“Motorkar Empat Garisan Pecut”


This is Proton Satria Neo ARTIGA, not Proton Satria Neo R3.

This is Proton Satria Neo ARTIGA, not Proton Satria Neo R3.

LIMITED VERSION. This car faster than common Proton Satria Neo.

LIMITED VERSION. This car faster than common Proton Satria Neo.

MILIK SULTAN JOHOR

Sultan Johor’s Proton Satria Neo

artiga2

VERY BEAUTIFUL CAR

VERY BEAUTIFUL CAR

PROTON SATRIA NEO SUPERCHARGEDkereta apa ni

These two cars are Proton Satria Neo R3 Supercharged belong to Sultan Johor, the ruler of Johor state, MALAYSIA.

These two cars are Proton Satria Neo R3 Supercharged belong to Sultan Johor, the ruler of Johor state, MALAYSIA.

artiga 4

This is Proton Satria Neo Supercharged

This is Proton Satria Neo Supercharged

SATRIA NEO ARTIGA JUGA

Proton Satria Neo ARTIGA

Proton Satria Neo ARTIGA???

PROTON SATRIA NEO CPS 1.6 WHICH HAD IMMOBILIZER SYSTEM TO RESOLVE ROB & STEAL CASE.

PROTON SATRIA NEO CPS 1.6 WHICH HAS IMMOBILIZER SYSTEM TO RESOLVE ROB & STEAL CASE.

HOWEVER, THIS POST NAMELY "MOTORKAR EMPAT GARISAN" IS BY SPECIAL PURPOSE, CONCERNING IT [=PROTON SATRIA NEO R3 1.6 CPS]

HOWEVER, THIS POST NAMELY “MOTORKAR EMPAT GARISAN PECUT” IS BY SPECIAL PURPOSE, CONCERNING IT [=PROTON SATRIA NEO R3 1.6 CPS]

PROTON SATRIA NEO R3 . Is It had Revolt System & Mystery System or Secret Rally System I

Rekabentuk luaran bagai harimau. Harimau yang melompat, demikian juga ia mampu melompat bonggol besar yang rata di atasnya dari tepi badannya dengan lompatan sangat pantas. Rekabentuknya yang seperti katak yang agak gemuk membolehkan ia mampu bergerak sangat laju di banyak keadaan selekoh dengan stabil. Malah kebanyakan keadaan bonggol yang biasa tidak mampu menghalang pergerakan pantas ia, bagaikan jalan semuanya rata sahaja. Di jalan yang basah dan banjir yang tidak keterlaluan, ia mampu berlari bagai harimau yang pantas, terutama apabila menggunakan gear dua atau tiga, malah ketika system auto cruise dihidupkan. Demikian juga ketika hujan yang agak lebat, dengan pengelap belakang yang bergerak dengan system pemanas yang serentak, dengan hanya lampu kabut dan lampu yang sederhana besar, ia masih mampu berlari pantas, menerkam arah destinasinya. Jika treler bergerak dari arah hadapan ketika ia bergerak, hanya berlaku goncangan yang sedikit. Walaupun ia telah direka dalam keadaan yang tidak adil [jika benar kilang memang memprogramkan demikian], ia mampu bergerak pantas pada waktu malam, bahkan ketika hujan yang sederhana lebat waktu malam, dalam keadaan yang tertentu. Anehnya, walaupun mata besar harimau ini telah buta, tetapi dengan mata yang sederhana dan lampu kabut ia masih dapat berlari pantas pada malam hari yang hujan. Nasib baik, semakin ia laju, semakin kuat tenaga cahaya dibebaskan dari mata harimau belang Malaya ini. Mata besar harimau belang MALAYA ini hanya terpancar jika menjadi Mata Tinggi . Memang ada cara lain untuk menambahkan kekuatan pancaran mata sederhana besar ini, dengan membuka bonet hadapan dan memusingkan dua benda di dalamnya. Demikianlah kata seorang mekanik.

