Biasalah jika anda hendak menempah baju mengikut ukuran badan anda, cina itu telah tentukan harga kain dan baju itu. Tetapi ada tukang jahit melayu yang menggunakan kaedah yang pelik. Harga tidak dapat ditentukan!!! Sebab ditentukan berdasarkan tempoh menyiapkan kerja jahitan itu. Adilkah system begini? Bayangkan sehelai baju yang biasanya dapat disiapkan dalam tempoh …..katakan 2 jam tetapi disebabkan melayu itu buat kerja sambil tonton tv dan makan makanan ringan, pekerjaan tersebut mengambil tempoh 3 jam atau lebih daripada itu . Walaupun demikian, pelanggan diminta bayar untuk kerja yang melebihi 2 jam itu. Jadi, kalau pelanggan terfikir hal seperti ini, mereka tidak mahu lagi mendapatkan khidmat tukang jahit melayu itu. Pernah saya dengar bunyi anjing dalam bilik jahitan di kedai jahit orang cina. Tak mustahil jika wujud kemungkinan kain dan baju yang ditempah perlu disamak sebab kena najis mughallazah!!!
Di daerah Manjung, Perak terdapat satu kawasan kecil pasar yang unik kerana kawasan pasar itu boleh dikatakan 99% peniaga di situ ialah orang melayu Islam Malaysia dan pengunjung atau pembeli serta pelanggan di situ juga boleh dikatakan 99% daripadanya ialah melayu Islam Malaysia. Saya rasa gembira kerana 99% ini namun ada juga kesedihan kerana seperti sebab berikut:
1= Ada peniaga melayu yang tidak jujur dan menipu. Contohnya, dikatakannya dagangannya baik tetapi bila pembeli tiba di rumah, sebenarnya tidak.
2= Pembeli tertinggal barang yang di beli tetapi peniaga melayu sengaja enggan memanggil pembeli mengambil barang. Sampai di rumah, barulah pembeli teringat tetapi enggan pergi ke pasar itu semula kerana perjalanan dari rumah ke pasar , 60 minit , biasanya.
3= Menjual ayam , sekilo berpuluh ringgit padahal di daerah Manjung dan daerah lain, ayam seekor = RM 20, RM18.50,….
Pasar ini sangat bersih tandasnya . Terdapat surau. Terdapat peniaga cina yang menjual sayur bendi dalam bentuk LELONGAN!!! Ada orang berpendapat “cina kalau tak menipu, bukan cina”. Namun bila peniaga melayu juga tidak jujur padahal pada masa yang sama mengharapkan pelanggan melayu mengutamakan mereka, bagaimana pelanggan melayu akan menolong mereka jadi lebih “kaya”??? Malah harga pula “lebih daripada harga barangan cina atau yahudi”!!!???
Kalau di Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Kelantan dan Terengganu, mencari kedai melayu yang menjual ikan, kerang, udang, sotong,…. seperti menjalankan mission impossible. Mencari supermarket melayu Islam pula seperti cuba masuk ke perut gunung berapi yang sangat aktif. Saya rasa malu memikirkan bangsa saya ini, melayu. Berapa lama kita sudah “MERDEKA”? …..TETAPI BANGSAKU MASIH DEMIKIAN….
Kalau di tempat itu dikatakan bagan, biasanya tentulah bagan bangsa makan babi (cina). Ke manakah nelayan bangsa melayu di pantai barat semenanjung ini?
Kalau hendak dikaitkan halal sesuatu barangan itu ada kaitan dengan peniaga melayu Islam , maka TIADA JAMINAN DALAM AL-QURAN DAN HADIS . Jika memang telah pernah terjadi bangsa melayu yang sanggup murtad kerana mencintai wanita yang bukan ISLAM, mustahil ada peniaga melayu yang jual barangan yang tiada jaminan halal??? Jawapannya = TIDAK MUSTAHIL. Malah berapa ramaikah peniaga melayu dan pengguna melayu membeli buku terbitan CAP yang menyenaraikan dan menyatakan tentang barangan yang merbahaya dan haram kerana dicampur dengan babi dan lain-lain?? Jika beli pun, sampai mukasurat berapa sudah dibaca? Kalau sudah baca, adakah mereka faham dan yakin bahawa itu benar-benar haram??? Kalau faham dan yakin, adakah mereka sentiasa teringat apa yang haram, yang tidak boleh dijual???
