Mata Kiriku berjahit, Mata Kananku Buta,Bertemu dengan Wali Allah, Kepalaku Beralas Bantal Malaikat By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Artikel berkategori Penyaring Nostalgia ialah artikel yang memaparkan juga kisah yang benar-benar terjadi. Bukan rekaan.

Pada satu hari Jumaat, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di pusat Bandar berkenaan. Selepas bersolat, saya pergi ke sebuah restoren melayu yang terletak berdekatan stesyen bas. Saya membeli makanan dan minuman tetapi tidak makan di situ. Saya makan dan minum dalam kereta saya. Memang ada meja khas untuk digantungkan pada stereng. Sebelum dan ketika dan selepas makan-minum itu, saya tidak pula terasa mengantuk. Saya kenyang dan hilang dahaga.

Selepas itu saya mula memandu. Aneh, baru sahaja memandu, saya tiba-tiba terasa mengantuk. Mengantuk itu terjadi beberapa kali . Tiap-tiap kali dalam beberapa saat, selepas itu rasa hilang mengantuk tetapi datang semula dan elok semula, mengantuk semula, elok semula.

Saya hairan. Kenapa? Disebabkan mengantuk itu , kemudiannya tiada , saya meneruskan pemanduan. Saya memang tidak berhenti kerana mengantuk.

Saya telah tiba di satu jalan 4 lorong. Dua lorong ialah jalan satu hala. Dua lorong lagi ialah yang bertentangan arah , yang juga sehala. Tengah-tengah lorong itu ialah binaan daripada batu , pembahagi jalan. Pembahagi ini jadi sempadan tengah. Di kirinya 2 lorong, di kanannya 2 lorong. Sebenarnya jalan ini semasa peringkat pembinaannya, ada orang ditugaskan untuk menanya pengguna jalan atau lebuh raya ini sama ada bersetuju atau tidak lebuh raya ini diadakan plaza tol. Sudah tentu saya jawab tidak bersetuju. Saya yakin ramai yang tidak setuju. Maka sebab itulah sehingga sekarang (lebuh raya ini telah beroperasi bertahun-tahun) tidak pernah ada plaza tol. Alhamdulillah.

Ketika saya memandu di lebuh raya tanpa tol , tanpa plaza tol ini, tiba-tiba saya terasa mengantuk. Kemudian elok. Kemudian kantuk. Kemudian elok. Kantuk terjadi beberapa saat sahaja tetapi ketika kantuk itu saya telah tertidur, mata terpejam. Saya terfikir perlu berhenti di tepi jalan untuk tidur tetapi disebabkan saya lihat saya dah tidak kantuk walaupun bimbang jika kantuk semula, saya teruskan pemanduan. Ketika ini saya tidak lagi memandu di lebuh raya. Tetapi jalan dua lorong yang bertentangan arah.

Akhirnya berlakulah satu keadaan kantuk yang “mata terbuka tetapi sebenarnya sedang tertidur” KEPADA saya ketika  memandu itu. Mata saya terbuka serentak dengan terdengar bunyi rempuhan yang kuat. Sebuah lori besar yang tidak membawa apa-apa melanggar kereta yang saya sedang pandu. Saya memandu dalam keadaan tertidur dan kerana ini kereta saya telah masuk ke lorong sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah hadapan.

Kereta saya dirempuh lalu memecahkan kaca tingkap tetapi kaca tingkap hadapan tidak jatuh pecah, hanya melengkung dan kemik , retak sejuta,… dahi dan mata kanan saya terhantuk stereng. Nasib baik sebelum itu, kaca mata yang saya pakai telah jatuh terlebih dahulu. Kereta saya terpusing ke sebelah kiri dan kemudian saya membrek. Maka , kereta itu kini dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Ramailah orang datang berhenti dan menghampiri saya. Saya cuba membuka pintu kanan yang dah kemik tetapi gagal. Ada orang cuba membuka pintu sebelah kiri dan meminta saya keluar ikut pintu itu. Akhirnya saya Berjaya keluar. Saya cedera, di tangan, muka, kaki, berdarah. Pakaian, rambut , wajah saya ada serpihan kaca halus . Serpihan kaca telah masuk ke mata kanan saya. Tiba-tiba saya sudah tidak dapat melihat apa-apa. Semuanya gelap , hanya bayangan hitam berbentuk orang-orang yang kelihatan. “Ya Allah, mata saya telah buta, mata saya buta” , saya berkata kepada orang ramai. Ada yang menyuruh saya duduk dan cuba menenangkan hati saya.

