Teori 2+


Sebuah batu besar berpisah dari satu bola yang besar. Batu itu terapung-apung beberapa jam. Ia kemudian bergerak masuk ke zon gravity. Satu bola lain menariknya. Tarikan itu sangat kuat, menyebabkan ia terhempas kuat. Di satu lembah banjaran, sepi dan malam. Tiba-tiba keluar darinya bermacam rupa dan bentuk. Memanjang keluar dari batu itu. Ada yang berlari. Ada juga yang melompat. Yang memanjang, mencari persamaan. Itu kecenderungannya yang kuat. Hampa. Ia cuba menyentuh perbezaan. Yang berbeza menerima. Berlaku penyatuan. Setelah demikian, keluar dari penyatuan itu, benda yang berterbangan. Angin membawanya ke sana-sini. Kelembapan. Keluar dari lapisan dan meninggi. Yang berlari mencari kesesuaian. Hairan tentang sekitarnya. Jika bertemu perbezaan, ia cenderung untuk mengetahui. Jika bertemu persamaan, ia cenderung untuk penyatuan. Yang melompat, terjun. Ketika renangannya, memerhati. Ia bertemu persamaan yang tidak menyeluruh. Tetapi tiada penyatuan. Ia lebih gemar perbezaan. Keluar dari satu lubang di dasar. Perbezaan semata-mata. Ia mengejarnya. Berlaku penyatuan. Dari dua objek yang menyatu, ada yang dapat melompat dan berlari. Ia cenderung kepada kumpulannya. Membentuk ketetapan kumpulan, umpama kebiasaan. Ia sangat peka. Banyak yang diketahui. Menghasilkan kemajuan. Kumpulan yang menjadi contoh. Kumpulan lain mempelajarinya. Kemudian ditanyai dari mana asalnya. Yang asal itu bagaimana bermula?

Dijawabnya, apa yang aku ketahui, moyangku berasal dari planet musytari. Sebahagian kecil zarah musytari telah berpisah dan jatuh ke bumi, ditarik oleh daya gravity bumi. Kemudian moyangku telah keluar dari lubang seni lagi halus batu , kepingan musytari. Moyangku itu jantan dan telah berenang di satu sungai bawah Tanah, dekat satu lembah yang subur. Ia telah merogol satu spesies bumi. Dan lahirlah spesies kacukan musytari-bumi seperti kamu semua dan aku. Tetapi aku tidak tahu siapa yang melahirkan moyangku. Tumbuhan musytari yang bergerak menjalar pula telah mengawan dengan tumbuhan bumi. Pokok yang terhasil dari kacukan ini, dapat menjalar dibawah lapisan dasar lautan dan menembus ke kutub yang satu lagi! Hebat!!

Namun manusia, ada jawapannya. Nabi Adam ialah manusia pertama dicipta oleh Allah s.w.t. Siti Hawa yang kedua. Demikian juga, mahkluk lain seperti binatang dan tumbuhan. ada yang pertama dicipta oleh Allah s.w.t.

Sudah menjadi kelaziman, mahkluk lebih cenderung kepada yang sama dengannya. Yang itulah yang ia lebih kerap bersamanya. Membentuk kebudayaan kumpulannya. Walaubagaimanapun, perbezaan kumpulan lain ada masanya menarik perhatian, maka terjadilah perkenalan, perkongsian ilmu, teknologi, peralatan yang mungkin juga menghasilkan kebudayaan yang terbentuk daripada beberapa kebudayaan, menghasilkan bangsa dan spesis kacukan.

Dan bangsa kacukan itu, bila mengawan dengan bangsa kacukan lain, maka lahirlah keunikan, keistimewaan yang pelbagai. Mungkin.

Planet yang mula-mula Tuhan jadikan? Alam akhirat lebih dahulu ada sebelum alam nyata?

Syurga yang mula-mula Tuhan jadikan? Neraka?

Malaikat pertama yang dicipta oleh Allah? Siapa? Malaikat Jibrail? Izrailkah?

Jin yang mula-mula Allah jadikan ialah AZAZIL, iaitu raja syaitan? Siapa jin betina yang pertama Allah jadikan? Ada hadis yang mengatakan jin itu ada betina dan ada juga jantan. Jin juga bersenggama, buat hubungan seks. Maka, lahirlah anak jin.

Tamadun silam, selalu bermula dari tepi sungai dan laut. Manusia cenderung mandi, bersih, Wangi, sejuk. Semua ini factor yang mendorong kesihatan. Kesihatan yang mendorong bergerak akal fikiran. Maka, bila demikian, manusia dapat berfikir dengan tenang dan bijaksana, maka, cenderung membuat ujikaji. Maka, lahirlah pelbagai teori dan peralatan. Kemudian terus berkembang tamadun.

Namun teori 2+ tidak benar semuanya. Kenapa?

Kerana Bintang Iringan tiada ayah. Nabi Isa tidak mempunyai bapa tetapi ibu beliau dapat hamil juga. Justeru, dalam kes nabi Isa, jadi 1+, bukan 2+!!

Bukankah Pakistan dan Bangladesh, penduduknya berasal dari India? Apabila india muslim tidak sesuai duduk dengan india kafir, mereka berpindah , keluar dari India, mencari Tanah kosong, yang tidak bertuan? Tanah yang dijumpai dinamakan sebagai Pakistan dan Bangladesh?

Barangkali Jepun, Korea, Taiwan…., penduduknya berasal dari CHINA?

Dari suku-suku, membentuk bangsa. Suku-suku itu ada persamaan dan perbezaan. Suku jawa, suku banjar, suku mandailing…. Tentu ada pemula. Orang yang mula-mula menjadi kacukan, yang jadi kelahiran pertama sukunya. Atau ada lebih daripada seorang yang jadi pemula, mempunyai tarikh dan masa kelahiran yang sama?

Bila nabi Adam bersatu dengan Hawa, lahirlah kembar. Setiap kembar itu mungkin sama warna kulit, jenis rambut…… tapi mungkin tak sama? Namun, yang pasti, tentu ada anak Adam dan Hawa yang jadi orang pertama yang mempunyai ciri/sifat atau warna kulit melayu, cina, india dan lain-lain. Kemudian anak-anak yang lahir ini lebih cenderung untuk bersama yang sama warna kulit dan jenis rambut dan lain-lain. Kemudian mereka cenderung untuk berpisah daripada kumpulan yang tidak sama sifat dan warna kulit. Maka, berpindah-randah. Bila enggan berpindah lagi , ketika menemui Tanah kosong yang mereka menyukainya, maka dinamakan Tanah itu menjadi Negara.

Kisah parameswara dengan pohon Melaka. Menjadi pemula apa?

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

Hi everybody!, Am I the first alien created by God? Do not ask Charles Darwin. Because his answer can make your brain be tilt!!

 

 

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s