Raja Bonggol 2X Bunuh Proton Satria Neo R3


INI ADALAH KISAH BENAR:

Peristiwa ini terjadi pada tahun 2014. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, lelaki tersebut adalah pemilik  Proton Satria NEO R3. Kereta ini boleh dianggap berharga lebih daripada seratus ribu ringgit  jika dicampurkan dengan riba pinjaman yang dibuat oleh lelaki itu. Pengalaman lelaki [kita beri nama dia sebagai AAA, NAMA SAMARAN] ini diharapkan dapat memberikan nasihat dan peringatan kepada pembaca blog Di Persimpangan Kutub ini.

Bonggol ialah bahagian jalan yang tidak rata, yang menyebabkan kenderaan memperlahankan kelajuan. Bonggol yang dicipta oleh manusia dan ada juga yang terjadi kerana perubahan struktur dalam bumi, disebabkan gegaran, tekanan gravity/berat treler dan lori, Tanah yang tidak keras dan lain-lain factor.

Sesetengah bonggol diwarnakan . Sesetengahnya ada papan tanda amaran bonggol di hadapan. Sesetengahnya TIDAK DIWARNAKAN , MALAH  WUJUD DI LEBUH RAYA. Lebuh raya tersebut [lelaki itu tidak mahu dikenali, maka lebuh raya ini pun dirahsiakan, namanya] mempunyai sangat banyak bonggol. Bonggol pula berbeza bentuk dan ketinggian di lebuh raya tersebut [DI sebuah negeri di MALAYSIA]. Ada satu bonggol yang paling ditakuti oleh lelaki tersebut. Dia menamakan bonggol itu sebagai Raja Bonggol Pembunuh Kereta!

Pada satu hari, dia menggerakkan tuil gear ke angka 3 dan memecut selaju 140km/j. 140km/j ialah kelajuan maksima yang dibenarkan oleh proton untuk gear ketiga bagi kereta satria neo R3. Selepas itu, dia memandu dengan kelajuan biasa dan selamat tetapi merasakan ada kelainan bunyi injin kereta dia. Kemudian terjadi peristiwa  dia memandu dengan kelajuan biasa dan selamat. Walaubagaimanapun, dia tidak Nampak ada satu bonggol di hadapan dia. Hanya menyedari bonggol itu apabila kereta proton satria neo R3 beliau telah sangat hampir dengan bonggol itu. AAA berfikir adakah patut brek hingga berhenti sebelum terlanggar atau brek dan kemudian membiarkan lajak menggerakkan kereta kerana kemungkinan walaupun membrek, kereta akan terlanggar bonggol itu juga. AAA segera buat keputusan, membiarkan lajak berlaku. Akibatnya kereta itu melanggar bonggol tersebut , menyebabkan Proton Satria Neo R3 terlompat dan terhempas dengan sangat kuat [mula-mula roda belakang terhentak dengan sangat kuat, kemudian roda hadapan pula terhentak]. Selepas itu, dia terus memandu. Tiada masalah pemanduan. Beberapa minit kemudian injin dan ekzos bergegar-gegar dengan kuat. AAA terpaksa memberhentikan kereta. Dia menyiasat keadaan kereta. Injin dimatikan. Injin sukar dihidupkan . Terpaksa  menekan injak pecut untuk menghidupkan injin. Akhirnya kereta dapat bergerak tetapi tidak boleh neutral. Kalau tuil gear bergerak ke N, injin akan mati . Pada hari lain, AAA memandu kereta bermasalah itu ke bengkel. Cina bengkel itu mengatakan dia biasa membaiki injin. Cina itu mengatakan sebab yang biasa menyebabkan kerosakan injin ialah memandu laju. Sebab yang tidak selalu menyebabkan injin rosak ialah BONGGOL. Dengan computer pengesan kerosakan, cina itu mendapat maklumat bahawa ada masalah pada satu saluran spark plug, masalah miss fire [–>ejaan betul?]. CINA ITU KATA ADA SATU SPRING DALAM INJIN TELAH PUTUS DAN INI MENYEBABKAN INJIN DAN EKZOS BERGEGAR-GEGAR.  Bila AAA Tanya, adakah kelajuan punca spring putus. Cina itu jawab tidak. Cina itu tidak tahu punca spring putus. Dia kata ini protonlah. Syarikat proton tidak menghasilkan spring yang selamat dan berkualiti? Inilah maksud kata cina itu???? Pada pendapat saya, tidak mustahil  atom-atom spring semakin lemah dan akhirnya putus disebabkan kelajuan pemanduan, terutama kelajuan yang melebihi had maksima yang selamat, terutama bila menggunakan gear ketat atau gear rendah seperti gear 3 atau gear kedua. Sebelum membuka bahagian injin, untuk mengesan masalah sebenar kereta AAA, cina itu menggunakan pengukur tekanan angin yang dimasukkan ke dalam setiap saluran spark plug. Ada satu saluran spark plug yang menunjukkan tiada tekanan angin. Menunjukkan ada masalah di dalam injin yang berkaitan itu. Untuk membuat ujian tekanan angin, injak pecut hendaklah ditekan semasa alat penguji di masukkan ke saluran tersebut.