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

Saya mula rasa Tuhan tidak sayang saya . Saya rasa Tuhan menghukum saya. Saya rasa Tuhan tidak akan beri peluang lagi kepada saya untuk melihat dunia lagi. Hati saya sedih dan ketakutan. Mulalah saya teringat ibu saya yang amat saya cintai. Oh, bagaimana saya akan dapat berbakti kepada mu Ibu jika mataku buta. Orang akan menghinaku. Saya rasa masa hadapan saya gelap segelap penglihatan saya. Saya rasa kecewa , putus-asa dan sangat lemah dan hina!!! Saya terfikir untuk menangis tetapi saya mendapati saya tidak mampu menangis!! Malah, kerana terlalu sedih, saya tidak mematikan injin. Injin kereta saya masih hidup sehinggalah orang meminta saya mematikan suis kereta.

Jikalau nabi Isa ada, tentu dia mampu menyembuhkan mata yang buta sebab itu memang mukjizat beliau. Namun , tiba-tiba sesuatu yang saya tidak sangka berlaku. Pemandangan saya berangsur-angsur pulih. Semakin Nampak . Orang yang suruh saya duduk mengatakan saya pitam tetapi saya yakin saya bukan pitam tetapi serpihan kaca yang masuk ke dalam mata telah menyebabkan saya buta sementara dan serpihan kaca itu perlu dikeluarkan agar tiada kesan buruk terjadi lagi. Alhamdulillah yang telah mengembalikan penglihatan saya. Oh Tuhanku………..betapa aku sangat tidak bersyukur kepada MU, maka kau telah menghukumku dengan kemalangan yang mengerikan ini.

Saya meminta seorang lelaki melayu di situ membawa saya segera ke hospital. Lelaki itu menguruskan sesuatu pada majiis di tepi jalan-raya itu……(akad nikah keluarganya, adiknya, kalau tak silap) tetapi disebabkan dia setuju untuk membantu saya, maka urusan beliau bertangguh. Kereta saya yang remuk berada di hadapan rumah yang sedang ada majlis tersebut (majlis akad nikah yang belum berlangsung lagi, kalau tak silap saya). Kata pemuda itu, sebab saya melayu, maka dia hendak tolong. Kalau bangsa lain, tak nak tolong.

Di jabatan kecemasan, luka terus mengalir dari dekat mata saya, serpihan kaca yang banyak dan halus macam tepung juga masih ada dalam mata kiri dan kanan . Saya disuruh tunggu giliran untuk berjumpa doctor. Rasanya lama juga saya tunggu dan bila saya minta tisu untuk mengelap darah yang ada pada luka dan yang mengalir dekat mata, saya tidak diberikan tisu.