Kalau logo halal Malaysia yang hijau itu memang telah dapat ditiru oleh syarikat penipu, logo halal Malaysia yang mengganti yang hijau itu tak dapat ditiru juga? Peniaga restoren melayu, ada yang beli ayam di pasaraya milik cina. Ibu saya Nampak ini. Saya lihat Peniaga restoren melayu membeli air batu made in Malaysian Chinese. Kilang air batu itu mungkin ada bela anjing yang keluar-masuk . Air batu itu mungkin telah dijilat oleh anjing. Anjing itu mungkin “disorokkan” bila pegawai jabatan agama datang menyiasat kilang air batu untuk membuat pertimbangan sama ada hendak memberi sijil HALAL MALAYSIA ATAU TIDAK kepada kilang air batu itu . Anjing tidak mustahil dilepaskan semula ke kilang bila pegawai itu telah pergi jauh dari kilang air batu atau setelah kilang air batu itu dapat sijil halal Malaysia. Saya melihat sendiri orang cina datang membawa mee kuning (bukan mee segera) ke kantin sebuah sekolah menengah. Kantin itu, peniaganya melayu (seorang ustaz) dan isterinya. Mee kuning telah dikatakan tidak halal, termasuk perencah MAGGI, OLEH pihak yang menyiasat. Rujuk CAP dan lain-lain organisasi. Bungkusan kopi radix HPA ada yang palsu (tidak mustahil jika dikatakan ini angkara syarikat bukan ISLAM). Kalau logo halal Malaysia dapat ditiru, mustahil bungkusan tidak dapat ditiru.
Ada satu restoren satay di Rawang, Selangor, mempunyai pekerja melayu. Tiada kelihatan pekerja bukan melayu tetapi bila hendak bayar di kaunter bayaran, tiba-tiba muncul lelaki cina mengambil bayaran. Satay yang dinamakan sebagai satay kajang itu pula bila dimakan tidak terasa daging lembu. Daging satay babi???
Kalau peniaganya melayu, barangannya kelihatan halal dan pengedar (penghantar barangan untuk dijual ke kedai peniaga melayu) juga kelihatan halal barangannya tetapi bila disiasat di kilang atau ladang, didapati tidak halal atau kilang atau pengeluar bahan mentah itu memang halal bahan mentah dan produk yang dikeluarkan tetapi menggunakan lori yang pernah digunakan untuk membawa babi ternakan. Kalau lori itu tidak pernah demikian, pekedai runcit pula mungkin menjual benda tidak halal.
JADI, jika wujud pelanggan yang ambil berat semua ini, tidak mudah yakin bahawa peniaga melayu menjual yang memang halal. Justeru bagaimana peniaga melayu akan jadi kaya jika pelanggan seperti ini memulaukan dagangan mereka??
LAGI SATU YANG TIDAK KURANG “parah” IALAH tidak mustahil jika berlaku kemungkinan pegawai yang menyiasat untuk beri sijil halal Malaysia itu makan rasuah iaitu meluluskan pemberian sijil halal Malaysia kepada syarikat melayu atau bukan melayu , yang kedua-duanya sebenarnya tidak layak mendapat sijil atau logo halal Malaysia itu. Tiada malaikat JIBRAIL turun dari langit untuk menjamin hal ini tidak akan terjadi. Jibrail juga tidak menjamin peniaga dan pegawai itu jujur.
