Bagaimana Mencari Idea? By Tinta Emas 7 Samudra


Change Key If you think this is necessary

Peringatan Harian ke 7 =Change Key If you think this is necessary

Baby & children, Do not Touch this .

Peringatan Harian ke 8 = Baby & children, Do not Touch this .

False Money? EXP.Date card?

Peringatan harian ke 9 = False Money? EXP.Date card?

 

Ada orang dapat idea ketika sedang berak dalam tandas. Idea, sesetengahnya datang tanpa dipaksa (difikirkan , menung). Kalau anda ada mengalami sejarah pahit yang sukar dilupakan, maka itu akan datang selalu seolah-olah automatik dan anda mungkin akan menjadikan nostalgia itu sebagai bahan untuk penulisan anda.

Anda mungkin meminta orang memberikan anda idea. Jika anda tidak berminat dengan ideanya, anda mungkin akan mengubah-suai idea ini mengikut selera anda.

Anda mungkin membaca majalah, berita, buku,………….. Mungkin anda dapat idea dari situ. Atau dengan menonton video dan tv. Atau mendengar radio?

 

Anda mungkin gagal mendapat idea walaupun semua cara di atas telah anda cuba? Anda mungkin perlu kembara? Mengamati persekitaran anda? Apa yang anda lihat mungkin memberikan idea penulisan anda.

Namun hakcipta terpelihara? Ada yang mengatakan ajaran Islam harus disampaikan walaupun sepotong ayat. Justeru tidak boleh dihakciptakan kerana hal itu akan menyekat perkembangan Islam. Bukankah nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud sampaikan dariku walaupun sepotong ayat?

Bagaimana tentang ensaiklopedia? Apakah anda harus membeli mesin penterjemah automatic? Kalau anda lihat terjemahan Google, banyak yang tidak seperti terjemahan asal. Malah membuatkan anda tidak faham. Bahasa seperti jatuh berselerak.

Mungkin anda harus berbaring dahulu. Pejamkan mata. Kemungkinan ketika ini datang idea? Atau dengan bermimpi?

Paparazi? Selalu dibenci oleh orang yang “diburui” oleh paparazzi . Anda ingin jadi paparazzi? Bukankah ini tindakan yang sibuk hal orang, jaga tepi kain orang, mencari aib orang, membuat orang marah….. Islam tidak suruh menyakiti hati manusia……. Paparazzi bukan cara mendapatkan idea?

Kecuali anda dibenarkan meminta keterangan seperti anda menemuduga orang? Sesetengah idea itu mungkin datang melalui cara yang luarbiasa iaitu cara bertafakur yang sampai tidak makan-minum.

Lebih aneh ialah perasaan datang dahulu sebelum datang ilmu yang menerangkan kenapa perasaan itu datang. Perasaan itu menghasilkan ilmu pengetahuan, yang kemudian menjadi bahan penulisan atau idea ???

Anda juga mungkin akan merujuk apa yang pernah anda terbitkan, yang anda karangi. Mungkin ada idea pindaan, edit ,…….. atau memberikan anda idea menulis tajuk lain.

Adakah mimpi? Memberikan idea? Menyenaraikan dan menulis rangka isi? Dapatkah ini memberikan anda idea penulisan?

Seperti computer, anda akan membuang perisian yang anda tidak lagi perlukan atau memang tidak perlukan supaya memori akan lebih luas dan perisian baru lebih senang diinstallkan.  Seperti itu juga, anda harus melupakan ingatan yang tidak berguna seperti lintasan fikiran yang membahayakan supaya memori ingatan yang baik itu akan lebih diingati dan mungkin anda dapat idea yang baik dari situ.

Apabila jiwa kotor, sakit, maka minda dan ingatan diisi dengan perkara yang buruk. Yang datang ialah idea yang buruk dan jahat. Jadi penjahat yang genius dalam kejahatannya!??

Justeru, sucikan hati anda dan perkuatkan dengan zikir , agar lintasan fikiran dan ingatan yang baik yang ada dan dengan ini datang ilham dan idea yang baik.

Jika anda berfikir secara falsafah, anda akan mengaitkan setiap hal, sambung-menyambung, bagai rantaian. Sebab menyebabkan akibat, akibat menyebabkan natijah, dan seterusnya. Maka dari rantaian ini , anda mungkin menemui idea penulisan!!!

Jangan harap kita mendapat wahyu. Kita bukan nabi atau rasul. Penulisan tentang wahyu yang menghasilkan pula idea.

Komentar? Dari ini dapat idea baru?

Ada masanya apa yang musuh anda perkatakan tentang diri anda adalah benar walaupun pahit didengari. Mungkin nasihatnya tidak ikhlas tetapi mungkin dari nasihat dan pendapatnya itu, anda dapat idea penulisan. Jarang sekali yang dapat idea secara begini? Bahkan yang mencubainya?

Memperbaiki keupayaan kepekaan anda, mungkin memberikan maklumat yang lebih jelas dan lebih banyak . Orang yang teliti jarang melakukan kesilapan?

Jangan anda gunakan jin untuk mendapatkan idea atau maklumat. Anda tidak tahu sama ada jin itu jin Islam atau kafir. Jika jin itu Islam, adakah jin itu jin Islam yang baik, yang alim?

Orang yang suka berangan-angan. Bukankah dari sini dapat idea? Bukankah sifat orang bernafsu amarah , ialah panjang angan-angan? Jauhi sifat bodoh ini.

Ambil sebuah kamus. Buka tiap-tiap helai. Perhatikan setiap perkataan dan maksudnya. Adakah memberikan kepada idea penulisan. Atau akan cuba juga kamus yang lain?

Anda mencari siratan dari yang tersurat. Anda mencari yang tersurat dari buku, majalah, katalog, buletin, akhbar, …laman web, blog,……

Semua itu datang dari otak yang sihat. Otak yang sihat perlu pemakanan yang berkhasiat dan teratur waktu serta cara memakannya dan meminumnya. Makanan dan minuman yang mencergaskan otak. Anda perlu daya ingatan yang kuat.

 

 

2 thoughts on “Bagaimana Mencari Idea? By Tinta Emas 7 Samudra

  1. […] menyokong ustaz cawat. Bagaimana kita hendak menghapuskan bidaah ini semua?”  “Aku ada idea, Balqis. Panggillah Hitam datang ke mari.” Maka, burung kecil itu terbang ke arah Kampung […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s