Kemampuan Anda Semua MengX-Ray Kereta Anda By Jeritan Seantero Dunia


Peringatan harian ke 22= Change? Hit if total of water use meter failed to move, Dig it? Or lock it?

Peringatan harian ke 22= Change? Hit if total of water use meter failed to move, Dig it? Or lock it?

Peringatan Harian ke 24 =change fuse? Someone steal the fuse?

Peringatan Harian ke 23 =change fuse? Someone steal the fuse?

Peringatan Harian ke 24= Trap Quality? Is trap on your roof ok?

Peringatan Harian ke 24= Trap Quality? Is trap on your roof ok?

Artikel ini akan juga mengambil pengalaman-pengalaman saya. Apabila anda menempah sebuah kereta baru, anda bertanggungjawab untuk memastikan kereta itu masih berkualiti. Katakan , kereta itu telah tiba di pusat jualan EON. Anda hendaklah memastikan tiada jurujual-jurujual Proton atau EON yang cuba masuk ke dalam kereta baru anda atau mencuba system atau mengujinya. Kerana sebarang kecuaian, silap guna tiada akan ditanggung oleh orang yang melakukannya. Walaupun masih dalam tempoh jaminan, tentu anda tidak mahu ada kerosakan atau kecacatan. Lebih menyakitkan hati, jika terdapat tanda-tanda sabotaj atau keadaan yang mendedahkan kepada kemungkinan berlaku pensabotajan. Seperti kereta baru anda baru sampai dari Kilang Proton (di Shah Alam) ke pusat jualan EON. Dan diletakkan di satu sudut dalam keadaan pintu bonet hadapan renggang (tak ditutup), pintu rapat tetapi tidak dikunci. Jurujual yang menguruskan tempahan, road tax dan insuran ini pula memegang kunci kereta dan beri alasan kereta itu memang dalam keadaan begitu bila baru sampai. Munasabahkah alasan seperti ini padahal dia yang memegang kunci . Kenapa tidak dikunci pintu bonet dan pintu kereta? Malah terdapat “sarong” adapter memori (untuk peta letronik) dan  kad memorinya tetapi ke mana pergi adapter memori dan kad memori? Hilang? Siapa curi? Tempoh beberapa hari yang diberikan oleh Proton agar anda menyiasat dan menguji segala system kereta adalah tidak munasabah. Untuk membaca buku panduan dan memahaminya (buku panduan penggunaan kereta ) memerlukan banyak masa. 1-2 HARI pun belum tentu habis membaca buku itu. Segala hasil atau keputusan siasatan dan uji itu , anda dikehendaki menuliskan pada borang berkaitan itu. Tetapi sebenarnya, tidak semua system kereta dinyatakan pada borang itu. Pemaksaan Proton iaitu jika tidak hantar kereta untuk diservis selepas 1000 kilometer pertama, maka jaminan dibatalkan , pada pendapat saya adalah zalim. Saya pernah ada dua buah kereta sebelum membeli kereta saya yang ketiga. Kedua-dua kereta itu telah dijual. Tinggal kereta ketiga (kereta baru) sahaja yang ada.

Pengalaman seseorang dan MAKLUMAT yang saya perolehi menunjukkan:

1= Banyak bahagian kereta dan fungsi kereta yang tidak rosak (masih berfungsi) walaupun tidak diservis mengikut jumlah kilometer atau batu atau masa (tempoh) yang ditentukan dalam buku servis yang dikeluarkan oleh Proton. Telah sangat jauh dari jumlah kilometer yang ditentukan itu tetapi orang itu tidak menservis kereta dia, malah system kereta dan aksesori itu masih berfungsi seperti biasa. Padahal dia tidak ada buku panduan sebab kereta pertama dia itu ialah kereta terpakai buatan luarnegara. Kereta kedua dia pun dia tak servis walaupun telah sampai ke tahap kilometer yang perlu servis jika ikut ketetapan yang terkandung dalam buku servis.

