4-4=DPKinTeoriKitaranPersonalitiByPerintisMinda

This article in Perintis Minda category

Teori Kitaran Personaliti Oleh Perintis Minda:

Teori ini berdasarkan pengalaman saya sendiri, termasuk pengamatan saya terhadap manusia seperti ketika pergaulan dengan manusia. Selain daripada itu, bukti dari dalil yang ada dalam ISLAM. Demikian juga berdasarkan pembacaan saya terhadap sumber seperti kitab.

Dalam teori ini, sejenis penyakit yang mula muncul pada 1985, yang menyerang jiwa manusia akan diperkatakan. Saya namakan penyakit ini sebagai Wabak 1985.

Apakah yang dimaksudkan dengan personality dalam teori ini? Ini ialah berkaitan sifat dan kebiasaan manusia, tentang kebiasaan yang tidak diperlihatkan (seperti apa yang selalu difikirkan atau dibayangi) dan kebiasaan yang diperlihatkan. Lihat juga Invisible Culture yang juga menjadi kandungan teori Kitaran Personaliti.

Kitaran? Ini ialah berkenaan bahawa setiap kebiasaan selalu mempunyai kedudukan tersendiri dalam tertib kejadian. Misalnya, kebiasaan ini selalu terjadi selepas kebiasaan ini dan sebelum kebiasaan ini. Jadi, tertib kedudukannya ialah selepas ini dan sebelum itu. Jadi, Kitaran personality ialah kedudukan tertib biasa sesuatu  kejadian kebiasaan yang akan berakhir dengan kebiasaan yang terakhir dalam sesuatu hari itu dan pusingan tertib ini biasanya berlaku lagi pada hari-hari berikutnya atau besok dan sukar dihapuskan  atau diputuskan  kitaran ini.

Nabi Muhammad bersabda bahawa manusia itu melakukan sesuatu berdasarkan kebiasaannya. Akhlak ialah kecenderungan yang tetap dan ini ialah kebiasaan. Kebiasaan sukar dihapuskan kerana ibarat bontot  kuali. Lagi banyak api membakar kuali, lagi tebal dan lebih meluas kehitamannya, maka lagi sukar dicuci, digosoki.

This is a logo for one mental and soul sick hospital at Perak, MALAYSIA. Do you want to visit here??

This is a logo for one mental and soul sick hospital at Perak, MALAYSIA. Do you want to visit here??

 

 

Your brain be tilted! Your nose like pig! Your soul contain excrement! Your anal like pig's anal! You are pig mad satan!! Go to hell you!!! Why my T-shirt has 1985 impression? What is 1985 Epidemic?

Your brain be tilted! Your nose like pig! Your soul contain excrement! Your anal like pig’s anal! You are pig mad satan!! Go to hell you!!! Did you know my anal is the most beautiful anal in the world?  Why my T-shirt has 1985 impression? What is 1985 Epidemic?

Why still take a rest? Make research now to whole religions to find out what religion is true!!!! Hurry baby!!!

See what I told you at my head

Begitu juga hati atau ruh kalbu manusia. Sesuatu dosa yang dilakukannya, menyebabkan bertambah titik-titik hitam pada kalbu. Itu kalau kebiasaan yang buruk [titik hitam]. Makin dibiasakan, makin banyak, makin teguh dan makin teballah pada kalbu atau hati dan makin sukar dicuci dengan wirid dan mujahadah. LIHAT JUGA :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/03/07/the-research-on-asuliti-in-the-kitaran-personaliti-theory/

ATAU KLIK  aSuliti.

Manusia diikat dan ditarik oleh kitaran permulaan, berikut-berikutnya dan akhir dan kembali kepada yang mula-mula dan seterusnya seperti biasa. Sebagai contoh, seorang itu pada jam 12 malam, dia biasanya tidur, sama ada mengantuk atau tidak. Jam 2 pagi malam, dia biasanya terjaga tetapi tidak pula hendak buat sesuatu melainkan terus baring hingga tertidur semula [tertidur semula ini ialah kitaran atau tertib kebiasaan yang ketiga. Biasa terjaga itu kitaran kedua]. Jam 6 pagi baru dia hendak bangun untuk mandi dan solat subuh [bangun= kitaran ke 4, mandi kitaran ke 5, solat subuh kitaran ke 6]. Selepas itu akan ada kitaran-kitaran seterusnya sehingga kembali ke kitaran yang pertama iaitu tidur jam 12 malam. Semua kitaran ini seperti ada daya tarikan yang kuat, rantai yang sambung-menyambung yang sukar atau jarang putus atau berubah. Jika berubah pun sebentar sahaja seperti beberapa hari atau beberapa minggu sahaja dan akan kembalilah wujud semula kitaran yang terhapus  sekejap itu. Malah , sebenarnya, tiap-tiap kitaran itu ada kitarannya iaitu keterangan lebih lanjut tentang sesuatu gerak-geri luaran atau dalaman [yang berlaku pada minda, perasaan , hati], diistilahkan sebagai kitaran dalam kitaran atau kitaran dalam.

