TheStrongest&WinProof,Dalil&OpinionShowThatWomenMustUsePurdah!!!

The Author for this book "Wanita Wajib Berpurdah" [Woman Must Use Purdah] use real truth sensor for seek out pure Islam teaching. The best and win evidences, dalil and opinion in this book show that women must use purdah. Please buy this book for further information.

SIXTH DPK PRINCIPLE IS:

******************************

 

<6>PRINSIP KE 6 Gagasan Di Persimpangan Kutub: JANGAN BERGAUL  ATAU BERSAHABAT DENGAN ORANG KAFIR DAN ORANG ISLAM YANG JAHIL, FASIK DAN BURUK AKHLAK. ALLAH TELAH MEWAJIBKAN WANITA ISLAM MEMAKAI JILBAB ATAU PURDAH(PAKAIAN YANG MENUTUP SELURUH TUBUH TERMASUK KEPALA DAN MUKA) KECUALI GOLONGAN WANITA YANG DIKECUALIKAN OLEH ALLAH:

*******************************************************************************

Sambungan ini ditaip juga pada 9.23 pagi khamis 27 Disember 2012:

nofriend

Nabi Muhammad menyatakan bahawa seseorang itu dinilai berdasarkan siapa yang menjadi sahabatnya. Bukti pengamatan menunjukkan, biasa terjadi seseorang itu biasanya akan terpengaruh dengan falsafah & perangai sahabatnya. Walaupun tidak semua, tetapi biasa ada. Sesiapa yang jahil, mudahlah syaitan menyesatkannya. Orang jahil ini menyesatkan pula sahabatnya atau manusia lain. Pernah saya membaca kandungan satu risalah doa. Mula-mula & halaman seterusnya Nampak betul dan baik saja. Tiba di satu halaman didapati ada bacaan zikir yang memuji nama anjing yang dikatakan anjing yang tidur  bersama wali-wali Allah dalam gua selama berates-ratus tahun (kisah wali Allah tidur selama beratus-ratus tahun ada dikisahkan oleh Tuhan dalam al-Quran). Zikir untuk memuji  Allah saja, bukan anjing. Jika anjing, syiriklah. Murtad. Risalah doa & zikir ini diperolehi oleh ipar perintis DPK  daripada seseorang. KALAU ORANG YANG TIDAK DIKENALI DAPAT JADI PUNCA  SESAT, SAHABAT LAGI MAMPU MEMPENGARUHI & MENYESATKAN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BACK TO MENU? Click HERE

Kitab ” Wanita Wajib Berpurdah” ditulis oleh Abdullah bin Jarullah & Assaikh Muhammad bin Salih, dialihbahasa  oleh Mohd Sofwan Amrullah, cetakan pertama November 1989, diterbitkan oleh Pustaka Syuhada, syarikat percetakan Oscar.

Kitab ini dianggap oleh perintis DPK sebagai satu sumber DPK kerana telah menggunakan kaedah DPK seperti teknik pengumpulan. Justeru, kitab ini diyakini sebagai sumber ajaran Islam Tulin. Justeru, kitab beginilah yang patut dan mesti dijadikan sebagai teks di peringkat tadika hingga universiti!!!

[>>>>>>…….<<<<<<] = ALSO BECOME A CONTENT OR SIRATAN AWAL FOR SIXTH DPK PRINCIPLE:

[>>>>>> SURAT KEPADA WANITA BERJILBAB <<<<<<]

OR CLICK:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2-2surat-kepada-wanita-berjilbab-di-seluruh-dunia/

Bukti pengalaman menunjukkan wanita yang berjilbab disegani &  dihormati oleh lelaki jahat  & baik. Anda biasa lihat ini selalu terjadi, seolah-olah pada pakaian jilbab itu ada mesej ” Jangan pandang saya dan jangan cuba nak berkenalan dengan saya, buruk padahnya”. Justeru, pakaian beginilah yang benar-benar mendatangkan keamanan & kebahagiaan.