2=  Ada Alatganti yang dipasang oleh pusat servis EON itu tidak tahan lama, baru beberapa minggu kemudian, bunyi yang menandakan alatganti itu sudah terpakai lama berbunyi. Alatganti baru sepatutnya tiada bunyi seperti itu. Hal begini, kereta baru dibeli pun ada berlaku.

3= Ada alat atau aksesori yang tidak dipasangkan walaupun sepatutnya ada dipasangkan . Hal ini mungkin anda tidak menyedarinya sehingga anda membaca buku panduan kenderaan baru anda secara lebih lanjut.

Anda patut tahu tanda-tanda keremajaan (tanda baru) kereta baru seperti:

1= Bau kereta baru, yang seperti berbau kulit sofa, carpet kereta dan lain-lain.

2= Apabila anda cuba menggerakkan tempat duduk ke hadapan atau ke belakang, anda mendapati ia sukar dilakukan atau ketat

3= Apabila anda membuka pintu kereta, anda terasa pintu itu berat. Apabila anda menutup pintu itu, tiada bunyi yang tidak menyenangkan seperti ada benda bergegar dalam bahagian pintu.

4= Apabila anda menekan injak pecut atau brek, anda hanya perlu menekan sedikit, tidak terlalu jauh. Mungkin juga tiada bunyi pada injak brek bila anda menekan injak brek itu.

5= Sistem kereta berfungsi atau beroperasi seperti yang diterangkan dalam buku panduan kereta

6= Tiada tanda karat atau cacat pada sesuatu aksesori.

7= Ada bahagian dalam kereta yang disalut atau dibalutkan atau disarongkan dengan plastic dan lain-lain seperti stereng kereta, tempat duduk, penyandar kepala, bahagian pintu sebelah dalam, visor pelindung cahaya, tuil lampu dan lain-lain.

8= Tayar mempunyai “bulu-bulu” getah yang tegak lurus atau bahagian tanda penunjuk haus bunga masih tiada kesan haus .

9= Apabila anda menguji dengan alat pengukur voltan , ia menunjukkan pada kadar seperti yang diterangkan dalam spesifikasinya pada buku panduan.

10= Apabila anda memandu, perlahan atau sederhana atau laju, tiada bunyi bergegar pada bahagian tertentu kereta seperti bunyi longgar, tidak menyenangkan dan lain-lain. Pastikan hentakan absorber menselesakan. Pastikan anda memandu perlahan seperti di bawah 40km/j untuk memastikan sama ada terdapat bunyi berdetik pada aksesori atau alat penegang atau pembolehsuai tali injin, tali kipas. Kenderaan lama atau terpakai atau telah bertahun-tahun digunakan, akan berbunyi berdetik pada bahagian itu sebagai menunjukkan aksesori itu perlu diganti dan tali kipas serta tali injin perlu diganti. Bunyi itu juga mungkin menunjukkan tali sudah haus.

11= Pancutan air yang keluar dari saluran pemancut air cermin didapati memuaskan, panjang pancutan, dan banyak air yang keluar. Pengelap cermin pula mengelap dengan lancar tanpa bunyi yang tidak menyenangkan. Semua ini tanda keremajaan.

Jika anda mendapati ada terdapat tanda-tanda yang tidak remaja tetapi sebelum itu ada tanda keremajaan tetapi tidak kekal lama, seperti selepas beberapa hari atau beberapa minggu anda menggunakan kereta yang baru anda tempah, itu mungkin menandakan kemungkinan seperti berikut:

1= Anda salah cara guna. Tidak menggunakan mengikut panduan penggunaan memungkinkan kualiti berkurangan, jadi cacat atau akhirnya rosak.

2= Bahagian itu mungkin sebenarnya aksesori terpakai

3= Bahagian itu memang aksesori baru tetapi telah disabotaj. Kaedah sabotaj yang digunakan mungkin kaedah “Cacat Tunggu Masa”. Maksudnya, bahagian itu telah disabotaj supaya berkurangan kualitinya secara perlahan-lahan sehingga akhirnya menunjukkan tanda kecacatan dan kerosakan yang jelas (telah tiba masa).

