4-2=AntiHoroskopBySinaranIffah

This photo show the best method to destroy or block your bad desire!!

MenganggapNasibDipengaruhiOlehTarikhKelahiranYangBerdasarkanKedudukanBintangIALAH KHURAFAT.

KHURAFAT! Bidaah sesat! Dapat Memurtadkan!

Anehnya ada politeknik yang mencetak artikel yang menunjukkan seolah-olah mempercayai ini. Nabi Muhammad telah bersabda bahawa bohong semua tukang nujum itu walaupun benar apa yang dikatakan. Maksud benar itu bukanlah nujum itu memang tahu tetapi kebetulan hal itu terjadi seperti yang diramalkan padahal yang sebenarnya tiada kaitan dengan cara ramalannya. Yang pasti, horoskop bukan ajaran ISLAM. Meramal nasib berdasarkan tarikh kelahiran yang dikaitkan dengan kedudukan bintang-bintang di langit ialah ciptaan orang kafir, orang jahil, SESAT, bodoh. Ramai orang ISLAM terpengaruh dan percaya horoskop atau sekurang-kurangnya percaya walaupun tidak 100%??? Horoskop ialah satu cara nujum meramalkan nasib.

Horoskop bukan cara mengesan rahsia-rahsia yang terdapat di LAUH MAHFUZ. Bahkan bukan semua Wali Allah dapat mengesannya. Siapa pencipta dan peramal horoskop jika hendak dibandingkan dengan wali Allah? Apabila sesuatu yang diramalkan terjadi kepada seseorang, maka dikatakan kerana dia berbintang LEO atau lainnya. Ini ialah buruk sangka. Terutama apa yang diramalkan itu tidak terjadi!!! Seolah-olah bintang atau kedudukan bintang itu menjadi Tuhan yang menentukan nasib manusia. Menyembah bintang sebagai Tuhan ialah perbuatan orang GILA. Syirik. Menyebabkan murtad. Mengikut satu pendapat, orang murtad diberi tempoh 3 hari untuk mengucapkan 2 kalimah syahadat dan bertaubat. Jika tidak, hukuman yang diwajibkan dalam ISLAM ialah BUNUH YANG MURTAD ITU. Segala solat yang dibuat semasa murtad itu wajib dikadokan, wajib digantikan selepas mengucap kalimah syahadat.

Biarpun sejuta kali terjadi berturut-turut  seperti yang diramalkan dengan horoskop itu , semua itu sebenarnya tidak benar kerana tiada kaitan dengan tarikh kelahiran atau pengaruh kedudukan bintang. Anggaplah bahawa bila terjadi sejuta kali , itu mungkin kerana Allah hendak menguji keimanan orang ISLAM, sama ada percaya atau tidak terhadap horoskop. Walaupun dikatakan tidak percaya seratus-peratus, itu maknanya percaya juga. Yang wajib ialah tidak percaya sedikitpun. Baru bebas dari syirik. Walaupun, anggap horoskop itu sebagai bahan permainan dan gurauan, tidak boleh demikian, dapat menyebabkan murtad juga walaupun bergurau atau anggap horoskop itu sebagai hiburan semata-mata!!!

Musuh-musuh ISLAM telah mempergunakan horoskop untuk menyesatkan orang ISLAM dan memurtadkan mereka secara senyap dan secara seantero dunia. Berapa ramai yang murtad?Bila yang murtad ini berkahwin, akad nikahnya tak sah. Anak yang lahir ialah anak zina. Berapa ramai anak luar nikah ini di seluruh dunia? Patutlah umat ISLAM tidak maju dalam pelbagai hal, mundur, banyak masalah psikologi, miskin melarat, bangsat, hina-dina, jadi penjenayah gila, sakit otak, panas-baran, terus jahil-mahil (mahil=perkataan saya sendiri merekanya). Inilah yang dikehendaki oleh musuh ISLAM. Maka orang ISLAM termasuk ulamak-ulamak tidak dapat menunjukkan Keindahan, keharuman , kehebatan ISLAM YANG TULIN, YANG SEBENAR melalui perilaku harian. Maka ISLAM dianggap agama yang tidak benar sebab tidak dapat menyelesaikan akhlak kotor.

Pencipta Horoskop ini tidak mustahil dipengaruhi oleh bisikan syaitan agar mempercayai pengaruh kedudukan bintang dengan tarikh kelahiran seseorang. Bila banyak kejadian terjadi, maka dipercayainya dan mengajarkan bidaah horoskop ini ke seluruh dunia. Tiada pula national geographic buat penyelidikan tingkah-laku haiwan berdasarkan horoskop haiwan itu?? Tidak juga mustahil, jika selepas kematian pencipta asal horoskop ini, lahir pencipta-pencipta seterusnya, yang menambah kandungan dan sifat horoskop. Termasuklah golongan musuh ISLAM.

Bayangkan kemungkinan ini menasabah jika pernah terjadi dan terus terjadi: Musuh Islam itu mengkaji psikologi yang berkaitan kebiasaan manusia. Lalu setiap kebiasaan itu dikategorikan . Kemudian ada kategori yang dimasukkan ke LEO, ada yang ke CANCER, ada yang ke VIRGO. Begitulah seterusnya ke bintang-bintang yang lain. Kategori yang dimasukkan ialah yang dikaitkan dengan sifat-sifat asas atau khas yang dianggap ciri utama sesuatu bintang itu. Walaubagaimanapun, banyak terjadi apa yang diramalkan seperti yang dinyatakan sebagai sifat khas atau utama itu TIDAK TERJADI. Jadi, musuh-musuh ISLAM pun memasukkan juga sifat-sifat khas yang lain yang ada pada bintang lain ke dalam bintang tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan banyak orang melihat ramalan bintangnya betul, selalu betul atau banyak yang betul. Walaubagaimanapun, pemerhatian saya terhadap bintang saya sendiri, banyak ramalan yang tidak terjadi dan selalu tidak terjadi walaupun ada juga yang “benar”. Saya percaya kebiasaan manusia telah dikaji bukan berdasarkan pengaruh bintang tetapi berdasarkan ilmu sains yang lebih menasabah. Kemudian mereka(pencipta-pencipta ramalan horoskop) membuat set-set kebiasaan itu dan dipinda bila dikehendaki atau pada masa tertentu. Set-set itu dikaitkan dengan bintang-bintang itu. Disebabkan semua set kebiasaan itu berdasarkan perilaku biasa kebanyakan manusia biasa yang tidak diketahui tarikh lahirnya, maka sebab itulah banyak terjadi apa yang kononnya diramalkan itu benar padahal yang sebenarnya tiada benar sebab sebenarnya tidak berkaitan pengaruh tarikh kelahiran yang dikaitkan dengan pengaruh kedudukan dan nama bintang.

Media cetak dan letronik menanggung dosa yang tidak berkesudahan akibat menyebarkan ajaran syirik sesat ini (horoskop). Api neraka kata,"Aku tak sabar nak panggang kau semua?"

Media cetak dan letronik menanggung dosa yang tidak berkesudahan akibat menyebarkan ajaran syirik sesat ini (horoskop). Api neraka kata,”Aku tak sabar nak panggang kau semua? Aku api yang kelaparan!!??”

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s