Abdi Moden bin Robot By Panji-Panji Halimunan


Abdi Moden bin Robot bin……?

Peringatan Harian ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian ke 28= Burn Rubbish Now?

Peringatan Harian ke 29= Supervise it. Dog please go away from it.

Peringatan Harian ke 29= Supervise it. Dog please go away from it.

Peringatan Harian Ke 30= Is Roof OK? Hit any nail?

Peringatan Harian Ke 30= Is Roof OK? Hit any nail?

Artikel ini juga akan mengambil kisah-kisah benar untuk ditaipkan di kiriman ini. Kilang, apa yang difikirkan oleh anda?  Kebanyakan kilang tidak mampu memberikan gaji pokok yang lebih banyak daripada sejumlah kecil kilang atau jenis perusahaan.  Gaji pokok RM300 lebih, atau RM400 lebih atau RM500 lebih adalah kecil dan biasa diberikan. Dicampur elaun-elaun dan kerja lebih masa, masih tidak dapat mengeluarkan pekerja kilang (terutama yang berjawatan paling rendah seperti operator) dari kategori miskin melarat. Walaupun suami-isteri bekerja di kilang yang sama. Konsep gaji minima yang diwajibkan diberikan oleh majikan sebagai pematuhan terhadap undang-undang buruh seperti RM900 sebenarnya tidak mengeluarkan manusia itu dari kategori miskin kepada kaya. Konsep kekayaan itu sendiri haruslah dijelaskan secara terperinci dan ia mestilah dapat digunakan makna dan maksudnya sepanjang zaman, everywhere and in whole conditions.

Sebenarnya, saya menulis tentang kilang kerana saya berharap ia akan juga dapat membayangkan dan menerangkan banyak keadaan pekerjaan dalam sector lain seperti perladangan, perlombongan, peruncitan, pasaraya, kedai-kedai, nelayan dan lain-lain.

Memang sebahagian besar jawatan dalam sector swasta dan perkhidmatan awam ialah jawatan kategori rendah atau sekadar cukup makan atau sekadar boleh hidup senang dan selesa tetapi tidak memasukkan ke kategori kaya, kaya-raya, jutawan dan lain-lain. Justeru, masalah timbul bila berlaku inflasi, ekonomi meleset, perkahwinan (terutama yang beranak-pinak), menanggung hutang (angsuran-angsuran yang tentunya beriba), dan lain-lain keadaan darurat dan mencekik.

Adakah kerana konsep adat di seluruh dunia yang berdasarkan  kebiasaan , peraturan biasa gaji, kelulusan itu sebenarnya perlu dikaji semula dari segi jumlah gaji kasar yang minima yang boleh diberikan, yang berdasarkan kelulusan atau tidak??? Supaya wujud keseimbangan kuasa beli yang selesa untuk pelbagai golongan dan perjawatan. Apa yang dapat dipastikan, kenaikan gaji  , walaupun berlaku berkali-kali tidak dapat membebaskan diri manusia itu daripada kategori biasa, cukup makan, selesa kepada kaya.

Pelbagai factor yang menyebabkan ini seperti:

1= Riba bank, along (tetap jadi pilihan bila syarat kelayakan pinjaman tidak dapat dipenuhi terutama yang bukan kakitangan kerajaan)

2= Godaan iklan-iklan seperti di TV yang sering Berjaya memukau. Boros. Pembelian berdasarkan nafsu dan bukan keperluan. Perbelanjaan melebihi kemampuan yang biasa.

3=INFLASI

4=Perkahwinan yang tidak sekufu dari segi kewangan, perkahwinan yang sebenarnya tidak layak bagi mereka berkahwin bila dilihat pendapatannya (akad nikah sah tetapi perkahwinan itu haram??).

