Derita Kerana Cinta…… atau Bahagia Kerana…? By Lipur-lara Waris Tamingsari


what is the meaning of this?

The meaning of this is have no God except ALLAH, Muhammad is a messenger of Allah.

Baju Serban Putih berjalan kaki sambil kepala menunduk sedikit ke tanah, memandang ke bawah kerana jika tidak begitu, akan kelihatanlah aurat-aurat manusia. Selepas 17 X 17  langkah, tolak 10 langkah, campur 30 langkah, tolak 17, + 0.1 langkah, Dia terkejut kerana ada seekor ulat jantan ditanah sedang kongkek ulat betina. “Astaghfirullah”. Segera dia memejamkan mata sambil terus berjalan. Dia tak mahu adegan asmara ulat itu mempengaruhi nafsu dia.

ulat gonggok sedang kongkek. Ini lucah dilihat.....???

ulat gonggok sedang kongkek. Ini lucah dilihat…..???

Dia kini berada di dekat sebatang pokok. Ada poster ditampal di batang pokok itu. Dia terpandang poster itu. Gambar wanita telanjang seratus-peratus! Dia lari ketakutan. Bimbang nafsunya naik. Orangramai mentertawakan si dia yang berbaju putih dan berserban putih.  Dia lari ke arah satu peniaga gerai bergerak. “Pakcik! Pakcik! tunggu! tunggu!! Saya kehausan sebab asyik berlari. Pakcik perut gendut berhenti. “Ambillah ini, percuma sahaja”. Dia pun cuba minum tetapi air itu berbau alkohol sedikit. Lalu di tumpahkan. Dia lari dari pakcik tersebut. Bersembunyi dalam sebuah surau buruk yang dilupakan oleh masyarakat.

carapakaiserban?

carapakaiserban?

Dia semakin haus tetapi dia tetap sabar. Tiba-tiba datang seorang tua hendak solat. Dia perhatikan orang tua itu. “EEHHH, salah cara itu. Bukan begitu cara solat”. Orang tua itu berhenti solat. Memandang dia dengan muka harimau lapar . Tiba-tiba satu pisau dikeluarkan dari saku . Pisau itu bergerak ke arah Dia. Dia lari lagi. Orang tua itu mengamuk sebab ditegur kesalahan dia.

warning: Too laughter cause death

warning: Too laughter cause death

 

Dia masuk pula ke masjid. Ada air sedekah di situ. Juga ada pisang sedekah. Dia cuba minum dan makan itu. Baru sahaja lepas makan dan minum, dia terasa sakit perut . Dia lari ke tandas. Cirit-birit. Selepas mencuci diri, seorang budak berhingus beritahu dia bahawa pisang itu dia dapat dengan mencuri sebab dia hendak sangat bersedekah. “SEMOGA APA YANG kumakan tidak menjadi darah daging aku, hanya menjadi tahi yang dikeluarkan dengan cirit-birit”.

Dia hendak balik ke rumah. Tak jadi untuk pergi ke rumah sahabat dia. Dalam perjalanan itu. Dia mendengar lagu-lagu haram (lagu asmara) dengan alat muzik haram dimainkan oleh beberapa kedai di sepanjang jalan itu. Dia pun menutup lubang telinga dia. Kepekaan telinga dia telah banyak berkurangan sehingga bunyi hon pun dia tidak dengar. Maka , sebatang tubuh tercampak ke tepi jalan. Aku di mana? Hospital. Awak dilanggari  oleh sebuah kereta kancil. Nasib baik tidak patah, cuma lebam kebiruan. Dia cuba bangun dari katil. Aduuuhhh!!! Sabar, awak perlu tinggal di hospital sehingga benar-benar  sembuh. Saya hendak solat. Saya hendak berwuduk. Ambilkan air. Awak sakit, tak perlulah solat. Solat wajib dilakukan oleh orang yang sakit juga . Sebab itu ada solat yang khas untuk orang yang sakit. Baiklah , saya akan ambilkan air.

 

the method of "solat baring"

the method of “solat baring”

Also solat baring

Also solat baring

My father (DPK Pioneer's dad died at hospital, cause me cry and cry)

My father (DPK Pioneer’s dad died at hospital, cause me cry and cry)

 

Seekor jururawat datang , memakai wangian yang sangat memberahikan. Jururawat itu cantik pula,  3 kali lebih cantik dari puteri jin. Si Baju Serban Putih menutup hidung. Menahan nafas. Siksa dilakukan. Ubat apa yang awak hendak suntik? Buatan Amerika. Tiada pengesahan halal. Baju Serban Putih enggan disuntik. Tiada ubat lain diberikan. Tubuh dia semakin bengkak dan sakit. Dia tetap menunaikan solat secara baring dan isyarat mata. Awak berada di atas katil yang didermakan oleh seorang jutawan syarikat loteri. AAPAA!?? Letakkan saya ke katil lain, sekarang juga!!! Permintaan beliau tidak dipatuhi. Maka dia bangun dengan penuh kesakitan dan menderita, berjalan dengan susah-payah keluar dari hospital itu. Hari sudah jauh malam. Suasana senyap sepi. Semut pun dah banyak yang tidur. Dia berjalan dalam keadaan lemah seperti orang mabuk , ke arah rumah beliau. Dia tiada wang. Wang dia dicuri semasa pengsan di tempat kemalangan siang tadi. Teksi dan kereta sewa pun tak ada beroperasi malam itu. Tiba-tiba datang seekor tebuan yang dah tak berapa betul otaknya, menggigit DIA. Lepas tu,tebuan gila terbang entah ke mana.

 

devil enable make any bee be crazy

devil enable make any bee be crazy

 

devil come when "sakaratulmaut"

devil come when “sakaratulmaut”

 

Dia jatuh tersungkur. Dia membaringkan badan di jalan itu. Bisa tebuan itu sangatlah pelik. Sakit macam kena patuk ular. Tiba-tiba dia lihat isteri beliau datang membawa sesuatu. “Patutlah abang lambat balik. Kenapa bang? Ambillah minumlah air ini dan pakailah ubat ini”. Di sapu ubat itu , hilang sedikit rasa sakit. Hilangkan? Dia terasa haus, hati ingin minum air yang dibawa isteri dia itu tetapi isteri beliau enggan beri. Eh kenapa dinda? Boleh dengan satu syarat? Syarat?? Ya, syarat. Syaratnya ialah mesti cakap Allah itu pernah terkentut busuk. Akhirnya barulah dia sedar bahawa itu bukan isteri dia tetapi jin syaitan yang menjelma dan dia sekarang sedang sakaratul-maut. Lebih baik aku derita haus daripada bahagia dengan minum air itu . Maka dia hanya beristighfar berulang-kali dan perkataan terakhir yang keluar dari mulut dia ialah LAILAHAILLALLAHMUHAMMADARRASULULLAH.

 

Kesimpulan kisah ini ialah lebih baik derita kerana taat dan cinta kepada Allah daripada bahagia kerana mengikuti nafsu dan syaitan kerana kebahagiaan kerana itu akan menyebabkan penderitaan tetapi derita kerana taat kepada Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. SEKIAN.

 

now saving the draft……..

2 thoughts on “Derita Kerana Cinta…… atau Bahagia Kerana…? By Lipur-lara Waris Tamingsari

  1. […] Selepas menghantar adindaku ke kelas tuisyen malam, aku singgah sebentar ke masjid untuk mendengar…Berdasarkan tazkirah Ustaz Nuqman, 7 Cara Bagaimana Syaitan Cuba Untuk Mencabut Iman Manusia Di Kala Maut adalah seperti berikut; […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s