PantunDinodai>Lipur-lara Waris Tamingsari


Pantun mempunyai ciri khas tetapi ciri khas ini telah “dicabuli, dinodai” hingga rosak dan tidak layak dipanggil sebagai pantun sebenar. Ramai yang tidak menyedari hal ini. Jarang ada pantun sebenar dicipta.

Pantun sebenar mempunyai sifat berikut:

1= Bahagian Pembayang maksud dan bahagian maksud

2=Bunyi sukukata tengah pada tiap ayat pertama pada bahagian pembayang mestilah dapat dianggap sama dengan sukukata tengah pada tiap ayat pertama bahagian maksud.  Bunyi sukukata tengah pada tiap ayat kedua pembayang maksud dapat dianggap sama dengan bunyi sukukata tengah pada tiap ayat kedua bahagian maksud. Begitulah seterusnya, tengah ayat ke 3 pembayang sama dengan tengah ayat ke 3 bahagian maksud dan seterusnya ayat ke 4, ke 5, …… sama dengan tengah bahagian maksudnya.

3=Bunyi sukukata hujung pada perkataan terakhir tiap baris dalam pembayang sama dapat dianggap sama bunyi dengan sukukata hujung pada perkataan terakhir tiap baris dalam bahagian maksud

Penodaan terjadi bila ciri bunyi sukukata tengah tidak dilakukan oleh ramai yang berpantun. Contoh pantun yang mempunyai sifat yang sempurna:

Anak Benggali kuat melancap

Anak Cina kuat apa pula?

Biar hati suka kitab

Allah saja kita puja

Di atas ialah contoh pantun 4 baris (bermakna 2 baris pertama ialah pembayang maksud, 2 baris terakhir ialah bahagian maksud). Sukukata tengah “li” pada perkataan “Benggali” sama dengan bunyi dengan sukukata tengah “ti” pada perkataan “hati” (baris ke 3 pantun). Bunyi sukukata tengah baris ke 2 pembayang maksud iaitu “na” pada perkataan “Cina” dapat dianggap sama dengan bunyi sukukata tengah pada baris ke 4 iaitu “ja” pada perkataan “saja”. Bunyi sukukata akhir pada perkataan akhir pada baris pertama iaitu “cap” pada perkataan “melancap” dapat dianggap sama dengan bunyi sukukata akhir pada perkataan terakhir baris ke 3 iaitu “tab” pada perkataan “kitab”. Bunyi sukukata “la” pada perkataan terakhir baris kedua iaitu “pula” dapat dianggap sama dengan bunyi sukukata terakhir pada baris terakhir iaitu “ja” pada perkataan “puja”.

Untuk memudahkan mencipta pantun, cuba menyediakan bahagian maksud terlebih dahulu sebelum bahagian pembayang. Katakan, kita hendak mencipta pantun 6 baris. Bermakna 3 baris ialah bahagian pembayang maksud. Tiga baris lagi ialah bahagian maksud. Katakan kita hendak bina bahagian maksud itu begini:

Allah Maha Kasih Allah Maha Penyayang

Maka jangan asa kita putuskan pula

Terus berusaha terus bertawakkal

Dapatkah anda mencipta pembayang bagi tiga baris maksud di atas? Pantun yang baik ialah tiap baris dalam pembayang maksud seperti menceritakan hal yang berkaitan , seperti juga tiap baris dalam bahagian maksud  ada perkaitan . Pantun yang baik juga hendaklah tiap baris bahagian pembayang maksud sama atau hampir sama atau boleh dianggap sama panjang bilangan sukukatanya dengan bilangan sukukata bahagian maksudnya atau sekurang-kurangnya tidaklah sampai keindahan bunyi yang lahir dari tiap perkataan itu hilang “kemerduannya”.

Marah tapi kasih jualah maka tenang

Maka jangan murka jangan derhaka

Terus mulia perkuatkan akal

AAAA… di atas inilah pembayang maksud yang saya cipta. Sekarang kita gabungkan pula seperti di bawah:

Marah tapi kaSIH jualah maka teNANG

Maka jangan murKA  jangan derhaKA

Terus muLIA perkuatkan aKAL

Allah maha kaSIH Allah Maha PenyaYANG

Maka jangan aSA  kita putuskan puLA

Terus berusaHA terus bertawaKAL

Pantun lapan baris pula?  Emmmm apa ya. Cari dulu bahagian maksud:

Nabi sayang uMAT maka nabi menaNGIS

Nabi didik uMAT maka nabi berkhutBAH

Nabi benci syaiTAN maka nabi lontar baTU

Syaitan lari kesakiTAN terkena baTU

Ada kitab yang saya baca mengatakan nabi pernah ketawa kerana syaitan lari kerana terkena lontaran batu yang dilempar oleh nabi Muhammad s.a.w. Ada dikatakan juga bahawa nabi Muhammad pernah menangis memikirkan nasib wanita di akhirat kerana penghuni neraka yang paling ramai ialah wanita.

Sekarang marilah kita cipta bahagian pembayang maksud bagi  4 baris maksud di atas. Dapatkah anda menciptanya?

Hati jalang beruLAT bagai tahi naJIS

Hati adik MaMAT bagai suci inDAH

Hati kami godaAN bikin kami degil selaLU

Iman kami beriMAN tapi kerap laYU

NAH, sekarang kita gabungkan :

Hati jalang beruLAT bagai tahi naJIS

Hati adik MaMAT bagai suci inDAH

Hati kami godaAN bikin kami degil selaLU

Iman kami beriMAN tapi kerap laYU

Nabi sayang uMAT maka nabi menaNGIS

Nabi didik uMAT maka nabi berkhutBAH

Nabi benci syaiTAN maka nabi lontar baTU

Syaitan lari kesakiTAN terkena baTU

PANTUN 10 BARIS PULA? Emmm……….. cari 10 baris:

Nabi Adam kahwin dengan Hawa

Nabi Sulaiman kahwin dengan Balqis

Nabi Muhammad kahwin dengan Khadijah

Nabi Muhammad banyak isteri

Bukan kerana nafsu yang tidak terkawal

BAIKLAH, SEMUA DI ATAS ITU IALAH BAHAGIAN MAKSUD. Lengkapnya begini:

Bini ingin cinCIN dengan permaTA

Isteri teman iNGIN hiasan keRIS

Bini MamadKAH ingin beli purDAH?

Bini AhMAD hendak kuaLI

Jangan boros selaLU nanti otak beBAL

Nabi Adam kahWIN dengan HaWA

Nabi Sulaiman kahWIN dengan BalQIS

Nabi Muhammad KAHwin dengan KhadiJAH?

Nabi MuhamMAD banyak isteRI 

Bukan kerana nafSU yang tidak terkaWAL

percayaKerisAdaKuasaDapatMenyebabkanSYIRIK.

percayaKerisAdaKuasaDapatMenyebabkanSYIRIK.

klik homepage

 

2 thoughts on “PantunDinodai>Lipur-lara Waris Tamingsari

  1. […] jadi rumah dia sejak 7 tahun lalu. Pokok itu terletak di tepi sebuah bukit yang mempunyai saluran keluar air jernih bersih dalam lapisan tanah bukit itu. Air itulah yang digunakan untuk minum, mandi, […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s