4-1=KeikhlasanItuTerletakAntaraSyurga& Neraka> Oleh Sinaran Iffah

SetiapHALituDilihatDiHujungnya.ItulahYangSebenar.JikaMasaHidupDuluBaikDANkayaTapiBilaSakaratulMaut,Jahat,Maka,disiksadikuburdanMiskindiNeraka.ItulahDirinyaYangSebenar.

SetiapHalYangSebenarIalahKetikaSakaratulMautDanLepasmati

AMARAN: Pada 15 Jun 2013, saya, pengurus website DPK ini baru menyedari bahawa halaman “Keikhlasan itu terletak di antara syurga dan neraka” hilang dari “Pilih kategori” dan menu. Halaman ini telah disabotaj oleh seseorang? Walaupun  dalam dashboard tak hilang namun walaupun telah dikemaskini, halaman ini tidak muncul di internet. Halaman ini dalam bentuk post. Saya terpaksa membuat semula dalam bentuk lain iaitu page tetapi tidak sama 100% dengan yang asal:

Apakah yang dimaksudkan dengan ikhlas? Jika ini pun anda tidak tahu, ini seolah-olah membayangkan bahawa anda tidak pernah mengenali diri anda sendiri. Adakah makna ikhlas itu ialah:

1= Ehh! Tak perlulah beri wang, saya ikhlas niii.

2=Baiklah, aku maafkan kamu dengan hati yang ikhlas (tetapi dalam hati masih marah)

3=Ya Allah! Aku belum bersiap-sedia pergi solat hari raya. Orang lain dah pergi. Malulah kalau tak solat. Mari pergi bersolat kerana Allah.

4=Aku tolong kau ni ikhlas Rohaya. Ini masa kamu susah, esok mana tahu aku pula yang susah. Masa tu bolehlah kau pula tolong aku.

5=Aku ingin berperang jihad fisabillah. Rugi kalau kau tak mengikhlaskan diri pergi berjuang di sana. Pahalanya tinggi, dapat kahwin dengan bidadari syurga.

JanganbiarkanParitdanlongkangtersumbat.NantiMembiakAEDES

JanganbiarkanParitdanlongkangtersumbat.NantiMembiakAEDES

NabiBersabda:SemuaSahabatkuUmpamaBintangDiLangit.SesiapaYangMengikutinyaAkanMendapatPetunjuk.

NabiBersabda:SemuaSahabatkuUmpamaBintangDiLangit.SesiapaYangMengikutinyaAkan

MendapatPetunjuk.

AwasPelaburanPertanianPalsuSepertiCacing,Serai,Vermikompos.....

AwasPelaburanPertanianPalsuSepertiCacing,Serai,Vermikompos…..

PadaWaktuSujudlahWaktuManusiaTerhampirDenganTuhan

PadaWaktuSujudlahWaktuManusiaTerhampirDenganTuhan

Hampir tiada manusia yang teguh keimanannya. Semuanya kelihatan layu keimanannya. Semua hal seperti berikut ialah alat utama yang paling kerap berjaya menghancurkan keimanan:

Wang ya Wang ha ha ha ha aku kayaaa

Pendidikan yang disuntik dengan racun destroy with plus, destroy with change, dan lain-lain destroy with….

Wanita (=simbol godaan seks?)

Barang mainan dan sukan

Gila sembang dan gila berkenalan

Muzik dan lagu

Anugerah, pujian, pangkat, ijazah

Makanan & minuman

Tidur

Alangkah lemah keimanan kebanyakan manusia. Hampir tiada yang teguh (hampir tiada orang soleh dan solehah) wujud di dunia.  Kalau setakat 10 sen jatuh atas lantai, tiada orang nak ambil. Jika kita tanya penjual, amat jarang atau tidak pernah ada penjual yang memburukkan dagangannya. Yang ada memuji barangannya walaupun sebenarnya barangannya tersembunyi kecacatan, kerosakan dan sebagainya. Jika dia beri diskaun atau sedekah pun mungkin kerana barangan itu sebenarnya tidak elok atau kurang berkualiti. Sampai di rumah, barulah terbuka semua rahsia. Kalau peniaga itu benar ikhlas, maka dia berniaga kerana Allah. Bukan kerana wang jadi tujuan utama.