Golongan manusia yang mengatakan bahawa tidak salah wanita menampakkan wajahnya di hadapan orang lelaki yang bukan muhrimnya menggunakan dalil-dalil berikut:

Dalil yang pertama:

^^^^^^^^^^^^^^

Ibnu Abbas berkata bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan yang biasa  Nampak pada ayat dalam surah an-Nuur: 31 itu ialah wajah, kedua-dua telapak tangan & cincin.

Dalil ini telah diraguikan oleh dalil golongan yang mengatakan bahawa wanita wajib menutup wajahnya dengan jilbab. Dalil dan hujah golongan yang menang ini ialah:

1=Kemungkinan besar hal yang menyatakan boleh membuka hijab atau wajah terjadi sebelum turun ayat hijab seperti yang dijelaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah.

WARNING:  Video suggestion contain some prohibitive matter:

http://www.youtube.com/watch?v=sb3GuxvKJwA&feature=player_detailpage

2=Tafsiran Ibnu Abbas yang dikatakan sebagai sahabat nabi bertentangan dengan tafsiran sahabat nabi yang lain. Contohnya, Ibnu Ma’sud RA  menafsirkan bahawa yang dimaksudkan dengan perhiasan yang boleh Nampak ialah selendang & pakaian luar, bukan wajah.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

DALIL KE 2: Hadis riwayat Abu Daud: “Abu Daud meriwayatkan dalam Sunannya daripada Ummul Mukminin Aisyah bahawa Asma’ binti Abu Bakar RA masuk ke rumah Rasullullah sedangkan beliau (Asma’) mengenakan pakaian tipis. Serta-merta Rasullullah memalingkan muka daripadanya seraya berkata: “Wahai Asma’, sesungguhnya seorang wanita apabila sudah baligh tidak boleh seorang pun melihat dirinya kecuali ini & itu, sambil nabi mengisyaratkan kepada muka & kedua-dua telapak tangannya”.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dalil ke 2 atau bukti di atas telah dikalahkan oleh bukti dan hujah golongan yang mengatakan wanita wajib menutup wajah iaitu:

Terjadi inqito’ (terputus sanad) antara Aishah RA & Khalid bin Duraik, hal mana diterangkan oleh Abu Daud seperti katanya:” Khalid bin Duraik tidak mendengar hadis itu langsung dari Aisyah RA seperti juga diakui oleh Abu Hatim Al-Razi. Di dalam sanad (silsilah  perawi) hadis tersebut ada Sa’id bin Bashier An-Nasri pendatang dari Damaskus yang digolongkan daif oleh Ibnu Mahdi, Imam Ibnu Hanbal, Ibnu Mu’in, Ibnu Madini & Nasa’ie. Kerana itu, hadis yang diriwayatkan daripada Aishah itu adalah hadis daif yang tidak boleh menandingi hadis-hadis shahih yang menyatakan wajib mengenakan hijab (tutup wajah)

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Dalil ke 3: “Imam Bukhari & Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA menyebutkan bahawa saudara laki-lakinya, Al-Fadl, sedang mengiringi Rasulullah SAW untuk suatu keperluan, maka Al-Fadl sempat memandang wajah wanita itu dan wanita itu pun sempat melihat Al-Fadl. Mengetahui hal itu serta-merta Rasulullah SAW memalingkan wajah AL-FADL ke arah lain agar tidak melihat wanita itu lagi.” Hadis ini menunjukkan wanita itu tidak menutup wajahnya.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Golongan yang mengatakan wanita wajib menutup wajahnya Berjaya menimbulkan keraguan iaitu dalil ke 3 di atas patut diragui dan tidak boleh dijadikan dalil untuk membolehkan wanita buka wajah kerana:

