YANG DALAM SILAM LEBIH BAIK & BILAKAH MELAYU AKAN JADI MESEGAR? by Tinta Emas 7 Samudra

Icon of Author Of This Article is The Symbol Of U'zlah

Sesetengah produk yang dicipta, bukan jadi lebih baik dalam versi dan model BERIKUTNYA, yang terawal atau lebih awal lebih menyenangkan. Contohnya, pernah seorang datang ke rumah kakak saya , dia menjual sejenis tilam leper, Tilam ini sangat padat rasanya dan berlekuk-lekuk yang membuat belakang tubuh terasa diurut secara automatic (sedap rasanya) dan jahitannya juga lebih kuat.

Itu dulu, sekarang tilam seperti itu banyak dijual di kedai tetapi jahitan mudah putus, tilam tidak padat atau kurang padat menyebabkan tidak sesedap dulu lagi jika baring atasnya!!!

Gunting milik arwah nenek saya yang diwarisi oleh kami, sekarang entah di mana, hilang dicurikah? Gunting buatan lama itu sangat kuat hingga dapat memotong dawai yang tebal, tidak seperti gunting buatan sekarang. Saya tak izin dan tak halalkan sesiapa yang mencurinya !!!

Bangku plastic mini yang rendah untuk duduk  setinggi sejengkal lebih sedikit yang tebal dan kuat disukai oleh saya tetapi buatan yang seperti itu sekarang, tidaklah sekuat itu, lagi lemah dan ringan.

Artikel ini tidak hendak menceritakan ciptaan zaman sekarang yang lebih baik daripada yang silam. Kalau ciptaan yang berikut atau pada masa sekarang lebih tidak berkualiti daripada yang silam , ada pelbagai factor. Contohnya:

1= Lagi manyak untong! Kalau itu balang tak ade tahan lame, olang bili lagi itu balang, lagi manyak bili, saye lagi manyak ooong !

2= Mahu bikin macam itu balang lame, lagi manyak modal ooo!!! Lagi manyak modal, lagi mahal, kalau lagi mahal, tatak ade olang mau biiliii  maaa!!!

3=Haiyaa! olang sikalang tatak ade fike sangat itu kualiti, ada itu balang bole pakai sudah cukop.

4=Peduli ape itu kualiti, kalu itu balang lame sulah talak ade, olang terpaksa bili balang sikalang juge, jadi saye bole jadi kaye maaa!!

Dan itu kualiti benda tak bernyawa, bagaimana pula dengan kualiti bangsa yang bernama MELAYU??  Melayu yang akan diperkatakan di sini ialah melayu MALAYSIA. Bangsa ini, dikatakan kacukan beberapa suku orang asli. Tak nak dikatakan sebagai orang asli, oohh, orang asal??? Melayu, pada zaman dahulu, beragama Hindu. Bila PARAMESWARA memeluk ISLAM, rakyatnya mengikutinya, masuk ISLAM juga. Bangsa melayu tidak pernah mendirikan kerajaan kekhalifahan, wanita mereka tidak pula berjilbab (pakaian menutup wajah dan seluruh tubuh). Adat yang masih ada unsur bidaah dan khurafat seperti kepercayaan tertentu masih ada merasuki sesetengah orang melayu. Semua ini salah satu factor yang menjadi bangsa melayu LAYU keimanannya. Kalau pada zaman berkeris dahulu, tiada pembuangan bayi luar nikah merata-rata, tetapi sekarang……….. ini menunjukkan melayu terus layu.

Bagaimanakah kamu akan jadi segar wahai bangsaku?

Apabila siraman cinta yang kau pilih tidak benar

Apabila Baja yang kau pilih tersalah

Apabila kegelapan yang kau pilih dengan sengaja

Maka, bagaimana fotosintesis akan terjadi?

Apabila datang cahaya, kamu mengusirnya dengan murka

Apabila kau masih bantut, kau cemburu dengki Pokok kelapa yang tinggi

Maka dengki itu bagaikan ulat yang memakan daunmu

Lalu kau terkoyak-rabak

Lalu kamu jadi ibarat lalang

Hidup segan Mati Tak mahu

Jika aku tukar namamu menjadi mesegar

Tentu kau akan tetap melayu

kerana jika hujan turun pun

Ia tidak berterusan, malah meresap jauh dari Tanah berakar

tahukah kamu apa yang kamu patut hafal dari M E L A Y U?

Ini dia:

M = Menyedari dengan kesedaran 51% (kesedaran di persimpangan kutub)

E= Elak kesedaran yang tidak mendatangkan keinsafan

L = Lawan nafsumu terus-menerus, sebentar sahaja kamu tewas, maka kemungkinan kamu akan terus lemah melayu

A= Amalan biarlah dengan istiqamah dan dapat RAHMAT daripada ALLAH

Y= You jangan kata aku tentu dapat mati masuk syurga

U= Ulamak , jangan jadi ular Mak atau ular dalam semak, ingatlah orang yang betul-betul mesegar ialah yang selamat di akhirat!!!!

Saya buat dalam bentuk puisi supaya anda tidak bosan atau…..insya-Allah. Hati yang keras dan ditutupi ialah umpama yang telah diistidraajkan oleh ALLAH. Ya Tuhan!! Alangkah ini sangat malang!!! Ketika ini, tiada menfaat nasihat yang canggih, tiada guna amaran, tiada guna hukuman………….hanya kematiannya sahaja yang menamatkan penyakit gila, sakit jiwa dan buruk perangainya itu. Melainkan orang yang Allah hendak beri rahmatNYA, maka istidraj itu dihilangkanNYA kemudian.

Tidak ada jalan atau cara yang paling terbaik dan paling berkesan dalam menyucikan kalbu melainkan dengan menjadi orang sufi yang mengamalkan ilmu tarekat, dengan wirid tarekat , bermujahadah……………..

Maka bila kamu telah jadi MESEGAR, ucapkanlah terimakasih yang tak terhingga kepada TUHAN KAMU. Sesiapa yang bersyukur kepada Allah , maka Allah akan tambah lagi nikmatnya, begitulah seterusnya bila disyukuri lagi. Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang!!!

One thought on “YANG DALAM SILAM LEBIH BAIK & BILAKAH MELAYU AKAN JADI MESEGAR? by Tinta Emas 7 Samudra

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s