Memang terdapat mekanik-mekanik Pusat-Pusat servis Eon dan jurujual-jurujual atau peniaga di kedai Proton atau Eon yang tidak jujur, menipu dan mensabotaj & tanda-tanda kemungkinan sabotaj.  

Contohnya:

3.1= ADA ORANG TELAH MEMBAYAR deposit tempahan tetapi walaupun telah diberikan resit, tetapi jumlah itu tidak dipotong dari harga jumlah keseluruhan kereta di dokumen perjanjian pinjaman wang bank untuk membeli kereta. Ada jurujual EON yang mengatakan kepada saya ramai jurujual EON yang tidak jujur telah diberhentikan (ditamatkan perkhidmatannya).

3.2= Berbulan-bulan menunggu tetapi kereta yang ditempah tidak datang juga ke tempat jualan. Alasan yang diberikan tidak menasabah seperti mengutamakan penghantaran tempahan ke Sarawak dan Sabah. Hal tidak puashati ini telah diceritakan oleh seorang peniaga kepada saya. Dia telah menelefon seseorang yang ada hubungan kekeluargaan , yang bekerja di kilang Proton (Kilang buat kereta) dan orang itu mengatakan sebab itu tidak menasabah dan akhirnya jurujual yang kata tempahan tidak dapat dihantar itu mengatakan tempahan kereta peniaga itu akan segera dihantar.

3.3= Pernah berlaku seorang diberikan botol- botol cecair penyejuk injin yang telah pecah tanda belum guna tetapi penjual di pusat servis Eon itu masih mengatakan botol-botol itu baru (belum pernah digunakan cecairnya)

3.4= Harga yang terlalu mahal dan tidak menasabah. Barangan kecil berharga sangat mahal padahal tidak diperbuat daripada emas.

3.5= Pernah berlaku kasut brek yang baru digantikan, tetapi bila dipandu, masih berbunyi yang menjadi tanda haus kasut brek. Begitu juga tentang absorber (penyerap hentakan), ada tanda telah digunakan walaupun baru diganti.

3.6= Apabila kad memori peta atau aplikasi peta letronik ada masalah, berbulan-bulan menunggu, tetapi tiada panggilan daripada pusat jualan EON untuk mengambil kad memori yang baru atau yang tiada bermasalah tetapi bila pemilik kereta datang ke situ, alasan pegawai bahagian aduan pelanggan tidak menasabah. Kata pegawai berketurunan orang asli (SARAWAK ATAU SABAH) itu mengatakan kad memori itu belum siap dan belum hantar selepas dia menelefon bahagian berkaitan. Tetapi tak lama kemudian seorang staf di situ membawa kad memori dan adapternya. Kata dia, ini kad memori lain (takkanlah hak orang lain boleh digunakan? Takkanlah kad memori dan adapter sebagai alatganti ada ditempah pusat servis EON atau Pusat jualan EON?) .Sejarah begini pernah terjadi.

3.7= Seorang kerani bahagian stor di pusat servis EON daerah Manjung, pernah memberikan hadiah kepada seorang pemilik kereta. Hadiah sebab apa? Malah kerani itu (melayu, penyokong parti PAS), pernah mengatakan ALAT pengubahsuai tali yang diluar injin itu tidak akan direkodkan dalam buku urusniaga atau pembelian jika alat itu dibeli kerana itu milik orang lain yang diperolehi melalui insuran orang itu tetapi orang itu tidak mahu mengambil alat itu. Aneh, kenapa tidak mahu ambil??? Kerani itu kata jika alat ini dibeli, harganya lebih murah tetapi pemilik kereta yang pernah terima hadiah (alat kit mekanik kereta seperti pemutar skru dan lain-lain) tanpa sebab daripada kerani stor itu mengatakan hendak beli yang bukan hak orang. Kerani itu kelihatan tidak senang hati dengan kata-kata pemilik kereta itu. Bila pemilik kereta itu datang semula ke stor itu untuk ambil alat yang dia ingin beli tadi, didapati alat pengubahsuai tali itu kelihatan seperti hak orang lain itu, bukan yang seperti yang dikehendaki pemilik kereta itu tetapi pemilik kereta itu malas gaduh dan beli barang itu juga dengan harga yang disuruh oleh kerani itu iaitu jauh melebihi harga yang mula-mula disebutkan oleh kerani melayu itu (umur dia seperti lebih 40 tahun atau lebih 50 tahun). Kerani itu akhirnya kena strok, lumpuh sebelah badan, satu tangannya sukar digerakkan. Inilah hukuman Tuhan sebab menipu dan mempermain-mainkan pembeli/pemilik kereta?? Kerana itu juga dia ditamatkan perkhidmatan. Tiada pencen. Tiada wang persaraan, Anak ramai pula yang nak ditanggung. Isteri tak bekerja. Allahuakbar!!! Semua ini ialah peristiwa yang benar-benar terjadi.