Hadis yang diriwayatkan daripada Jabir itu tidak dijelaskan bila hal itu terjadi. Mungkin wanita itu sudah tua Bangka yang tidak mempunyai keinginan lagi untuk kahwin atau dikahwini. Jika begini, memanglah wanita itu boleh membuka wajah sepanjang aman daripada fitnah (godaan) tetapi tidak bererti orang asing bebas memandangnya. Wanita itu mungkin juga telah berhenti dari haid dan mengandung kerana ini juga salah-satu syarat wanita dibenarkan tidak berpurdah. Firman Allah: “Dan perempuan tua yang telah berhenti (dari haid & mengandung) yang tidak ingin berkahwin (lagi), tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian luar (wajah & kedua-dua telapak tangan) mereka dengan tidak bermaksud menampakkan perhiasan dan berlaku sopan adalah lebih utama bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.” (surah An-Nuur:60). Yang dimaksudkan dengan wanita tua ialah yang sudah sampai ke usia putus asa (tidak  keluar haid lagi & tidak mungkin melahirkan anak kerana ketuaannya) dengan syarat mereka tiada keinginan berkahwin lagi & diri mereka tidak diingini oleh lelaki untuk dikahwini. Fuqaha’ & Mufassirun telah sepakat mengatakan maksud “tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian luar….” ialah tiada berdosa tidak memakai jilbab . Ayat ini ditujukan kepada wanita tua yang tidak menyukai berhias-hias dan tidak ada dorongan seks lagi. Walaubagaimanapun agar mereka lebih terjaga dan lebih iffah, lebih baik mereka tetap berjilbab.

vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvv

DALIL KE 4 YANG DIGUNAKAN OLEH GOLONGAN YANG MENGATAKAN WANITA BOLEH MENAMPAKKAN WAJAH DI HADAPAN LELAKI YANG BUKAN MUHRIMNYA IALAH:

“Imam Bukhari & Imam Hadis lainnya meriwayatkan daripada Jabir bin Abdullah RA tentang solat Ied Rasulullah bersama kaum muslimin: Sesudah solat beliau memberikan syarahan dan nasihat kepada mereka serta mengingatkannya kepada akhirat, setelah itu beliau melewati kaum wanita seraya berkata:”Wahai kaum muslimah, banyak-banyaklah kalian mengeluarkan sedekah kerana sesungguhnya kalian yang paling banyak mengisi neraka jahanam.” Tiba-tiba berdirilah salah seorang daripada mereka yang terlihat pucat diwajahnya…” Hadis ini menunjukkan wanita yang bertanya itu tidak menutup wajahnya dengan purdah kerana diketahui wajahnya yang pucat.

Bukti dan hujah yang menggunakan dalil di atas telah Berjaya dikalahkan oleh bukti dan hujah yang lebih kuat iaitu bukti dan hujah golongan yang mengatakan wanita wajib menutup wajah iaitu:

“Mengenai dalil ke 4 itu, hal itu adakalanya terjadi sebelum turunnya ayat hijab (yang mewajibkan jilbab atau purdah atau tutup wajah) yang ada dalam surah an-Nuur dan al-Ahzaab yang turun pada tahun ke 5 atau ke 6 hijrah. Sedangkan solat hari raya Rasulullah bersama kaum muslimin yang disebutkan dalam hadis tadi dilaksanakan pada tahun ke 2 hijrah.”

SAMBUNGAN BLOG DI BAWAH DITAIP JUGA PADA AHAD 30 DISEMBER 2012 PADA JAM 726 AM:

Hujah dan dalil yang digunakan oleh golongan yang mengatakan Allah mewajibkan wanita menutup wajahnya:

1=”Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan & isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka,” yang demikian itu supaya mereka itu lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak diganggu, & Allah Maha Pengampun & Penyayang.” (Surah Al-Ahzab:59) Ibnu Abbas menyatakan bahawa ayat ini memerintahkan wanita muslimin bila mereka keluar dari rumahnya untuk sesuatu keperluan, wajib bagi mereka menutup kepala & wajahnya dengan jilbab, sedangkan mereka boleh menampakkan mata saja.

2= Hadis riwayat Ahmad= “Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seseorang di antara kamu melamar seorang wanita , maka dibolehkan baginya untuk melihat wajah wanita itu, apabila si pelamar belum pernah melihat wajahnya sama sekali.” PENJELASAN: Boleh lihat wajah wanita itu dengan syarat wanita itu akan menjadi isterinya pada waktu yang ditentukan dan disepakati bersama tetapi jika peminang itu melihat wajah wanita itu dengan tidak bertujuan untuk meminangnya, adalah berdosa.

