Natijah Dari Sifat Jahat Tertua?> Oleh Sinaran Iffah


Apakah sifat jahat paling tua? Saya beri anda masa untuk menjawabnya:

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

Empat saat

Lima saat

Enam saat

Tujuh saat

Lapan saat

Sembilan saat

Sepuluh saat

Ya . Sombong. Angkuh. Takbur. Berdasarkan al-quran, barulah tahu bahawa sifat sombong itulah yang jadi jenayah pertama makhluk berakal. Apabila Allah memerintahkan malaikat sujud kepada nabi Adam, malaikat patuh tetapi Azazil yang menjadi ketua malaikat enggan sujud. Allah tanya kenapa Azazil enggan sujud. Azazil berkata bahawa diri dia lebih baik kerana dijadikan daripada api sedangkan nabi Adam dijadikan daripada tanah. Allah murka dan menghukum Azazil sebagai murtad. Azazil dihalau dari syurga. Maka wajah Azazil yang cantik molek itu tiba-tiba berubah menjadi hodoh. Maka sakitlah hati Azazil. Kerana itu dia bersumpah akan menyesatkan seluruh keturunan Adam dan kata dia kepada Tuhan, nescaya Kau (Allah) melihat hanya sedikit manusia yang beriman , yang soleh dan solehah.

Kerana penderhakaan Azazil, dia digelarkan sebagai IBLIS. Iblis dihalau ke dunia. Maka iblis pun turun bersama pengikutnya yang terdiri daripada golongan jin kafir dan jahat. Mereka turun ke dunia ini sambil bersiul-siul. Sebab itu orang Islam dilarang bersiul-siul. Haram. Tempat yang mula-mula dikunjungi iblis ialah laut. Iblis membina istananya di laut. Di tempat yang ghaib. Mungkinkah peristiwa tragedi di zon yang digelarkan sebagai zon Tiga Segi Bermuda ada kaitan dengan zon istana Iblis??? Adakah iblis telah memerintahkan tenteranya agar membinasakan kapal, kapalterbang dan apa juga yang menghampiri zon istananya kerana pencerobohan di dekat situ ditegah IBLIS???? 

Sombong bermaksud merasa diri lebih sempurna, lebih baik sambil merasa hina dan jijik terhadap orang yang dianggap lebih rendah taraf dan kedudukannya daripada dia. Menganggap orang yang lebih rendah itu tiada keistimewaan tersendiri atau tidak mungkin mampu jadi lebih baik daripadanya. Menganggap kelebihannya tidak dapat berkurangan nilainya atau tidak boleh dimusnahkan. Percikan sifat yang terhasil dari sifat kesombongan itu ialah seperti kebanggaan, merasa megah.

Sifat sombong juga menghasilkan pelbagai personaliti lain sebagai natijah daripada kesombongan. egolahegoisegoegolagi

Seseorang yang sombong akan menghidap penyakit hati yang lain. Contohnya, kerana wujud kesombongan, dia akan bersifat diktator. Suka memerintah orang kerana dia rasa diri dia sahaja yang betul dan pandai. Justeru, orang lain mestilah mentaati dirinya. Itulah pendapatnya. Ketika umat nabi Musa bertanya siapakah orang yang paling pandai. Nabi Musa menjawab diri beliaulah yang paling pandai. Kerana itu, Allah mendatangkan Khidir kepada beliau . Ada yang mengatakan Khidir bukan nabi, cuma seorang wali Allah. Tak pastilah yang mana betul. Khidir datang untuk menguji kepandaian nabi Musa. Nabi Musa diminta jangan bertanya tentang apa yang dilakukan Khidir. Nabi Musa mengikuti ke mana Khidir pergi dalam ujian-ujian itu. Khidir telah membunuh seorang kanak-kanak DAN macam-macam perbuatan pelik yang dilakukan beliau, MENYEBABKAN nabi Musa bertanya dan melaranginya. Tetapi Khidir enggan beritahu sebab sehingga semua ujian itu telah dilalui  oleh Musa. Nabi Musa ternyata gagal dalam ujian itu. Kerana ternyata perbuatan Khidir itu diredai oleh Allah . Justeru, barulah nabi Musa menyedari bahawa ada orang yang lebih pandai daripada dia setelah Khidir memberi sebab-sebab mengapa dia melakukan perkara-perkara pelik yang dianggap sebagai haram oleh nabi Musa. Contohnya, kanak-kanak itu dibunuh oleh Khidir kerana kanak-kanak itu akan menderhaka kepada ibubapa dia bila dewasa. Jadi , supaya kanak-kanak itu tidak masuk ke neraka, maka Khidir membunuhnya.

Jika seseorang itu sombong dengan kecantikan pula, apa akibatnya? Sifat sombong begini menyebabkan terjadi sifat suka melaram, suka bersufur, suka berikhtilat dengan yang bukan muhrimnya, suka bertabaruj. Sifat berikhtilat ini pula menghasilkan sifat suka berkhalwat. Sifat berkhalwat ini pula menghasilkan sifat perzinaan pula.

Jika seseorang itu sombong dengan kekuatan tubuh pula, apa akibat atau natijahnya?  Dia mungkin jadi samseng, panas-baran, perompak, pembunuh, perogol. Itulah contoh natijahnya. Kesudahannya? Kesudahannya, masuk penjara, kena sebat, kena buang negeri, kena hukuman tali gantung, …………

Kesempurnaan Tuhan ialah Kesempurnaan yang sebenar. Kesempurnaan makhluk atau manusia ada had dan dapat pula susut nilainya. Yang cantik akan jadi tua hodoh . Yang kuat akan jadi tua lemah, uzur, akhirnya mati. Jadi, kemanakah kebanggaannya? Tidak dapat dibawa ke kubur dan ke akhirat!!!

Justeru, wanita yang menunjukkan wajah dan aurat ialah wanita bodoh, jahil, ….kerana perbuatan itu sebenarnya merendahkan taraf kewanitaannya, sebenarnya menghina dirinya sendiri. Lelaki yang bertubuh seperti ahli bina badan yang menunjukkan kekuatannya kerana kesombongannya sebenarnya orang bodoh, jahil kerana perbuatan itu sebenarnya menghina dirinya sendiri, merendahkan kelelakiannya!!!

Sombong dengan harta yang banyak, pangkat, ijazah, wang kejutawanan??? Bagaimana pula???? Fikir-fikirlah jauh-jauh sampai ke perut bumi yaaa!!!! Click here to refer anything from top.

2 thoughts on “Natijah Dari Sifat Jahat Tertua?> Oleh Sinaran Iffah

  1. […] but finally we did not find any evidence or trust  or  STILL not sure AND STILL MISUNDERSTAND? IT MAKE WE FEEL FOOL   &  DISSAPPOINT US.  IS IT RIGHT? This theory or also call as anti-root problem or anti-root problem strategy  might […]

    Like

  2. […] Maka tidak hairanlah bila semua makhluk telah binasa kerana kiamat, Allah berfirman: “Di manakah Raja Yang Sombong”. […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s