3-5=BlogDPK(Sufi & DPK)

Halaman ini ialah sambungan dari halaman 3-4(DPKblog)=Cerpen DPK. Halaman ini ialah sambungan intipati prinsip terakhir DPK. Ini ialah bahagian terakhir blog DPK versi pelopor Bintang Pertama Dunia. AMARAN: Pengasas DPK mengakui kejahilan dan kelemahan diri kerana tidak dapat menyediakan versi DPK MELEBIHI 51%. SEBAHAGIAN BESAR ajaran Islam Tulin tidak terdapat dalam kandungan 51% versi DPK pengasas. Misalnya ajaran Islam Tulin versi DPK 51% versi Pengasas DPK tidak memberikan maklumat tentang cara solat Nabi Muhammad, konsep puasa yang sebenar, konsep zakat yang sebenar, konsep haji, faraid yang sebenar, ilmu tajwid yang sebenar dan lain-lain. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita untuk terus mencari dan mendapatkan semua sumber ISLAM TULIN ATAU kandungan ISLAM Tulin. Amin amin amin ……..Alhamdulillah atas segala petunjuk dan hidayah dan kenikmatanNYA kepada kita.

WahaiPembacaBlogIni!GolonganDPKakan"SalinKulit"macamPythonKetikaBintangIRINGANtelahDatang!

WahaiPembacaBlogIni!GolonganDPKakan”SalinKulit”macamPythonKetikaBintangIRINGANDatang!

MasjidIniLAHyangJadiSimbolikonWebsiteSaya

MasjidIniLAHyangJadiSimbolikonWebsiteSaya

Ohh..alangkahINDAHnikmatBERUZLAH....

Ohh..alangkahINDAHnikmatBERUZLAH….

OnlyMysticismInISLAMcanDestroyYourMadDisease!!!

OnlyMysticismInISLAMcanDestroyYourMadDisease!!!

BintangIRINGAN?

BintangIRINGAN?

MakaPadaHariINI,EmpayarKesufianISLAMTULINmenjadiKuasaTerbesarDUNIA......!!!

MakaAKANterjadi:EmpayarKesufianISLAMTULINjadiKuasaTerbesarDUNIA!

