Dituduh Meraba….< Penyaring Nostalgia


Lelaki india  itu buat-buat muka bodoh....

Lelaki india itu buat-buat muka bodoh….

BeginilahYangTerjadiJika ITU (LUCAH) yangterjadi

BeginilahYangTerjadiJika ITU (LUCAH) yangterjadi

Ini kisah benar. Saya tidak ingat bila terjadi peristiwa ini. Adakah saya telah memiliki kereta ketika itu atau belum? Saya ketika itu sedang duduk di tempat menunggu bas. Duduk di bangku . Ketika itu, di sebelah kanan saya ialah seorang wanita tua (melayu) duduk di sebelah saya. Saya anggarkan umur dia hampir 70 tahun atau lebih sedikit dari itu. Di kanan wanita tua itu , seorang lelaki india duduk di bangku itu. Umur india ini mungkin 25 atau 30 atau lebih 30 tahun. Di sebelah kanan india ini, dua orang wanita melayu yang muda duduk. Tiba-tiba makcik itu dengan rupa marah memandang saya sambil berkata: ” Kenapa raba ponggong orang ?” (=Kenapa raba ponggong saya?). Saya hairan. Bila masa saya meraba ponggong dia? Yang saya tahu, kedua-dua tangan saya terletak di hadapan saya, di atas kedua-dua peha saya (saya sedang duduk di bangku itu). Saya tidak meraba dia. Saya rasa marah sedikit kerana dituduh begitu tetapi saya tidak menampakkan kemarahan saya. Saya bertanya kepada makcik itu, “Kenapa makcik?”

Setelah saya bertanya itu, makcik itu segera menoleh kepala dia ke sebelah kanan dia. Makcik itu memandang lelaki india itu. Makcik itu segera berdiri dan dengan marah bertanya kepada lelaki india itu, “Kenapa raba ponggong orang?” Aneh, lelaki india itu tidak memandang sedikitpun ke arah makcik itu. Dia duduk sambil hanya memandang ke hadapan. Tidak menjeling ke kiri dan ke kanan pun. Diam sahaja. Seolah-olah tidak tahu apa yang terjadi. Seolah-olah tidak mendengar kemarahan makcik itu. Lelaki india itu buat-buat pekak, buta dan bodoh. Dua orang wanita melayu yang muda juga berdiri dan menjauh diri dari lelaki india itu sambil mereka tersenyum-senyum memandang lelaki india itu. Bimbang jika mereka kena raba pula. Makcik itu bertanya kepada lelaki india itu adakah lelaki itu hendak kena pukul dengan kasut (yang dipakai makcik itu) sambil makcik itu menanggalkan satu kasut( kalau tak silap kasutlah, bukan selipar) dan menggayakan hendak memukul kepala atau muka lelaki india itu dengan kasut.

Tuan-puan tahu apa tindakbalas lelaki india itu? Makcik itu dibelasah dengan teruk oleh lelaki india itu??? Oh no! Oh tidaklah!!! Lelaki itu tetap macam patung. MEMANDANG ke hadapan. Wajah lelaki india itu tenang sahaja. Badan lelaki india itu memang gempal. Dia bermisai lebat. Saya masih duduk di bangku itu. Hati saya memang tidak gembira tentang peristiwa yang terjadi di hadapan mata saya. Makcik itu berdiri sahaja. Menjauh diri dari lelaki india itu. Benarlah pendapat yang mengatakan nafsu tidak mengenal usia. Bahkan memang ada berita mengatakan orang tua dirogol. Benarlah bahawa agama Islam itu, jika melarang sesuatu ada hikmah dan rahsia yang tidak dapat difahami oleh sesetengah orang. Bila Allah larang berikhtilat, tentu ada sebab menasabah. Bila lelaki dan wanita duduk di satu tempat seperti perhentian bas ini, bermakna berlaku ikhtilat. Maka bermacam-macam perkara tidak baik mungkin terjadi seperti raba ponggong itu. Semoga Tuhan memaafkan saya . Kerajaan patut letak papan tanda yang bercetak ” AWAS PERABA PONGGONG!!”  di tempat awam seperti perhentian bas??? Di Malaysia telah ada wanita melayu dikatakan dirogol dalam bas dan dibunuh. Ada pula akhbar yang pernah melaporkan bahawa di India, wanita-wanita india yang menaiki bas sering jadi mangsa rabaan seperti kemaluan mereka diraba dalam bas.

Sepatutnya bas juga menyediakan ruangan laluan dan tempat khas untuk wanita? Misalnya, jika bas itu dua tingkat. tingkat pertama untuk wanita sahaja. Konduktor bas untuk tingkat pertama ialah wanita sahaja? Tingkat atas untuk lelaki sahaja. Kalaulah boleh, ada bas khas untuk wanita sahaja dan bas khas untuk lelaki sahaja. Ada perhentian bas dan teksi untuk wanita sahaja. Dan ada perhentian bas dan teksi untuk lelaki sahaja. Kes dirogol oleh pemandu teksi telah banyak terjadi. Ada wanita menjadi pemandu kereta sewa atau pemandu teksi. Tidak mustahil jika terjadi pemandu teksi pula kena rogol.

Malah pernah dilaporkan oleh akhbar pemandu teksi menggunakan peralatan tertentu yang dipasang dalam teksi agar dapat melihat buah dada penumpang. Perbuatan berasmara dalam bas padahal mereka bukan suami-isteri, tiada akad nikah juga tidak mustahil terjadi dalam kenderaan awam seperti bas. Syaitan sentiasa ada di mana-mana, sentiasa mengikuti manusia.

cermingelap.Taknampakmaksiatdidalamnya?

cermingelap.Taknampakmaksiatdidalamnya?

TetapdianggapberkhalwatdalamteksiWalaupunteksiyangtiadabumbung?

TetapdianggapberkhalwatdalamteksiWalaupunteksiyangtiadabumbung?

Jika anda wahai wanita, ingin selamat daripada menjadi mangsa rogol, banyak yang anda mampu buat. Contohnya, membeli alat penyembur mata (alat khas untuk menyembur mata penjahat). Cosway ada jual ini. Sekarang tidak tahulah jika telah tiada dijual lagi. Mungkin juga undang-undang tidak lagi membenarkan alat seperti itu dijual atau digunakan. to menu.

2 thoughts on “Dituduh Meraba….< Penyaring Nostalgia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s