4-10=DPK in Penyaring Nostalgia!

TheICONofTrueStory!!!

Halaman ini mengikhtisarkan beberapa tulisan menarik[HURUF TEGAK] yang dipetik dari Mingguan Malaysia bertarikh Ahad 23 September 2001 iaitu ruangan 1001 kemusykilan oleh DR. Abdul Hayei bin Abdul Sukor [Akademi Pengajian Islam] & DIIKHTISARKAN dalam huruf condong:

Soalan: Mengapa umat Islam di Malaysia memilih mazhab Syafie, sedangkan dalam Islam ada empat mazhab yang semuanya harus diikuti. Bolehkah saya tukar mazhab saya dengan mazhab-mazhab selain Syafie atau saya terus mengikut al-Quran dan hadis tanpa terikat kepada mana-mana mazhab? Dalam sesetengah mazhab, dikatakan ada masalah yang dikatakan pelik atau ganjil, misalnya air kencing unta suci dan boleh diminum sebagai ubat, harus makan sesetengah haiwan yang haram dimakan menurut mazhab Syafie seperti tupai dan lain-lain. Mengapa kita dilarang menyebar pendapat-pendapat ini? Bukankah semua mazhab itu betul dan boleh diamalkan? -ZUMASNI, Banting, Selangor.

JAWAPAN:

…… puan disarankan mengkaji buku-buku berkenaan sejarah perkembangan mazhab dan fikah ISLAM……

Mazhab fikah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada mazhab-mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki sahaja. Banyak lagi mazhab yang tersebar luas pada suatu ketika terdahulu seperti mazhab al-Layth Ibn Sa’d (94-175H), Sufyan al-Thauri (97-161H), al-Awza’i (88-157H), Zaid Ibn Ali (80-122H)), Abu Ja’far Muhammad Ibn Ali (57-114H), Ja’far al-Sadiq (80-148H), Ibn Jarir al-Tabari (245-310H) dan lain-lain. Mereka terkenal sebagai pemimpin mazhab pada suatu ketika terdahulu, kemudian berlaku ketandusan pengikut bagi mazhab mereka. Sebelum tokoh-tokoh yang disebutkan, ramai juga yang disebut-sebut sebagai ahli fikah tabi’i yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Sa’id Ibn al Musayyab (13-94H), Tawwus (33-106H), ‘Ata (27-114H), Ikrimah (25-105H) dan lain-lain yang pernah mendapat didikan daripada madrasah Al-Sahabah (sekolah sahabat nabi). Mereka ini merupakan generasi yang menimba lmu daripada sumber-sumber mata air yang jernih dan paling dekat dengan sumber wahyu, iaitu nabi  s.a.w. Bahkan sebelum tabi’in, nama-nama sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aishah dan lain-lain juga merupakan pemimpin mazhab yang tidak boleh dipandang remeh.

….Imam-imam Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki secara khusus, tidak pernah mengajak orang bertaklid kepada mazhab mereka, sebaliknya mengajak supaya kembali kepada al-Quran dan hadis sahih, mereka kerap mengingatkan orang yang berminat dengan pemikirannya supaya mengikuti hadis yang dijadikan dalil, iaitu apabila berlaku pertentangan antara hadis dan mazhab mereka. Peringatan ini bermakna, mereka tidak pernah mendakwa pemikiran atau mazhab mereka sebagai kebal dan tidak mungkin berlaku silap, atau dengan kata lain tidak pernah mendakwa sebagai ma’sum (terpelihara) daripada salah silap. Sepanjang yang diketahui, mereka adalah mujtahid yang mencari kebenaran setakat termampu…… Justeru mereka sebagai mujtahid, mereka kerap menarik balik pendapatnya, apabila ternyata kelemahan atau didapati hadis-hadis shahih menyatakan sebaliknya.

