4-11= DPK in Jeritan Seantero Dunia!!

AAAA aaa aaaaaAAAA!!! Ada macam bunyi tarzan panggil binatang? Is this scream like tarzan shout to call animal? I scream to this world so that Caliph empire will be build in this world!! Yeeesss!!!

AAAA aaa aaaaaAAAA!!! Ada macam bunyi tarzan panggil binatang? Is this scream like tarzan shout to call animal? I screamed to this world so that Caliph empire will be build in this world!! Yeeesss!!!

Mewujudkan empayar khilafah untuk saat ini, bermakna semua Negara Islam di dunia yang ada sekarang mestilah disatukan menjadi sebuah Negara sahaja dan akan diperintah oleh seorang ulamak sahaja yang bertaraf imam dan digelar sebagai khalifah atau Amirul Mukminin. Empat mazhab paling popular di dunia dan paling banyak pengikut di dunia  iaitu Hanafi, Hambali, Maliki dan Syafie telah sepakat bahawa system khilafah seperti ini wajib diadakan, empayar khilafah wajib diwujudkan dengan penyatuan membentuk satu kerajaan sahaja yang dipimpin oleh seorang Khalifah sahaja!!! Makna khalifah ialah pengganti nabi Muhammad sebagai pemerintah Negara, bukan pengganti sebagai nabi atau rasul. Imam tersebut mestilah dilantik dan dipilih dari kalangan ulamak-ulamak Di Persimpangan Kutub [DPK]. Ulamak DPK ialah ulamak yang tiada bermazhab. Kerana sifat-sifat orang DPK ialah bila mereka menemui sesuatu yang menjadi keyakinan 100% mereka bahawa sumber dan intipati itu benar, atau terkuat atau lebih kuat atau menang, maka hal-hal itu dianggap dan dinamakan sebagai ajaran Islam Tulin atau ajaran Islam sebenar atau disebut sebagai sumber DPK Islam atau sumber Islam Tulin, tidak disebut sebagai sumber mazhab itu dan ini atau ajaran mazhab itu atau ini tetapi kalau ditanyai dari mana sumber Islam Tulin itu datang atau sumber apa yang dikaji, maka dinyatakan seperti dari mazhab itu atau ini atau dari kitab itu dan ini atau dari siaran rancangan TV itu atau ini dan lain-lain.

Khalifah tersebut mungkin berbangsa arab, mungkin melayu [dah tentu saya berharap khalifah itu berbangsa melayu Malaysia], mungkin cina muslim, mungkin india muslim, mungkin bangsa eropah atau lain-lain bangsa. Justeru kriteria-kriteria pemilihan khalifah mungkin termasuk hal-hal seperti berikut:

1=Paling pandai dalam tajwid berbahasa arab, English dan bahasa bangsanya

2=Paling pakar dalam kutubussittah, feqah, tauhid, sejarah Islam

3=Mempunyai keyakinan terhadap seluruh intipati versi DPK 51% yang memang benar dalam ISLAM

4=Bersifat uzlah, cinta kebenaran dan mengharapkan kemuliaan

5= Yang paling soleh atau paling bertakwa, mempunyai kitaran personality yang paling baik

6=Berjanji akan menjayakan misi-misi DPK versi 51% seperti Misi Penjana Generasi Tiga Mega [Raja Pembunuh Kemiskinan] iaitu misi-misi yang masih dianggap diredhai oleh Allah S.W.T.

Bagi membantu AmirulMUKMININ memerintah, setiap zon DPK atau daerah empayar khilafah itu mungkin diperintah juga oleh pembantu-pembantu khalifah yang mungkin memakai gelaran seperti Muwazir Amir [=Yang Membantu Pemimpin]. Kriteria pemilihan muwazir amir boleh seperti kriteria pemilihan Khalifah.

Di ibukota empayar khilafah ini terletak ibu pejabat Pusat DPK antarabangsa atau di istilahkan sebagai Ibu Utama Pusat DPK atau Pusat DPK Utama Dunia [PDUD]. PDUD ini juga berfungsi untuk melindungi sumber-sumber DPK daripada diracuni serangan Destroy With.

Jenis-jenis Sumber DPK itu ialah:

1= Sumber DPK Pemusnah: iaitu seperti yang bebas daripada tafsiran salah, bidaah sesat, yang memusnahkan kekarutan dan ketidaktepatan serta ketidakbenaran]

2=Sumber DPK Pemintas: iaitu sumber yang telah diikhtisarkan, dipermudahkan lagi persembahannya agar lebih menjimatkan masa, tenaga dan wang untuk mempelajarinya, lebih memudahkan  daya ingatan, hafalan dan kefahaman serta lebih mudah dan selesa praktikalnya [seperti darihal matematik yang lebih dipermudahkan, lebih diikhtisarkan]

PDUD  juga berfungsi mencegah dan menyelesaikan percanggahan pendapat, perbezaan pandangan, perkara yang samar-samar atau syubhat atau mencari kepastian untuk sesuatu hal, menyesuaikan pelbagai pandangan, menyelaraskan aktiviti sedunia. Sumber-sumber terkini yang terkini diedit dan yang terkini disahkan sebagai sumber DPK disebarkan dari semasa ke semasa ke seluruh daerah empayar khilafah supaya rakyat sentiasa mendapat perkembangan terkini kebenaran.