Wang syiling saya jatuh bertaburan dengan banyak dalam kereta saya yang remuk. Laptop saya dalam kereta yang malang itu. Selepas mata saya dicuci, mengeluarkan serpihan, saya kemudiannya meminta di cuci lagi mata saya sebab tiba-tiba saya rasa mata saya seperti ada serpihan lagi tetapi saya disuruh balik sahaja. Kata kakitangan hospital itu (mungkin pembantu doctor berbangsa India, seorang wanita) itu cuma impak sahaja, bukan ada serpihan tetapi bila saya di rumah, otot mata saya tidak dapat digerakkan ke atas (memandang ke atas). Jika saya lakukan itu, mata saya sakit. Untuk ke hospital semula, jauh dan saya tidak ada kenderaan lain. Untuk menunggu bas  atau teksi bukan kerja senang. Nak dapat naik bas dan teksi pun sukar. Jadi, saya ambil cawan yang saya isi air bersih , hampir penuh secawan, saya beliakkan mata dan dalam keadaan itu mata saya menyentuh permukaan air, saya tenggelamkan mata dalam air cawan sambil otot mata saya bergerak ke kiri , ke atas, ke kanan, ke bawah sebab inilah  teknik yang disuruh pembantu doctor masa saya dicucinya di hospital. Alhamdulillah selepas melakukan banyak kali (bercawan-cawan air digunakan), saya mendapati otot mata dapat digerakkan ke arah mana pun tanpa sakit. Memang ada kelihatan seperti habuk dan serpihan pada permukaan air cawan setelah mata saya dicuci.

Sebenarnya kemalangan yang menyebabkan saya buta sementara ialah kemalangan berkereta yang dialami yang paling bahaya dalam sejarah hidup saya. Saya sebenarnya telah banyak mengalami kemalangan jalan-raya semasa memandu dan menggunakan kereta.

Sebelum kemalangan dirempuh lori, pernah saya terlibat dalam kemalangan yang dapat menyebabkan saya terbunuh juga. Kisahnya begini:

Saya sedang memandu dengan laju . Jalan-raya tersebut ialah jalan 4 lorong. Lebuh raya tanpa plaza tol, tanpa tol. Pembahagi jalan daripada batu memisahkan lorong  , menjadi 2 lorong sehala sebelah kiri dan 2 lorong sehala di sebelah kanan. Saya sedang memandu di lorong kiri ketika hampir dengan satu selekoh merbahaya. Seorang yang memandu myvi jingga berada di hadapan saya iaitu di lorong kanan yang tentu jalan sehala juga. Orang itu sepatutnya memberikan isyarat untuk masuk ke lorong kiri bila kereta saya telah hampir dengan kereta dia tetapi dia tak beri isyarat , malah terus masuk sedikit ke lorong saya menyebabkan saya memusing stereng ke dekat bahu jalan untuk mengelakkan terlanggar kereta myvi itu tetapi pusingan stereng kereta saya seterusnya menjadi sukar dikawal , stereng itu bergerak ke kiri dan ke kanan dan ke kiri – kanan berulang-ulang secara automatic, Saya cuba menstabilkan dan menormalkan kedudukan stereng tetapi gagal lalu kereta saya merempuh pembahagi jalan lalu kereta saya melantun ke kiri dan saya membrek, nyaris masuk ke parit besar. Kereta saya berhenti di dekat rumah bapa saudara ibu saya. Ramai orang datang. Dahi dan mata saya terhantuk stereng. Tepi atas kelopak mata kiri saya terbelah, luka berdarah, sangat hampir dengan bola mata kiri (nasib baik tak buta). Pemandu myvi itu memberhentikan keretanya . Keretanya di hadapan saya. Hanya beberapa belas meter, anggaran saya. Dia tak keluar dari kereta. Saya menunjuk dengan jari telunjuk ke arah dia sambil saya berkata kepada seorang lain yang datang untuk membantu saya, iaitu saya berkata pemandu myvi itulah punca saya kemalangan. Tiba-tiba selepas saya menunjuk itu, kereta myvi itu bergerak perlahan-lahan, melarikan diri. Mata kiri saya dijahit. SEBELUM dijahit, cecair penahan  sakit disapu oleh pembantu doctor, pembantu perubatan. Kata pembantu itu, jika tidak dijahit, mata saya akan bernanah dan lambat sembuh.

