Akibat Lemparan Daging Rebus> Oleh Perintis Minda


ayamanakayamayam2ayam4ayamberpasanganayamlagiayamjuga ayamjua

cubaAndaMagnifierINI&Kaji???

cubaAndaMagnifierINI&Kaji???

Karangan ini sebenarnya sesuai juga diletakkan dalam kategori Perintis Minda atau Penyaring Nostalgia. Jika dimasukkan ke kategori Perintis Minda, saya boleh guna tajuk “Teori Ayam”. Kategori Penyaring Nostalgia ialah karangan berdasarkan kisah yang benar-benar terjadi, yang terjadi kepada saya atau orang lain atau sesuatu.

Lebih 15 tahun lalu dari tarikh saya karang kisah ini (13 Mei 2013), saya tinggal di rumah sewa di sebuah kampung. Saya ada masanya memasak sendiri. Orang bujang. Salah-satu makanan kesukaan saya ialah masak daging rebus. Mudah, cepat siap. Sedap dimakan dengan kicap bercili mini.

Ada masanya , daging rebus itu saya lempar ke luar rumah melalui jendela. Tidak semua saya lempar. Yang saya tidak lempar, masuk ke perut sayalah. Jadi Tahi. Kenapa saya lempar? Cuba teka. Saya beri masa anda menjawab:

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

Empat saat

Lima saat

Enam saat

Tujuh saat

Berhenti. Masa dah tamat.

Ada peristiwa yang menyeronokkan hasil lemparan tersebut. Perebutan yang terjadi.

Ayam-ayam berebut-rebut nak makan daging rebus! Akibat dari suka memberi ayam makan daging rebus, saya jadi suka memerhatikan tingkah-laku ayam. Hasil dari pemerhatian itu, saya membuat kesimpulan bahawa ayam seolah-olah mempunyai akal. Masyarakat ayam mempunyai moral mereka . Ada nilai sivik, nilai kemuliaan yang mereka jaga. Mereka juga menghargai perasaan cinta. Saya perhatikan dua ekor ayam yang kelihatan muda. Seekor ayam teruna, seekor lagi ayam dara (ayam betinalah). Jantan-betina ini macam pasangan yang sedang bercinta seperti Juliet dan Romeo. Sentiasa setia bersama. Berjalan bersama-sama. Ayam Romeo ini nampak tidak mementingkan diri sendiri sahaja. Saya perhatikan si Romeo ini mematuk seekor ikan bilis yang ada di tanah. Tetapi belum ditelan lagi. Ikan itu masih digigitnya , masih dikepit oleh paruh Romeo. Tiba-tiba si Juliet bersuara manja, meminta Romeo memberi dia makan ikan itu. Mendengarkan permintaan kekasihnya, si Romeo segera mencampakkan ikan itu ke tanah lalu si Juliet mematuk bilis itu dan menelannya. Romeo lebih rela kelaparan asalkan Juliet bahagia…..

Seekor ayam jantan yang nampak telah dewasa dan tua kelihatan matang pula. Sebab apa? Ayam-ayam lain berebut-rebut nak makan. Dia pula diam sahaja. Bersifat sabar seperti seorang penghulu kepada kaumnya.

Ayam juga mempunyai sifat suka mencegah kejahatan. Amar makruf nahi mungkar

Contohnya,  jika ada ayam jantan yang naik nafsu dan cuba merogol ayam betina, ada ayam jantan lain menghalang dan menyerang ayam yang cuba merogol ayam betina. Sifat kasih-sayang seorang ibu yang sangat kuat terhadap anaknya dalam golongan manusia juga ada dalam masyarakat ayam. Biasalah jika seekor ibu ayam jadi begitu berani dan garang untuk melindungi anak-anaknya yang masih kecil.

Ayam juga mempunyai perasaan cemburu. Pernah saya memberi makanan kepada seekor kucing yang sedang menghidap penyakit selsema. Saya banyak memberi makanan kepada kucing itu . Seekor ayam mematuk  kepala kucing itu sebab dia tak dapat makanan. Kucing sahaja yang asyik makan. Dengki pun ada agaknya.