Contohnya kitaran dalam bagi mandi ialah ketika mandi, biasanya dia akan menyentuh-nyentuh rambut di kepala dahulu. Selepas itu biasanya, barulah dia gosok bahagian badan dan seterusnya semasa mandi. Kitaran menyentuh-nyentuh rambut itu boleh dikatakan sebagai kitaran dalam pertama atau kitaran dalam 1, sebagai contoh. . Kitaran lebih dalam, contohnya ialah gosok bahagian badan [contoh kitaran dalam 2]. Bahkan dalam tiap-tiap kitaran dalam itu juga ada kitarannya. Contohnya, semasa menyentuh-nyentuh rambutnya, dia suka berkhayal. Ini boleh dikatakan sebagai kitaran pertama bagi kitaran dalam 1 atau kitaran 1 bagi kitaran dalam1. Bahkan dalam kitaran pertama itu juga mungkin ada kitarannya. Contohnya, dalam kitaran berkhayal dia, kitaran pertama kitaran berkhayal dia ialah dia akan berkhayalkan seks, selepas itu berkhayal jika dia jadi kaya [kitaran kedua atau kitaran 2 bagi khayal atau kitaran khayal]

Faktor kitaran ialah sesuatu yang dapat menyebabkan terhasil gerak luaran [kitaran atau gerak-geri atau peristiwa seseorang yang dapat dilihat oleh dirinya atau orang lain seperti kitaran jelas] dan gerak dalaman [ kitaran atau gerak-geri atau peristiwa yang berlaku pada ingatan, minda, perasaan, hati seperti kitaran ghaib]. Pemanis/pemanisan/manisan ialah juga contoh faktor kitaran iaitu sesuatu yang menyeronokkan dilakukan dengan perasaan  lazat terhadap perkara itu. Utamakan pemanis yang lebih dan sangat lazat atau paling lazat. Pentawar pula ialah sesuatu yang membuat kita terasa terpaksa melakukan dan ia benar-benar menyebabkan kita melakukannya.

Contoh factor kitaran ialah pengulangan aktiviti, pendorongan [iaitu seperti pemaksaan terhadapnya, kelazatan yang dirasai, keseronokan, keazaman, kemarahan dan lain-lain], kemalangan, sumpahan atau doa serta ingatan alua ya dina..   [atau klik :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/tag/what-is-alua-ya-dina-from-alone-world/ ]

Walaubagaimanapun, ada juga sesuatu yang tidak boleh dipaksai seperti orang kafir dipaksa masuk ISLAM. Sesetengah pemaksaan itu akan mewujudkan kitaran munafik atau kitaran pura-pura [tidak dilakukan dengan ikhlas dan bila hilang pemaksaan, kitaran yang dipaksakan juga hilang sebab walaupun terbiasa dengan pemaksaan tetapi gerak dalamnya, hatinya tidak menyukai]