HALAMAN INI JUGA AKAN MEMPERKATAKAN KESIMPULAN DPK. RAMAI YANG MENGGUNAKAN KATA SIMBOLIK “DI PERSIMPANGAN”  DI WEBSITE-WEBSITE MEREKA SEPERTI BEKAS MENTERI, BEKAS AHLI PARTI…., USTAZ ….DAN LAIN-LAIN DI DALAM DAN DI LUAR NEGARA MALAYSIA UNTUK MENUNJUKKAN MAKSUD SEPERTI “PERBEZAAN PENDAPAT TERJADI DALAM GOLONGAN/KUMPULAN YANG SAMA”  ATAU  “BERLAKU KESESATAN” ATAU “BERLAKU  JENIS-JENIS PUAK DARI SATU GOLONGAN YANG BESAR” ATAU “MASALAH TELAH TIMBUL”. SEMUA INI SEOLAH-OLAH MEMBAYANGKAN BAHAWA ISTILAH DI PERSIMPANGAN KUTUB  YANG DICIPTA OLEH SAYA TELAH MENJADI SANGAT TERKENAL DI DUNIA. Juga seolah-olah membayangkan bahawa perkataan simbolik “DI PERSIMPANGAN” itu mungkin dicipta oleh mereka setelah melihat perkataan “DI PERSIMPANGAN KUTUB” yang dicipta oleh saya. Saya rasa kemungkinan ini wujud adalah logik kerana istilah atau perkataan simbolik “DI PERSIMPANGAN KUTUB” yang dicipta oleh saya SEBENARNYA telah lama wujud sebelum laman web saya (=www.dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com) dan laman web saya yang sebelum itu yang juga berkenaan DPK  wujud tetapi kewujudan gagasan intipati DPK  yang tidak dalam bentuk website itu berada di satu tempat di MALAYSIA (dirahsiakan nama tempat itu oleh saya) . Jadi, tidak mustahil jika dikatakan pada peringkat awal, hanya orang yang berada di situ yang mengetahuinya. Tidak mustahil jika kemudian, mereka mempopularkan istilah “Di Persimpangan” sehingga menjadi budaya atau kebiasaan ramai menggunakan kata simbolik “DI PERSIMPANGAN”. Siratan Lanjutan? Walaubagaimanapun, istilah dan kesimbolikan “Di Persimpangan Kutub” YANG diasaskan dan dicipta serta dirintis oleh saya sebenarnya bukanlah “Di Persimpangan” kerana Di Persimpangan Kutub ialah juga simbolik terhadap satu tempat ghaib di tengah-tengah kutub utara sebagai tempat beruzlah, tempat yang bahagia. Justeru DI PERSIMPANGAN KUTUB ialah juga jalan penyelesaian masalah “Di Persimpangan”. Malahan, Di Persimpangan Kutub atau DPK ini mempunyai pelbagai maksud simbolik dan mempunyai pelbagai maksud istilah. ISTILAH ASAS ATAU UTAMA ialah yang menjadi intipati prinsip pertama DPK. RUJUK HALAMAN BERKENAAN JIKA PERLU. >>8jun2013<<=>> Generasi Penambah 51% ? Mereka ialah salah-satu daripada contoh keadaan berikut: 1= Meniru website pelopor DPK (meniru 100% atau tidak) dengan memasukkan prinsip ke 10 atau lebih daripada 10 dengan menyatakan siratan awal SEMUA prinsip tambahan itu.  Mestilah dinyatakan yang mana versi pelopor, dan yang mana versi dia/Versi seseorang yang lain, yang bukan perintis DPK. Semua ini jika intipati itu dinamakan sebagai gagasan DPK terutama nama website itu ialah Di Persimpangan Kutub atau yang seumpama dengannya. 2=Menyatakan siratan awal dan lanjutan tanpa menyatakan intipati prinsip yang dalam keadaan bernombor. Dinyatakan  dalam siratan itu, intipati prinsip YANG termasuk tambahan untuk intipati prinsip versi pelopor atau versi seseorang yang lain/dia.Mesti dinyatakan mana yang jadi versi pelopor KECUALI jika intipati gagasan DPK itu tidak dinamakan sebagai gagasan DPK![ Semua ini boleh dalam website mereka sendiri atau website yang seperti website perintis DPK (tetapi tidak boleh guna nama website DPK)] Generasi Pempopular DPK atau Generasi REVOLUSI DPK: Iaitu mereka yang memahsyurkan gagasan DPK dengan menulis secara bebas tanpa berubah maksud dengan versi asal 51%,52%, 53% atau seterusnya yang lebih tinggi dengan menulis semua atau sebahagian (terpilih) dengan menyatakan nombor prinsip atau tanpa nombor prinsip, dengan menyebut nama gagasan DPK itu atau tidak menyatakan nama gagasan DPK itu. Jika dinyatakan, perhatikan syarat dan peraturan yang dinyatakan seperti pada 1 & 2 di atas. SUMBER DPK ============ Iaitu sumber bersifat DPK. Maklumat ini boleh dianggap juga sebagai tambahan dari 51% walaupun intipati itu tidak dinyatakan sebagai gagasan DPK atau perkembangan gagasan DPK. Mungkin pertambahan itu mengandungi teori baru bersifat DPK. Justeru , wujud pencipta sumber DPK itu atau teori DPK itu yang baru. Seperti wujud pencipta gagasan DPK 52%, 53%, 54% dan seterusnya! Diingatkan bahawa walaupun wujud generasi pencipta-pencipta gagasan DPK yang baru, lebih terkini atau paling terkini dari semasa ke semasa, namun di dalam dunia ini dan seterusnya, hanya ada seorang Pelopor atau Perintis DPK iaitu Pelopor Bintang Pertama Dunia iaitu pencipta asal DPK iaitu SAYA (=The Symbol Of U’zlah atau Pengasas Gerakan Revolusi Di Persimpangan Kutub)<<. SEKARANG MARILAH KITA BACA SAMBUNGAN KARANGAN MENGENAI IKHTISAR TERPILIH KESUFIAN DAN WALI ALLAH: ==================================================== Sambungan ikhtisar ini dibuat pada sabtu 18 Mei 2013: Bukanlah mudah untuk memahami kitab Mengenali Diri Dan Wali Allah . Terlalu banyak istilah yang jarang atau tidak pernah diketahui oleh kebanyakan manusia di dunia dalam kitab tersebut. Saya juga terpaksa membaca semula, berulang-ulang banyak kali untuk memahami dan mengingati isi kitab ini. Perlu pula baca ikut tertib bab dan tajuk pula. Memang ilmu yang terkandung dalam kitab ini sebenarnya ilmu rahsia yang sangat tinggi. Tetapi ustaz atau penulis kitab ini telah diberi kebolehan istimewa oleh Allah agar beliau dapat menulis kitab seumpama ini yang dapat difahami oleh orang biasa yang jahil secara BERSENDIRIAN!!! padahal jika ikut logik asal, kitab ini termasuk dalam kategori berat iaitu hanya dapat difahami dengan berguru atau dengan mengalami syuhud , maqam fana dan maqam baqa, mengalami makrifat. Siratan Lanjutan! Sangat merbahaya jika salah faham semasa membaca kitab ini. Jika salah faham, maka tidak mustahil timbul perkara bidaah yang sesat dan menyesatkan manusia. Tak mustahil pula jika menyebabkan MURTAD. Jadi, awas!!! Gunakan kaedah pembelajaran kendiri yang berkualiti dan lebih baik, perbaiki teknik belajar bersendirian tetapi jika dapat belajar isi kitab ini secara berguru dengan guru yang memang faham isi kitab ini dengan betul, itu lebih baik lagi. JIKA