3.8 = Pernah berlaku= Seorang yang jawatannya membuat invois pembelian atau dokumen berkenaan alatganti dan khidmat servis kereta yang dibeli oleh pemilik kereta mencetak dokumen sementara tentang anggaran harga tetapi bila khidmat telah diberikan dan alat ganti telah dipasangkan , dokumen sementara itu tidak mahu ditunjukkan kepada pemilik kereta bila diminta oleh pemilik kereta, malah selepas pembayaran dibuat, barulah pemilik sedar ada maklumat pada dokumen (yang bukan sementara) pembelian yang menunjukkan ada 2 unit alatganti yang sama dibeli padahal dia beli satu unit sahaja. Jadi , pembeli itu ingin berjumpa dengan pembuat invois itu (lelaki melayu, umur seperti 40-50 an), tetapi entah ke mana dia menghilangkan diri?

3.9= Di bengkel alat penghawa dingin kereta, pemilik atau pekerja bengkel itu sengaja menyentuh pengalih udara dengan kasar hingga menyebabkan pecah dan patah. Hal ini pernah terjadi.  Berlaku juga, semasa sebelum kerja memateri bahagian bawah penakung minyak gear, cina itu sebut harganya tetapi setelah kerja pematerian selesai, harga yang diminta jauh lebih mahal. Alat penggera yang dipasang pula tidak berfungsi, hanya disedari bila sudah jauh meninggalkan kedai alatganti (yang memasang alarm kereta).  Malah wang secukupnya telah diberikan tetapi penjual alatganti mengatakan wang yang diberikan tidak cukup. Awas sudah ada teknologi tayar palsu. Tayar yang agak haus, dibentuk semula bunga-bunganya.

Salah-satu keadaan yang sangat menyebabkan banyak bahagian dan system kereta anda terdedah kepada pensabotajan ialah bila kereta anda terlibat dalam kemalangan jalan-raya dan memaksa anda membenarkan kenderaan penarik kereta menarik kereta anda ke bengkel. Pernah terjadi, banyak kali, penipuan bengkel-bengkel. Kononnya, janji kereta siap pada….  tetapi berkali-kali datang ke bengkel, tidak siap juga, malah ada yang tak buat langsung (tak dibaiki).

Sejarah membuktikan dan menyatakan ada terjadi:

 Pihak bengkel mungkir janji. Taukenya juga banyak mungkir janji dan menipu. Bila tiba tarikh ambil kereta yang kononnya telah siap dibaiki, kerani bengkel hendak pemilik kereta (anggap si A) segera tandatangan dahulu untuk membuktikan kereta anda ok setelah dibaiki padahal bila A hendak melihat dahulu kereta DIA, kerani tidak senang hati dan seolah-olah memaksa A tandatangan dahulu. A siasat kereta DIA selepas tandatangan. Bila A tiba di rumah, baru sedar ada pembaikian yang tak dibuat atau tak sempurna. Bila anda kembali ke bengkel, tauke kata memang bahagian itu tiada penutup , malah meminta A cari orang yang ada kereta sejenis kereta A agar membuktikan kereta A memang ada penutup , barulah tauke akan meletakkan penutup. Malah lampu kereta A tidak kuat menyala seperti sebelum kemalangan. Sebelum kemalangan, cahaya lampu semuanya menyala dan memuaskan tetapi selepas pembaikian, tidak berkualiti. Malah, A melihat bahagian lantai tempat letak tayar alatganti tidak ada kerosakan tetapi selepas pembaikian, ada tanda pematerian di lantai itu. Semua ini bertujuan agar bengkel mendapat wang bayaran yang lebih daripada syarikat insuran anda. Bila alatganti tertentu telah tiba ke bengkel, ada bahagian yang bengkel ambil tanpa kebenaran  A walaupun A di hadapannya dan ada juga tanpa pengetahuan A. Bahagian yang dicuri atau dirampas itu ialah seperti penutup berbentuk 4 segi pada bumper hadapan kereta. Malah, ada juga , honnya tidak berfungsi, bunyi injin tidak selesa , bunyi alat pengubahsuai ketegangan tali juga berdetik padahal sebelum kemalangan tidak berdetik, padahal tiada kerosakan pada injin dan alat penegang itu semasa kemalangan). Pernah juga terjadi , pada hari dia memandu keluar kereta yang dia  tempah  dari kedai jual kereta,  di dapati jurujual sedang melakukan sesuatu terhadap kereta dia , staf itu sedang menggunakan pemutar skru dan bila ditanya apa yang dia buat. Dia terdiam lama. Kemudian pemilik kereta mendapati laci kereta amat sukar dibuka. Penutup lampu bumbung kereta tiada. Jurujual itu berjumpa dengan pengurus pusat servis Eon dan pengurus itu bersetuju akan memberikan penutup lampu yang percuma kepada pemilik tetapi bila jurujual itu telah tiada bekerja lagi di pusat jualan kereta, Pengurus itu kata tak boleh beri penutup itu sebab jurujual itu sudah tiada. Persoalannya ialah bila pemilik telah beli kereta itu bermakna penutup lampu itu juga dia telah beli, kenapa tak diberikan dan kenapa pula jurujual tak jujur itu yang jadi sebab dia tak dapat itu???? Pusat jualan EON yang tak jujur ada yang terpaksa ditutup. Padan dengan muka??? Ada mekanik di pusat servis EON di Selangor yang mengatakan kepada seorang pemilik kereta bahawa bahagian yang dekat dengan roda itu telah retak . Dia menggunakan lampu suluh dan pemilik melihat. Pemilik percaya telah retak. Bila telah datang alat ganti, barulah bahagian itu dikeluarkan tetapi rupa-rupanya tidak retak. Ia kelihatan retak sebab ada Tanah kering yang melekat padanya!!! Mekanik penipu itu berketurunan DAYAK, mengaku tak berpuasa bila bulan puasa dan mendedahkan sebahagian ponggong dan seluar dalamnya ketika membaiki kereta!!!! Ada bahagian yang tidak diskrukan, malah ada nat tayar yang tak diketatkan sedikitpun. Hal ini pemilik kereta tersebut sedar selepas menandatangani dokumen untuk mengambil kereta yang telah dibaiki di bengkel. Sehingga sekarang dia  tidak pernah mengadu kepada pihak UNIASIA TENTANG kejahatan bengkel seperti ini. Anjing-anjing dilepaskan , anjing-anjing bengkel atau pemilik bengkel itu menggganggu dan menakutkan pemilik kenderaan yang terpaksa lari kerana cuba diserang oleh anjing. Hal ini berlaku waktu siang. Seolah-olah untuk menghalang pemilik memantau kerja mekanik terhadap kereta pemilik. Tiada mustahil jika pihak insuran juga dan ejennya bersubahat dengan pihak bengkel untuk menganiayai pemilik kenderaan yang rosak. Pengalaman seseorang telah menunjukkan ada ejen insuran yang tidak menyenangkan hati, diragui kejujurannya malah ada yang boleh jadi bukti. Contoh? TENTU KISAH BENAR LAGI:

1= Penerangan yang mengelirukan, tidak jelas, tidak difahami dan ada masanya seperti bertentangan terhadap dokumen insuran yang perlu dan telah dibayari. Tadi maksudnya begitu, lepas itu maksudnya lain pula, lepas tu lain lagi. Yang mana satu betul?

