Masuk Syurga Bukan Kerana Amalan Tetapi Kerana……? By Sinaran Iffah

Icon of Author Of This Article is The Symbol Of U'zlah

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat

Zikir asmaulhusna sekarang?? Istighfar dan syahadat serta salawat. This article in Sinaran Iffah category.

Ada yang mengatakan bahawa seseorang itu masuk syurga bukan kerana amalan tetapi kerana……………..? Kerana apa? Saya beri anda tempoh 11 saat untuk memberikan jawapan anda=

SATU SAAT

DUA SAAT

TIGA SAAT

EMPAT SAAT

LIMA SAAT

ENAM SAAT

TUJUH SAAT

LAPAN SAAT

SEMBILAN SAAT

SEPULUH SAAT

SEBELAS SAAT

jawapan soalan ini ialah:

RAHMAT DARIPADA ALLAH S.W.T!!!

Kalau masuk syurga kerana amalan, kenapa ada orang yang banyak amalannya sehingga syurga itu sangat hampir kepadanya tetapi bila dekat nak mati, dia buat perkara haram yang menyebabkan dia akhirnya mati dalam keadaan menderhaka kepada Allah, tidak bertaubat, tidak berkesempatan bertaubat, disiksa dalam kubur dan masuk ke neraka??

Malah saya pernah membaca sebuah kitab mengenai sejarah hidup wali-wali Allah. Ada seorang wali Allah itu semasa dia hidup di dunia lagi telah tahu nasib dia di akhirat. Nasib dia di akhirat itu ialah wali Allah itu akan masuk ke NERAKA!!! Bila ada seorang bersedih mendengar berita itu dan bertanya kenapa begitu nasib wali Allah itu, wali Allah itu kata jangan mempersoalkan perkara yang Allah kehendaki ditakdirkan kepada beliau itu.

Ada orang berfahaman kalau sudah ditakdirkan mati masuk syurga, buat jahat macam manapun, akhirnya masuk syurga juga dan kalau sudah ditakdirkan mati masuk neraka, buat baik macammanapun, akhirnya mati masuk ke neraka juga??

Hal fahaman ini adalah haram dipercayai. Ini ialah ajaran sesat!!!

Masuk syurga kerana rahmat daripada Allah, memang benar. Allah beri rahmat kepada sesiapa yang dia kehendaki sahaja. Tiada Allah dapat dipaksa untuk beri rahmat kepada sesiapa. Allah mengasihi orang yang suci hati, yang taat. Allah beri rahmat kepada orang yang ingin dia sucikan hati dan orang yang memang telah suci hati. Tetapi tiada jaminan hati yang suci itu terus mendapat rahmat daripada Allah kerana kemungkinan hati itu berjaya dikotori oleh syaitan, musuh,…… Justeru, manusia tetap perlu berusaha menyucikan hati dengan mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.

Justeru, rahmat dan ketaatan kepada ALLAH mempunyai perkaitan yang kuat dan rapat. Orang yang taat belum tentu mendapat rahmat sebab amalannya mungkin ada kecacatan sehingga menyebabkan tidak dapat pahala atau hati tetap tidak bertambah suci. Orang yang mendapat rahmat pula mungkin rahmat itu tentang hal semasa di dunia , bukan rahmat yang di akhirat. Yang dikehendaki ialah mendapat rahmat di dunia dan di akhirat atau terus-menerus dan berpanjangan mendapat rahmat daripada Allah.

Orang yang rajin ibadat dan selalu dapat pahala dan suci hati belum tentu ISTIQAMAH. Untuk mendapat rahmat yang lebih berpanjangan, perlu ada istiqamah. Orang yang mencapai taraf wali Allah yang terjamin masuk syurga ialah kerana kebiasaannya orang yang demikian tetap wujud ISTIQAMAHnya dalam kebaikan dan ketaatan dan kesucian hati atau kalbu rohnya.

Allah menjadikan sebab , akibat, musabab, natijah, kesan, hasil,…………… Setiap hal saling kait-mengait. Namun ada hal-hal unik, yang merupakan perkaitan yang luarbiasa atau tidak ada kaitan tetapi terjadi juga (seperti akal tidak dapat memikirkan hal itu secara logic atau ilmiah atau saintifik atau tidak ada alat dan kaedah eksperimen dapat dibuat untuk membuktikannya tetapi hal itu wujud juga dan terjadi juga)

Berterusan mendapat rahmat, pahala, kesucian hati, berubah takdir, berubah nasib, berubah hati atau kalbu, sangat berkaitan dengan hokum-hakam dan peraturan sebab-akibat termasuklah takdir dan nasib luarbiasa, yang dapat terjadi di luar logic akal manusia.

Ada kitab yang menceritakan tentang rahsia panjang umur. Kitab ini menerangkan tentang dua maksud :

MAKSUD YANG PERTAMA ialah panjang umur yang benar-benar panjang umur atau jadi bertambah panjang umur dia , lebih panjang dari catatan asal di LOH MAHFUZ setelah dia melakukan amalan-amalan tertentu yang mengakibatkan umurnya jadi lebih panjang.

MAKSUD YANG KEDUA ialah  seseorang itu melakukan amalan yang pahalanya bersamaan dengan pahala yang dapat dilakukan oleh orang yang panjang umurnya.

Jika Allah mahu beri rahmat, rahmat tersebut ialah mungkin dia dapat panjang umur atau lebih panjang umur dengan maksud yang pertama atau mungkin dengan maksud yang kedua. Justeru, rahmat ada kaitan juga dengan usaha dan tawakal.

MANUSIA TIDAK TAHU APA KESUDAHAN NASIBNYA (KECUALI ORANG-ORANG TERTENTU SEPERTI SAHABAT-SAHABAT NABI MUHAMMAD YANG TELAH DIJAMIN OLEH ALLAH BAHAWA MEREKA AKAN BERJAYA MASUK KE SYURGA) , yang wajib ialah terus berusaha. Mendapat rahmat atau tidak, itu ialah urusan dan kehendak Allah. Kita tidak boleh dan tidak dapat memaksa TUHAN memberikan rahmatNYA kepada kita. Jika Allah tidak ingin beri Rahmat, ITU BUKAN dosa Allah ta’ala.  TIDAK TIMBUL PERNYATAAN BAHAWA ALLAH BUAT DOSA ATAU ALLAH BUAT PAHALA ATAU ALLAH DAPAT DOSA ATAU ALLAH DAPAT PAHALA. NAMUN , YANG PASTI IALAH ALLAH ITU ADIL , MAHA ADIL DAN KASIH-SAYANG. JIKA ALLAH MEMBUAT PERATURAN DAN HUKUMAN, ITU KERANA ALLAH ITU MAHA MENGETAHUI DAN MAHA ADIL, SUPAYA KEADILAN TERTEGAK KERANA ALLAH ITU MAHA PENYAYANG!!! BUKAN KERANA ALLAH ITU SAMSENG ATAU PANAS-BARAN ATAU MENGAMUK!!! MUSTAHIL ALLAH MENYERUPAI SIFAT MAKHLUKNYA!!!

One thought on “Masuk Syurga Bukan Kerana Amalan Tetapi Kerana……? By Sinaran Iffah

  1. […] Sensor Mengesan Langit iaitu AL-Quran dan Kutubussittah menjadi penilai SP2 dengan Al-Quran menjadi penilai utama [T= Example for this technique is Main Miracle  Technique that is AL-Quran become the source which […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s