MASIH TAK FAHAM ATAU ADA BAHAGIAN YANG TIDAK DIFAHAMI, TINGGALKAN DAHULU YANG TIDAK DIFAHAMI ITU. PERGI CARI GURU YANG LAYAK MENGAJARKAN BAHAGIAN YANG KURANG ATAU TIDAK DIFAHAMI ITU. SUPAYA KITA TIDAK DIKATAKAN BERGURU DENGAN SYAITAN JIKA CUBA MEMAHAMI YANG KURANG ATAU TIDAK DIFAHAMI ITU. Ustaz , penulis kitab Mengenal Diri & Wali Allah ini , sebenarnya menulis kitab ini kerana berlaku ramai yang mengatakan bahawa kesufian dan tarekat itu bidaah sesat, tak ada dalam ajaran Islam Tulin. Maka ustaz ini berjuang melawan tuduhan tidak benar itu dengan menulis kitab ini yang mendapat sambutan sangat luarbiasa daripada pembaca Di Malaysia selama bertahun-tahun, berturut-turut. Ramai yang membeli kitab ini. Alhamdulillah. Ulamak yang tidak ada pengetahuan tentang kesufian dan tarekat atau kurang mempelajarinya atau yang mempelajarinya dari sumber dan pusat pendidikan yang cacat pincang teksnya, dari sumber dan pusat yang memfitnah kewujudan ilmu tarekat dan kesufian dalam ISLAM, eloklah tutup mulut. Jangan menyebarkan fitnah dan tuduhan yang tidak benar tentang ilmu sufi dan tarekat. Amat sedih kerana ada ulamak-ulamak yang mengatakan ilmu sufi dan tarekat itu bidaah sesat haram, tidak ada dalam ISLAM. Mereka ini , contohnya ialah ulamak fekah dan ulamak tasauf yang bidang tasaufnya bukan bidang tasauf kesufian atau berkenaan tarekat. Pernah saya tanya seorang ustaz, adakah dia pernah dengar istilah-istilah seperti yang ada dalam kitab Mengenal Diri & Wali Allah semasa dia belajar di universiti yang dinamakan sebagai “universiti ISLAM”. Ustaz itu jawab tiada hal-hal seperti itu diajar di universiti itu melainkan sedikit. Sebab itulah ustaz itu tidak faham apabila saya menyebut istilah-istilah itu kerana dia tak pernah dengar padahal saya memahami istilah-istilah itu!!! ULAMAK tasauf itu terdiri daripada DUA kategori: 1=Ulamak tasauf yang mempelajari tasauf yang bukan berkaitan tarekat atau kesufian. Ilmu tasauf kategori pertama ini lebih banyak memperkatakan tentang apa yang jadi sifat baik dan apa yang jadi sifat jahat serta memperkatakan cara-cara melawan nafsu tetapi tidak memasukkan cara tarekat. Sebab itu, cara melawan nafsu yang begini tidak berkesan , tidak membersihkan hati. Hal ini umpama mempelajari ilmu psikologi , sivik, moral, kaedah kaunseling, motivasi dan lain-lain yang sebenarnya tidak berbau tarekat dan kesufian. Sebab itu ramai yang belajar dan mengamalkan moral, sivik, tatarakyat, kaedah kaunseling, psikologi , motivasi dan lain-lain tidak berubah sebenarnya. Mereka tetap dengan hati kotor yang jadi kebiasaan buruk . Jika berubah pun sekejap sahaja, beberapa hari, beberapa minggu , …… kemudian melakukan semula kebiasaan buruk itu. Justeru ilmu-ilmu seperti yang dinyatakan itu tidak dapat mengubah hati kotor kepada hati bersih. Umpama orang ramai mendengar khutbah di masjid pada hari raya, hari jumaat,…. tetapi selepas solat hari raya dan solat jumaat, mereka perbuat semula kebiasaan buruk seperti mengumpat, memfitnah, dengki , busuk hati dan lain-lain. Siratan Lanjutan…. Ulamak tasauf kategori pertama di ataslah yang paling banyak di dunia, malah semua universiti dan pusat pendidikan di dunia mengajarkan tasauf jenis ini sahaja (boleh dianggap begini) . MAKA, LAHIRLAH ULAMAK TASAUF YANG BERPERANGAI SYAITAN. Lebih sedih lagi, ulamak tasauf ini tidak mustahil ada yang menuduh ulamak tasauf kesufian atau tarekat itu sesat, bidaah haram. Back to TRUE DPK SECOND PAGE Back to 3-3 Back to MENU 2= Ulamak tasauf kategori kedua. Ulamak kategori ini amat sedikit dan  hampir pupus di dunia. Pusat pendidikan ulamak tasauf kategori ini tidak terkenal dan tidak diketahui di mana. Ulamak tasauf jenis inilah yang dunia perlukan untuk membiakkan manusia yang pemalu kepada ALLAH , yang suci harum hatinya. Ulamak tasauf kategori kedua ialah ulamak yang mempelajari tarekat, kesufian seperti yang diterangkan dalam kitab Mengenal Diri Dan Wali ALLAH ini. >>19MEI2013<<=>>Ulamak tarekat atau kesufian inilah sinar bintang akal yang waras, sinar nafsu yang baik, sinar jiwa dan kalbu, doktor yang sebenar dan terbaik untuk penyakit mental, jiwa, kalbu,………..!!!   Kita bimbang jika tarekat dan kesufian yang tulin telah disuntik dengan racun Destroy With Plus, Destroy With Change dan lain-lain Destroy With. Jika ini terjadi (dan memang telah ada yang terjadi) , maka ilmu kesufian atau tarekat akan difitnah sebagai ilmu bidaah sesat haram<<. >>Selasa 28 Mei 2013, 9.16pm<<= >>Ulamak itu dapat digolongkan seperti berikut: 1=Ulamak tabit tabi’in 2=Ulamak Tabi’in 3=Sahabat Nabi Muhammad 4=Ulamak ahlil-bait 5=Nabi Muhammad Nabi Muhammad ialah sumber Islam Tulin. Ulamak ahlil-bait ialah ulamak yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan nabi Muhammad yang telah dijamin oleh Allah S.W.T bahawa mereka itu orang yang berhati suci mulia dan mempunyai pengetahuan ISLAM TULIN yang sempurna 100% seperti nabi Muhamad. Apa yang nabi Muhamad tahu tentang ISLAM TULIN, mereka juga mengetahuinya tanpa tertinggal sedikitpun. Justeru mereka ialah sumber Islam Tulin dan Khalifah dan Imamah yang sebenar. Imam Mahdi ialah khalifah terakhir yang berjiwa REVOLUSI(=PEMBERONTAK). Sahabat nabi pula, nabi muhamad dikatakan pernah bersabda bahawa: “Semua sahabatku itu umpama bintang di langit. Sesiapa yang mengikutinya akan mendapat petunjuk”. Walaubagaimanapun, ulamak sahabat atau sahabat nabi ini tidaklah dijamin mempunyai pengetahuan ISLAM Tulin yang lengkap 100% . Walaubagaimanapun, pengetahuan mereka tentang ISLAM tulin itu sangat banyak dan mereka juga ialah orang yang soleh dan bertakwa. Pengetahuan di antara seorang sahabat nabi dengan sahabat nabi Muhamad yang lain tidak sama dari segi banyaknya, daya ingatannya, malah kefahaman mereka tentang ISLAM itu mungkin ada perbezaan. Mungkin juga ada perbantahan!!! Ulamak Tabi’in pula ialah pelajar sahabat nabi atau mereka yang diajar oleh sahabat nabi sehingga layak dipanggil sebagai ulamak. Tabit Tabi’in pula ialah pelajar ulamak Tabi’in atau mereka yang belajar agama ISLAM daripada ulamak Tabi’in sehingga layak menjadi ulamak. Selain daripada golongan ulamak di atas, maka hendaklah kita lebih berhati-hati kerana TERLALU banyak ulamak DI SELURUH DUNIA yang “DIHASILKAN DARIPADA KILANG ILMU YANG TELAH DIPROGRAMKAN OLEH ORANG JAHIL DAN MUSUH-MUSUH ISLAM dengan racun-racun Destroy With Plus, Change dan lain-lain racun”. Kilang ilmu itu ialah pusat pendidikan seperti sekolah menengah, maktab, institiut, kolej, universiti dan lain-lain lagi. Siratan Lanjutan!? Mufti???  