Bahagian bawah hadapan iaitu yang berwarna hitam itu menjadi perisai mencegah kerosakan yang lebih teruk jika berlaku pelanggaran atau termasuk lubang. Bahagian bumper belakang sangat kuat, tidak pecah, tidak remuk dan tidak retak jika dilanggari oleh kereta besar dari arah belakang iaitu pelanggaran semasa membrek. Tulang harimau ini lebih kuat dan lebih padu daripada jenis yang biasa. Bahagian tepi badan dan tepi bahagian hadapan dan belakang ibarat jaluran hitam mencegah kerosakan badan, calaran dan sebagainya. Ibarat ia memakai tali pinggang hitam pesilat. Jaringan di bawah hadapan muka dan punggungnya mencegah kemasukan atau lontaran daripada mengenai dan masuk ke bahagian bawah. Bahagian bawah termasuklah bahagian tahan karat. Tayar daripada jenis yang lambat haus walaupun berbulan-bulan dalam perjalanan panjang dan laju. Sedihnya, dengan harganya, rasanya ia sepatutnya berhak mendapat injin supercharged, paling kurang. Di campur dengan riba, sepatutnya berhak mendapat injin “R3” dan dua kereta dimiliki serentak. Barulah adil tetapi keadilan ini tiada???

Kebanyakan jenis dan model kereta, apabila kita memusing suis lampu [menghidupkan suis lampu], lampu kecil akan menyala, pusingan seterusnya akan menghidupkan lampu saiz sederhana dan besar secara serentak . Lampu besar akan menjadi lampu tinggi bila suis lampu tinggi ditekan. Walaubagaimanapun, kekurangan kereta Proton Satria Neo R3 1.6 cps INI ialah pusingan suis seterusnya hanya menghidupkan lampu saiz sederhana besar. Yang bersaiz lebih besar tidak menyala. Kenapa kilang buat begini jika memang ini programnya?? Lampu besar itu hanya untuk menyalakan cahaya tinggi atau hanya untuk menjadi lampu tinggi. Oleh kerana mata besar harimau belang Malaya ini buta, maka jarak penglihatan menjadi pendek dan terdedah kepada pelbagai bahaya pada waktu malam, terutamanya, seperti kemungkinan terlanggar pembahagi jalan.

Walaupun hanya menggunakan injin campro CPS 1.6, kereta Proton Satria NEO R3 ini  mampu mencapai kelajuan maksima atau hampir maksima dengan empat tindakan yang disebutkan sebagai “Empat Garisan Pecut”. Mungkin ini kerana impak system rahsianya yang disebutkan sebagai system R3nya. Walaubagaimanapun, system rahsia ini akan berkurangan kualitinya jika system auto-cruise dihidupkan seolah-olah menunjukkan system R3 tidak elok digunakan dengan system auto-cruise secara serentak. Walaubagaimanapun, empat garisan pecut mungkin mencetuskan “drunkard revolution system”. Tidaklah dapat dipastikan, adakah system mabuk ini juga menjadi satu rahsia kereta ini, selain system R3 yang dirahsiakan oleh jurutera proton? Atau adakah kerana system auto-cruise itu menjadi mabuk [satu keadaan sehampir rosak?] atau bahagian kelajuan itu rosak?

Rekabentuk luaran Motorkar ini memudahkan ia memotong kenderaan-kenderaan lain dengan sangat pantas dalam bentuk pergerakan “S” sehingga ia menarik ambulan yang ingin juga bergerak laju mengikutinya. Seolah-olah ambulan yang terhalang pergerakannya oleh kenderaan-kenderaan lain di hadapannya dapat bantuan daripada pemandu Proton Satria Neo R3 1.6 cps INI . Ngauman injin proton R3 ini sudah cukup untuk menggantikan siren ambulan. Lalu ambulan ini bergerak di belakang Proton Satria Neo R3 ini , kedua-duanya dengan amat pantas menuju destinasi, ketika kecemasan. Walaubagaimanapun, ketika Proton Satria Neo R3 ini bergerak di tengah-tengah garisan yang jadi simetri jalan, ia kelihatan begitu angkuh dan sombong, seolah-olah ia menjerit begini: “Kehadiran Raja jalan, sila beri laluan penghormatan!!!”

