Mata Kiriku berjahit, Mata Kananku Buta,Bertemu dengan Wali Allah, Kepalaku Beralas Bantal Malaikat By Penyaring Nostalgia

Icon of Author Of This Article is The Symbol Of U'zlah

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Nostalgia Filter = Penyaring Nostalgia. This Article in Penyaring Nostalgia category.

Artikel berkategori Penyaring Nostalgia ialah artikel yang memaparkan juga kisah yang benar-benar terjadi. Bukan rekaan.

Pada satu hari Jumaat, saya bersolat Jumaat di sebuah masjid di pusat Bandar berkenaan. Selepas bersolat, saya pergi ke sebuah restoren melayu yang terletak berdekatan stesyen bas. Saya membeli makanan dan minuman tetapi tidak makan di situ. Saya makan dan minum dalam kereta saya. Memang ada meja khas untuk digantungkan pada stereng. Sebelum dan ketika dan selepas makan-minum itu, saya tidak pula terasa mengantuk. Saya kenyang dan hilang dahaga.

Selepas itu saya mula memandu. Aneh, baru sahaja memandu, saya tiba-tiba terasa mengantuk. Mengantuk itu terjadi beberapa kali . Tiap-tiap kali dalam beberapa saat, selepas itu rasa hilang mengantuk tetapi datang semula dan elok semula, mengantuk semula, elok semula.

Saya hairan. Kenapa? Disebabkan mengantuk itu , kemudiannya tiada , saya meneruskan pemanduan. Saya memang tidak berhenti kerana mengantuk.

Saya telah tiba di satu jalan 4 lorong. Dua lorong ialah jalan satu hala. Dua lorong lagi ialah yang bertentangan arah , yang juga sehala. Tengah-tengah lorong itu ialah binaan daripada batu , pembahagi jalan. Pembahagi ini jadi sempadan tengah. Di kirinya 2 lorong, di kanannya 2 lorong. Sebenarnya jalan ini semasa peringkat pembinaannya, ada orang ditugaskan untuk menanya pengguna jalan atau lebuh raya ini sama ada bersetuju atau tidak lebuh raya ini diadakan plaza tol. Sudah tentu saya jawab tidak bersetuju. Saya yakin ramai yang tidak setuju. Maka sebab itulah sehingga sekarang (lebuh raya ini telah beroperasi bertahun-tahun) tidak pernah ada plaza tol. Alhamdulillah.

Ketika saya memandu di lebuh raya tanpa tol , tanpa plaza tol ini, tiba-tiba saya terasa mengantuk. Kemudian elok. Kemudian kantuk. Kemudian elok. Kantuk terjadi beberapa saat sahaja tetapi ketika kantuk itu saya telah tertidur, mata terpejam. Saya terfikir perlu berhenti di tepi jalan untuk tidur tetapi disebabkan saya lihat saya dah tidak kantuk walaupun bimbang jika kantuk semula, saya teruskan pemanduan. Ketika ini saya tidak lagi memandu di lebuh raya. Tetapi jalan dua lorong yang bertentangan arah.

Akhirnya berlakulah satu keadaan kantuk yang “mata terbuka tetapi sebenarnya sedang tertidur” KEPADA saya ketika  memandu itu. Mata saya terbuka serentak dengan terdengar bunyi rempuhan yang kuat. Sebuah lori besar yang tidak membawa apa-apa melanggar kereta yang saya sedang pandu. Saya memandu dalam keadaan tertidur dan kerana ini kereta saya telah masuk ke lorong sebelah dan melanggar lori yang datang dari arah hadapan.

Kereta saya dirempuh lalu memecahkan kaca tingkap tetapi kaca tingkap hadapan tidak jatuh pecah, hanya melengkung dan kemik , retak sejuta,… dahi dan mata kanan saya terhantuk stereng. Nasib baik sebelum itu, kaca mata yang saya pakai telah jatuh terlebih dahulu. Kereta saya terpusing ke sebelah kiri dan kemudian saya membrek. Maka , kereta itu kini dalam keadaan melintang di tengah jalan.