Mereka tidak mustahil selalu kelam-kabut untuk menghasilkan fatwa. Tercari-cari kitab-kitab, kelam-kabut baca atau ulangkaji untuk menghasilkan fatwa. Bila tidak temui jawapan, maka dipanggil sekalian orang yang bergelar mufti untuk mencari kesepakatan untuk menghasilkan fatwa. Sebab apa kelam-kabut? Pendidikan yang cacat pincang, Pendidikan yang telah disuntik dengan racun bidaah sesat haram, tafsiran yang salah, sumber yang tak lengkap dan tak jelas maksudnya, bukan ulamak yang dijamin oleh Allah sebagai maksum, bukan ulamak yang bertaraf sumber ISLAM TULIN ATAU tidak bertaraf ulamak ahlil-bait. Maka, tidak menghairankan jika ada fatwa mereka yang menasabah atau betul dan ada pula yang pelik dan sesat , berbidaah haram!!!! Terutama ulamak yang jenis pengampu kerajaan jahil dan ulamak yang rela diperalatkan oleh kerajaan yang jahil dan zalim. Ulamak yang jahil, pincang ilmunya dan jahat sangat banyak di dunia. Mereka ada di mana-mana sahaja. Sedia menjadi kuda tunggangan kerajaan yang fasik dan keji!!! JUSTERU, bagaimana kita dapat menghilangkan keraguan, KEKELIRUAN, KETIDAKFAHAMAN dan kegelisahan kita ? Siapakah yang dapat menjadi bintang penunjuk kita pada masa ini?  Saya beri anda tempoh 11 saat untuk berikan jawapan: Satu saat Dua saat Tiga saat Empat saat Lima saat siratan lanjutan. Enam saat Tujuh saat Lapan saat Sembilan saat Sepuluh saat Sebelas saaaaaaaaaaaaattttttttt!!! JAWAPAN YANG BETUL IALAH=> CARILAH ULAMAK-ULAMAK YANG BERSIFAT DI PERSIMPANGAN KUTUB ATAU DIGELARKAN SEBAGAI ULAMAK DI PERSIMPANGAN KUTUB!!!!!  << >>24Mei2013<<= >>Mujahadah bermakna berjuang melawan godaan nafsu dan syaitan untuk menghapuskan sifat tercela dalam diri dengan mengamalkan zikir tarekat sebagai asas. Firman Allah: ” Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bila disebutkan Allah nescaya gementarlah hati mereka ketakutan (laksana hati jadi jilah bersih dan hidup)”. Perkembangan tarekat setiap jenis nafsu bila berwirid dan bermujahadah: 1=nafsu ammarah: Wirid mereka bertempat di lidah sahaja, hati masih teringat masalah dunia. Warid mereka, masih bersifat buruk seperti berahi makan-minum. Wajib mereka terus tetap bermujahadah dan berwirid supaya insya-Allah mereka dapat berubah menjadi nafsu lawwamah. 2=nafsu lawwamah(=pengkritik dan pencela diri): Zikir orang lawwamah bertempat di kalbu iaitu kalbu hidup bergerak dengan zikir tanpa perlu menggunakan lidah kasar lagi . Walaubagaimanapun, lidah kasar tetap mustahak digerakkan dengan zikir setiap masa. Suluk dan mujahadah semakin baik dari semasa ke semasa dan mereka terasa kuat di hati atau gemar bermujahadah dan sentiasa menurut syariat. Biasa terjadi mata batin atau mata dalam atau mata ruh mereka dapat melihat alam barzah, melihat ruh dalam kubur itu bahagia atau tidak. Hal ini, ulamak feqah biasanya tidak mempercayai. Mengikut kaedah tarekat sufiah, hal seperti itu diharamkan diceritakan melainkan kepada guru tarekat dan rakan yang bertarekat juga kerana hal itu mungkin mendatangkan fitnah. Warid orang lawwamah ini ialah seperti terdapat rasa di hatinya seperti rasa kasihkan Allah, sentiasa berasa dalam taksirr (kesalahan), sentiasa dalam meminta ampun kepada Allah dan rasa menyesal bila bersalah namun masih ada terlekat lagi sifat buruk di hatinya. Mustahak diteruskan mujahadah dan wirid agar dapat naik ke maqam yang lebih baik iaitu mulhamah pula. Siratan lanjutan. 3=Nafsu/maqam mulhamah: <<. >>25mei2013<<= >> Perjalanan hati (=suluk) manusia mulhamah ialah sentiasa di hati merasa dalam keadaan pergantungan “atas Allah”. Zikir mereka sentiasa hidup di ruh, bukan kalbu lagi iaitu batin bagi kalbu yang dinamakan “ruh”. Peringkat mulhamah ialah peringkat yang mula-mula mendapat fana setelah mereka berjaya mendapat “syuhud” pada Allah. Maqam ini mustahil tercapai jika tidak terlebih dahulu mendapat nur atau waridah , alat pembersihan hati yang utama. Peringkat ini telah berbau kewalian tetapi belum istiqamah (tetap). Peratus Kejayaan mendapat nur adalah berdasarkan  nilai kesungguhan  berwirid dan bermujahadah. Banyak orang salah mentafsirkan syuhud seperti mereka mengatakan syuhud itu melihat Allah atau pejam mata dan nazarkan kalimah Allah bersinar-sinar dalam hati atau ingat atau fikir  kepada Allah atau seruk (hisap) nafas serta pandang nur Allah dalam hati. Pengertian syuhud yang sebenar ialah: ” datang ke dalam hati yang sudah suci jilah, suatu kedapatan rasa yang ada kelazatan, kesedapan dan kemanisan (dzauq) apabila ia mengingati  salah-satu dari empat perkara (af’al [perbuatan Allah], asma’ , sifat dan zat ALLAH) sama ada datang tak kesedaran kepada diri dan kepada yang lain (fana) atau pun ia sedarkan diri (baqa’)”. Maqam fana juga digelar sebagai maqam al-Jami’. Fana ialah keadaan hilang ingatan hati dan hilang kesedaran pancaindera terhadap segala mahkluk , diri sendiri kerana kesedapan dan kelazatan mesra ingat Allah. Siratan lanjutan. Bandingan syuhud umpama seseorang itu sedang makan durian, kelazatan durian itu membuat dia terlupa hal lain dan tidak peka apa yang terjadi di persekitaran dia ketika itu, malah tidak mendengar teriakan seseorang kerana ingatan dan hatinya sangat tertumpu terhadap kelazatan durian itu. Umpama juga seseorang itu tahu bahawa harimau itu menakutkan dia tetapi perasaan takut itu hanya betul-betul ada bila benar-benar harimau itu ada di hadapan dia. Maka ketika itu datanglah “dzauq takut” dan