Biasanya jika ada orang berbuat baik kepada kita atas sebab apapun, biasanya tentu ada tujuan tersirat yang kita tak nampak. Yang biasanya tidak ikhlas.

Ikhlaskah orang yang menderma berbillion ringgit kepada Rumah Anak Yatim, Rumah Perlindungan Ibu Tunggal, Rumah Orang Tua, Rumah Perlindungan Janda (adakah ini wujud?) yang kemudian kita lihat foto dia beri cek dalam akhbar, tv, internet? Bukankah nabi telah menggalakkan jika nak bersedekah biarlah orang lain tidak tahu mengenainya?

Ikhlaskah pemimpin memimpin manusia dan negara bila pada masa yang sama hendak dirinya mendapat anugerah seperti gelaran Yang Amat Berhormat, pujian dan lainnya? Ikhlaskah sesebuah kerajaan itu menyelesaikan kesusahan rakyat dengan beri wang 50000 sen sekali atau beberapa kali seumur hidup (itupun sebab nak dekat pilihanraya) tetapi kemudian memberi kebenaran peniaga menaikkan harga barangan?

Ikhlaskah seseorang doktor yang berkata saya simpati kepada anda. Saya akan merawat anda dengan penuh perasaan simpati (tetapi doktor ini kata, rawatan ini terlalu mahal, tak ada diskaun, rugilah saya jika ada diskaun).

Ikhlaskah seseorang polis itu berkhidmat tetapi ada kes yang dia nak layan, ada pula kes yang dia tak nak terima aduan? Ikhlaskah seseorang ulamak itu beri syarahan agama padahal perkara-perkara yang dia larang orang buat itu ialah juga kebiasaan buruk ulamak itu yang menyembunyikan sifat sebenarnya?

Bukan senang untuk mencapai keikhlasan yang sejati, yang sebenar. Susahnya seperti  hendak pergi mendarat ke matahari. Sebelum anda sampai ke matahari, kapal angkasa anda telah pun terbakar dan meletup kerana cahaya panas api matahari yang terpancar dari jauh. Tetapi aneh ada seorang guru lukisan mengatakan kepada saya bahawa nak masuk syurga bukan susah. Wow hebatlah guru itu padahal saya baca rasul-rasul pun merasa cemas tentang nasib mereka semasa mereka dikumpulkan di Padang Mahsyar di akhirat nanti.

Bahkan saya ada baca hadis nabi yang mengatakan bahawa jika seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan sahaja sejak mereka dilahirkan (bayi) hingga mati, nescaya masih melihat amalannya sedikit di akhirat. Jadi, masihkah gila sukan, gila tv, gila muzik, gila permainan, gila sembang, gila hiburan, gila kembara….. ? Adakah kita masih mahu itu semua setelah nabi menasihati begitu?

Pintu langit ke 7 hanya akan dibuka oleh malaikat yang menjaga langit ke 7 hanya jika manusia membawa satu kunci yang paling mahal. Apakah kunci yang paling mahal itu wahai saudara, wahai saudari, wahai penduduk bumi, wahai segala jin, wahai segala makhluk???

Kunci yang paling mahal itu ialah keikhlasan.

Langit ke tujuh ialah lapisan langit yang tertinggi. Kebaikan sesiapa yang dapat menembusinya bermakna segala amalan baiknya diterima dan diberikan pahala oleh ALLAH.

Ada orang merasa tidak senang hati bila bantuan yang diberikan tidak mendapat ucapan terimakasih lalu dia kata tak kenang budi orang itu. Adakah ini, orang yang ikhlas membantu?