Ramailah orang datang berhenti dan menghampiri saya. Saya cuba membuka pintu kanan yang dah kemik tetapi gagal. Ada orang cuba membuka pintu sebelah kiri dan meminta saya keluar ikut pintu itu. Akhirnya saya Berjaya keluar. Saya cedera, di tangan, muka, kaki, berdarah. Pakaian, rambut , wajah saya ada serpihan kaca halus . Serpihan kaca telah masuk ke mata kanan saya. Tiba-tiba saya sudah tidak dapat melihat apa-apa. Semuanya gelap , hanya bayangan hitam berbentuk orang-orang yang kelihatan. “Ya Allah, mata saya telah buta, mata saya buta” , saya berkata kepada orang ramai. Ada yang menyuruh saya duduk dan cuba menenangkan hati saya.

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

DOAKANLAH SAYA PANJANG UMUR. Terimakasih. Alhamdulillah yang selamatkan saya daripada kematian yang mengerikan. Kerana aku banyak dosa, maka berlaku kemalangan ini. Namun aku masih insan biasa!!! Oh Tuhan!!!

Saya mula rasa Tuhan tidak sayang saya . Saya rasa Tuhan menghukum saya. Saya rasa Tuhan tidak akan beri peluang lagi kepada saya untuk melihat dunia lagi. Hati saya sedih dan ketakutan. Mulalah saya teringat ibu saya yang amat saya cintai. Oh, bagaimana saya akan dapat berbakti kepada mu Ibu jika mataku buta. Orang akan menghinaku. Saya rasa masa hadapan saya gelap segelap penglihatan saya. Saya rasa kecewa , putus-asa dan sangat lemah dan hina!!! Saya terfikir untuk menangis tetapi saya mendapati saya tidak mampu menangis!! Malah, kerana terlalu sedih, saya tidak mematikan injin. Injin kereta saya masih hidup sehinggalah orang meminta saya mematikan suis kereta.

Jikalau nabi Isa ada, tentu dia mampu menyembuhkan mata yang buta sebab itu memang mukjizat beliau. Namun , tiba-tiba sesuatu yang saya tidak sangka berlaku. Pemandangan saya berangsur-angsur pulih. Semakin Nampak . Orang yang suruh saya duduk mengatakan saya pitam tetapi saya yakin saya bukan pitam tetapi serpihan kaca yang masuk ke dalam mata telah menyebabkan saya buta sementara dan serpihan kaca itu perlu dikeluarkan agar tiada kesan buruk terjadi lagi. Alhamdulillah yang telah mengembalikan penglihatan saya. Oh Tuhanku………..betapa aku sangat tidak bersyukur kepada MU, maka kau telah menghukumku dengan kemalangan yang mengerikan ini.

Saya meminta seorang lelaki melayu di situ membawa saya segera ke hospital. Lelaki itu menguruskan sesuatu pada majiis di tepi jalan-raya itu……(akad nikah keluarganya, adiknya, kalau tak silap) tetapi disebabkan dia setuju untuk membantu saya, maka urusan beliau bertangguh. Kereta saya yang remuk berada di hadapan rumah yang sedang ada majlis tersebut (majlis akad nikah yang belum berlangsung lagi, kalau tak silap saya). Kata pemuda itu, sebab saya melayu, maka dia hendak tolong. Kalau bangsa lain, tak nak tolong.

Di jabatan kecemasan, luka terus mengalir dari dekat mata saya, serpihan kaca yang banyak dan halus macam tepung juga masih ada dalam mata kiri dan kanan . Saya disuruh tunggu giliran untuk berjumpa doctor. Rasanya lama juga saya tunggu dan bila saya minta tisu untuk mengelap darah yang ada pada luka dan yang mengalir dekat mata, saya tidak diberikan tisu.

