How To Save Your Petrol By Jeritan Seantero Dunia

RaiseOfPetrolPriceMakePeopleBeMAD!

Do this before spray any poison

Peringatan Harian Ke 25= Do this before spray any poison

Peringatan Harian ke 26= Pluck before People Steal It

Peringatan Harian ke 26= Pluck before People Steal It

Cut. Burn Dried Leaves. Cautious about "Kutu Babi"

Peringatan Harian Ke 27 = Cut. Burn Dried Leaves. Cautious about “Kutu Babi”

Did us believe this system or concept???

Did us believe this system or concept???

Petrol naik lagi , harganya? Sebab subsidi petrol dikurangkan? Dan subsidi akan dikurangkan lagi ? Maka, petrol akan naik harga lebih tinggi lagi? Eeee GERAMNYA AKU, ENGKAU?

Maka berlakulah inflasi. Pengeluar atau kilang akan atau telah mengatakan bahawa kos pengangkutan atau penghantaran jadi lebih mahal. Maka peruncit akan mendapat keuntungan yang lebih sedikit bila beli borong atau tak borong. Peruncit tidak puas hati. Maka peruncit naikkan harga. Maka pengguna atau pembeli pun mengamuk.

Dagangan terpaksa dicatu. Atau pelanggan memulaukan barangan. Sesetengah peniaga mungkin buat promosi “harga gila-gila” atau “harga runtuh” atau “harga untuk penghabisan stok”. Ini juga mungkin bermakna peruncit tidak akan membeli lagi barangan kilang atau pengeluar tersebut.

Rakyat tidak mendapat barang yang diperlukan atau sukar mendapatkannya kerana tidak lagi ramai peniaga menjualnya? Maka, barangan seludup yang jauh lebih murah menjadi kegilaan? Pasar Gelap. Atau barangan terpakai jadi idaman di pasar malam?

Apakah alasan sesebuah kerajaan itu hendak mengurangkan subsidi atau membatalkan subsidi atau enggan beri subsidi ? Apakah bukti dan hujah yang diberikan itu memang logic dan benar?

Bukankah sesebuah kerajaan itu banyak sumber pendapatan ? Bukankah budaya kronisme, nepotisme, rasuah, salah-tadbir, salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat, tidak amanah dan…………… menjadi sebab sebenar kehilangan kemampuan beri subsidi atau punca subsidi dikurangkan?????

JIMATLAGIPETROL

JIMATPETROL

Boleh Percayakah ini? Bukankah golongan peniaga tiada akan mengatakan barangannya tidak baik walaupun memang tidak baik?

Boleh Percayakah ini? Bukankah golongan peniaga tiada akan mengatakan barangannya tidak baik walaupun memang tidak baik?

Panduan berikut mungkin berguna dan Ā membantu anda mengurangkan penggunaan petrol:

1= Pastikan jumlah angin dalam tayar memadai. Tayar yang kekurangan angin dapat menyebabkan kenderaan terasa lebih berat dan ini memaksa anda menekan lebih jauh injak pecut, yang bermakna lebih banyak minyak dari tangki petrol dibakarkan.

2= Jangan membawa banyak beban terutama yang lebih berat, tidak perlu . Kenderaan anda mempunyai had beban yang selamat dibawa. Beban yang lebih banyak bermakna, anda akan merasa kenderaan anda lebih berat semasa memandu. Jangan menyimpan bahan bakar seperti minyak petrol dalam kenderaan. Suhu dalam kereta yang terlalu panas atau pancaran matahari yang kuat dapat menyebabkan minyak petrol dalam botol yang disimpan menjadi gas panas yang memungkin tekanan yang kuat terjadi (letupan).

3= Pastikan pelinciran berjalan dengan baik atau berkualiti. Ganti minyak pelincir atau tambah bila perlu dan sesuai dilakukan begitu.

4= Jangan memandu lebih laju jika tidak perlu. Kenderaan yang bergerak lebih laju bermakna lebih banyak petrol dipamkan dari tangki petrol untuk dibakarkan. Ini bermakna tangki petrol anda akan lebih cepat kehabisan petrol dan bermakna anda akan lebih banyak membeli petrol daripada biasa dalam bulan tersebut.

5=Kurangkan pergerakan kenderaan. Tidak menggunakan kenderaan kerana keinginan tetapi keperluan . Membeli yang berdasarkan keperluan. Bukan berdasarkan keinginan dan nafsu. BERHENTI, LETAK kereta, dan lebih banyak berjalan kaki. Utamakan kedai yang anda dapat membeli semua atau hampir kesemua atau yang paling atau lebih banyak ada barangan dijual seperti dalam senarai barang yang anda ingin beli.

6= Menumpang kenderaan jiran, sahabat atau orang lain secara percuma.

7= Kurangkan atau elakkan penggunaan gear 3. Gear yang lebih rendah menyebabkan kenderaan terasa lebih berat. Bahan bakar yang lebih banyak diperlukan untuk menggerakkan kenderaan lebih laju.

8=Rancang arah perjalanan. Ketahui jalan pintas yang lancar atau baik keadaan jalannya. Cuba elak keadaan kesesakan lalu-lintas.

9= Penggunaan aircond pada tahap sejuk keterlaluan atau lebih sejuk , bermakna anda perlu mengepam lebih banyak petrol jika ingin lebih cepat memandu. Gunakan alat penghawa dingin kereta dengan bijak.

10=Jangan memandu dengan menekan injak pecut seperti keadaan terkejut. Tekan dengan tekanan yang tenang.

11= Jika kenderaan anda dilengkapi system auto-cruise, gunakan auto-cruise dengan bijak. Elak penggunaan suis-suis system auto-cruise yang dapat menyebabkan kenderaan anda tiba-tiba memecut lebih laju.

12= Gunakan kenderaan awam yang murah . Elak teksi bermeter. Jadi, kenderaan milik anda kurang digunakan. Lakukan ini jika ini berbaloi , dapat mengurangkan penggunaan petrol dan lebih menjimatkan wang perbelanjaan bulanan anda.

13=Jika anda dapat duduk di kuarters, anda pergi bekerja , berjalan kaki sahaja, barangkali. Maka, kenderaan milik anda lebih banyak berehat daripada bekerja.

PETRONAS perlu elakkan atau tamatkan pelaburan yang merugikan di dalam dan di luar Negara. Impak kerugian tidak sepatutnya dibebankan kepada rakyat dengan menaikkan harga petrol. Kalau rakyat Malaysia yang beragama Islam buat solat hajat hari-hari agar minyak turun harga,………………..insya-Allah dikabulkanNYA. Kos dan perbelanjaan operasi di pelantar minyak dan lainnya, haruslah dikaji untuk mencari jalan lebih jimat, berhemat. Kerajaan harus tidak meminjam wang Bank Dunia, yang dikuasai YAHUDI , yang memang tamak dunia.

Now saving my draft…..urgent….hurry up….quickly…………….oh no………saving…saving….saving….savingsavingsavingsavingsaving……..savin

One thought on “How To Save Your Petrol By Jeritan Seantero Dunia

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s