……Demikian juga dengan Umar seperti yang dilaporkan, pernah mengeluarkan fatwa, kemudian mengeluarkan fatwa yang lain pada tahun berikutnya. Imam Abu Hanifah mempunyai sahabat-sahabat yang dijadikan sebagai ahli mesyuaratnya, mereka sering berbeza pendapat dan fatwa, kerana ada dalil yang mendorong mereka berpegang kepadanya dan bukan dengan bertaklid kepada imam, atau mereka berbeza pendapat, kerana berbeza muslihat yang berlaku selepas kewafatan seseorang imam. Sesetengah penyelidik menyebutkan perbezaan seperti itu bukan sebenarnya berbeza mazhab, tetapi berbeza zaman dan suasana. Sedang dalilnya tetap dan tidak berubah.

…… Demikianlah keikhlasan terhadap ilmu dan ijtihad kerana mencari kebenaran, bahkan semua pendapat tokoh-tokoh mazhab mengakui hakikat ini. Imam-imam dan ulama mujtahid lazimnya akur kepada hadis sahih yang ditunjuk kepada mereka, pengakuan Imam Abu Hanifah jelas menunjukkan keikhlasan beliau, apabila menyatakan pada akhir masalah yang diputuskan, katanya: Ini pendapat saya, jika ada pendapat lain yang lebih baik, kita terima yang lebih baik itu. Imam Malik juga menyatakan pengakuan yang serupa, katanya: Saya adalah insan biasa, pendapat saya mungkin benar dan mungkin salah. Pamerkan pendapat saya pada al-Quran dan al-Sunah. Jika ia bertentangan, maka ambillah al-Quran dan hadis dan tolakkan pendapat saya. Berkata al-Syafie: Jika sebuah hadis itu sahih, padahal ia bertentangan pendapat saya, maka buangkan pendapat saya ke tepi dinding. Sebaliknya jika hujah kelihatan jelas, ambillah hujah itu dan anggaplah hujah itu pendapat saya juga…..

Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh bertukar mazhab, jika kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang al-Quran dan hadis, kira-kira dapat menilai  antara mazhab yang ada, mana yang kuat dan mana yang lemah berpandukan dalil dan pertimbangan yang ikhlas, malah kita boleh berijtihad sendiri dan mengamalkan hasil ijtihad kita. Para imam ada membuat pengakuan bagi mazhab masing-masing, kata mereka: Pendapat saya adalah kebenaran yang mungkin salah, pendapat orang lain pula kesalahan yang mungkin betul. Pengakuan ini menunjukkan tidak wajib kita mengikut mazhab-mazhab tertentu atau sesuatu mazhab itu istimewa daripada yang lain.

….Sesetengah orang berpendapat, wajib bertaklid atau mengikut mana-mana imam daripada salah seorang imam antara empat imam itu. Saya berpendapat, pendapat ini tidak tepat. Alasan-alas an berikut boleh dikemukakan.

a. Allah hanya mewajibkan taat kepada Allah dan rasul-Nya sahaja, tetapi tidak mewajibkan mereka mentaati orang tertentu selain nabi, termasuklah pemimpin mazhab. Ini kerana selain nabi, tiada yang dilindungi daripada dosa atau ma’sum (terpelihara). Justeru, Imam Malik menyatakan: Semua orang boleh diterima atau ditolak pendapatnya, kecuali Rasulullah s.a.w.

b.Imam-imam atau pemimpin mazhab itu sendiri melarang orang mengikut atau bertaklid kepada mereka secara membuta tuli…..

c. Bertaklid kepada mana-mana mazhab atau bertaksub kepadanya adalah suatu amalan yang bertentangan dengan yang pernah diamalkan oleh ulama salaf dalam beberapa abad pertama, mereka menerima atau menolak sesuatu pendapat berpandukan hujah dan alas an, sama ada hadis atau pendapat sahabat yang pernah menyaksi amalan Nabi s.a.w, mereka sebagai contoh, pernah menerima pendapat Umar Ibn al-Khattab, kemudian dalam masalah yang lain pula menerima pendapat Ali dan menolak pendapat Umar.

keempat: Menolak pendapat atau menyalahi pandangan umum bagi empat mazhab ini, tidak boleh dianggap suatu kecacatan berlaku dalam sesuatu pegangan mazhab, tidak pula menjatuhkan kedudukan mereka sebagai mujtahid. Jika Imam Malik dan Imam al-Layt pernah mengungkap bahawa para sahabat ada kemungkinan tersalah, maka apa lagi dengan mujtahid dan imam-imam selain mereka.