Kisah malaikat datang menyelamatkan saya:

Pada sejarah silam, saya sedang berbasikal untuk pergi ke tempat kerja saya. Saya tidak ingat, kenapa saya hendak ke tempat kerja. Mungkin kerana hendak mengambil wang gaji. Saya tidak ingat sama ada saya cuti atau tidak hari itu. Saya tiba di satu simpang empat, berdekatan satu medan selera. Saya hendak melintas dengan berbasikal di simpang itu ketika sebuah kereta membunyikan hon berkali-kali. Salah saya juga, saya terus kayuh basikal [melintas] walaupun tahu sebuah kereta sedang bergerak laju dari arah kanan saya. Kereta itu melanggar betis dan peha kaki kanan saya dan basikal saya. Saya dan basikal melambung ke atas. Basikal yang melambung jatuh ke cermin hadapan kereta cina lelaki itu.  Saya melambung dan atas kepala saya jatuh dahulu ke jalan raya yang keras menggerutu tajam. Saya rasa seperti kepala saya jatuh atas bantal yang keras . Disebabkan ini, saya yakin, bahawa Allah telah memerintahkan satu malaikat melindungi kepala saya. Kalau ikut logic, kepala saya boleh retak atau belah atau pecah. Tetapi tiada luka sedikitpun. Alhamdulillaah. Astaghfirullaah. Saya yang terjatuh cuba bangun, saya berdiri tetapi tiba-tiba kaki saya terasa sangat sakit, tegang urat dan otot. Ada calar dan luka di kaki dan di bahagian lain. Sangat ramai yang datang menyaksikan tragedy ini. Cina itu kata dia telah membrek dengan kuat. Kata dia, kalau dia tidak brek, dia berpendapat saya sudah dibungkus [mati]. Cina itu menuntut gantirugi kerosakan kereta. Kata dia, kereta itu dia baru beli. Ada orang yang meminta saya yang menuntut gantirugi sebab dia fikir saya tak bersalah. Dalam kes ini, sayalah yang bersalah. Nasib baik cina itu tidak mahu buat repot polis. Malah cina itu menawarkan bantuan menghantar saya ke hospital. Malah , dia kata kalau saya nak bayar gantirugi sebanyak RM300, bayarlah, kalau tak mahu bayar pun, boleh juga. “BAIK HATI CINA INI”. Memang ada orang yang meminta cina itu tidak menuntut rugi . Mungkin kerana itu, cina itu berkata , yang bermaksud: “kalau tak nak bayar pun, tak mengapa”. Ada seorang lelaki mahu membawa saya ke klinik yang ada dekat tempat tragedy. Saya setuju dibawa. Di klinik itu, doctor memberikan suntikan untuk mengelakkan kancing gigi. Kata doctor, kemalangan seperti yang saya alami, biasanya dapat menyebabkan kancing gigi. Saya tidak faham ini, penyakit apa? Saya juga diberikan ubat. Semasa di tempat kemalangan, ada saya berkata bahawa saya tidak membawa kad pengenalan. Ada seorang melayu berkata, kad pengenalan itu NYAWA.

KISAH BERTEMU DENGAN WALI ALLAH:

Kisah ini diceritakan oleh ibu kandung saya:

Ketika saya masih seorang bayi, nenek saya memberitahu ibu saya tentang seorang lelaki. untuk meminta bantuan lelaki itu , untuk menyembuhkan penyakit saya yang selalu menangis . Kasihan ibu saya, susah ibu saya hendak tidur malam. Saya ada penyakit yang menyebabkan saya asyik menangis. Nenek saya dan ibu berjumpa lelaki itu. Masalah kesakitan saya diceritakan kepada lelaki itu. Lelaki itu memetik satu daun dan kemudian kedua-dua tapak tangan beliau diangkat [berdoa]. Kemudian, daun itu diletakkan di bahagian saya yang sakit. Selepas peristiwa inilah , saya tidak menangis lagi, penyakit saya telah sembuh. Alhamdulillaah. Saya yakin bahawa lelaki itu bukan orang biasa tetapi WALI ALLAH kerana biasanya doa yang segera dikabulkan serta-merta ialah doa kekasih Tuhan.