Sifat takut dapat melahirkan potensi dalaman yang menghasilkan gerak luaran yang tidak disangkakan. Contohnya, pernah terjadi, kerana takut anjing, seorang itu lari dengan kelajuan luarbiasa. Tetapi ini bukanlah kitaran kerana ini hal luarbiasa. Kejadian ini membangkitkan potensi dalaman. Sesuatu gerakan yang bukan biasa, diistilahkan oleh saya sebagai gerak bukan kitaran. Kalau sesuatu kitaran atau peristiwa itu mengandungi gerak bukan kitaran, maka diistilahkan sebagai kitaran berjarang. Gerak dalaman mempengaruhi gerak luaran. Begitulah sebaliknya. Contohnya, seseorang yang selalu berzikir, selalu merasa tenang jiwanya. Gerak dalaman menghasilkan gerak luaran. Begitulah sebaliknya. Contoh buktinya, orang yang selalu bersenaman, selalu merasa dirinya sihat. Gerak dalaman dapat juga menghasilkan gerak dalaman yang lain. Contohnya, sifat pemarah itu akan melahirkan gerak dalaman dendam, tidak suka dinasihati dan lain-lain. Contoh lain , ialah kisah Azazil [iblis] YANG JADI KETUA MALAIKAT tetapi disebabkan sombong, enggan sujud kepada nabi Adam. Kesombongan Azazil ialah merasa diri dia lebih baik daripada Adam sebab dia dijadikan daripada api, Adam dijadikan daripada Tanah. Jawatan bekas ketua malaikat yang telah dihukumkan sebagai MURTAD oleh ALLAH iaitu Azazil itu digantikan oleh malaikat JIBRAIL.  Gerak dalaman sombong menggalakkan kelahiran sifat penghinaan iblis dan sifat dengki. Kedengkian itu pula menghasilkan dendam dan kemarahan Iblis kepada seluruh manusia. Kemarahan Iblis itu pula menyebabkan atau melahirkan pelbagai gerak dalaman sifat buruk yang lain seperti penipu, khianat, tidak bersyukur dan lain-lain. Lihat pula euRaTi atau klik:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/03/05/eurati-is-like-your-last-faith-citadel-in-the-kitaran-personaliti-theory/

. Gerak luaran juga dapat menghasilkan gerak luaran yang lain. Contohnya, seseorang yang terlibat dalam kemalangan, mungkin jadi insaf tentang dosa, bertaubat nasuha sehingga lahir kekuatan keimanan. Dalam kitab sejarah hidup wali-wali Allah, ramai wali yang asalnya ialah orang biasa yang banyak dosa tetapi berlaku sesuatu peristiwa yang melahirkan kesedaran dan keinsafan yang mendorong berlaku kitaran personality yang baik. Ini ialah contoh automatic behaviour. Lihat juga BADARILA DAN JUGA ARATI.

Faktor pensihiran juga mungkin jadi factor kitaran. Contohnya, sihir yang untuk melemahkan badan dan kantuk. Kalau dulu dia selalu segar, sekarang mudah letih dan lesu disebabkan terkena sihir, maka biasalah dia jadi letih dan biasa tertidur padahal sebelumnya , tertidur waktu itu bukanlah kitarannya. Ada seorang mengatakan kepada saya bahawa orang itu [saya lihat orang yang dimaksudkan] ialah bomoh yang dapat buat orang selalu nak tidur [sihir tidur. Mudah-mudahan celakalah pensihir ini sesuai dengan kejahatannya. Amin, amin, amin, ya rabbil alamiin.]

Kitaran dapat dihentikan sementara atau dihapuskan [tidak wujud lagi kebiasaan itu]. Pemutus sementara atau pemutus teguh ialah sesuatu yang mungkin dapat memutuskan atau mengubah sedikit atau banyak atau menghapuskan sesuatu kitaran secara sementara atau secara berpanjangan [teguh, sehingga wujud kebiasaan atau kitaran baru]. Ini ialah pemutus kitaran. Mencegah lebih baik daripada mengubati atau merawati. Hindar kitaran ialah sesuatu yang dapat mencegah terjadi kitaran sama ada kitaran berjarang atau kitaran tidak berjarang [=kitaran biasa]. Klik juga pautan di bawah ini:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2014/12/18/asaidad-asa-isa-magnetic-factor-in-kitaran-personaliti-theory/

Atau klik what is asaidad, asa isa and magnetic factor??

