1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata:

Ingatlah Pesananku Ini?

“Wajah Pelopor Bintang Pertama Dunia….” Ingatlah Pesananku Ini?

1=”Kesedaran tanpa keinsafan ialah sia-sia. Keinsafan tanpa istiqamah ialah nasib malang. Istiqamah tanpa rahmatNYA ialah putus-asa. RahmatNYA tanpa syafaat ialah sengsara. Sengsara tanpa akan hilang bekas di dahi ialah terus  hidup dan mati berulangan. Terus berulangan demikian ialah Kafir dan kekal di neraka tanpa ada NOKTAHNYA!”

2= “Ada seorang sahaja yang kamu paling cintai . Walaupun syurga ditawarkan kepadamu, kamu enggan masuk ke dalamnya sehingga yang seorang itu juga masuk bersamamu.”

3= “Jika kamu memperhatikan, maka kamu sangat yakin bahawa semua itu bila dikumpulkan semuanya, telah melengkapkan pemikiran .”

4=”Jika kamu meletakkan tanda-tanda, maka sebahagian tanda-tanda itu telah tidak diperlukan lagi untuk kamu mendapatkannya kerana gugur dengan kekecewaan.”

5=”Semua yang menyenangkan hatimu terkumpul pada satu benda yang kamu perlu memeliharakannya”

6=”Terbaik itu ada beberapa: pertama : yang tetap. Kedua: yang kamu hanya tahu selepas kamu dicabut keluar”

7=”Seorang kafir yang meragukan agamanya, kemudian meminta kepada Tuhan yang sebenar yang dia tidak tahu siapa agar menunjukkan kebenaran, maka sinar kebenaran itu menembus ke akal dan hati dia”

8=”Setelah sikafir itu minum 100 botol arak, main judi 100 kali, berzina dengan 100 wanita, membunuh 100 nyawa yang tidak berdosa, kemudian dia menjadi bersih bagai suci hati bayi yang baru dilahirkan . Hanya kerana mengucapkan dua kalimah syahadat”

9=”Panjang umur itu dengan amalan yang memanjangkan umur dan dengan amalan yang pahalanya seperti dilakukan oleh orang yang dapat hidup berjuta tahun”

10=”Di antara tanda-tanda kasih-sayangNYA ialah diberikan kepadamu “automatic behaviour”

11=”Kinetik itu ialah berterusan”

12=”Dan kamu tidak akan menemui akalmu kecuali dengan pemikiran semula yang berulang-ulang”

13=”Apabila ketakutan menjadi keberanian, apabila keberanian menjadi ketakutan. apabila ketakutan dalam keberanian, apabila keberanian dalam ketakutan, apabila skala kamu yang menentukan.”

14=”Jika menerima, terimalah dengan mengatakan apa kesudahannya? ”

15=”Apabila perkahwinan jadi sebab kamu ke neraka, apabila bujang jadi sebab kamu ke neraka, apabila kamu tidak tahu apa yang tercatat di LOH MAHFUZ.”

16=”Apakah muhasabah kamu itu berkualiti? Apakah kamu akan menghukum dirimu sendiri sebelum Tuhan menghukum engkau? Akhirnya kamu hanya tahu berharap sahaja? Maka, bilakah pengharapan itu jadi pendorong?”

17=”Tiada dosa bagi orang gila tetapi di sana ada gila yang berdosa”

18=”Akan hilang kewibawaanmu , akan hilang rasa hormat orang kepadamu, apabila kamu banyak ketawa dan banyak bergurau. Tidak menghairankan jika kepalamu dipijak oleh orang .”

19=”3 sifat asas golongan Di Persimpangan Kutub ialah sifat pendorongan iaitu uzlah, mengharapkan hati semakin bersih dan mencintai kebenaran. Sifat ini mendorong usaha dan mungkin membawa kamu bertemu dengan sensor-sensor kebenaran. Sensor kebenaran atau kaedah DPK ini mendorong kamu berusaha dan menunjukkan kepadamu arah untuk mengesan di mana kebenaran. Apabila kamu telah berjumpa dengan kebenaran itu (prinsip dan siratannya), maka tidak mustahil jika ada kebenaran itu pula menjadi sensor dan menunjuk kamu arah jalan yang betul dan lurus dari persimpangan yang mengelirukan”

20=”Aku lebih suka diam berfikir daripada berkata-kata dan aku telah menemui kesimpulan-kesimpulan utama kehidupan dalam uzlahku yang luarbiasa”

21=”Aku menemui ketenangan jiwaku dengan melarikan diri ku dari manusia”

22=”Dan sesungguhnya aku meyakini saat ini bahawa Di Persimpangan Kutub itu ialah bukan ajaran agama baru tetapi kesimpulan-kesimpulan terpilih tentang semua tema penting yang harus kamu ketahui , terhasil daripada sensor-sensor yang dianggap munasabah, adil dan waras, yang ku usahakan sedaya-upayaku dalam ketakutan , cemas jika aku terjatuh ke jurang bidaah sesat, menyeleweng dari ajaran ISLAM YANG sebenar. Walaubagaimanapun, cintaku terhadap kebenaran, merelakan teguran dan nasihat dan pembetulan serta pembaikian. Mudah-mudahan Tuhan akan menunjukiku arah yang diredhaiNYA. Maka, bangkitlah kamu wahai ULAMAK Di Persimpangan Kutub, kamu semualah pemimpin sebenar dan terbaik saat ini untuk jadi pemimpin keluarga, masyarakat, taman perumahan, desa, kampong, mukim, daerah, negeri, Negara, jabatan, organisasi, antarabangsa dan alam ini sehingga datang Bintang Kedua Dunia”

23=”Manusia membuat peraturan & perundangan serta hukuman dengan akal yang dapat dipecahkan kepada Rasa, Moral, Adat, Logik Sains, Kepercayaan,….tetapi yang lebih tinggi daripada SEMUA itu ialah AGAMA ISLAM TULIN namun ada yang lebih tinggi penilaiannya daripada ISLAM TULIN dalam hal-hal tertentu padahal diredhai JUGA oleh Allah s.w.t iaitu ILHAM.”

24=”Kamu tidak akan mendengar bunyi detikan jam kecuali di tempat sunyi namun kamu tidak akan mendengar bunyi itu walaupun di tempat yang sepi sehingga kamu berada dalam keadaan tenang fikiran dan tenang kalbu atau mengosongkan ingatan iaitu tidak sedang berfikir DAN kamu tidak akan meyakini bahawa setiap saat-saat yang membentuk minit itu terlalu berharga untuk mu sehingga kamu tidak sanggup menjual saat-saat itu dengan apa juga kecuali apabila datang kecemasan yang terjadi kerana kamu mengabaikan setiap saat dengan kealpaan , derhaka kepada Allah dan rasulNYA. Maka, tiada berguna air mata berdarah hingga buta mata kamu?”

One thought on “1-32=Pelopor Bintang Pertama Dunia Berkata:

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s