IKHTISAR: Petikan atau artikel di atas membuktikan bahawa Imam  seperti imam 4 mazhab mempunyai beberapa sifat Di Persimpangan Kutub. Sifat tersebut ialah seperti:

1= Menjadikan kutub al-sittah sebagai salah-satu sensor kebenaran. DPK menyatakan kepentingan kutub al-sittah. Kaedah DPK yang menyatakan kepentingan menggunakan kaedah Imam Bukhari, bermakna hadis sahih ialah perkara yang dapat menyelesaikan percanggahan dan perbezaan pendapat dalam pelbagai mazhab.

2= YANG  dinyatakan dalam kaedah DPK ke 21 iaitu kemungkinan orang yang bersifat DPK melakukan kesilapan .

3= BEBAS DARI PEMIKIRAN YANG TERHAD. Apabila pemimpin mazhab-mazhab dan imam-imam yang mengikuti mazhab-mazhab yang pelbagai itu berpendapat bahawa kesilapan ajaran mazhab tidak mustahil berlaku dan mengajak manusia melihat mazhab-mazhab lain dan sumber-sumber lain yang mungkin lebih baik pendapatnya, bermakna bebas dari pemikiran yang terhad itu perlu. Jika bertaklid atau mewajibkan taat kepada satu mazhab sahaja atau kepada beberapa mazhab sahaja, bermakna pemikiran mereka itu terhad, terpenjara, tidak bebas.

Kita tahu bahawa ulamak-ulamak DPK itu juga tidak ma’sum. Daya ingatan dan jumlah ilmu mereka juga tidak sama banyak. Justeru, jika hendak melantik ulamak DPK sebagai khalifah agar tertegak empayar khilafah, maka hendaklah mengambil yang terbaik, terpandai di kalangan mereka. Walaubagaimanapun, sesuai dengan prinsip DPK, KHALIFAH tersebut tetap harus berkeyakinan bahawa sesetengah pendapat atau arahan yang dikeluarkan olehnya mungkin ada kesilapan. Mungkin ulamak yang lebih rendah kesedarannya atau orang yang bukan ulamak dapat memberikan pendapat yang lebih baik dalam hal-hal tertentu apabila dalil yang mereka jumpa atau pelajari itu lebih baik, lebih kuat dan menang.

Penting diingatkan bahawa Gerakan Bintang Pertama Dunia atau Gagasan DPK ini sebenarnya mengajak manusia seluruh dunia agar  “lebih tajam kepekaannya hingga ke tahap luarbiasa dengan iffah dan kewaspadaan yang lebih tinggi, dengan kecerdikan yang lebih tinggi dan luarbiasa dalam pengetahuan dunia dan agama ISLAM ” . Ajakan ini digambarkan dalam intipati DPK  versi 51% IAITU seperti :

“Observe content of first publication, which before, which current and after. See if have deletion, difference, dissension.”

