Bila Tentera Iblis Bertemu Dengan Malaikat > Oleh Panji-Panji Halimunan


Ada sumber yang mengatakan jumlah malaikat lebih banyak daripada jumlah jin . Malaikat lebih kuat daripada jin. Ada juga sumber yang mengatakan rupa sebenar malaikat jibrail sangat besar dan bersayap. Malaikat juga mampu mengubah bentuk asal , menjadi seperti manusia , sebagai contoh.

Membunuh syaitan tidaklah berdosa kerana mereka memang musuh yang nyata seperti yang diterangkan oleh Allah dalam al-Quran. Nyata sangat sehingga tidak mungkin mereka akan bertaubat. Ini takdir yang kekal. Mereka iaitu Azazil (raja jin jahat dan syaitan) dan syaitan telah ditakdirkan kekal dalam kejahatan sampai masuk ke neraka.

Raja syaitan atau Azazil atau disebut juga sebagai Iblis, tinggal di laut, di istananya. Organisasi Iblis terdiri daripada pelbagai jin kafir dan jahat yang ada pelbagai tugasan. Berdasarkan hadis, setiap manusia yang lahir ke dunia, ada saudara kembarnya iaitu jin jahat yang dinamakan sebagai Qarin. Qarin ini selalu mengikuti manusia yang dianggap sebagai kembarnya , yang lahir serentak dengan kelahirannya. Tugas Qarin ialah menampakkan yang baik itu haram atau susah dilakukan , dan menampakkan yang jahat dan buruk itu halal dan mudah dilakukan.

iblisjingodajinlagilawaksyaitan

Jin syaitan sentiasa cuba mengelakkan diri daripada bertemu dengan malaikat kerana biasanya malaikat tentu menang dalam perlawanan. Dikatakan bila bulan puasa, malaikat menangkap syaitan dan dipenjarakan Iblis dan syaitan ke bawah perut bumi yang sangat dalam dan dibebaskan selepas akhir bulan puasa. TETAPI kenapa manusia masih berbuat dosa? Sebab dalam tubuh manusia itu ada syaitan yang tidak dapat ditangkap oleh malaikat iaitu nafsu jahat manusia. Hati yang kotor mengambil masa yang panjang untuk dicucikan dengan sabun zikir , dengan berus mujahadah.

Ketika nabi Muhammad belum lahir, iblis dan syaitan dapat dengan mudah naik ke langit untuk mencuri tulisan-tulisan yang menyuruh orang berbuat baik. Selepas dicuri, tulisan itu diubah atau syaitan mencipta ajaran bidaah. Kemudian mengajarkannya kepada manusia. Bila nabi Muhammad telah lahir, iblis dan syaitan tidak dibenarkan naik ke langit tetapi Iblis berdegil dan memerintah tenteranya naik juga ke langit. Maka jin-jin itu naiklah ke langit tetapi tentera langit iaitu malaikat memanah jin-jin itu dengan panah api.sihirsoaljawabnabidenganiblissegitigabermudasyaitansyaitan6

Banyak jin yang terkena panahan api itu, jatuh ke dunia , menjadi cacat. Maka digelarkan jin yang cacat itu sebagai syaitan. Ini menurut satu pendapat. Pendapat lain tidaklah begini. Tentera iblis gagal dan kalah dalam peperangan dengan malaikat. Ada jin-jin yang ditugaskan menggoda manusia di pasar-pasar. Ada pendapat mengatakan jangan jadi orang yang pertama atau yang terakhir hadir ke pasar. Apakah bahayanya?

Apa pula jin ifrit? Ada yang mengatakan ifrit ialah jin kafir dan jahat , yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tertentu. Dari mana datangnya ilmu sihir? Pada pendapat saya ilmu sihir dicipta oleh iblis dan syaitan. Sihir itu sebenarnya tidak mempunyai kuasa. Sihir itu sebenarnya syarat untuk manusia (pengamal sihir) mendapatkan bantuan jin. Ini pendapat saya. Jin mampu merasuk manusia, membuat wajah manusia kelihatan cantik. Mungkin dia menyerap terlebih dahulu ke wajah wanita yang mengamalkan sihir untuk kelihatan cantik. Kemudian jin yang dapat mengecilkan diri dan berada di wajah wanita itu mengubah wajah dia agar kelihatan cantik , kemudian wajah itu dikeluarkan , menyaluti wajah wanita itu. Jadi wanita hodoh itu kelihatan cantik. Ini teori saya saja.

Ilmu pengasih? Mungkin jin itu masuk ke hati dan otak manusia yang ingin digoda dengan ilmu pengasih itu lalu iblis itu menggoda agar manusia yang disihir dengan pengasih itu jatuh cinta dengan orang yang mengamalkan sihir atau ilmu pengasih itu.

Ilmu kebal? Mungkin iblis telah memperisaikan tubuh pengamal ilmu kebal tetapi perisai itu ghaib , tidak dapat dilihat. Justeru bila ada orang menetak orang yang mengamalkan ilmu kebal itu, maka tak lut, tubuhnya tidak cedera. Ini teori dan pendapat saya juga.

syaitan7syaitan8syaitan10syaitancurisyaitangoda

Jumpa bomoh, bomoh kata barang yang hilang itu ada di situ. Bila ke situ, memang benar ada. Jadi, bomoh boleh dipercayai? Ada hadis yang menyatakan bahawa bohong semua tukang nujum walaupun betul apa yang dikatakannya. Maksudnya, tukang nujum dan apa-apa jawatan yang termasuk dalam kategori ramalan nasib yang diharamkan ini (bomoh, dukun, pawang, dan sebagainya) sebenarnya tidak tahu, cuma meramalkan sahaja dan mengagak sahaja. Jin yang digunakan untuk mendapatkan maklumat barang hilang itu pun sebenarnya tidak tahu. Mungkin jin itu kata dia akan cari barang hilang dan jika jumpa, dia akan beritahu tuannya (bomoh). Mungkin juga jin itu yang diperintahkan oleh bomoh agar mencuri barang orang yang mendapatkan khidmat bomoh itu. Jadi, bila orang itu berjumpa bomoh itu, bomoh itu memang dah tahu di mana barang dia hilang. Jadi, bomoh itu dapat wang sebab ternyata barang yang hilang dijumpai di situ. Padahal ini sebenarnya tipudaya, pakatan antara bomoh dan jin untuk mendapatkan wang. Semua ini pendapat saya sahaja.

syaitanhasutSYAITANKACAUORANGSOLATsyaitanootugassyaitan

Ada saya baca satu kitab. Kitab itu mengatakan bahawa iblis (raja syaitan) akan lari dikejar oleh malaikat. Bila iblis nak terjun ke laut untuk melarikan diri, air laut tiba-tiba jadi kering. Allah memerintahkan agar segala jenis dan rasa kesakitan dikenakan kepada iblis itu oleh malaikat-malaikat yang mengepungnya. Maka IBLIS pun merasai pukulan dan siksaan daripada malaikat. Akhirnya matilah iblis itu.

Back to Home Page (halaman Utama)

2 thoughts on “Bila Tentera Iblis Bertemu Dengan Malaikat > Oleh Panji-Panji Halimunan

  1. […] satu dasar lautan, satu angkatan IFRIT sedang berkumpul. Mereka tidak senang hati kerana di muka bumi ini telah tertegak sebuah kerajaan […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s