Wang syiling saya jatuh bertaburan dengan banyak dalam kereta saya yang remuk. Laptop saya dalam kereta yang malang itu. Selepas mata saya dicuci, mengeluarkan serpihan, saya kemudiannya meminta di cuci lagi mata saya sebab tiba-tiba saya rasa mata saya seperti ada serpihan lagi tetapi saya disuruh balik sahaja. Kata kakitangan hospital itu (mungkin pembantu doctor berbangsa India, seorang wanita) itu cuma impak sahaja, bukan ada serpihan tetapi bila saya di rumah, otot mata saya tidak dapat digerakkan ke atas (memandang ke atas). Jika saya lakukan itu, mata saya sakit. Untuk ke hospital semula, jauh dan saya tidak ada kenderaan lain. Untuk menunggu bas  atau teksi bukan kerja senang. Nak dapat naik bas dan teksi pun sukar. Jadi, saya ambil cawan yang saya isi air bersih , hampir penuh secawan, saya beliakkan mata dan dalam keadaan itu mata saya menyentuh permukaan air, saya tenggelamkan mata dalam air cawan sambil otot mata saya bergerak ke kiri , ke atas, ke kanan, ke bawah sebab inilah  teknik yang disuruh pembantu doctor masa saya dicucinya di hospital. Alhamdulillah selepas melakukan banyak kali (bercawan-cawan air digunakan), saya mendapati otot mata dapat digerakkan ke arah mana pun tanpa sakit. Memang ada kelihatan seperti habuk dan serpihan pada permukaan air cawan setelah mata saya dicuci.

Sebenarnya kemalangan yang menyebabkan saya buta sementara ialah kemalangan berkereta yang dialami yang paling bahaya dalam sejarah hidup saya. Saya sebenarnya telah banyak mengalami kemalangan jalan-raya semasa memandu dan menggunakan kereta.

Sebelum kemalangan dirempuh lori, pernah saya terlibat dalam kemalangan yang dapat menyebabkan saya terbunuh juga. Kisahnya begini:

Saya sedang memandu dengan laju . Jalan-raya tersebut ialah jalan 4 lorong. Lebuh raya tanpa plaza tol, tanpa tol. Pembahagi jalan daripada batu memisahkan lorong  , menjadi 2 lorong sehala sebelah kiri dan 2 lorong sehala di sebelah kanan. Saya sedang memandu di lorong kiri ketika hampir dengan satu selekoh merbahaya. Seorang yang memandu myvi jingga berada di hadapan saya iaitu di lorong kanan yang tentu jalan sehala juga. Orang itu sepatutnya memberikan isyarat untuk masuk ke lorong kiri bila kereta saya telah hampir dengan kereta dia tetapi dia tak beri isyarat , malah terus masuk sedikit ke lorong saya menyebabkan saya memusing stereng ke dekat bahu jalan untuk mengelakkan terlanggar kereta myvi itu tetapi pusingan stereng kereta saya seterusnya menjadi sukar dikawal , stereng itu bergerak ke kiri dan ke kanan dan ke kiri – kanan berulang-ulang secara automatic, Saya cuba menstabilkan dan menormalkan kedudukan stereng tetapi gagal lalu kereta saya merempuh pembahagi jalan lalu kereta saya melantun ke kiri dan saya membrek, nyaris masuk ke parit besar. Kereta saya berhenti di dekat rumah bapa saudara ibu saya. Ramai orang datang. Dahi dan mata saya terhantuk stereng. Tepi atas kelopak mata kiri saya terbelah, luka berdarah, sangat hampir dengan bola mata kiri (nasib baik tak buta). Pemandu myvi itu memberhentikan keretanya . Keretanya di hadapan saya. Hanya beberapa belas meter, anggaran saya. Dia tak keluar dari kereta. Saya menunjuk dengan jari telunjuk ke arah dia sambil saya berkata kepada seorang lain yang datang untuk membantu saya, iaitu saya berkata pemandu myvi itulah punca saya kemalangan. Tiba-tiba selepas saya menunjuk itu, kereta myvi itu bergerak perlahan-lahan, melarikan diri. Mata kiri saya dijahit. SEBELUM dijahit, cecair penahan  sakit disapu oleh pembantu doctor, pembantu perubatan. Kata pembantu itu, jika tidak dijahit, mata saya akan bernanah dan lambat sembuh.