3=Rasulullah SAW bersabda: “Allah tidak akan melihat orang yang menjulurkan bajunya ke bawah kerana sombong”. Bertanyalah Ummu Salamah kepada Rasulullah SAW: “Apa yang harus diperbuat oleh kaum wanita dengan baju panjangnya? Jawab Rasulullah SAW: “Hendaklah mereka mengulurkannya satu jengkal ke bawah”. Ummu Salamah berkata lagi: “Kalau begitu akan terbuka telapak kaki mereka.” Berkata Rasulullah SAW: ” Hendaklah mereka mengulurkan satu hasta dan jangan ditambah lagi.” PENJELASAN: hadis ini merupakan dalil wajib menutup kedua-dua belah telapak kaki wanita sedangkan kedua-dua belah telapak  kaki lebih sedikit menimbulkan fitnah (godaan nafsu) daripada kedua-dua telapak tangan & muka. Tidak boleh lelaki memandang bahagian apa saja daripada diri wanita tanpa ada keperluan seperti keperluan pengubatan oleh doktor. Ibnu Abbas menyatakan wanita boleh buka mata kerana itu menjadi darurat kerana untuk lihat jalan dan sebagainya. Pendapat yang sahih & kuat dalam mazhab Syafie ialah memandang wanita adalah haram, seperti yang telah disepakati oleh jumhur ulama bahawa wanita tidak boleh keluar rumah tanpa memakai purdah (kerudung) atau jilbab. Ibnu Mas’ud dan lainnya mengatakan bahawa jilbab adalah rida, iaitu kain panjang yang menutupi kepala, muka dan seluruh tubuh wanita.

CONTOH-CONTOH DALIL/BUKTI LAIN YANG KUAT DAN MENANG YANG MEMBUKTIKAN BAHAWA MEMANG ALLAH MEWAJIBKAN WANITA MENUTUP SELURUH TUBUH, KEPALA DAN MUKA MEREKA:

1=Firman Tuhan dalam surah an-Nuur:31:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain purdah ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka,  atau ayah suami mereka,  atau putera-putera mereka,  atau putera-putera suami mereka atau saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung”.

BERKENAAN FIRMAN DI ATAS, ada hadis yang menyatakan: “Kedua-dua belah mata dapat mata dapat berbuat zina, dan zina kedua-duanya adalah dengan memandang…..dan kemaluan membenarkan hal itu dan mendustakannya”. Apabila menutup muka merupakan cara bagi pemeliharaan kehormatan (kemaluan), sedangkan memelihara kehormatan adalah wajib, maka menutup wajah pun wajib hukumnya.

2=Hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah:

Ummul mukminin Aishah RA berkata:”Ada serombongan pengendera unta melewati kami, ketika kami sedang berihram bersama Rasulullah SAW. Maka apabila rombongan itu datang kepada kami, kami menutup muka dengan jilbab kami dan apabila rombongan itu telah melewati kami, maka kami buka kembali tutup wajah kami itu”. PENJELASAN: Buka muka waktu berihram adalah wajib hukumnya atas wanita menurut pendapat kebanyakan ulamak fiqah. Hal yang wajib tiada yang boleh menandinginya kecuali yang wajib juga. Justeru bila Aisyah & wanita Islam yang lain itu menutup muka ketika rombongan berunta itu datang ke arah mereka, bermakna menutup muka dengan berjilbab itu adalah wajib.

>>Jumaat31Mei2013<<=>>Back to more up part by click this link

<< Continue read? Continue to SAMBUNGAN BLOG DPK VERSI PENGASAS DPK OR CLICK 3-3=Sambungan Blog DPK versi pengasas DPK:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/sambungan-blog-dpk-versi-pengasas-dpk/

 

The Author for this book "Wanita Wajib Berpurdah" [Woman Must Use Purdah] use real truth sensor for seek out pure Islam teaching. The best and win evidences, dalil and opinion in this book show that women must use purdah. Please buy this book for further information.

Di Persimpangan Kutub use this book “Wanita Wajib Berpurdah” as one content for Di Persimpangan Kutub Concept/philosophy. The Author for this book “Wanita Wajib Berpurdah” [Woman Must Use Purdah] use real truth sensor for seek out pure Islam teaching. The best and win evidences, dalil and opinion in this book show that women must use purdah. Please buy this book for further information.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s