THE END.

 

Advertisements

Meja Bulat Orang Koyak-Rabak By Lipur-lara Waris Tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

Meja bulat itu sedang menunggu kedatangan orang yang berpakaian koyak-rabak. Yang ada duduk dekat meja itu ialah orang yang berpakaian baju kot, bertopi, bertali leher, kasut jenama mahal, pen di saku daripada emas campur berlian. Cermin mata pula , jenis kamera pengintip. Mereka semua bermata biru sebab pakai  benda bulat pipih warna biru tu, masuk ke mata.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Mereka takutkah? Tak datang lagi. Aku rasa mereka tak beranilah Mad! Ya lah aku pun rasa begitu.

Sambil menunggu kedatangannya, mereka menonton sebuah video. Video itu dipaparkan di skrin besar , terletak di hadapan meja bulat itu. Seorang lelaki sedang memerah susu dari puting dada seorang wanita. Susu cap gantung namanya. Itu pemandangan sebuah perusahaan di kilang susu wanita.Itulah rakaman video sebuah filem pelik yang sedang ditontoni. Pengarah filem itu pula bekas perogol bersiri yang terkenal di dunia. Dikatakan beberapa ekor alien pun tahu namanya. Begitulah terkenal hebat namanya, MAHSYUR ke seluruh penjuru alam.

Tiba-tiba seorang penonton menjerit, Eh lekas off video ini! CEPATLAH!!. Kenapa?? Ohh orang koyak-rabak dah datang!!!

Meja bulat gembira dengan kedatangan orang koyak-rabak, Dia ingin menyatakan kegembiraan, tetapi apakah daya untuk demikian, Dia hanyalah sebuah meja. Benci betul dia terhadap orang-orang kaya penonton video lucah ini.

Golongan yang berpakaian koyak-rabak mula duduk di meja. Bau harum daripada pakaian mereka walaupun bahagian  baju di dada ada koyak-rabak sedikit. Heii orang miskin, kenapa kamu koyak-rabak. Tak malukah? Jadilah seperti kami, bergaya macam james bond. Ohh! kami seperti khalifah Abu Bakar, bila nabi Muhammad bertanya, kenapa ada lubang pada pakaiannya di dada Abu Bakar, Abu Bakar menjawab beliau telah menyerahkan semua hartanya untuk perjuangan ISLAM. Bila Nabi bertanya apa lagi yang tinggal kepada beliau, Abu Bakar menjawab ALLAH DAN RASULNYA. Bila nabi Muhammad bertanya adakah Abu Bakar menyesal kerana mensedekahkan seluruh harta beliau, Abu Bakar terus menangis dan beliau kata tidak menyesal.

AAAAHHHHHH sudahlah!! Kami tak mahu dengar kisah Abu Bakar dan baju yang koyak . Tujuan kita datang berkumpul ialah bukan nak tahu fasal Abu Bakar yang koyak bajunya. Kita datang untuk membincangkan kenapa kamu, wahai ulamak di persimpangan kutub menentang dasar penswastaan padahal kami mewakili golongan pemerintah menguatkuasakan dasar penswastaan!!!!

Golongan ulamak DPK : “Kami bukan menentang penswastaan secara 100%. Bila kerajaan tidak mampu, mereka hendaklah melibatkan syarikat swasta tetapi bukan terus memberikan  hak penswastaan secara 100%. Maksudnya kerajaan masih memiliki kuasa dan hak juga, yang jadi bahagian kerajaan. Pihak swasta itu juga mestilah menanggung kos dan berhak mendapat keuntungan juga. Apabila kerajaan telah ada kemampuan menguruskan kerana ada kepakaran dan peruntukan dan sumber kewangan yang lebih baik, maka pihak swasta itu hendaklah dikeluarkan dan tidak lagi memiliki kuasa dan hak. Ketika ini, hal tersebut kembali menjadi hak kerajaan 100%.

