU will discover the truth. Control with the sensor of the truth. More many you have sensor of the truth, is mean your ability for seek out & discover the truth may get increase]

 

3 thoughts on “1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata: (Ini halaman pemulihan)

  1. […] 52-75%) DENGAN membawa bersama versi 51% (versi pencipta pertama/ versi pencipta asal DPK iaitu saya (=Pelopor Bintang Pertama Dunia). Gagasan DPK juga dinamakan sebagai Bintang Pertama Dunia. Jika ia […]

    Like

  2. […] 1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata: (Ini halaman pemulihan) […]

    Like

  3. […] Falsafah Di Persimpangan Kutub, sebagai the sensor of the truth telah menjumpai jalan penyelesaian mengenai masalah pertentangan, perbezaan dan perbantahan pendapat dalam agama ISLAM melalui sae~*iga, melalui the mind of Root Problem Killer, menerusi Teori Di Persimpangan Kutub, dalam Falsafah penyiasatan yang jujur melalui Bintang Pertama Dunia. […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s