Apabila ayam jantan berkokok panjang , ada ayam yang dari jauh atau agak jauh, membalas. Kenapa? Ada pendapat mengatakan ada hadis yang mengatakan jika ayam berkokok , itu berlaku kerana ayam tersebut nampak MALAIKAT. Tidak mustahil juga jika ada sebab lain juga. Contohnya?

Ayam jantan berkokok panjang mungkin kerana sebab-sebab seperti berikut:

1= Untuk memberitahu ayam-ayam lain yang berada agak jauh atau jauh bahawa terdapat makanan di sini, di tempat ayam itu berkokok

2= Balasan berkokok yang diterima oleh ayam yang mula-mula berkokok itu mungkin isyarat bahawa terdapat makanan di tempat balasan itu.

3= Untuk menarik kedatangan ayam betina masa musim mengawan atau untuk mencari pasangan hidup. Ayam betina akan mencari kokokan yang paling merdu. Walaubagaimanapun, kekuatan fizikal ayam jantan itu juga mungkin menjadi penilaian ayam dara yang ingin cari “jodoh”.

4= Untuk memberitahu bahawa dialah ketua kepada kumpulan ayam yang berada di tempat dia berkokok.

Tindakan sesetengah manusia membuat ayam jantan bergaduh dengan ayam jantan yang lain memanglah tindakan gila dan sangat kejam. Perbuatan ini juga dijadikan sebagai taruhan atau judi.

Bersifatlah kasih-sayang terhadap ayam. Dikatakan pernah berlaku seekor ayam masuk ke rumah Nabi Muhammad s.a.w kerana ayam itu hendak berlindung dari terkena hujan. Nabi Muhammad tidak menghalau ayam itu dan membiarkan ayam itu mendapat perlindungan di dalam rumah beliau. Nabi yang sangat penyayang kepada umatnya, penyayang juga kepada binatang. Dikatakan ayam disembelih mengikut cara penyembelihan ISLAM agar ayam itu tidak terlalu siksa. Ajaran Islam dari TUHAN  Yang Maha Pengasih, penyembelihan pun mesti dengan cara adil dan berkasih-sayang terhadap ayam yang ingin disembelih!!!

Kita berharap tidak akan ada pengklonan ayam. Kalau ayam kacukan, tidak mengapalah? “Perkahwinan” ayam dari pelbagai bangsa atau spesies ayam mungkin menghasilkan spesies yang lebih berkualiti dalam peternakan ayam telur dan ayam daging atau ayam telur dan daging.

Apabila ayam bergaduh, bulu ditengkuknya dikembangkan. Tujuannya mungkin untuk menampakkan agar dirinya lebih garang atau untuk menambahkan semangat keberanian dan daya juangnya.

ayamayamayamgaduhbabyayamayamleayamtroliayamataskambing

AyuhSEGERAbeliBukuINI.JanganlebihsanggupbeliBukutakbermanfaatsepertiMajalahARTIS,KARTUN,SUKAN.....

AyuhSEGERAbeliBukuINI…..

telurpalsudilabel

AyamBercampurBabi?

AyamBercampurBabi?

PernahAdaOrangBacaAkhbarYangMengatakanRestorenKFCdapatsijilHalalMalaysiaMELALUIpihakyangdiberikuasamenyiasatolehKFC,bukanmelaluiJabatanAgamaIslam!!!

AdaAkhbarKataKFCdapatsijilHalalDariSyarikatPemantauYangKFClantik!

AYAMHIJRAH

CAPmelaporkanKFCluarnegaraBunuhAyamdengancaraKejam

Klik sini!!!

 

savingpleaseurgentsavingpleaseurgentbusybusysaving…saving…saving…UrgentBecause

I have many other important works to do urgent….

One thought on “Akibat Lemparan Daging Rebus> Oleh Perintis Minda

  1. […] Tiada bukti saintifik dan sejarah dan dalil yang boleh dianggap kuat atau menang yang menunjukkan bahawa ada firman palsu dalam […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s