ingatan dan hatinya hanya kepada harimau, tidak sedar dan tidak ingat hal yang lain dan persekitarannya. Si ra tan Lan ju tan. DARI SEGI SEJARAH, WEBSITE SAYA INI (DPK) Telah Mula berada di internet pada 5 Disember 2012, hingga sekarang belum selesai. Sekarang sambung: >>Selasa 11 Jun 2013<< >>Berkata sesetengah orang sufi: “Siapa tak rasa tak tahu (mengenal)”. Bila berjaya syuhud, maka barulah orang itu digelarkan sebagai wali Allah atau “al-arifbillah” atau “al-Wasilu illa-llah” iaitu orang yang mengenal (makrifat) dengan Allah dengan jalan syuhud. Dan dari syuhud itu terbitnya perkataan “musyahadah” iaitu seolah-olah ia bersemajlis atau bersetentangan atau berhadapan di antara satu sama lain dalam majlis hadapan Allah itu (majlis hadrat Allah) , begitulah dirasai oleh hati wali Allah. Maqam musyahadah ini digelarkan pula sebagai maqam “al-Ihsan” seperti yang dinyatakan dalam hadis dan dialah yang menjadi pati agama . ‘Maqam baqa’ billah ialah maqam yang tertinggi sekali daripada segala maqam, digelarkan sebagai maqam “al-insan al-kamil”. “baqa” bermaksud wali Allah itu kekal dalam keadaan kesedaran rasa musyahadah dan pada masa yang sama juga pancainderanya sedar tentang alam kasar, alam sekitarnya iaitu dapat berbicara dengan manusia lain dan membimbing mereka ke arah jalan yang benar dan diredhai oleh Allah s.w.t. Misal syuhud dengan asma’ Allah: Bila tersyuhud dengan nama Allah seperti “Rahman”, maka ketika itu nama Allah yang Pemurah (Rahman) itu jelira lazat ke dalam perasaan batin wali Allah itu sehingga dia tidak sedarkan diri (fana) atau sedar diri (baqa’). Keadaan tidak sedarkan diri (fana) itu menyebabkan kerap terjadi kepada orang sufi itu terlatah (syataha) dengan perkataan “ittihad” umpama: “Tiada dalam jubah(ku) melainkan Allah” atau “Akulah Tuhan yang sebenar” atau “Akulah Tuhan yang ku cintai dan Tuhan yang aku cintai ialah Aku”. “Al-ittihad” atau “hulul” bermaksud pengucapan yang menimbulkan segera faham orang ramai bahawa Tuhan dan manusia itu adalah satu jua”. Ittihad itu terjadi bukan ketika wali Allah itu tidur, malah kerapkali ketika berjalan dan kerapkali ketika bercakap dengan manusia lain tetapi wali Allah itu tidak sedarkan orang itu, yang disedari hanya mabuk cintanya kepada ALLAH. Hati orang wali Allah yang dalam keadaan fana dan terlatah itu dinamakan “WAHDATUL -WUJUD” atau “al-ittihad” dan mereka ketika begini tidak terkena lagi dengan hukum taklip syarak kerana akal mereka hilang dengan kesedaran alam sekeliling. Nabi dan rasul ialah maqam baqa yang tercipta dari awal iaitu tidak mengalami fana dan tidak perlu mengalami fana . Kelazatan jazbah yang kuat menyebabkan al-ittihad seperti “Tiada Tuhan melainkan aku” atau “Akulah Tuhan yang hak” atau “Tuhan tiada makan nasi yakni (aku)”. Alam sekeliling ini seolah-olah cermin di mana Tuhan kelihatan di dalamnya oleh  orang sufi yang sedang wahdatul-wujud , menyebabkan mereka terlatah seperti “alam ini adalah Tuhan” atau “Tuhan itu adalah alam ini”. Sebenarnya wali Allah yang sedang wahdatul-wujud itu memaksudkan “AKU” itu ialah Allah, bukan dirinya kerana dia sedar makhluk mustahil jadi Tuhan. Ada juga mungkin terjadi malaikat Mulhim bercakap melalui diri orang yang sedang wahdatul-wujud iaitu malaikat itu mengucapkan al-ittihad . Orang menyangka wali Allah itu yang berkata seperti itu tetapi sebenarnya malaikat itu telah “merasuk” wali Allah itu. Contoh lain ialah orang yang dirasuk hantu; pada zahirnya ialah percakapan orang sakit itu, padahal pada batinnya adalah percakapan hantu (pelesit)<<. >>Monday29July2013<<=<<Ramai golongan intelek kita menghurai wahdatul-wujud dengan huraian yang mengelirukan fahaman orang ramai seperti dikatanya:”Alam dan zat Tuhan adalah satu” atau “Alam semesta ini merupakan bahagian daripada Tuhan” . Ayat seumpama ini tidak ada dalam kitab Arab tua tasauf yang mu’tabar tetapi ayat umpama itu mungkin diambil daripada sesetengah kitab tasauf jenis zaman moden di mana di sesetengah tempat ada yang karut dari kitab-kitab lama (tua), bahkan pengertian ayat itu tentang “al-ittihad” adalah salah. Ada pula yang mengatakan “wahdatul-wujud” itu sebagai ajaran atau falsafah dan ada yang mengatakan “al-hillaj mengajar wahdatul-wujud kepada pelajarnya atau lain-lain lagi yang sebenarnya semua itu berdasarkan kepada sedap-sedap faham atau dirasanya begitu , kemudian ditulis atau pun bahan umpama itu dikutip dari buku jenis baru atau majalah. Wahdatul-wujud bukanlah suatu ajaran atau falsafah tetapi ia adalah suatu hal dzauq yang terjadi. Malah ia adalah hal yang tak boleh diterang dengan cakap dan tak boleh ditakbir dengan kalam sebab otak manusia tak dapat menggambarkan dzauq sufiah itu walaupun oleh ahli wahdatul-wujud sendiri melainkan kalau hendak memaham, rasalah sendiri. Waktu fana, alam batin sahaja yang sedar tetapi alam zahir iaitu tubuh kasar dengan pancainderanya adalah lenyap dari kesedaran kesemuanya sekali. Kekeliruan tentang masalah syuhud dan juga wahdatul-wujud bukan sedikit menyebabkan orang jadi kafir zindik kerana mereka beriktikad bahawa yang sebenar dirinya (seorang) itu ialah dari jenis zat Allah. Wahdatul-wujud, sebenarnya bukanlah hal disengajai tetapi hal dzauq yang terjadi secara tiba-tiba setelah orang itu berjaya mencapai maqam fana. Kerana huraian yang mengelirukan mengenai wahdatul-wujud, maka ilmu tasauf seringkali dituduh dengan pelbagai tuduhan seperti tasauf khurafat, tasauf bida’ah, tasauf karut dan lain-lain. Golongan ulamak az-zawahir terutama sekali ulama fiqah, tidak tahu tentang syuhud. Sebab itu, kebanyakan mereka mengingkari tasauf. Darjah-darjah makrifat: Martabat Syariat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan mengenal dalil wujud makhluk ini bagaimana mengikut cara ilmu usuluddin. Martabat ini digelar “ilmu al-yakin” atau “martabat syariat”. Martabat ini adalah ibarat kenal buah durian melalui kulit lahir sahaja. Ini darjah yang rendah sekali untuk orang awam umpama