Golongan mata biru=” Kalau begitu, lebih baik diswastakan 100% , kerajaan akan menjimatkan perbelanjaan dan menyimpan kewangan khas untuk tujuan kepentingan lain rakyat satu Negara. Konsep rakyat 1 Negara haruslah dilaksanakan. Malaikat Jibrail dah pun datang jumpa menteri yang buat gagasan 1 Negara ini dan menyatakan persetujuan. Malaikat Jibrail menyokong.”

Golongan Koyak-rabak= Tiada bukti malaikat Jibrail jumpa menteri jahil itu. Kalau diswastakan 100% biarlah yang kecemasan begitu tetapi bila tiba masa yang sesuai kerajaan hendaklah mengambil semula 100%. Ini sesuai dengan takrifan kerajaan menurut gagasan Di Persimpangan Kutub. Kerajaan hendaklah memantau dan menghukum terhadap syarikat yang ambil-alih kepentingan kerajaan itu jika perlu.

Golongan Mata Biru= Tiada bukti rasuah pun. Tiada bukti kami, pihak kerajaan ada kroni atau ada pemimpin kerajaan yang dapat untung sebab jadi pengarah atau pemilik saham halimunan dalam kepentingan kerajaan yang diswastakan 100%. Kamu suka buat andaian dan tuduhan sahaja. Suka berburuk sangka. Berdosa tau!?

Golongan Koyak-rabak=” Bertenang. Kami bukan membuat tuduhan. Kami bermaksud hal seperti itu tidak mustahil logic terjadi. Justeru langkah pencegahan perlu dibuat seperti pemantauan dan hukuman. Bahkan, bukan tak ada bukti satu pun. Bekas Ketua Juruaudit Negara telah menemui bukti-bukti rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai kerajaan , termasuk pihak swasta berkenaan. Jika penemuan beliau itu tidak benar, kenapa tidak  dibicarakan di mahkamah.

Golongan Mata Biru= Kami tak punya kuasa mengheret dia ke mahkamah. Ahh lupakanlah hal itu. Itu urusan pemerintah nombor satu Negara.

Golongan Koyak-rabak= “Ingat, seboleh-bolehnya hal-hal seperti sekolah, university, hospital, klinik kerajaan, balai polis, tentera, pelabuhan milik kerajaan, syarikat minyak kerajaan, pengangkutan awam kerajaan, ……..dan lain-lain tidak boleh diswastakan”. Banyak keburukan penswastaan. Jika ada kebaikan pun, bila dikaji bersama dengan keburukan, maka dapat diambil kesimpulan bahawa dasar penswastaan haruslah sedaya-upaya kita elakkan daripada terjadi kecuali darurat tetapi akhirnya kerajaan harus memiliki semula seratus-peratus atau bermaksud pembatalan penswastaan bila tiba masa  dan keadaan yang sesuai.”

Golongan baju kot= Kalau pandai sangat , cuba beritahu apa contoh keburukannya? Bukankah kebaikan penswastaan itu , salah-satunya ialah menggalakkan kelahiran syarikat-syarikat baru dalam pelbagai bidang yang milik pihak swasta seratus-peratus?

Golongan berlubang baju=” Kami tidak nafikan galakan seperti itu dapat terjadi tetapi keburukannya juga akan meranapkan perkembangan kelahiran. Contohnya, bila sesuatu syarikat itu diberikan kontrak berjuta , syarikat itu memberikan tugasan kontrak itu kepada syarikat lain yang lebih kecil, yang kekurangan dari segi profesionalnya, kepakarannya, tenaga pekerjaannya, sumber modal dan keuntungannya, asetnya, peralatannya…..Maka hasil yang terjadi daripada projek itu tidak berkualiti, tidak menurut piawaian kualiti yang sepatutnya. Maka tak hairanlah jika ada banggunan yang mudah runtuh, peralatan hospital yang tidak tepat, tidak sesuai, berkesan buruk, pendidikan yang kacau-bilau, pihak bank yang jadi toyol dan merompak, kenderaan pengangkutan awam yang tidak selamat, persekitaran Bandar yang kotor, tidak kemas, ………….tandas awam yang rosak-binasa, jadi tempat penagih dadah, bila terbiar, …..Bahkan jika kerajaan itu mewujudkan system perbankan dan subsidi yang jujur dan benar mengikut konsep ISLAM yang benar, maka ini akan menggalakkan kelahiran usahawan bumiputera yang Islam JUGA.”

