Keluhan Seluruh Dunia By Jeritan Seantero Dunia

Jeritan Seantero Dunia

 

Saya rasa marah sebab artikel telah disahkan (mengikut system) saved tetapi bila saya buka papan pemuka, ia terletak dalam draf, saya menyangka ada yang telah diterbitkan iaitu artikel dalam draf itu tetapi sebenarnya hanya ada di draf. SAYA MEMADAMKANNYA SECARA permanent kerana menyangka ia telah diterbitkan sebab telah datang mesej saved. Nampaknya server wordpress.com mempermain-mainkan saya. Telah banyak kali mesej saved dan telah terbit diberikan kepada saya untuk pelbagai artikel saya tetapi sebenarnya masih di dalam draf. SAYA TERPAKSA MENAIP SEMULA ARTIKEL YANG SAYA MUSNAHKAN INI: lain kali saya tidak akan menggunakan wordpress.com lagi????

Anwar Ibrahim , seorang pejuang reformasi mengatakan bahawa Malaysia ialah Negara yang mengeksport minyak (=menjual minyak) dan hasil jualan Malaysia mendapat RM700 billion. Bekas timbalan perdana menteri  Malaysia itu mengatakan bahawa Negara seperti Indonesia dan Thailand mengimport minyak, sebab itu mereka menaikkan harga minyak yang di jual di stesen Negara itu kerana jika tak buat begitu, siapa yang nak bayar untuk import minyak? Jadi, alasan pihak kerajaan Malaysia yang mengatakan mereka hendak menaikkan harga minyak di stesyen minyak di Malaysia sebab Negara seperti Thailand dan Indonesia menaikkan harga minyak petrol tidak dipersetujui oleh Datuk Anwar Ibrahim.

Apabila harga minyak petrol naik, Pengeluar biasanya akan menaikkan harga atas sebab kos pengangkutan bertambah (kos petrol). Bila ini berlaku, jumlah keuntungan runcit bagi sesuatu harga kilang yang boleh diperolehi oleh peruncit turut berkurangan. Keadaan ini sama ada pekedai itu beli secara runcit ataupun borong. Maka, terdapat peniaga yang menentukan sendiri harga barangan tersebut (tidak mengikut harga cetakan kilang pada barangan itu). Peniaga menaikkan harga. Pembeli jadi marah.

Maka, berlaku inflasi. Pencatuan barangan mungkin terjadi. Pekedai juga mungkin beri sebab inflasi terjadi kerana kekurangan permintaan. Harga dinaikkan  oleh pekedai sebab kekurangan permintaan . Ini salah satu bentuk pencatuan. Orang yang sanggup beli dengan harga barang yang dicatu dianggap sebagai orang yang menerima giliran mengambil barangan catuan.

Rakyat mungkin terdorong membeli barangan seludup di pasar gelap yang lebih murah tetapi juga mungkin termasuk tiruan yang kurang berkualiti dan merbahaya kepada kesihatan.

Inflasi juga terjadi jika permintaan tinggi , melebihi pengeluaran atau stok jualan. Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PETRONAS ialah syarikat milik penuh kerajaan, 100% milik kerajaan. Pada pendapat saya, jika demikian tidak timbul persoalan subsidi minyak kerana salah-satu maksud kerajaan itu ialah kumpulan orang yang dilantik atau diamanahkan oleh kumpulan terbanyak (rakyat) untuk menguruskan pemilikan bersama . Dalam kes ini, ialah petrol ialah milik bersama. Justeru, memang patutlah harga minyak sepatutnya sentiasa rendah atau semakin rendah dan selalu stabil seperti itu. Tidak naik harga .

Apakah alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak petrol? Kerajaan Malaysia mempunyai banyak mempunyai sumber pendapatan yang mendatangkan sangat banyak wang dan PETROL ialah sumber pendapatan paling banyak memberikan keuntungan setiap tahun.

Bukankah hal-hal seperti berikut menjadi punca sebenar kenaikan harga petrol:

Mengutamakan kroni, Tamak, Salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat sehingga stok simpanan wang Negara mendorong tindakan merampas wang rakyat melalui alasan seperti petrol terpaksa dinaikkan harga, rasuah, ….????

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

Rakyat Malaysia , kebanyakannya belum mencapai kekuatan simpanan kewangan yang terjamin untuk hari tua mereka. Kuasa beli mereka akan semakin terhad bila petrol naik. Untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang sesuai , tidak semudah yang disangkakan. Persaingan dalam perniagaan. Kekurangan modal. Tiada penjamin, Tiada pengguna yang berminat, Tiada pelanggan. Apalah erti RM500 wang tabung “simpati kepada rakyat” yang sekali atau beberapa kali setahun jika petrol punca kenaikan harga? Maka, seolah-olah kerajaan dapat  ambil semula RM500 yang telah diberikan melalui cukai daripada barangan yang naik harga kerana petrol naik harga ? Atau kerajaan dapat kembali semua pemberian itu melalui kroni mereka yang kerja dalam PETRONAS???

peniaga petrol rompak

Projek dan program yang membazirkan wang rakyat di dalam dan di luar Negara, mestilah dihentikan oleh kerajaan . Pelaburan yang merugikan syarikat kerajaan atau kerajaan mestilah tidak ditanggung  akibatnya oleh rakyat. Rakyat tidak bersalah. Jika mengambil rakan-kongsi, seboleh-bolehnya mengelakkan Negara kafir atau orang kafir menjadi rakan kongsi PETRONAS. Pelajarilah dulu konsep perniagaan Islam yang Tulin supaya mendapat keberkatan dan hasil dalam perniagaaan.  Ada laporan mengatakan bahawa ruang-ruang kedai di menara kembar PETRONAS banyak dikuasai oleh orang asing, bukan melayu. Menara kembar PETRONAS bukan lambang bahawa kemiskinan rakyat berbangsa melayu telah pupus .

APA yang rakyat boleh buat sekarang untuk menurunkan harga minyak petrol? Solat hajat? Lagi apa? Mendesak kerajaan menurunkan harga petrol? Saya cadangkan pakai basikal, kereta lembu, kereta kuda, kuda, ………………. Biar stesyen minyak PETRONAS akhirnya terpaksa ditutup???? Maka, akhirnya, untuk menarik minat semula rakyat membeli minyak petrol, maka kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50% daripada harga sekarang???

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s