Walaubagaimanapun, semua pusat DPK termasuk PDUD hendaklah sentiasa bersedia mendengar pendapat-pendapat rakyat biasa [orang Islam] tentang sesuatu sumber DPK kerana walaupun rakyat biasa, mungkin mereka dapat membuktikan dengan menang bahawa sesuatu sumber DPK yang telah disahkan oleh kerajaan empayar Khilafah itu sebenarnya tidak layak dianggap sebagai sumber DPK.

Nama empayar ini? Andalah yang lebih berhak untuk menamakannya? Kalau Empayar Khilafah Bintang Pertama Dunia? Kalau zaman Mahdi yang akan terjadi, namakan sebagai empayar Mahdi?

Usaha menjadikan Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia sebagai bahasa dunia seperti English, diharapkan diteruskan. Kalau dunia ini telah mengiktiraf bahasa kita sebagai bahasa kedua dunia selepas English, maka, besar kemungkinan khalifah yang akan ditabalkan ialah yang berbangsa melayu Malaysia?

Bagaimana pula dengan mata wang yang akan digunakan jika empayar Khilafah Bintang Pertama Dunia ini wujud?

Apa pula bahasa rasmi empayar ini?

Bagaimana pula pertembungan budaya? Adakah akan mendatangkan masalah harian? Bagaimana jika dihapuskan sahaja budaya yang menyusahkan itu?

MAKA AKAN LAHIRLAH PELBAGAI BANGSA BARU YANG DIKACUKKAN DENGAN DEMIKIAN BANYAK JENIS BANGSA. WALLAHUALAM.

Kenapa Gagasan Bintang Pertama Dunia dikatakan extra-superconcept? Mustahil versi 51% DPK telah menerangkan segala-galanya. Dalam versi 51% tiada intipati berkenaan system faraid , system perniagaan ISLAM yang lengkap, cara solat nabi Muhammad, ajaran tajwid, kesalahan dalam solat[ yang biasa dilakukan secara salah oleh orang tua, muda dan kanak-kanak], cara solat ketika sedang berperang, perihal zakat, haji, puasa, syarahan tentang kutubussittah secara mendalam padahal kubussittah itu lautan ilmu yang penuh rahsia, sangat dalam lautannya, sejarah-sejarah ISLAM yang mendalam , ilmu keduniaan yang pelbagai yang mendalam dan lain-lain!! Justeru, memang DPK 51% tidak layak dianggap sebagai extra-superconcept . Walaubagaimanapun, disebabkan maksud DPK itu ialah juga versi 52-75% di mana semua versi ini membawa bersamanya versi 51%, maka sebab itulah gagasan DPK layak dianggap sebagai extra-superconcept!!! Justeru dapat diambil sebagai kesimpulan iaitu bahawa sesuatu versi atau sumber atau data yang tidak menyetujui 51% versi pengasas DPK, maka sumber itu tidak boleh dianggap sebagai sumber DPK yang sebenar atau boleh juga dikatakan sebagai bukan sumber DPK!!!

Mataku macam Arab, hidungku macam Eropah, gigiku macam orang asli, mulutku macam Afrika, perangaiku , emmmm....emmmm macam.... macam ape ye? Macam kaulah wahai pembaca blog ini!!

Mataku macam Arab, hidungku macam Eropah, gigiku macam orang asli, mulutku macam Afrika, perangaiku , emmmm….emmmm macam…. macam ape ye? Macam kaulah wahai pembaca blog ini!! Kenapa? Tak percaya? Tahu tak ape!!

Selepas pemerintahan nabi Muhammad, wujud empayar Khulafa ar Rasyidin, selepas itu empayar khulafa Umayah, selepas itu empayar Abbasiyah, selepas itu Abbasiyah menjadi hancur berpecah-pecah menjadi Negara-Negara Arab terasing dan tersendiri pemerintahannya seperti sekarang

Selepas pemerintahan nabi Muhammad, wujud empayar Khulafa ar Rasyidin, selepas itu empayar khulafa Umayah, selepas itu empayar Abbasiyah, selepas itu Abbasiyah menjadi hancur berpecah-belah menjadi Negara-Negara Arab terasing dan tersendiri pemerintahannya seperti sekarang. Ada dikatakan , salah-satu punca kelemahan dan kehancuran empayar Abbasiyah ialah kerana serangan Hulago ke atas empayar ini dan ibu kota empayar ini [Kota Baghdad] . Dikatakan Hulago ialah cucu kepada Genghis Khan, bangsa Mongol.

http://www.youtube.com/watch?v=8G7A6EpCUsI