Ada orang berpendapat bahawa makna ikhlas itu ialah kerana Allah semata-mata. Kerana hendak mendapat keredhaan Allah. Benarkah? Tetapi pada masa yang sama dia sangat haloba terhadap pahala. Kalaulah berbuat sesuatu dengan tujuan hendak pahala dan dikatakan juga kerana Allah atau supaya Allah redha, bagaimana jika Allah, tiba-tiba menghapuskan syurga? Tentulah jiwanya jadi lemah beribadat sebab salah-satu tujuan dia buat baik ialah kerana nak syurga, nak pantat bidadari, nak pahala.

Ohhh saya tak nak buat dosa. Saya takut kepada Allah. Saya insan yang bertakwa. Syurga untuk orang yang bertakwa. Jika berbuat kerana takwa (=takut kepada Allah), adakah ini ikhlas? Bagaimana jika Allah hapuskan neraka? Tentulah hilang ketakwaaannya kerana jika buat dosa, tiada disiksa juga sebab neraka dah musnah. Ikhlas apa seperti ini?

Jadi, apakah sebenar ikhlas atau kejujuran itu? Saya beri anda masa beberapa saat untuk menjawabnya:

SATU SAAT

DUA SAAT

TIGA SAAT

EMPAT SAAT

LIMA SAAT

ENAM SAAT

TUUUUUUUUUJUUUUUUUUUHHHHHHH SAAAAAAAAAAAAAT

Berhenti. MASA DAH TAMAT. JAWAPAN IALAH;

Seorang wanita sufi yang bertaraf wali (maqam kewalian beliau sangat tinggi) iaitu Rabiah Adawiyah (ada yang kata nama beliau ialah Rabiatul Adawiyah. Yang mana betul?) mengatakan yang bermaksud seperti: ” Aku berbuat baik bukan kerana syurga dan bukan kerana takut terhadap neraka”.

Nahhhh itulah makna keikhlasan yang sebenar. Orang yang ikhlas itu berbuat kebaikan atau sesuatu itu kerana merasa tenang dan nikmat melakukannya tanpa mengingatkan syurga dan neraka, bahkan jika Tuhan menghapuskan syurga dan neraka, dia masih merasa nikmat dan tenang jiwa melakukan sesuatu itu sambil berharap Allah redha kepadanya. Justeru, jiwa ikhlas seperti ini ialah tujuan akhir bagi segala tujuan. Jika ini wujud, maka dia tetap dianggap masih ada jiwa ikhlas yang sejati. Contohnya:

Seorang doktor merawat pesakit dan mengharapkan bayaran diberikan tetapi doktor itu tidak mengenakan caj yang zalim, malah berniat bayaran yang diterima itu akan disedekahkan sebahagiannya kerana simpati yang sebenar. Doktor itu juga mengambil sebahagian wang bayaran untuk kegunaannya supaya dia dapat menggunakan wang itu untuk tujuan apa juga yang halal, yang diredhai oleh Allah, supaya dapat juga banyakkan beribadat dengan tenang dan nikmat berzikir, beribadat sunat yang banyak pahala tetapi selalu lupa tentang balasan yang dia boleh perolehi di syurga, malah selalu terlupa tentang siksaan di neraka. Yang doktor itu lebih kerap ingat, bukanlah semua itu tetapi keindahan, kelazatan, ketenangan bersama Tuhan seperti tersyuhud dengan maqam fana atau baqa. Jadi, keikhlasan itu menjadi tujuan hujung atau terakhir atau tujuan utama atau tujuan sebenar. Dapat wang bayaran supaya dapat terus mengikhlaskan diri. Menasihati manusia agar kezaliman berkurangan agar dapat terus mengikhlaskan diri beribadat kepadaNYA dengan tenang dan lazat beruzlah.

Maka, benarlah keikhlasan itu terletak di antara syurga dan neraka dan bukan terletak di syurga atau di neraka.

Wallahualam.http://www.slideshare.net/KatyCuty/sifat-mahmudah-iffah

TO MENU

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s