Hanya Ayat Punca Tewas > Oleh Panji-Panji Halimunan


IngatlahBilaUmatISLAMmenderhakaKepadaALLAH,TuhanAkanmemberiKemenanganKepadaMusuhIslam&Syaitan

JikaderhakaKepadaALLAH,TuhanAkanberiKemenanganKepadaMusuh

Nabi Muhammad biasa menyertai peperangan. Beliau selalu berada di barisan hadapan. Dikatakan baginda biasa dengan kekalahan dalam peperangan dan biasa juga mendapat kemenangan. Ada pendapat dalam Islam mengatakan sesiapa yang lari dari medan jihad (peperangan) dengan sengaja untuk mengelakkan diri , tidak terus berperang, maka hukumnya murtad kecuali jika mereka berundur kerana untuk membina kekuatan semula untuk menyerang semula. Umat Islam mempunyai rahsia-rahsia kemenangan yang istimewa yang jika diketahui oleh orang bukan Islam , mereka (orang kafir) tidak akan dapat memilikinya juga “senjata rahsia” itu. Walaubagaimanapun, terdapat banyak sebab yang dapat mengakibatkan kekalahan tentera ISLAM.

Jika merujuk sejarah ISLAM, kekalahan tentera ISLAM , antaranya berpunca :

1= Tamak harta rampasan peperangan.

2= Menderhaka kepada Nabi Muhammad s.a.w

3=Perasaan bangga atau kagum

4=Kelemahan Kerajaan Islam dalam pentadbiran

5= Umat Islam membantu orang kafir menentang saudara seagamanya (ISLAM)

Walaubagaimanapun, sebab terbesar kelemahan dan kekalahan tentera ISLAM ialah kerana latifah rabbaniah mereka telah rosak. Kerosakan latifah rabbaniah mempunyai pelbagai sebab, contohnya:

1= JAHIL

2= Salah -faham tentang konsep ISLAM

3=Berbidaah sesat

4=Makan dan minum yang haram atau makan-minum sesuatu yang diperolehi dari sumber haram atau syubahat (= yang diragui kehalalannya)

5=Cinta kepada dunia

6=Takut mati

Nabi Muhammad pernah bersabda yang bermaksud bahawa umat ISLAM itu banyak di dunia tetapi mereka dalam kelemahan kerana ditimpa penyakit cinta dunia dan takut mati. Kalau diperhatikan, ramai yang dewasa dan dah tua bersolat tetapi solatnya tidak sempurna atau tidak betul. Ramai yang sembahyang macam ayam mematuk tanah. Maksudnya solatnya laju sangat hingga mustahil tama’ninah dilakukannya padahal tama’ninah itu salah-satu syarat sah /rukun solat.  Orang yang dah di rakaat ke 3 tidak dapat lebih dahulu selesai solat dari orang yang baru datang bersolat sebab yang baru datang solat ini buat solat itu macam SOLAT RALI  macam kereta rally atau kereta lumba pula.

JIHAD1JIHAD2JIHAD4JIHAD3

Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa Doa itu adalah senjata orang mukmin. Dalam peperangan Badar, nabi Muhammad bimbang umat ISLAM akan pupus kerana jumlah tentera musuh ISLAM jauh lebih ramai berbanding tentera ISLAM yang hanya beberapa ratus sahaja. Justeru, nabi Muhammad terus-menerus melakukan solat hajat memohon Allah membantu orang ISLAM. Dalam doa beliau, baginda mengatakan yang bermaksud tiada lagi orang yang akan menyembahNYA jika umat ISLAM kalah dalam peperangan ini. ALLAH mengabulkan doa baginda Rasulullah s.a.w. Dikatakan sebelum pedang mengenai musuh, kepala musuh itu telah pun terpenggal atau terpotong. Kenapa? Kerana tentera ghaib dari langit telah diturunkan. Malaikat-malaikat yang menjelma menjadi tentera ISLAM turut bersama orang Islam membunuh orang-orang kafir. ORANG ISLAM MENANG DALAM PEPERANGAN BADAR, PEPERANGAN PERTAMA UMAT ISLAM.