2= Harga kereta yang banyak berkurangan padahal baru beberapa tahun sahaja pakai kereta yang baru dibeli.

3= Alasan dan penerangan yang tidak adil dan tidak menasabah. Pernah ada ejen insuran Takaful yang meletakkan harga RM1000000.00 sebagai jumlah perlindungan insuran untuk kereta terpakai Seorang pemilik kereta (insuran pihak ketiga) padahal  pemilik  kereta itu  ialah yang ke 7 atau ke 8 (kalau tak silap). Kereta buatan Jepun, model zaman dahulu boleh dapat perlindungan RM1 juta? HA HA HA HA HA HA!!???  Ejen insuran ini (lelaki muda melayu) mungkin terlepas dari hospital Tanjung Rambutan, Perak, Malaysia. Kereta secondhand itu pemilik  beli tunai dengan harga tak sampai RM10000 SAHAJA TAPI PERLINDUNGANNYA WOW WOW WOW WOOOOOOOOO!!iiii!!!!

Pengalaman seorang pemilik kereta telah  menunjukkan:

1 = Cecair penyejuk injin cair sangat, menunjukkan dicampurkan dengan air padahal tidak boleh begitu. Ini selepas kerja pembaikian oleh pihak bengkel dilakukan terhadap kereta dia.

2= Bateri (yang bukan jenis perlu ditambah dengan cecair) yang tidak ada dibungkuskan dengan bungkusan kilang, tidak tahan lama, setahun atau dekat setahun sudah perlu diganti padahal ada bateri yang boleh tahan sehingga 2 tahun. Mungkin kerana dia terlalu kerap guna aircond dan banyak guna radio kereta?

KERETA BARU YANG BARU SAMPAI DARI KILANG KERETA  JUGA ADA MASALAH.

Contoh yang pernah terjadi:

1= PORT USB tidak berfungsi, pendrive tidak dapat Berjaya diloadingkan. Hanya skrin monitor kereta mempamerkan “USB LOADING….” selama berpuluh-puluh minit atau berjam.

2= Fail-fail dalam aplikasi kad memori peta letronik seperti ada yang hilang, dimusnahkan, …. , malah ada menu yang tidak atau lambat berfungsi.

3= Cecair penyejuk injin tidak diisi penuh sehingga maksima. Kereta baru pertama (hanya dialah pemilik pertama) diisi dengan penuh tetapi kereta baru yang kedua milik yang   dia ada sekarang diisi setakat paras minima sahaja. Pegawai bahagian aduan pelanggan mengatakan pekerja kilang kereta tak isi sehingga habis. Sepatutnya isi hingga maksima sebab kereta itu dia  telah beli.

4= Sebuah pusat servis EON yang pengurusnya ialah lelaki India, stafnya telah memendekkan jarak kilometer padahal tempoh asal servis yang berikutnya , jumlah jaraknya lebih jauh.

Sebenarnya bukan semua yang perlu kita tahu telah diterangkan dalam buku panduan kereta. Pengalamanlah yang juga mengajar kita hal yang tak diterangkan. Walaubagaimanapun, saya tidak bermaksud  untuk mengambil-alih nasihat pakar kereta yang jujur. Saya harap artikel saya dapat dan boleh jadi panduan. Jika ada kesilapan, harap maaf. Berikutnya, saya ingin memberikan beberapa panduan yang mungkin berguna kepada anda:

1 = Jika kenderaan anda terlalu lambat bergerak (seolah-olah ada yang menyekat roda) atau langsung tidak bergerak, kemungkinan disebabkan alat penderia (sensor) telah ditutupi oleh carpet kereta atau lainnya. JANGAN menutupinya. Walaubagaimanapun, kenderaan anda mungkin ada masanya dapat berjalan lancar dari pergerakan static  sebab computer kereta masih menyimpan maklumat lama tentang operasi kereta anda.

2= Jika ada bunyi seperti geseran dawai pada roda anda, mungkin menunjukkan ada bangkai katak yang telah kering dan keras. Katak itu telah masuk ke bahagian dalam roda dan bila anda memandu, katak itu jadi seperti itu dan tubuh dan kakinya yang telah keras bergeser bila roda bergerak, menghasilkan bunyi seperti itu.