Kisah malaikat datang menyelamatkan saya:

Pada sejarah silam, saya sedang berbasikal untuk pergi ke tempat kerja saya. Saya tidak ingat, kenapa saya hendak ke tempat kerja. Mungkin kerana hendak mengambil wang gaji. Saya tidak ingat sama ada saya cuti atau tidak hari itu. Saya tiba di satu simpang empat, berdekatan satu medan selera. Saya hendak melintas dengan berbasikal di simpang itu ketika sebuah kereta membunyikan hon berkali-kali. Salah saya juga, saya terus kayuh basikal [melintas] walaupun tahu sebuah kereta sedang bergerak laju dari arah kanan saya. Kereta itu melanggar betis dan peha kaki kanan saya dan basikal saya. Saya dan basikal melambung ke atas. Basikal yang melambung jatuh ke cermin hadapan kereta cina lelaki itu.  Saya melambung dan atas kepala saya jatuh dahulu ke jalan raya yang keras menggerutu tajam. Saya rasa seperti kepala saya jatuh atas bantal yang keras . Disebabkan ini, saya yakin, bahawa Allah telah memerintahkan satu malaikat melindungi kepala saya. Kalau ikut logic, kepala saya boleh retak atau belah atau pecah. Tetapi tiada luka sedikitpun. Alhamdulillaah. Astaghfirullaah. Saya yang terjatuh cuba bangun, saya berdiri tetapi tiba-tiba kaki saya terasa sangat sakit, tegang urat dan otot. Ada calar dan luka di kaki dan di bahagian lain. Sangat ramai yang datang menyaksikan tragedy ini. Cina itu kata dia telah membrek dengan kuat. Kata dia, kalau dia tidak brek, dia berpendapat saya sudah dibungkus [mati]. Cina itu menuntut gantirugi kerosakan kereta. Kata dia, kereta itu dia baru beli. Ada orang yang meminta saya yang menuntut gantirugi sebab dia fikir saya tak bersalah. Dalam kes ini, sayalah yang bersalah. Nasib baik cina itu tidak mahu buat repot polis. Malah cina itu menawarkan bantuan menghantar saya ke hospital. Malah , dia kata kalau saya nak bayar gantirugi sebanyak RM300, bayarlah, kalau tak mahu bayar pun, boleh juga. “BAIK HATI CINA INI”. Memang ada orang yang meminta cina itu tidak menuntut rugi . Mungkin kerana itu, cina itu berkata , yang bermaksud: “kalau tak nak bayar pun, tak mengapa”. Ada seorang lelaki mahu membawa saya ke klinik yang ada dekat tempat tragedy. Saya setuju dibawa. Di klinik itu, doctor memberikan suntikan untuk mengelakkan kancing gigi. Kata doctor, kemalangan seperti yang saya alami, biasanya dapat menyebabkan kancing gigi. Saya tidak faham ini, penyakit apa? Saya juga diberikan ubat. Semasa di tempat kemalangan, ada saya berkata bahawa saya tidak membawa kad pengenalan. Ada seorang melayu berkata, kad pengenalan itu NYAWA.

KISAH BERTEMU DENGAN WALI ALLAH:

Kisah ini diceritakan oleh ibu kandung saya:

Ketika saya masih seorang bayi, nenek saya memberitahu ibu saya tentang seorang lelaki. untuk meminta bantuan lelaki itu , untuk menyembuhkan penyakit saya yang selalu menangis . Kasihan ibu saya, susah ibu saya hendak tidur malam. Saya ada penyakit yang menyebabkan saya asyik menangis. Nenek saya dan ibu berjumpa lelaki itu. Masalah kesakitan saya diceritakan kepada lelaki itu. Lelaki itu memetik satu daun dan kemudian kedua-dua tapak tangan beliau diangkat [berdoa]. Kemudian, daun itu diletakkan di bahagian saya yang sakit. Selepas peristiwa inilah , saya tidak menangis lagi, penyakit saya telah sembuh. Alhamdulillaah. Saya yakin bahawa lelaki itu bukan orang biasa tetapi WALI ALLAH kerana biasanya doa yang segera dikabulkan serta-merta ialah doa kekasih Tuhan.

THE END.

 

3 thoughts on “Mata Kiriku berjahit, Mata Kananku Buta,Bertemu dengan Wali Allah, Kepalaku Beralas Bantal Malaikat By Penyaring Nostalgia

  1. Istighfaar Hamba says:

    Reblogged this on Istighfaar.

    Like

  2. […] dan beberapa ekor anaknya. Iskandar telah mengetahui bahawa isteri beliau bukanlah seorang wali Allah namun dia tetap berminat mempelajari […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s