kita. Martabat Makrifat: Iaitu mengenal Allah dengan jalan hadir pengetahuan rasa (dzauq) ke dalam hati. Martabat ini digelar “ainul-yaqin” atau “martabat makrifat”. Ibarat kenal isi durian setelah dikoyak kulit tetapi belum dimakan (dirasa). Martabat ini untuk orang sufi yang sudah merasa makrifat. Martabat Hakikat atau “Haqqul-yaqin”: Mengenal Allah dengan hadir rasa syuhud yang ada kemanisan dan kelazatan. Ibarat rasa kelazatan durian dengan merasainya atau memakannya. Martabat ini terdapat pada orang wali, nabi dan rasul. Kata sesetengah orang sufi , terdapat pula martabat yang tertinggi sekali iaitu “martabat akmal” yang terkhas kepada nabi Muhammad dan dari nur Nabi Muhammad yang akmal inilah dijadinya alam sejagat ini. Sekarang marilah kita sambung perbicaraan tentang hal perjalanan nafsu mulhamah: Orang sufi yang dalam perjalanan nafsu mulhamah ini sudah dapat menyelami dan mengalami “alam aruah” (=alam malakut). Maka mereka dapat mengetahui perkara yang pelik, dapat menyaksi pula aruah di alam malakut itu serta dapat bercakap-cakap dengan mereka. Warid perjalanan nafsu mulhamah ini ialah bahawa dapat dirasa dihatinya “asyik kepada Allah” atau rindu kepada Allah dalam setiap masa. Sifat-sifat nafsu mulhamah ini ialah sifat terpuji seperti murah hati (sakhak), kanaah & zahid(Bukan Datuk Zahid!). APAKAH KANAAH DAN ZAHID?: Kanaah ialah rasa dapat berpada dengan apa harta atau kehidupan yang ada pada mereka, sifat ini hanya dapat dirasai oleh yang bersih hati (orang sufi). Yang berkanaah mencari harta juga tetapi kerana untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah. Zahid ialah sifat dapat dirasa oleh hati orang sufi perasaan tumpul nafsu atau tidak berselera terhadap keduniaan. Orang zahid tidak mengambil dunia untuk faedah dirinya. Tidak dicarinya dunia melainkan untuk memenuhi kehendak kebajikan dan keredhaan Allah jua. Mereka memandang harta dunia ini sebagai amanah Allah . Abu Bakar al-Siddik  menderma seluruh hartanya untuk memenuhi tabung peperangan. Beliau berkata yang tinggal di sisi beliau ialah Allah dan RasulNya setelah nabi bertanya “Tidakkah ada ketinggalan sedikit harta di sisi kamu?”. Sifat zahid seperti itu bukanlah dapat ditiru kerana ia adalah sifat  nabi, wali dan orang yang bersih hati. Dalam perjalanan nafsu mulhamah ini mereka kerapkali mendapat syuhud  pada afa’al Allah iaitu ibarat  rasa (dzauq) hakikat bahawa segala gerak-geri perbuatan alam ini  semuanya terbit daripada Allah serta bertambah-tambah iman dan yakin. Oleh kerana itu, bermakna mereka telah masuk ke dalam permulaan maqam tauhid al-Afa’al . Itulah tanda maqam pertama daripada maqam-maqam orang yang hampir menjadi wali, kerana hal kewalian nafsu mulhamah ini belum tercapai dengan tetap dan teguh (tamakkun – istiqamah) dan darjah ini adalah sehampir-hampir dengan wali yang belum rasmi, maqam ini ialah tangga utama untuk mencapai maqam tauhid al-Isma’ (nafsu mutmainnah). FATWA ZIKIR KHURAFAT DAN KARUT: Terdapat fatwa zikir yang berbunyi (saya tidak dapat menulis jawinya tetapi huruf jawinya ialah alif, lam alif, ALLAH, lam alif, fa alif, ain lam ATAU lam alif, mim a’in ba wau dal alif lam alif Allah). Sebenarnya itu kesilapan besar yang terjadi kerana tersilap faham maksud ayat  itu (lam alif , fa alif, a’in lam, alif lam alif, Allah) yang umpama itu padahal yang sebenarnya ayat umpama itu merupakan suatu kedapatan syuhud tauhid al-afa’al orang sufi yang kalau hendak ditakbirkan dengan lafaz lidahnya (terjemahan) maka berbunyilah begitu. Ada pula yang beri fatwa supaya berzikir “Aku sebenar zat Allah” atau “Aku sebenar ruh Allah” iaitu dikatakan zikir zat namanya, kononnya sesiapa beramal demikian tiap malam pada masa yang tertentu maka sifat nafsu yang kotor dalam diri akan terbakar menjadi bersih dan akhirnya ia akan mencapai makrifat dengan Allah (jadi wali). Sekalipun jika dikatakan zikir itu diterima dari alam malakut tidaklah boleh kita terus beramal kerana sebab kita tidak tahu, makhluk itu jin atau malaikat? Ada yang berfatwa apabila seseorang itu sampai kepada hakikat amalan umpama tadi , maka tak payah lagi dia bersembahyang atau menurut syariat kerana syariat itu kulit luar yang bertujuan supaya tercapai hakikat, manakala sudah tercapai, maka tak payah lagi menurut syariat. SEMUA itu karut dan sesat  dan terkeluar dari pelajaran tasauf dan agama ISLAM. Jika beramal dengan fatwa seumpama itu serta diiktikadkan dirinya sebenar zat Allah, maka tak syak lagi murtad. Boleh jadi banyak lagi amalan-amalan khurafat dan karut seumpama itu timbul, kononnya dikatakan bertujuan supaya tercapai makrifat dengan Allah. Yang hendak menjalani tasauf, hendaklah pertama kali ia mencari guru mursyid yang benar-benar ahli dan benar-benar dapat mengecam hal-hal perjalanan angin-angin nafsu di tiap-tiap peringkat yang tujuh, barulah murid itu terselamat dari angkara fitnah dan sesat. Sesiapa berguru dengan yang bukan ahli dalam hal ini, dibimbangi murtad.  Syaitan  menjadi gurunya jika orang itu tidak ada berguru dalam hal ini.  Wirid dan ibadat yang semata-mata kerana menuntut pahala akhirat dan tiada berkaitan dengan tarekat sufiah, maka tidak perlu kepada berguru dan tiada halangan apa-apa untuk beramal dengannya (kecuali hal seperti tajwid perlu dipelajari) RAHSIA SYUHUD FITNAH: Hadis Abu Hurairah: “Tidak ada kelebihan Abu Bakar dengan kamu sebab banyak puasa dan banyak sembahyang tetapi yang melebihkan Abu Bakar ialah dengan sirr yang tersemat dalam dadanya”. Berkata Ibn Abbas r.a: “Kiranya aku terangkan tafsirnya (rahsia yang tersebut dalam hadis itu) nescaya kamu rejam aku ini dengan batu”. Dalam riwayat yang lain pula: “Nescaya kamu katakan aku ini kafir”j. Yang dimaksudkan dengan sirr dalam hadis itu ialah rahsia kedapatan syuhud. Halaj dibunuh kerana ia tertarik oleh kuasa kelazatan fana (jazbah) yang menyebabkan dia terlatah “Tiada dalam jubah(ku) melainkan Allah”, yang menyebabkan dia difitnah oleh seorang ulamak fiqah terkenal