3=Jika kenderaan anda ada masanya tersekat-sekat pergerakannya atau tidak  bergerak sedikitpun, mungkin menandakan bahawa ada plag pencucuhan yang telah berkarat atau terbakar dan perlu diganti (biasanya kesemuanya perlu diganti) atau mungkin menandakan alat penderia yang terletak pada atau dekat injin telah rosak dan perlu digantikan.

4= Jika air pengelap kereta tidak memancut, perhatikan dan betulkan kedudukan saluran tiubnya. Kemudian cuba memancutkan air dengan menghidupkan pengelap kereta.

5= Jika ada tanda bateri tidak membekalkan tenaga, periksa bahagian positif atau negative, mungkin ada pengumpulan seperti benda putih padanya. Gunakan air panas atau mengelapnya dengan tuala untuk membuang benda putih itu.

6= Minyak pelincir yang kekeringan di tangki dan dalam injin dapat menyebabkan kereta tiba-tiba mati pergerakannya (injin mati)

7= Jika lampu kereta tidak kuat cahayanya atau tidak memuaskan , mungkin bukan kerana bateri kereta lemah. Anda mungkin perlu membuka pintu bonet hadapan kereta dan dengan menggunakan pemutar skru, putarkan bahagian yang digunakan untuk menyelaraskan tahap kekuatan cahaya lampu.

8= Jarum meter suhu kereta mungkin naik sehingga ke paras merbahaya disebabkan oleh kebocoran pada radiator atau tangki penyejuk injin.

9= Apabila sedang memandu, kereta terasa lebih berat daripada biasa, mungkin menandakan ada tayar yang kekurangan angin, atau tanda tayar sedang semakin pancit. Jika bila memandu, sukar memusingkan stereng, malah stereng bergerak ke sebelah kiri sahaja dan sukar di stabilkan kedudukannya dan sukar diputar ke kanan, mungkin menunjukkan tayar sangat haus sehingga menampakkan benang tayar!!!

10= Jika semasa memandu, ada bunyi gegaran pada pintu (kiri atau kanan), mungkin menandakan pintu tidak rapat dan tidak dikuncikan. Lampu amaran pintu tidak rapat mungkin tidak berfungsi atau rosak. Jika kedengaran bunyi angin dari luar kereta masuk ke dalam kereta dengan kuat, mungkin menandakan pintu bonet belakang kereta tidak dikunci dan renggang. Jika ada bunyi siulan angin pada tepi badan kereta, mungkin menandakan ada kaca tingkap kereta yang tidak rapat.

11= Jika kenderaan anda dapat bergerak ke hadapan tetapi tidak dapat undur, mungkin menandakan ada kabel yang berkaitan system gear yang longgar dan perlu diketatkan tetapi jika system gear kereta itu dari jenis lain, mungkin tidak ada kabel seperti itu. Jika begini, mungkin gear box perlu digantikan.

12= Jangan cuba memukul bahagian bonet hadapan, bumper hadapan dan tepi bonet hadapan, kemungkinan alarm akan berbunyi atau beg udara akan terkeluar (SRS DAN BEG UDARA PEMANDU)

13= Jika alat penghawa dingin tidak sangat sejuk atau tidak memuaskan, kemungkinan bukan kerana perlu penambahan gas pendingin itu tetapi mungkin kerana saluran aircond tersumbat. Bahan sebagai gas pendingin (aircond) dapat memberikan keperluan penyejukan yang berkualiti sehingga enam tahun atau mungkin lebih daripada 6 tahun. 

14= Jika pusat servis dan jualan EON dan ejennya tidak baik, dan tak berguna membuat aduan kepada bahagian aduan pelanggannya, buat aduan kepada Headquarternya seperti Kilang Proton.