Pada bulan berikut pula [kalau tak silap], AAA memandu di lebuh raya gila [AAA kata ini lebuh raya gila sebab lebuh raya ini ada bonggol , malah sangat banyak bonggol!!] dan Proton Satria NEO R3 itu melanggar raja bonggol menyebabkan satu hentakan di roda belakang kanan yang kuat lalu segera terdengar bunyi pelik pada tayar , seperti bunyi batang besi bergerak yang memukul sesuatu .

This, because had many sin

This, because had many sin

 

Kereta ini sudah dapat total loss

                     KERETA INI SUDAH DAPAT TOTAL LOSS  

AAA memperlahankan kereta dan berhenti. Dia keluar dari kereta. Menyiasat roda kanan belakang kereta. Ada sebatang logam bulat panjang yang hujungnya rata, tidak tajam seperti paku menembus tayar. AAA cuba mencabut rod logam itu tetapi sukar dan bimbang tindakan mencabut itu lebih memburukkan keadaan tayar itu. Tayar itu semakin pancit. Kereta seperti mati sebab tidak dapat berjalan . Inilah kali kedua raja bonggol membunuh proton satria neo R3 AAA.. Dia cuba hubungi lagi kedai tayar, nombor telefon yang memang ada dalam handphone. Lambat tunggu. Pekedai itu pula cakap pun tak jelas, tak dapat difahami , kebanyakannya. Dekat 1 jam 45 minit barulah bantuan yang ditunggui tiba. Pekerja pekedai tayar tiba dengan sebuah lori kecil yang membawa mesin pengepam tayar yang besar. Pekerja cina itu kata, rod logam itu ialah rod logam lori seperti yang ada pada lori kecil yang dipandu dia itu. Yang menyakitkan hati AAA, cina itu tidak mengepam tayar ganti dengan sempurna, kelihatan seperti tayar yang banyak kurang angin. Bayaran yang dikenakan RM20.

MENGHAIRANKAN. Rod itu sengaja diletakkan oleh seseorang dekat raja bonggol? Supaya bila ada kenderaan yang terhentak akibat langgar bonggol akan “ditikam” oleh rod itu? Dahulu ada disiarkan di akhbar bahawa ada kegiatan pensabotajan iaitu ada pihak yang sengaja menuang minyak hitam di jalan raya agar ada kenderaan yang akan terbabas atau accident. Hal ini mungkin dilakukan oleh pihak bengkel supaya kenderaan yang rosak akibat bahaya jalan licin kerana ada minyak hitam akan dibawa ke bengkel mereka. Jadi, mereka dapat duit. Jadi, rod dan bonggol itu mungkin juga ciptaan pihak bengkel atau/dan pihak kedai tayar dengan pakatan sulit/rahsia dengan pembuat jalan????

Yang menghairankan lagi, rod yang menembusi tayar itu seperti memang telah ada atau dimasukkan ke dalam tayar supaya menembusi tayar dari dalam, bukan menembusi dari luar. Ini kerana hujung rod yang berada dalam tayar berbentuk seperti alat untuk menggantung sesuatu. Untuk lebih jelas sila klik link di bawah:

ROD MISTERI

 

 

OH MY GOD, PLEASE FORGIVE US. PLEASE "DELETE" OUR SIN SO THAT ANY ACCIDENT LIKE THIS WILL NOT HAPPEN MORE!!!

OH MY GOD, PLEASE FORGIVE US. PLEASE “DELETE” OUR SIN SO THAT ANY ACCIDENT LIKE THIS WILL NOT HAPPEN MORE!!!

 

THE DRIVER STILL ALIVE WHEN A VERY BIG VEHICLE COLLIDE THIS PROTON SATRIA NEO. THANKS TO ALLAH.

THE DRIVER STILL ALIVE WHEN A VERY BIG VEHICLE COLLIDE THIS PROTON SATRIA NEO. THANKS TO ALLAH.

 

 

WHEN CRYING NEVER AVOID THIS FROM HAPPEN!!!

KERETA INI DILANGGAR KENDERAAN SANGAT BESAR DAN TINGGI SEPERTI  SECARA BERHADAPAN

KERETA INI DILANGGAR KENDERAAN SANGAT BESAR DAN TINGGI SEPERTI SECARA BERHADAPAN

OHMYGOD

Kalau tak nak accident, berusahalah jadi wali Allah kerana wali Allah tidak perlu kereta jika hendak ke tempat apa pun sebab wali Allah dapat berjalan di udara dan di air.

Kalau tak nak accident, berusahalah jadi wali Allah kerana wali Allah tidak perlu kereta jika hendak ke tempat apa pun sebab wali Allah dapat berjalan di udara dan di air.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s