Dengan system auto-cruise yang digabungkan dengan system R3 serta dikombinasikan pula dengan teknik Empat Garisan Pecut, motorcar ini mampu memotong banyak kenderaan di hadapannya seperti deretan kenderaan sepanjang empat buah treler ketika kenderaan di lorong hadapan [lorong kanan/lorong memotong] sudah hampir dengan kenderaan paling hadapan yang di sebelah kiri yang jadi lorong deretan kenderaan-kenderaan di mana sebuah treler menjadi kenderaan terkehadapan di deretan itu.

Sistem auto-cruise ini mungkin menambahkan kelajuan secara revolusi [=sesuatu keadaan seperti automatic walaupun bukan system automatic] bila injak pecut tidak ditekan. Keadaan revolusi yang mungkin ada  seperti ini iaitu penambahan laju secara tiba-tiba yang tidak dirancangkan oleh pemandu, juga terjadi ketika kereta ini menaiki cerun atau melanggar bonggol dalam keadaan tertentu.

Motorkar ini menyediakan kemudahan penggunaan removeable disk, VCD, CD, kad memori, perhubungan telefon melalui system Bluetooth kereta, system GPS kereta [peta letronik yang bergerak dengan suara petunjuk jalan], system ABS & beg udara. Beg udara terletak di papan pemuka, berdekatan laci , di hadapan penumpang hadapan dan juga terdapat pada stering. Sistem reverse sensor kereta ini berkualiti dan memantulkan gelombang di tepi belakang juga dengan bunyi reverse sensor. Terdapat soket di dalam kereta ini yang boleh disambungkan pengecas laptop. Jika anda malas mengepam tayar dengan kaki, boleh beli pengepam letrik. Sambungkan plag pengepam letrik itu ke soket yang terdapat di dalam kereta ini. Jangan lupa hidupkan injin semasa tuil gear ialah neutral jika mengecas laptop. Jangan ketika memandu tetapi jika anda menggunakan pengurut letrik yang mengurut bahagian belakang badan anda, anda boleh menyambungkan alat pengurut itu ke soket ini ketika memandu. Diharapkan akan ada [atau memang telah ada?] mesin pencabut dan pemasang nat roda yang berkuasa letrik dengan menyambung ke soket. Ini kerana membuka dan memasang nat roda dengan tangan dan kaki amatlah menyakitkan dan sukar. Sesetengahnya tak dapat dilakukan. Motorkar ini mempunyai system yang mencegah penghasilan gas ekzos yang merbahaya dan kotor. Alat pencegahan ini akan rosak jika memandu kereta ini ketika tangki petrol sangat kekurangan minyak. Untuk mengetahui, lihat pada penunjuk kandungan petrol pada paparan meter. Di situ ditunjukkan paras merbahaya memandu yang merosakkan system yang mencegah pelepasan gas ekzos yang kotor lagi merbahaya.  Tahap ketinggian tempat duduk hadapan dan stering boleh disesuaikan dengan keadaan yang diingini. Pada stering ada butang kawalan berkaitan radio kereta atau system video/medianya. Terdapat suis lampu paparan meter. Anda boleh menambahkan kekuatan cahaya lampu ini dengan menggerakkan suis yang berbentuk gear. Tempat letak tangan berehat ada di setiap tepi pintu termasuk tepi tempat duduk belakang kereta. Tempat meletak barang di kedua-dua pintu hadapan dan di tengah kereta. Juga di belakang kedua-dua tempat duduk hadapan. Kereta ini akan mengunci pintu secara automatic. Jadi, berhati-hati jika anda di luar kereta, pastikan pintu kereta tidak dirapatkan seratus-peratus. Cermin sisi di luar kereta boleh digerakkan dengan menekan suis dekat tuil gear. Selepas bergerak sangat laju pada jarak yang panjang atau lama, kereta ini akan mengaum-ngaumkan bunyi seperti injin ketika injin hidup dan kereta telah berhenti atau ketika injin telah dimatikan. Ini mungkin system harimau menghembuskan udara panas bagi membantu proses penyejukan injin dan bahagian lain motorcar ini.