Pada waktu sujud dalam solatlah, waktu yang manusia paling hampir dengan TUHANNYA.

Pada waktu sujud dalam solatlah, waktu yang manusia paling hampir dengan TUHANNYA.

KIBARAN PANJI-PANJI IMAM MAHDI PESONA MANUSIA

KIBARAN PANJI-PANJI IMAM MAHDI PESONA MANUSIA

ADAorangkatabekalanminyakduniaAkanhabisDanmanusiaterpaksaberperangGunaKudaSemula.....

ADAorangkatabekalanminyakduniaAkanhabis,terpaksaberperangGunaKudaSemula

BintangIRINGAN?

BintangIRINGAN?

Jihad bukanlah keganasan kerana jihad ialah tindakan mempertahankan diri dan memelihara hak, mengambil semula hak, memelihara keadilan. Justeru , jihad menjadi kewajipan dan ibadat yang sangat besar pahalanya. Pahalanya ialah syurga untuk yang mati syahid. Walaubagaimanapun, jika kelihatan mati syahid tetapi ada hutang sesen tak bayar, maka mayatnya akan disiksa juga dalam kubur. Tindakan orang Islam yang berani mati dengan meletakkan bom pada tubuhnya untuk memusnahkan musuh bukanlah mati syahid . Itu bunuh diri namanya. Hukum bunuh diri ialah MURTAD/TERBATAL KEISLAMANNYA. Lebih haram lagi bila tindakan meletupkan diri itu ditujukan kepada orang awam dari bangsa tentera musuh ISLAM yang tidak bersenjata dan tidak pula pernah terlibat menyerang orang ISLAM.

Jumlah lebih ramai bukanlah faktor sebenar kemenangan, malah kekalahan dapat terjadi hanya kerana perasaan bangga atau kagum. Hanya kerana ayat yang menyatakan kekaguman terhadap bilangan tentera ISLAM yang lebih ramai daripada tentera musuh. Hal seperti ini pernah berlaku dalam sejarah. Seorang tentera Islam menyatakan sesuatu tentang jumlah tentera ISLAM yang lebih ramai daripada tentera musuh . Maka nabi Muhammad menasihatinya , tidak boleh kagum dan bangga. Akibat kekaguman itu , tentera ISLAM telah kalah dalam peperangan tersebut. Nabi Muhammad mengatakan punca kekalahan itu adalah kerana ayat kekaguman yang dinyatakan oleh sipengkagum.

Ada beberapa perkara yang diberitahu rasulullah s.a.w mengenai sifat-sifat yang menyebabkan amalan tidak diberikan pahala oleh ALLAH S.W.T IAITU SEPERTI:

1= Ujub’ atau kagum pada diri sendiri. Disangka dirinya hebat  dan baik.

2= Takabur atau sombong

3=Mengumpat

4=Tidak ikhlas

Kelemahan diri sendiri iaitu tidak dapat mengawal nafsu punca kerosakan jiwa dan hati. Kerosakan hati yang baik ialah punca utama kekalahan di medan perang jihad fisabilillah. Jihad kecil ialah jihad menentang manusia yang menderhaka kepada Allah. Jihad yang terbesar ialah peperangan terbesar iaitu menentang diri sendiri iaitu menentang nafsu-nafsu jahatnya!!! Bukanlah orang yang dikatakan kuat itu orang yang kuat bergusti tetapi orang yang kuat menentang dirinya sendiri. BACK TO MENU.

 

2 thoughts on “Hanya Ayat Punca Tewas > Oleh Panji-Panji Halimunan

  1. […] sebuah bukit yang mempunyai saluran keluar air jernih bersih dalam lapisan tanah bukit itu. Air itulah yang digunakan untuk minum, mandi, memasak air, memasak makanan. Air lapisan tanah bukit. Arkitek […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s