Ular mak Sedap Rasa???


Batal Rukh Kan? Hai! Kenal saya? Saya tak pernah melancap tetapi TERLANCAP tu mungkin pernah!!!

Batal Rukh Kan? Hai! Kenal saya? Saya tak pernah melancap tetapi TERLANCAP tu mungkin pernah!!!

Bukankah salah-satu tanda akan terjadi hari kiamat ialah orang jahil bercakap tentang agama ISLAM tetapi ulamak diam sahaja??? Ramai yang bukan ulamak mengarang kitab dan “bersyarah” melalui laman web mereka. Memang ada bahaya besar. Orang jahil mungkin memasukkan bidaah sesat dalam nasihat dan pendapat mereka, menyalah-tafsir ayat AL-FURQAN dan kutub al Sittah. Pernah saya melawat satu laman web yang diuruskan oleh seorang lelaki melayu berkelulusan diploma. Dia mengatakan melancap bukan dosa besar, dosa kecil sahaja padahal saya baca satu sumber lain yang mengatakan orang yang melancap tidak mendapat rahmat daripada Allah di akhirat.

Ada laman web Indonesia menulis Nabi Isa telah wafat. Dia mentafsirkan al-Quran. Pembaca laman web dia memberikan komen yang bermaksud mentafsirkan al-Quran tanpa ilmu itu atau secara sendiri itu bahaya dan dapat menyesatkan. Dia balas komen itu dengan balasan yang bermaksud: “Bagi  kamu agama kamu, bagi aku agama aku”.

Ulamak made in Parti PAS, Ulamak made in Parti UMNO, Ulamak made in yang lain-lain…. Ulamak Syiah, mazhab itu dan ini……………..

Kita di dalam ketakutan dan kebingungan. MAHDI sebagai sumber  ISLAM Tulin AL-QURAN belum  tiba kepada kita. ISA sebagai sumber ISLAM Tulin INJIL belum diturunkan kepada kita.

Apabila memahamkan ajaran ISLAM ikut sedap rasa sahaja, maka tidak mustahil akan pergi ke neraka. Dirasakan di hati dia, sudah pandai atau genius lalu dikeluarkan fatwanya. Maka, jadilah ulamak yang membahayakan atau menyesatkan orang, ibarat ular yang mematuk: ULAR MAK, bukan ULAMAK.

Kalau kita menyedari bahawa kita ini jahil, lulus setakat SRP ATAU SPM sahaja padahal yang ada ijazah ISLAM pendidikannya telah diresapi racun DESTROY WITH, maka carilah strategi pembelajaran kendiri yang lebih baik dan terbaik, yang lebih banyak dapat menyelamatkan kita dari kesilapan , kesesatan, kekeliruan, kesalah-fahaman…..

Pembelajaran kendiri juga memakai guru. Orang tua berkata: “Aku lebih dahulu makan garam daripada kamu, dengarlah nasihat aku”. Secara logic, ilmu tidak akan bertambah seiring dengan usia secara automatic. Kalau umur meningkat tetapi tidak berusaha belajar, masih jahil. Pengalaman yang dilalui hari-hari tidak ada beza. Tiada pengalaman baru bermakna “tiada garam baru dirasai”.

Orang yang pandai tetapi tidak mengamalkan ilmu, samalah seperti tiada ilmu, tetap jahil. Mengamalkan ilmu tetapi tiada pahala atau impak, samalah seperti tidak mengamalkannya.

Bukan mudah. Bercakap lebih mudah daripada membuat. Saya sedar bahawa diri saya bukan ulamak. Saya seorang yang jahil. Sebab itu GAGASAN Di Persimpangan Kutub yang saya cipta ini harus melalui peringkat ujian yang rumit, mengambil masa bertahun-tahun, mungkin berbelas tahun atau berpuluh tahun sebelum dapat diistiharkan sebagai GAGASAN YANG BEBAS 100% daripada bidaah sesat lagi haram, bebas daripada kesalahan tafsiran dan lain-lain.

Ulamak DPK ialah pemimpin saya dan anda semua tetapi bila MAHDI telah tiba, beliaulah PEMIMPIN SEBENAR DAN UTAMA KITA SEMUA.

Kita dalam kesedihan dan ketakutan setiap hari. Kerana kebenaran telah bercampur dengan kebatilan. Ibarat racun yang jernih masuk ke dalam air minuman yang jernih. Siapakah yang dapat membezakan? Di mana zarah racun ? Di mana zarah air minuman?

Kalaulah tiada kesesatan, MAHDI tidak akan dipanjangkan umur. MAHDI tidak akan diperintahkan oleh Allah , pergi kepada kita semua. Nabi ISA juga telah lama wafat jika tiada wujud bidaah haram sampai kiamat???

Mengapa orang ISLAM berkawan dengan orang kafir.? Kemudian mereka menyesatkan orang ISLAM. Mempengaruhi secara halus atau paksa. Raja-raja ROM yang gila. MAKA, rakyat ITALY mencipta DEMOKRATIA dengan harapan kerajaan mereka akan lebih adil. DEMOKRATIA ciptaan orang kafir. Sistem ini telah mempengaruhi orang ISLAM sedunia. Demokratia atau Demokrasi tidak sesuai dengan khilafiah yang diwajibkan, malah HARAM & tidak adil.

Menangisilah kita…. meminta Allah menunjukkan kebenaran. Lalu mencurah-curahlah air mata ketakutan kita kerana bimbang akan sesat. Setiap zarah kesesatan yang mencampakkan manusia ke JAHANAM. NERAKA JAHANAM!!!

Aduhai! Kalaulah kita hanyalah Tanah? Tidak akan dipertanggungjawabkan di atas kesalahan dan kejahilan kita?

Akal semakin lemah, bermakna nafsu semakin kuat. Akal dan otak saling berkaitan. Otak lemah, akal pun lemah. Cahaya akal dihalangi oleh tembok kejahilan, kelalaian, kealpaan, kebingungan, kesalah-fahaman, aduhai……………..kecemasan!

Ahhhh!! Siapa kata aku bodoh?  Aku ada ijazah PHD ISLAM. Mustahil guru itu salah. Kemudian orang bertanya kepada gurunya. Gurunya menjawab, guruku yang mengajar begitu. Mustahil guruku itu salah sebab dia ada PHD juga. Kemudian orang bertanya kepada guru yang itu pula. Maka jawapan pun sama. Akhirnya  kita pergi yang paling terbelakang iaitu SIAPAKAH YANG MEMILIH, MENAPIS LALU MENENTUKAN ITU DAN INI HARUS JADI TEKS PENGAJARAN??? KALAU BUKAN KERAJAAN-KERAJAAN YANG JAHIL SEDUNIA, SIAPA LAGI!!!????

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s