Secara siratan ghaib, kenyataan kaedah DPK di atas mengajak manusia agar berhati-hati walaupun terhadap KUTUB AL-SITTAH, TERJEMAHANNYA, SYARAH HADIS YANG DIKATAKAN SAHIH, TERJEMAHAN AL-QURAN YANG DIKATAKAN DIBUAT OLEH SEMBILAN PROFESSOR DAN ULAMAK PAKAR. Kerana racun Destroy With tidak mustahil pernah atau masih dan akan mencubai  lagi untuk mengeruhkan kejernihan terjemahan dan al-Quran dan Kutubussittah. Justeru pembelajaran kendiri yang berkualiti amat penting. Jika menemui perbezaan dan percanggahan antara terjemahan syarah hadis sahih dengan kitab terjemahan syarah hadis sahih yang lain, misalnya, maka hendaklah golongan DPK mencari sumber asal, yang sebenar atau mencari sumber lain yang telah dipastikan benar atau yang mungkin dapat menjadi pengantara yang menyelesaikan masalah percanggahan dan perbezaan itu. Sumber yang lain itu mungkin disiasat biografi penulisnya, penerbitnya, pengedarnya dan lain-lain. Justeru, Pusat DPK harus menyimpan sumber asal yang telah diiktiraf sebagai sumber DPK di bilik yang lebih kebal daripada bilik kebal!!

Seperkara lagi, yang penting anda ingat ialah saya bukanlah seorang ulamak. Saya tidak layak dianggap sebagai pemimpin agama atau lainnya. Sebab itu saya sebut “Pelopor Bintang Pertama Dunia” dan bukan “Bintang Pertama Dunia” sebab saya bukan bintang. Yang betul-betul bintang untuk masa ini ialah ULAMAK DPK. Merekalah pemimpin saya , dan pemimpin anda dan dunia untuk masa sekarang . Tetapi saya memang pencipta gagasan ini dan orang yang mula menggerakkan gagasan DPK ini, maka benarlah saya pelopornya. Maka, saya memang Pelopor Bintang Pertama Dunia. Walaubagaimanapun , saya insan biasa yang banyak dosa dan banyak buat kesilapan dalam hidup. Saya insan yang hina-dina……..

Lagi satu yang penting anda faham dan ingat ialah, golongan DPK tidak bermazhab , kerana apa yang mereka yakin dan cari ialah ISLAM TULIN ATAU YANG DIANGGAP SEBAGAI ISLAM TULIN KECUALI ADA PENDAPAT LAIN YANG LEBIH KUAT, YANG BERJAYA menentang keyakinan itu. Orang DPK juga tidak berkata mazhab IMAM MAHDI kerana bagi mereka IMAM MAHDI itu bukan berijtihad, bukan bermazhab kerana MAHDI memang benar-benar sumber ISLAM TULIN!! Orang DPK bukan cari mazhab, mereka cari ISLAM yang SEBENAR.

 

Bukan manusia sahaja yang asyik bergaduh, berbeza pendapat. Jin syaitan macam aku juga pun begitu. Hari Tahi Masam semalam, eh Hari Thaipusam, aku gaduh dengan Raja Azazil, si Iblis tu. Aku kata aku tak mungkin aku Berjaya goda wali Allah tapi Rajaku tak percayalah! Aku rasa nak kentut ke mulut DIA. Geram tau!?

Bukan manusia sahaja yang asyik bergaduh, berbeza pendapat. Jin syaitan macam aku juga pun begitu. Hari Tahi Masam semalam, eh Hari Thaipusam, aku gaduh dengan Raja Azazil, si Iblis tu. Aku kata aku tak mungkin aku Berjaya goda wali Allah tapi Rajaku tak percayalah! Aku rasa nak kentut ke mulut DIA. Geram tau!?

 

 

SEKIAN IN PENYARING NOSTALGIA!

6 thoughts on “4-10=DPK in Penyaring Nostalgia!

  1. […] telah dihukum bunuh kerana tidak mahu bertaubat dan enggan mengakui fatwa dan kefahaman dia tentang ISLAM itu adalah sesat dan menyesaatkan.  Harimau Kumbang itu menjelma menjadi seorang yang kelihatan […]

    Like

  2. […] pengakhiran yang menjadi bintang sebenar iaitu Imam Mahdi. Di Persimpangan Kutub menggunakan teori DPK sebagai sensor of the truth yang utama untuk mencari, menapis dan mengesan kebenaran dan maklumat […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s