Tiada tempat pasaran Dan tiada yang ingin memasarkan adalah salah-satu factor peniaga melayu Islam Malaysia tidak dapat bertahan lama dalam perniagaan. Malah unsur “tidak bijak” dalam perniagaan , juga punca bangsa melayu gagal atau tidak berkembang perniagaannya. Unsur tidak bijak? Contoh? Ini contohnya:
1= Telah ada susu pekat dalam bentuk tin, yang dikatakan buatan melayu, tetapi tin itu perlu dibuka menggunakan alat padahal susu pekat tin buatan bukan Islam dan bukan melayu dapat dibuka dengan hanya menggunakan tangan. Akibatnya, orang melayu dan bangsa lain tidak berminat membeli susu tin buatan melayu itu
2= Syampu mandi made in melayu , botolnya kecil dan pendek, harga lebih mahal, malah kandungan kimia yang pelbagai dalam syampu itu terlalu pekat sehingga baunya tidak menyenangkan walaupun harum. Akibatnya, ada orang melayu yang tidak gemar syampu ini . Maka, syampu buatan bukan melayu juga yang dibeli.
3= Barangan buatan melayu tidak ada cetakan “guna sebelum”. Hal ini memang ada berlaku walaupun tidak kesemuanya begitu. Jadi, pelanggan yang ambil berat hal “guna sebelum” ini tidak beli barangan yang tiada cetakan “guna sebelum”.
Apabila akad jual-beli tidak sah, apabila dagangan haram dan syubahat (hal yang meragukan, sama ada hal itu halalkah atau haramkah. Tiap-tiap syubahat itu haram digunakan), apabila system perniagaan masih ada yang tidak adil, tidak ikut system Islam,…… maka , bagaimana bangsa melayu akan Berjaya?
Sesetengah ahli perniagaan melayu, barangkali memandang system MLM (Multi level Marketing) sebagai tangga untuk jadi kaya lebih cepat padahal ada ustaz yang mengatakan system MLM itu haram kerana tiada jaminan setiap ahli dapat membina rangkaian yang terhasil dari penajaannya. Tambahan pula agihan keuntungan untuk ahli selalu tidak dimaklumkan. Seperti dirahsiakan oleh syarikat MLM. Adakah ahli telah layak dapat bonus? Adakah ahli telah dapat nilai yang melayakkan dapat sesuatu seperti kenaikan pangkat dalam system MLM? Malah ada syarikat MLM yang meminta ahli lihat sendiri dalam internet dengan log in dahulu tetapi walaupun telah log in berdasarkan prosedur, tetap gagal log in. Bila aduan di buat tentang masalah ini, berbulan-bulan dari tarikh aduan diterima hingga sekarang, tiada jawapan ditemui. Jadi siapa yang sebenarnya jadi jutawan? Pemilik perniagaan syarikat MLM! malah ada jutawan melayu itu telah ada 4 isteri. Ada cawangan-cawangan di luar Negara. Sebenarnya , saya yakin ramai yang jadi ahli, bukan untuk menaja tetapi untuk dapat barangan dalam harga yang lebih murah daripada stokis. Masalah dengan MLM juga ialah bukan senang buat penajaan. Ramai yang anggap MLM tidak mengayakan mereka. Tauke pun belum tentu. Malah selalu berlaku harga produk syarikat MLM itu tiba-tiba naik. Ini sebenarnya tidak menyenangkan hati ahli. Bila harga naik, kos untuk jadi stokis pun jadi lebih mahal, malah harga untuk bukan ahli tentu juga jadi paling mahal. Jadi, bukan orang melayu sahaja enggan beli produk yang paling mahal ini, orang bukan melayu juga. Jadi bijakkah system MLM dimajukan?
Sebuah syarikat MLM (saya enggan beritahu namanya) di Malaysia yang dimiliki oleh orang Islam melayu, telah menghadapi masalah perniagaan. Terpaksa banyak tutup cawangannya. Juga tidak mustahil cawangan di luar Negara juga terpaksa ditutup. Jutawan yang jadi pemilik syarikat MLM ini terpaksa buat demikian untuk mengurangkan kos. Petrol pula telah naik harga. Banyak daripada produk syarikat ini tidak digemari lagi atau memang tidak digemari. Produk syarikat ini (katakan nama syarikat ini kononnya ialah HP) ada yang tiada cetakan “guna sebelum”. Produknya pula telah banyak kali naik harga. Seorang bekas pengurus cawangannya mengatakan kepada saya bahawa:
1= syarikat HP ini tidak patut mengambil ramai pekerja seperti sehingga 4 orang untuk sesebuah cawangan kerana sebenarnya tidak perlu demikian.