Ini zaman tiada jantan dan tiada betina kerana isteri pun sama-sama menanggung perbelanjaan hidup. Lelaki yang benar-benar menanggung nafkah ialah orang yang isteri dan anak-anak yang ditanggunginya tidak bekerja. Kitaran hidup dari sejak terima gaji kemudian datang masalah dan terima gaji semula dan datang masalah kewangan semula (bermakna tiada simpanan atau simpanan sentiasa tidak kuat) menghantui kehidupan di seluruh dunia. Buruh menjadi robot majikan. Walaupun robot-robot sebenar (mesin-mesin) juga digunakan, namun buruh harus bekerja sepantas yang sesuai dengan kelajuan mesin hinggakan nak korek tahi hidung pun tiada masa, bahkan bila mesin itu ditambahkan kelajuannya atas perintah supervisor , chief operator,  pengurus atau tauke kilang. Tekanan perasaan terjadi kerana terpaksa menjadi hamba mesin atau hamba syarikat. Yang bekerja syif petang (seperti kerja dari 3 petang hingga 11 malam) dan terutama yang bekerja syif malam (seperti dari 11 malam hingga 7 pagi), tidak menikmati tidur yang sebenar. Dari segi kesihatan, tidur siang walaupun berjam-jam, kemudian terpaksa bekerja syif petang atau syif malam akan mendatangkan pelbagai masalah kesihatan, tekanan perasaan. Memang ada pekerja kilang yang mengakui bahaya ini. Maka terbukti benar ayat al-Quran yang menyatakan bahawa Allah menjadikan siang untuk bekerja dan malam untuk berehat (seperti tidur). Kalau tidur malam, kerja hanya siang, insya-Allah terasa sihat waktu siang itu kerana tidur waktu malam ialah tidur yang nikmat dan sebenar serta mendatangkan kesan kesihatan yang baik. Tidak mustahil kitaran hidup (kerja syif dan dapat gaji yang sedikit kemudian datang masalah kewangan , kemudian kerja semula, dan begitulah seterusnya) telah dicipta oleh  orang jahil, musuh Islam . Kitaran seperti itu melemahkan umat ISLAM. Menyebabkan malas beribadat malam (qiamulail) dan jika hendak dibuat pun terasa badan dan kepala tidak segar, tidak sihat dan mengantuk akibat bekerja malam . Jika suami-isteri , kedua-duanya juga jadi hamba moden (kerja dengan mesin atau kerja kilang), maka, rumah-tangga tidak mustahil tiada kekal lama. Perceraian. Isteri tidak dapat masak secara cukup atau sempurna atau suami terpaksa beli makanan yang telah siap. Anak-anak terpaksa di hantar ke pusat jagaan bayi dan kanak-kanak. Pengasuh pula jahil dan kasar. Kesannya, anak-anak membesar dalam kejahilan dan inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh ISLAM. Suami-isteri selalu bergaduh kerana tidak cukup wang. Apa lagi, kerja kilang selalu dalam keadaan berikhtilat, bersufur, bertabaruj. Tidak sedikit orang yang curang. Malah kebanyakan kilang , umpamanya di MALAYSIA, dimiliki oleh orang kafir, sering tiada menyediakan kemudahan untuk solat. Tiada surau. Jika ada pun, surau sangat kecil, muat untuk 2-3 orang sahaja pada sesuatu masa. Di situlah wanita, di situlah lelaki bercampur untuk solat. Solat pula harus minta kebenaran atau terlalu singkat masa diberikan untuk solat . Perlu kembali ke mesin segera. Waktu rehat yang singkat (  seperti 1 jam atau kurang) tidak memadai untuk rehat, solat , makan-minum. Meninggalkan solat dengan sengaja kerana alasan tiada orang yang jaga mesin atau kerana diperintahkan jaga mesin segera, hukumnya MURTAD. Memang ini rancangan musuh ISLAM, mahu memurtadkan umat ISLAM seluruh dunia dengan cara halus seperti ini yang sering tidak disedari oleh pemimpin-pemimpin ISLAM. Di manakah gerakan jihad untuk menghapuskan kitaran hidup yang lemah dan hina serta pemaksaan menjadi robot dan hamba pada zaman moden ini? Bilakah tauke kilang yang beragama ISLAM, yang ambil berat tentang solat pekerjanya akan muncul lebih banyak di seluruh dunia?

http://www.youtube.com/watch?v=icQFeZCgtus http://www.youtube.com/watch?v=Czo3bWSIgDo http://www.youtube.com/watch?v=cewX5M8nFNM http://www.youtube.com/watch?v=hEpUpwuTv6A http://www.youtube.com/watch?v=LwZt-FhstbI http://www.youtube.com/watch?v=lC9ePXFhU1s http://www.youtube.com/watch?v=uQvxCZ8EvPM http://www.youtube.com/watch?v=A9zKaUf-ss4

3 thoughts on “Abdi Moden bin Robot By Panji-Panji Halimunan

  1. […] ocean. You can ask my best ex-student to know more about where my palace is. My best ex-student is LADY GAGA. Wow!! O.K or okey to give me alone now?? Oh! One more thing, please you write the name of my […]

    Like

  2. […] ================================================== [FOURTH MIND MAP]= […]

    Like

  3. […] ibaratROBOT+BURUNGKAKAKTUA,PARAsiswazah&Yangberijazah&lainnyaDijajaholeh […]

    Like

Leave a comment