Golongan Kasut Jenama Tinggi: “Eemmm….betul juga kata engkau wahai baju koyak. Tetapi bukan kami yang ada kuasa untuk menghalang dan menghapuskan dasar penswastaan. Itu kena Tanya Perdana Menteri Satu Negaralah. HA HA HA HA HI HI heh heh heh heh. ” Dah bersurailah kita.

Meja bulat gembira dengan kemenangan pihak koyak-rabak tetapi pada masa yang sama si meja bersedih juga sebab golongan ulamak perlu melancarkan jihad dan revolusi Di Persimpangan Kutub kerana walaupun pihak wakil kerajaan telah kalah dalam perdebatan ini tetapi kerajaan tidak peduli , malah terus melaksanakan dasar penswastaan untuk mengenyangkan nafsu kroni-kroninya padahal persidangan meja bulat ini bertujuan untuk kerajaan mencari keputusan sama ada meneruskan penswastaan atau membatalkan atau menghentikan. Pada mulanya kerajaan tersebut berjanji jika wakil mereka kalah dalam persidangan itu, mereka akan menghapuskan dasar penswastaan tetapi sebenarnya kerajaan MUNGKIR JANJI.

Rompakan Kerajaan Terhadap Wang Staf Awam Melalui Zakat?? By Penyaring Nostalgia

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

 

Saya mendapat maklumat darihal ini. Sebuah kerajaan negeri di Malaysia (adakah semua kerajaan negeri pun begini?) menghantar surat kepada seluruh kakitangan awam negeri itu agar mengisi borang persetujuan untuk pemotongan sejumlah gaji mereka setiap tahun oleh kerajaan iaitu jumlah wang zakat pendapatan kakitangan awam tersebut. Jika tidak menyatakan sama ada setuju atau tidak, maka dianggap telah bersetuju.

Inilah sejenis bidaah sesat yang menyesatkan???? Orang yang paling tahu tentang haul dan jumlah yang kena nisab tentulah pemilik wang tersebut. Dia jugalah yang paling tahu tentang jumlah simpanan yang perlu digunakan untuk membayar sesuatu hutang semasa, membeli keperluan harian dan semasa, jumlah belanja untuk tanggungannya dan akhirnya setelah itu, barulah dia tahu baki sebenar yang perlu dizakatkan, setelah terlebih dahulu tolak hutang dan lain-lain itu. Kalau pun ada pada borang yang dihantar oleh jabatan zakat kerajaan negeri tersebut mengenai jumlah biasa perbelanjaan bulanan dan tahunan, ini tidak termasuk perbelanjaan luarbiasa, kecemasan dan hutang-hutang baru. Justeru, borang seperti itu tidak dapat menunjukkan dengan tepat jumlah sebenar yang perlu dizakatkan. Bahkan kemasukan wang baru dari sumber bukan gaji ke akaun pemilik (staf awam) itu, hanya pemilik yang tahu adakah sebenarnya wang yang baru masuk itu telah disimpan sehingga haul atau tidak. Justeru, kerajaan tidak boleh memaksa persetujuan atau melaksanakan peraturan gila yang berkaitan persetujuan automatic dianggap terjadi jika tidak menyatakan samaada setuju atau tidak.