Saya yakin tidak mustahil konsep kereta baru dikatakan perlu diservis pada jumlah tertentu kilometer atau batu atau tempoh , sebenarnya hanya sebagai panduan sahaja dan tidak semestinya benar perlu diservis pada peringkat itu terutama jika pemilik kereta pandai menjaga tahap kualiti dan keselamatan keretanya setiap hari, pandai mengambil langkah pencegahan kerosakan dan sentiasa menyayangi keretanya. Tujuan tersirat konsep ini tidak mustahil wujud. Contohnya, mungkin bertujuan agar kilang proton, stoknya sentiasa ada penempahan supaya perniagaannya berjalan selalu tetapi pemilik kereta akan selalu rugi kerana menggantikan bahagian yang sebenarnya tidak rosak, tidak cacat atau masih berkualiti. Apapun pengalaman anda mungkin lebih berharga dan lebih tepat kebenarannya. Jadi ,cuba sediakan konsep tempoh dan kilometer anda sendiri yang lebih tepat.

Seperkara lagi, jika kereta selalu digunakan seperti mat rempit kereta, berlumba, memandu secara kasar dan biadap, tidak mustahil kereta akan lebih cepat tua dari waktu yang sebenarnya. Akhirnya, banyak duit anda yang terkorban sebab beli alatganti, kos servis, bayar insuran, bayar saman, …… dan lebih malang jika anda dipenjarakan sebab ada yang mati terbunuh kerana anda memandu secara merbahaya dan mengantuk pula!!! Hormatilah pengguna jalan-raya yang lain, bersabarlah, cuba sedaya-upaya ikut peraturan jalan-raya walaupun anda dalam kecemasan dan perlu segera. MALANG TIDAK BERBAU. KELAJUAN SELALU JADI PUNCA KEMATIAN. WALAUBAGAIMANAPUN, ANDA MUNGKIN TERLIBAT DALAM KEMALANGAN DAN CEDERA PARAH , BUKAN KERANA KESALAHAN ANDA TETAPI KESALAHAN ORANG LAIN ……DAN ANDA TIDAK TERFIKIRKAN DAN TIDAK MENYANGKA HAL-HAL BERKAITAN ITU AKAN TERJADI……….. PANDU LAJU MAUT MENUNGGU. KEPULANGAN ANDA DINANTIKAN. INGATLAH ORANG TERSAYANG. JIKA ANDA MATI, SIAPA AKAN TANGGUNG MEREKA? LEBIH MENAKUTKAN JIKA KEMATIAN ANDA MEMBAWA KE NERAKA…………… KAMERA PENGINTIP KELAJUAN YANG TERSEMBUNYI. DAN ORANG YANG SENGAJA MENGHIMPIT KENDERAAN ANDA DENGAN KENDERAANNYA. ORANG TEPI JALAN YANG MENABURKAN BENDA TAJAM DAN MERENTANGKAN TALI TEGANG DI JALAN-RAYA KERANA BENCI TINGKAH-LAKU ANDA YANG SELALU BIADAP KETIKA MEMANDU DAN INGIN CEPAT SAHAJA LALU TALI DAN BENDA TAJAM ITU MENYEBABKAN KENDERAAN ANDA TERBABAS DAN TRELER MELANGGAR KENDERAAN ANDA DARI ARAH HADAPAN…………………… DAN LORI-LORI YANG SENGAJA MEMUNTAHKAN BATU KERIKIL AGAR MEMANTUL KE KACA TINGKAP KENDERAAN ANDA………….DAN SYAITAN …………..YANG MENGABURI PEMANDANGAN LALU-LINTAS………….SEHINGGA ANDA LIHAT LAPANG SAHAJA……………LALU ANDA MEMECUT LAJU…………..DAN IZRAIL PUN MENCABUT NYAWA ANDA.

http://www.youtube.com/watch?v=ZcvTc-KAtOc http://www.youtube.com/watch?v=5ngxDZ4oNHs http://www.youtube.com/watch?v=yd4rN0vOOg8

counted…..draft saved at………at……….what?…….what????? OH NO SERVER PROBLEM…….WHY YOU……WORDPRESS. COM????

One thought on “Kemampuan Anda Semua MengX-Ray Kereta Anda By Jeritan Seantero Dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s