Sistem Revolusi Mabuk kereta ini sangat menakutkan pemandu kereta ini kerana ketika kereta ini,misalnya, pada kelajuan yang sangat tinggi seperti 150 kilometer per jam, ia akan menambahkan kelajuan secara tiba-tiba seperti automatic seolah-olah pecutan yang bermula pada garisan kelima. Ketika ini boleh dikatakan kereta ini juga layak disebutkan sebagai Motorkar Lima Garisan Pecut.

Yang menarik dan membuat pemandu Proton Satria Neo R3 CPS 1.6 ini terasa sedang memandu kereta terpantas di dunia atau salah-satu kereta terpantas di dunia ialah kerana tempoh yang diambil dari garisan pecut pertama hingga ke empat atau kelima ialah dalam beberapa saat sahaja.

Saya tidak akan menjelaskan apa dan bagaimana untuk melakukan teknik empat garisan pecut. Ini untuk mencegah penyalah-gunaan teknik, terutama kepada mereka yang suka bersifat gila iaitu samseng jalan raya seperti mat rempit yang membahayakan diri sendiri dan pengguna lain jalan raya. Walaubagaimanapun, mereka yang pernah menjadi pelumba kereta hutan-belantara mungkin mengetahui rahsia teknik ini. Saya ialah bekas seorang pelumba kereta di hutan-belantara merentasi dua daerah setiap hari. Kebanyakan perlumbaan saya ialah berlumba dengan masa, bukan berlumba dengan pemandu kenderaan lain. Sebenarnya, saya bukan bermain-main dengan memandu laju kerana sebenarnya saya berulang-alik dari rumah saya ke negeri lain dan sebaliknya kerana pergi kerja dan balik rumah dari tempat kerja. Saya cuba menjadikan saya seorang yang pantas memandu atau seperti pelumba kereta di hutan sebab sebenarnya kawasan hutan itu menakutkan dan merupakan sarang penjenayah. Jadi, saya berharap dengan kepantasan kereta saya, kemungkinan saya akan selalu selamat daripada bersua dengan penjenayah atau bahaya lain di hutan itu. Malah , saya pernah melihat seekor beruang dewasa. Terdapat hutan simpanan yang khas untuk perlindungan hidupan liar di salah-satu daerah yang saya lalui setiap hari. Ada yang mengatakan kawasan hutan itu terdapat gajah. Ini tentu menakutkan saya. Nasib baik, jalan-jalan hutan itu tidak banyak kenderaan yang bergerak melaluinya terutama waktu malam. Ini memudahkan saya memandu dengan laju tanpa terlanggar sesiapa atau terlanggar kenderaan lain. Saya terpaksa balik ke rumah saya pada waktu malam setiap hari . Perjalanan dari rumah saya di negeri lain ke tempat kerja di negeri lain lagi atau dari tempat kerja ke rumah saya ialah tiga jam jika ikut jalan panjang tetapi dua jam tiga puluh minit jika ikut jalan pintas iaitu dua hutan-belantara itu. Tetapi dengan peningkatan kepantasan kereta saya, mungkin mengambil masa tidak sampai dua jam tiga puluh minit. Bayangkan betapa siksa saya setiap hari, selalu mengantuk ketika memandu dan telah banyak nyaris mendapat kemalangan kerana tertidur semasa memandu. Kereta yang saya gunakan ketika dalam sejarah lama saya memandu di hutan-belantara setiap hari ialah kereta buatan lama Jepun.