2= Kedai yang dulu jadi cawangan ditutup dan sebuah kedai lain disewa sebab sewa lebih murah tetapi tidak lagi jadi cawangan sebenarnya kerana saya (=bekas pengurus cawangan itu) telah mengambil hak mengurus dan menjual produk HP dan saya juga yang menanggung kos dan modal.
Memanglah dalam kisah benar di atas, pemberhentian sesuatu pengeluaran produk dengan memberikan hak pengeluaran kepada syarikat lain (sesetengah produk yang asalnya dicetak atas nama HP telah ditukarkan kepada nama syarikat lain yang ambil alih hak pengeluaran produk itu atau kilangnya) memberikan peluang kewujudan syarikat – syarikat melayu yang baru tetapi pada masa yang sama , produk itu tidak termasuk dalam produk yang diberikan nilai dalam system MLM sebab syarkat yang ambil alih bukan syarikat MLM dan syarikat – syarikat itu , barangkali kesemuanya terikat dengan perjanjian tertentu dengan HP yang mungkin menyekat kebebasan dan peluang perkembangan perniagaan mereka. Pemberian hak itu mungkin dalam bentuk francais.
Saya juga yakin wujud perasaan iaitu “anti perniagaan Islam” dan “anti perniagaan melayu” di kalangan orang bukan melayu dan bukan Islam. Walaupun tidak kesemuanya begitu. Bukti? Contohnya? Ini yang boleh jadi contoh tanda:
1= Kegiatan pensabotajan iaitu seperti wujud barangan produk tiruan yang meniru produk syarikat melayu Islam
2= Syarikat Ramly Burger pernah dituduh ada memasukkan babi dalam burger. Pemilik syarikat ini (tentu melayu) menafikan tuduhan ini dalam berita di tv yang saya sendiri menontonnya
3=Kedai runcit dan Pasaraya yang dimiliki oleh orang bukan melayu dan bukan Islam tidak banyak mengambil produk syarikat melayu. Kalau ambil pun, tidaklah banyak dijual di pasaraya-pasaraya itu.
INGATLAH BARANGAN HARAM DIGUNA, HARAM DITELAN, mempengaruhi hati. Hati mempengaruhi takdir dan nasib!!!

Pada September 2013, seorang peruncit melayu mengatakan dulu dia boleh dapat untung 0.20 jika jual minyak masak saji (5kg) tetapi sekarang tak ada untung sebab keuntungannya beberapa sen sahaja (kurang daripada 0.20). Jadi, dia kata, sebab itulah minyak saji tidak banyak dijual . Katanya lagi, sebab yang lain ialah kerana bila petrol naik harga, minyak saji dicatu iaitu dihadkan penghantarannya dengan lebih banyak kenderaan penghantar minyak saji harus bergerak ke kedai-kedai yang menjual minyak saji menyebabkan kos penghantaran naik , maka harga minyak saji jadi naik. Itulah yang peruncit melayu itu katakan kepada saya. Justeru dia meminta saya membayar RM13.50 JIKA nak beli minyak saji seberat 5kg walaupun pada botol minyak saji itu tercetak harga runcit yang ditentukan oleh kilang iaitu RM13.35!!!
NOW…saving my draft…hurry up…..thanks…..saving……..saving………….saving…
[…] source about religion, science, geography, history, mathematic, culture, politic, health knowledge, business, technology, astronomy et […]
LikeLike
[…] Kita mendapat maklumat daripada syeikh Idris bahawa pihak istana telah memberikan kebenaran pihak saudagar membuat hari promosi di dalam istana. Saudagar upahan kita akan melaksanakan tindakan rahsia […]
LikeLike