iaitu  “Ibn Daul Al-Isfahani” penganut mazhab Zahiri, mazhab yang mementingkan segala hukum kepada zahir nas belaka dengan tidak dipedulikan rahsia hikmat di belakang itu. Berkata sesetengah ariffin:” Menerang rahsia sirr  rabbubiyyah itu kufur”. PERJALANAN NAFSU MUTMAINNAH: ============================= Sentiasa dirasa dihatinya seolah-olah berada “bersama-sama Allah” . Zikir mereka ini tetap hidup dalam rahsia “Sirr” IAITU batin bagi ruh. Berdasarkan bacaan dan fahaman saya sehingga ini terhadap kitab ini, saya buat kesimpulan berikut: Hati atau kalbu bertempat di jantung. Dalam hati itu ada ruh(batin bagi kalbu). Dalam ruh ada sirr (batin bagi ruh). Alam martabat ini ialah “hakikat Muhammadiah” iaitu ibarat mereka dapat menyelami  alam sifat afa’al Allah. Hal atau warid murid martabat ini ialah dapat rasa di hati mereka senang dan teguh bersama Allah. Akan lahir kepada mereka budi yang indah atau perangai mulia seperti perangai nabi iaitu seperti tiada lekas marah , redha kepada Allah  dan sabar terhadap bala. Maqam ini ialah maqam orang yang mendapat tempat “ainul-yaqin” dan iman yang sempurna. Dengan tercapainya perjalanan nafsu martabat ini bererti sufi itu sudah masuk kepada maqam “tauhid al-Isma” iaitu ibarat ada di perasaan dzauq hati mereka bahawa segala yang bernama meliputi alam maujud ini adalah sebagai mazhar (cermin) asma’ Allah jua kerana menjadi segala asma’ ini tentu ada pemberi nama (Allah). Bila mereka tersyuhud pada asma’ Allah kejeliraan asma’ itu pada hati mereka. Contoh Tauhid Al-Asma’: Iaitu bila lihat mana-mana yang bernama ini seperti “hijau” misalnya , maka ketika itu tersyuhudlah dia bahawa yang menghijau itu ialah Allah dan apa juga yang hijau di alam ini adalah muzahir bagi asma’ Allah jua. Bila engkau terlihat seorang yang sabar dari kesakitan maka ketika itu tersyuhudlah engkau bahawa yang sabar itu adalah daripada Allah jua dan yang ada pada hambaNya itu hanya mazhar asma’ Allah yang bernama “sabur”. Apabila telah mencapai peringkat umpama ini hendaklah ia mengekal wirid zikir supaya bertambah sebati dengan gerakan nadi. Mudah-mudahan akan sampai ke peringkat maqam “tauhid al-sifat” iaitu nafsu radiah. Maqam tauhid al-asma’ ini ialah maqam kedua daripada maqam orang arifin. PERJALANAN NAFSU RADHIAH: ========================== Dalam perjalanan nafsu radiah ini dapat dirasa hati orang sufi seolah-olah ia berada di dalam Allah. Zikir mereka tetap hidup dalam persembunyian rahsia “sirrussirri iaitu ibarat dapat menyelami alam zat serta asma’ tetapi tiada afa’al. Warid mereka ialah fana diri serta sifat basriahnya kerana semata-mata mendapat syuhud zat Allah yang tiada serupa dengan yang baharu. Akan lahirlah kepada mereka sifat seperti tiada lupa kepada Allah, redha kepada Allah karam dalam syuhud jamal Allah. Yang mencapai maqam ini, banyakkanlah zikir lagi supaya terlepas daripada fana tadi naik ke martabat “baqa billah”. Dengan tercapai martabat ini, bererti ia tercapai maqam “tauhid al-sifat” iaitu ibarat daripada terasa dzauq hati orang sufi mendapat syuhud bahawa tiada yang berkuasa melainkan Allah kerana nyata (timbul warid) dalam hati mereka bahawa segala hakikat seperti sifat berkuasa, beriradat, hidup, berilmu dan lain-lain lagi semuanya terbit daripada Allah dan fanalah mereka dalam hakikat ini. Jika terdapat baqa dalam tauhid al-sifat ini, maka itulah tandanya ia sudah tercapai apa yang dicita-cita. Tiada yang mencapai maqam “tauhid al-zat” melainkan nabi Muhammad, mengikutkata sesetengah sufiah. PERJALANAN NAFSU MARDHIAH: ========================== Dalam perjalanan nafsu mardhiah ini, hati orang sufi seolah-olah dapat terasa dalam keadaan “dengan Allah semata-mata”. Maka segala ilmu mereka terus-menerus diambil daripada Allah. Mereka martabat ini setelah melalui martabat fana, akan kembali pula ke maqam baqa. Alam mereka martabat ini adalah kembali balik kepada alam syahadah kerana ia telah berjaya mencapai maqam baqa. Zikir mereka tetap hidup dalam rahsia “akhfa” iaitu batin bagi “sirrussirri”. Warid mereka  ialah hairan dan tercengang-cengang kerana hati mereka terasa jelira seronok dan lazat yang agung. Akan lahirlah kepada mereka perangai mulia seperti zahid dalam segala hal selain daripada Allah, menunjuk jalan yang benar, memberi pandangan muslihat kepada orang ramai, memaaf kesalahan orang, cinta kasih kepada orang ramai dan mengajak manusia kepada jalan yang benar. Inilah pemimpin yang sebenar. PERJALANAN NAFSU AL-KAMIL ========================= Nafsu al-Kamil adalah teristimewa sekali iaitu sebagai tambahan di atas huraian nafsu mardhiah. Perjalanan nafsu ini adalah Allah semata-mata iaitu bahawa dirasa dalam kenyataan hati orang sufi dzauq-dzauq hakikat dengan kudrat, iradat dan dengan kuat haula Allah semata-mata. Maqam ini dinamakan maqam baqa billah. Ilmu pengetahuan mereka martabat ini  (maqam baqa) adalah semata-mata diambil dari: 1= iaitu bahawa dalam dzauq hati mereka dan syuhud mereka bahawa Tuhan yang Esa itulah yang memerintah alam ini iaitu sekalian makhluk ini mempunyai tanda-tanda sifat ketuhanan yang Esa jua 2=bahawa ternyata dalam dzauq mereka dan syuhud mereka bahawa sekalian alam yang banyak ini di dalam perintahan Tuhan yang Esa jua. Zikir mereka tetap hidup terpancar-memancar sinarannya dalam rahsia “khafak” iaitu sirr yang tersembunyi dalam batin “akhfa” iaitu batin terakhir sekali laksana permata mutiara yang terdapat dalam lipatan kulit tiram yang terakhir sekali. Warid(nur) mereka martabat ini ialah mereka dapat memiliki atau menguasai seluruh pangkat-pangkat nafsu suci yang baik sebagaimana diterangkan dahulu. Mereka mempunyai segala sifat baik segala peringkat nafsu baik. Mereka digelarkan “wali Allah yang kamil lagi mukammal” dan yang khawas dan dalam khawas al-khawas dan inilah insan agung disisi Allah (al-insan al-kamil). HIJAB HATI DAN TENAGA ZIKIR TARIKAT:>> ================================== To be continue to page 84. BERSAMBUNG(TO BE CONTINUE..)

