Rahsia Di Sebalik Menahan Yang Buruk > Tinta Emas 7 Samudra


BARANG LAMA OHBANGLO USANGBARANG LAMABARANG LAMAABARANGLAMALAGIBARANGLAMALAHBARNGLAMA

Berdasarkan pengalaman sendiri, memang barang yang dianggap tidak berguna lagi itu ada gunanya tetapi kegunaannya tidak diketahui kecuali setelah menyimpannya dalam tempoh yang tidak tertentu. Namun memang ada barang yang kita yakin tidak perlu menyimpannya, lupus sahaja atau bakar, musnahkan.

Bagaimana melupusi? Mungkin barang itu anda sedekahkan atau jual murah. Mungkin anda buka bahagian dan aksesorinya untuk digunakan, lebihannya anda musnahkan atau tanam. Jangan tanam bahan kimia di tempat yang tidak sesuai kerana botol itu mungkin retak akibat tekanan bumi seperti gegaran yang terhasil oleh gerakan lori besar atau treler. Jika retak dan pecah, cairan kimia itu mungkin mengalir ke lapisan tanah berikut dan meluas alirannya dengan ada hujan. Jika tanaman sayuran anda berdekatan dan akar tanaman itu minum air dalam bumi yang telah bercampur kimia merbahaya itu…..maka selamatkah?

Anda mungkin dapat mengubahsuai barangan lama sehingga menyebabkan anda tidak jadi membuangnya kerana ternyata dapat digunakan untuk tujuan lain pula. Bagaimana jika anda ada kereta buruk yang anda rasa nak buang lupus saja sebab sukar dapat alatganti, tambahan pula kereta buruk itu kereta import buatan zaman dulu? Ada orang berpendapat kereta buruk seperti itu dapat digunakan untuk memandu dalam kawasan kebun kelapa sawit sahaja untuk mengambil kelapa sawit (dimasukkan ke dalam kereta) walaupun insuran dan road tax untuk kereta itu telah mati. Setuju? Bukankah ini tetap kesalahan? Untuk melupuskan kereta perlu isi borang pelupusan di Jabatan Pengangkutan Jalan. Selepas dilupuskan, anda boleh jual kereta anda itu kepada syarikat kitar semula .

Barangan letrik yang rosak yang tidak ekonomi diperbaiki? Dijual mungkin tak laku. Jika terjual pun, jadi kaya? Anda mungkin menyimpannya untuk mempelajari teknologi elektrik. Jika anda ada komputer lama yang tidak ingin digunakan, buka bahagian itu dan cuba fahamkan bahagian dalamnya, bagaimana berfungsi dan lain-lain. 

Jika anda ada buku-buku lama, buatlah ringkasan . Kemudian anda boleh jual buku itu di kedai yang sanggup beli buku-buku lama. Buku-buku itu akan ditimbang untuk menentukan harga bayaran yang anda boleh terima. Jika enggan jual, sedekahkan buku itu ke perpustakaan awam, perpustakaan masjid atau lainnya.

Jika anda ada baju lama yang tidak ingin dipakai lagi, mungkin anda gunakannya sebagai pengelap atau anda letakkan di lantai dapur yang selalu basah kerana berdekatan singki.

Buah – buah kelapa yang telah rosak, tidak laku dijual tetapi anda boleh gunakan sebagai bahan penghidup api. Harga minyak gas bukan murah. Bagaimana tentang bata-bata (lebihan) dan papan kayu lama? Anda mungkin menggunakan untuk membuat binaan tempat pembuangan sampah di belakang rumah anda.

Barangan lama yang anda anggap membazir mungkin dapat menjadi sebagai “alat ganti”. Contohnya anda beli handset murah. Bila mampu, anda beli pula handset mahal. Yang murah itu anda jarang gunakan. Simpan sebagai barangan kecemasan iaitu jika handset mahal anda rosak, hilang atau dicuri.

Mungkin tiada orang yang ingin membeli botol-botol kosong yang anda kumpulkan di belakang rumah anda. Barangan lama ini juga mungkin tidak dikehendaki oleh kilang kitar semula. Sesetengah orang yang kreatif, mungkin dengan ilmu keseniannya membuat hiasan dalam botol itu untuk dijual sebagai barangan hiasan. Adakah ini baik?

Barangan lama, tanggalkan skru dan bahagian tertentu yang boleh digunakan sebelum dibuang. Tayar yang sudah rosak, jangan dibuang begitu sahaja. Jangan pula dijual (terutama kepada kilang tayar yang mampu membuat tayar tiruan dengan membaiki tayar yang agak haus). Jadikan tayar itu sebagai alat penghidup api untuk membakar sampah dengan meletakkan tayar itu di atas sampah dan membakar tayar itu dengan menggunakan sedikit minyak gas yang dipancutkan ke tayar itu. Tayar itu sangat cepat menghasilkan api yang besar dan tinggi.

Berus gigi lama? Ini boleh dijadikan sebagai pencuci celahan keyboard laptop anda. Jadi anda tak perlu beli alat pencuci khas celahan keyboard yang memang ada dijual.

Bagaimana tentang kunci-kunci dan mangga pelbagai jenis yang anda tidak ingin gunakan kerana berkarat atau kerana dah cacat atau kerana anda ada mangga dan kunci yang lebih berkualiti??? Jangan jual kepada syarikat tukang kunci. Anda mesti sedar bahawa sekarang telah lama wujud perbuatan yang tidak baik, yang boleh dianggap sebagai jenayah kunci salinan. Ada terjadi bila seseorang meminta tukang kunci membuat salinan kunci, tukang kunci enggan buat kunci salinan dengan mesin pembuat kunci tetapi terus memberikan kunci baru yang sama bentuk, sama jenis dengan kunci yang anda minta tukang kunci buat salinannya. Tindakan ini tentu dapat membantu kegiatan penceroboh rumah. Penceroboh rumah mungkin membeli kunci-kunci yang dianggap mungkin sama jenis dengan kunci yang digunakan oleh pemilik rumah yang mereka ingin ceroboh. Tindakan tukang kunci ini haruslah ditegah. Tukang kunci harus buat salinan sebanyak yang diminta oleh pelanggan. Jika ada lebihan dan itu sebenarnya dibeli oleh tukang kunci daripada kilang kunci, maka kilang kunci dan tukang kunci turut menggalakkan pencerobohan rumah. Perlu wujud akta menghalang tukang kunci menjual kunci yang dia yakin memang ada orang memiliki bentuk dan jenis kunci seperti itu di kawasannya atau di kawasan yang berhampiran dengan kawasan terletak kedainya. Mungkin tidak salah jika jual lebihan sebanyak satu atau dua sahaja?

Kunci-kunci lama yang anda tidak perlu dan tidak ingin gunakan lagi hendaklah anda musnahkan kecuali mangga lama dan kunci lama itu anda sedekahkan kepada ahli keluarga anda.

Go Back To Menu

2 thoughts on “Rahsia Di Sebalik Menahan Yang Buruk > Tinta Emas 7 Samudra

  1. […] sebatang pokok yang sangat besar, yang jadi rumah dia sejak 7 tahun lalu. Pokok itu terletak di tepi sebuah bukit yang mempunyai saluran keluar air jernih bersih dalam lapisan tanah bukit itu. Air […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s