Bahkan pengarah jabatan agama Islam kerajaan negeri itu telah menggemparkan Negara apabila beliau dikatakan menerima wang zakat. Adakah seseorang pengarah termasuk dalam golongan yang berhak menerima zakat????

Hentikan bidaah. Hentikan. Dan hentikan peraturan gila , yang hanya membayangkan ketamakan pemerintah dan kegilaan otak mereka.

Saya harap ilmu zakat yang benar dipelihara. Jangan jadi seperti ilmu faraid (system pewarisan harta Islam) yang sangat kurang orang yang memahaminya dengan betul. Jangan dikatakan itu perlu dizakat, ini kena zakat padahal dalam ISLAM yang sebenar hal itu tidak perlu dan tidak boleh dizakatkan.

Bangkitlah ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub dari tidur dan mimpimu. Perbetulkan akidah dan feqah serta tasauf dan sejarah. Aku menyeru kamu semua , wahai bintang yang bergemerlapan pada malam hari.  Bangkitlah revolusi kamu semua wahai ulamak DPK dan orang yang menyokong mereka di seluruh dunia!!! Tidak akan kamu menunggu Imam Mahdi dan Nabi Isa, baru kamu hendak memperjuangkan dan berjihad?? Kamulah pemimpin dunia yang sebenar saat ini, wahai ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub.

Bukankah mereka yang sengaja tidak membayar zakat , hal itu menyebabkan mereka murtad?  Bukankah khalifah Abu Bakar pernah berperang dengan orang yang enggan bayar zakat?  Dalam setiap harta orang ISLAM itu ada hak orang yang miskin dan papa-kedana, fakir dan hak orang yang layak menerima zakat. Itu bukan hak kita jika kita ialah pemberi zakat, bukan penerima zakat. Kalau kita bersedekah dan berzakat dengan ikhlas, insya-Allah , Tuhan akan menambahkan wang simpanan kita lagi. Sesiapa yang mensyukuri nikmat, Allah akan menambahkan lagi nikmat itu. Ini janji daripada Allah. Rujuk ayat al-Quran yang berkenaan.

Bila kita membayar zakat, itu salah-satu cara kita bersyukur. Zakat itu menyucikan harta. Pernah berlaku pada zaman dahulu , di negeri Arab , tiada orang yang layak menerima zakat sebab pemerintah yang adil dan orang Islam yang taat menunaikan zakat dan pengagihan zakat yang jujur dan menyeluruh.

Malaysia? Sentiasa ada orang yang perlu zakat. Di sebalik keindahan banggunan tinggi ke langit di kota-kota besar, masih ada rakyat yang tinggal tanpa rumah. Rumah sebesar reban ayam…… tinggal dalam kotak, tidur di merata-rata tempat,…………… Apakah mereka ini tidak mendapat agihan zakat? Atau adakah mendapatnya tetapi tidak dalam jumlah yang cukup ? Mendapat semua haknya?

Kita tidak mahu konsep zakat yang telah disuntik dengan racun ilmu “Destroy With…..”. Masih ramai yang jahil tentang konsep zakat. Risalah konsep zakat yang tulin dan benar hendaklah diedarkan secara menyeluruh. Jangan beli kitab zakat yang dalam bahasa Indonesia, kerana itu mungkin menyebabkan kekeliruan dan salah-faham. Mungkin perlu hantar peringatan ini:

1= Kepada pekerja swasta, persendirian dan kakitangan awam tentang zakat terkini mereka yang telah mereka bayar dan pertanyaan tentang zakat berikut, adakah telah dilaksanakan,  resit ?

2= Meminta sebab kenapa harta yang boleh dizakatkan telah tiada, atau haul baru wujud tidak bermula dari haul sebelum ? Perlu Tunjuk bukti JIKA BOLEH?

Hal di atas untuk mencegah orang malas bayar zakat dan untuk memastikan orang membayar zakat, Amil zakat, pemungut zakat dan pengagih zakat juga perlu dipantau.  Siapa yang nak pantau? Malaikat ?