IMEJiniMengandungi"SEBILLION"rahsiaYangMengalirkanAirMata!!!

IMEJiniMengandungi”SEBILLION”rahsiaYangMengalirkanAirMata!!!

 

4 thoughts on “3-5=BlogDPK(Sufi & DPK)

  1. […] “Semua ini kerana pendidikan formal, teks di pusat pendidikan telah bercampur antara yang hak dan batil, yang benar dan salah, cacat pincang sehingga melahirkan siswazah yang berijazah cacat dan pincang ilmu pengetahuannya. Mereka tidak menyedari hakikat ini dan tidak percaya kewujudan kepincangan ini. Mereka bersyarah dengan syok sendiri dengan ilmu, rasanya semua pendapat dia betul kerana ada ijazah. Orang lain yang rendah kelulusan dianggap tidak mungkin lebih benar dan lebih bijak. Inilah anggapan yang salah. Pendidikan mereka diprogramkan demikian oleh pemerintah dan kerajaan dan  oleh yang menentukan teks dan sistem serta konsep pembelajaran itu. Pemerintah, kerajaan dan penentu yang jahil, pincang ilmunya, zalim dan bernafsu syaitan. Ibarat robot dan burung kakak tua, mereka yang berkelulusan ijazah ini bersyarah dan berkhidmat menurut dasar pengetahuan , pendidikan yang mereka terima. Lihatlah contoh di tv, ustazah yang bersyarah agama tetapi konsep aurat dia tak betul. Sepatutnya ustazah itu berjilbab. Muka ustazah dalam tv itu terdedah, ditambah pula dengan pemerah pipi, gincu. BERTAMBAH SESAT. Cik mesti betulkan masyarakat , orang kampung cik,” nasihat balqis kepada ustazah muka cipap. ????=….. […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s