Keadaan system revolusi pemabuk Proton Satria Neo R3 1.6 CPS ini tidaklah dapat dipastikan, dari kelajuan berapa ia mula terjadi. Adakah kelajuannya boleh dikekalkan dengan menekan suis coast/set ATAU suis ACC/RES??? Kelajuannya tidak kekal dan akan menurun ke tahap kelajuan yang telah disetkan dengan system auto-cruise. Sistem Revolusi Pemabuk kereta ini akan berulang-ulang mengaum-ngaum tanpa dapat dipastikan selang masa dari ngauman sebelum ke ngauman berikutnya tetapi selang masa itu adalah dalam tempoh beberapa saat. Ini sangat menakutkan kerana injin boleh rosak jika asyik mengaum-ngaum. Untuk merujuk sejarah silam saya sebagai Pemandu Rali Kereta Hutan-Belantara, sila klik link di bawah:

 

SEJARAH SILAM SAYA!!!

 

Kepada jurutera proton, jika anda mengetahui rahsia empat garisan pecut, cubalah cipta teknologi yang bersifatkan empat garisan pecut disertai dengan system auto-cruise dan R3 di makmal penyelidikan “Research & Development” laboratory. Oklah, mari tuan jurutera, kita, dengan berpakaian ninja, bergerak bagaikan bayu tidak berbunyi:

proton engineer, let us go to the secret place in the ground

proton engineer, let us go to the secret place in the ground

Now, we are in the ground. Open the door. We will become the pioneer in this innovation engineering. Such as one secret food recipe, we cannot tell anyone the method reason we like succeed in our business without any competitive with other trader.

Now, we are in the ground. Open the door. We may  become the pioneer in this SECRET innovation engineering. Such as one secret food recipe, we cannot tell anyone the method reason we like succeed in our business without any competitive with other trader.

Sekarang kita sedang merancang hipotesis, mungkin ini:

“Pecutan empat garisan dapat disetkan hanya dengan menekan satu butang khas. Ia akan bertindak secara automatic dan pengesetan ini tidak akan hilang walaupun system auto-cruise juga menggunakan suis acc/res dan coast/set setelah butang khas pecutan empat garisan dimatikan & lebih menarik ketika butang khas empat garisan pecutan dihidupkan, penggunaan butang coast/set atau acc/res juga boleh dilakukan serentak. Bermakna kedua-dua butang ini mungkin menghentikan pergerakan ke garisan kedua atau ketiga atau keempat tetapi apabila menekan suis acc/res dalam tempoh tertentu tanpa melepaskan tekanan itu, pergerakan ke garisan kedua dan seterusnya akan terjadi. Justeru, system rahsia ini yang kita namakan sebagai SISTEM RAHSIA EMPAT GARISAN PECUTAN tidak mustahil menggerunkan pengeluar kereta rali dan supercar dan pelumba kereta yang paling profesional. Kita tidak akan mendedahkan eksperimen dan kaedah ciptaan terkini ini kepada pengeluar kereta lain di seluruh dunia supaya Proton terus digilai oleh pembeli kereta terutamanya peminat kereta rali dan supercar.” Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi, lalu aku menghunus ke kiri dan ke kanan pedang ninjaku. “Siapa?? Berani kau menceroboh? Harus aku membunuhmu???”. Aku bergerak hendak meninggalkan bilik makmal rahsia itu tetapi jurutera proton menghalang, dia berkata: “Tak perlu risau. Bunyi tersebut ialah kentutku”. Lalu aku segera menutup hidung dan mulutku dengan telapak tanganku dan melompat tinggi hampir mengenai siling makmal dan ketika lompatan berpusing tubuh itu, aku melontarkan pisau berbentuk bulan sabit ke arah jurutera proton yang menepis pisau itu dengan pedang samurai dia lalu dia melompat bagai harimau ke sebuah meja di mana pisau itu terpelanting dan pada masa yang sama aku juga melompat ke atas meja itu. Kami melompat ke atas meja itu serentak dan bila tiba di atas meja, jurutera segera menekan pisau sabit itu dengan hujung pedang dan aku juga menekan satu bahagian kecil pisau sabit itu dengan hujung pedang samurai. Tindakan kami menekannya secara serentak lalu pisau itu mengeluarkan satu benda. Lalu kami berjabat tangan dan secara serentak kami berkata: “Mission completed”. Aku mengambil benda tersebut dan menunjukkan kepada jurutera. Inilah hasil lakaranku, harap tuan suka.

 

bersambung………………..

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s