Contoh pemutus kitaran ialah nasihat yang diberikan secara berulangan tetapi dalam kes yang khas, ada orang dapat berubah dengan satu kali penasihatan dan satu kali doa sahaja. Doa ini mungkin bukan doanya tetapi doa orang lain. Tetapi hal seperti ini jarang berlaku. Walaubagaimanapun biasa terjadi ramai yang tak berubah walaupun dinasihati dan diperingatkan berkali-kali. Mungkin ini terjadi kerana memakan dan meminum sesuatu yang haram. Malah ada juga orang yang telah banyak kali masuk penjara, bila dibebaskan dari penjara, kembali jadi penjenayah. Justeru, hukuman yang berulangan dan berpanjangan belum tentu dapat menginsafkan atau belum tentu jadi pemutus kitaran. Salah-satu sebabnya ialah kerana pemutus kitaran itu bukan hukuman secara ISLAM. Dalam hal keluar penjara, jadi jahat semula ini ialah kerana kitaran penjahat itu sebenarnya hanya kelihatan kitaran jelas sahaja yang terhapus tetapi kitaran ghaib iaitu yang telah jadi akhlak atau sifat yang bertapak kuat di kalbu sebenarnya tidak terhapus dan masih beroperasi dalam bentuk dalaman itu. Malahan sesetengah nasihat dan hukuman menyebabkan yang dinasihati dan dihukumi berdendam terhadap yang menasihati dan menghukumi, terutama jika cara dan keadaan yang menasihati itu menyatakan sesuatu yang tidak benar tentang yang dinasihati kerana penasihat buruk sangka atau salah-faham [terutama hanya mendengar berita daripada pihak-pihak tertentu sahaja yang mungkin memfitnah yang dinasihati] dan penasihat itu tidak pernah mendengar keterangan bela-diri yang dinasihati itu. Malah penasihat itu hanya menilai berdasarkan pemandangan matanya setiap hari. Mata tidak dapat menerangkan hakikat segala hal. Perlu ada sensor kebenaran lain digunakan juga. Makanan dan minuman yang halal membantu membentuk personality yang baik sebagai keberkatannya. Mungkin hal itu menjadi juga sebagai pemutus kitaran. Contohnya ubatan herba dan makanan berkhasiat yang menyembuhkan penyakit  yang selalu mengakibatkan keletihan atau kantuk. Maka bila sembuh, dia selalu segar dan terdorong untuk membuat aktiviti yang menarik minatnya. Maka ubatan dan herba serta makanan itu jadi pemutus kitaran letih dan kantuk. Walaubagaimanapun, banyak juga terjadi pengubatan tidak Berjaya atau kurang Berjaya. Demikian juga senaman dan kedudukan dan cara gerak badan yang betul, selamat dan menyihatkan dapat jadi pemutus kitaran letih, lesu dan lain-lain. Cara berfikir dan budaya dan gaya yang betul, sihat, selamat adalah perlu untuk hindar kitaran buruk dan mendapatkan pemutus kitaran buruk. Lihat pula EDana.

Walaubagaimanapun, bagi lebih menjamin tempoh kitaran baik lebih panjang dan lebih teguh, semua pemutus kitaran MESTILAH disertai dengan cara kesufian, tarekat iaitu wirid tarekat serta mendalami segala pengetahuan agama ISLAM TULIN 100% dan bermujahadah [mencari pelbagai kaedah hindar dan pemutus kitaran yang “menasarawak” dan terbukti berkesan].

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/02/23/the-arrow-return-to-back-is-permanent-secret-which-can-destroy-your-lives-this-universe-if-you-know-its-real-meaning-in-the-theory-of-kitaran-personaliti/

atau klik RAHSIA PENGASAS DPK

Walaubagaimanapun, orang yang dianggap ada kitaran personality yang baik atau orang baik ialah yang dapat mati dalam keadaan ISLAM yang soleh, solehah serta diampuni segala dosanya dan mendapat rahmat dan keredhaan daripada ALLAH S.W.T

Kita berharap agar kita dikurniakan kitaran automatic behaviour. Masalahnya, ialah bagaimana untuk mendapatkan kitaran berfaktor khas ini [Faktor Istimewa Kitaran]? Kalau ada wali Allah, minta dia doakan. Buat solat taubat dan tahajud dan solat hajat meminta kitaran ini selalu. Pemutus Istimewa Kitaran ialah seperti Faktor Istimewa Kitaran. Lagi satu, tentu cari jalan untuk mendapatkan keredhaan dan rahmatNYA seperti mengamalkan wirid penyuci kalbu.

CONTOH PEMUTUS UNIK KITARAN DAN PEMUTUS BIASA KITARAN:

1=Mendengar ceramah agama Islam, kemudian berazam berubah dan berubah

2=Mengemaskan rumah, mencuci, membuang sampah. Semua ini jika tidak dilakukan, akan menghasilkan sifat malas berusaha

3=Melupuskan fail-fail tidak perlu di rumah. Apabila ini telah dilakukan, minda dan hatinya dapat melupakan kerisauan tentang fail tidak dilupuskan, jadi otaknya lebih tenang dan dapat memikiri hal lain yang dengan memikiri itu mendorong melakukan sesuatu hal lain pula. Ini ialah contoh pemutus unik kitaran. Apabila sesuatu hal lain yang didorongi itu juga Berjaya diselesaikan, penyelesaian itu pula mendorong melakukan sesuatu yang lain yang baik pula, yang sebelum ini selalu malas dilakukan, begitulah seterusnya. Keadaan seperti ini diistilahkan oleh saya sebagai Pemutus Kitaran Berkaitan.

BACA JUGA: 99 THING THAT BLOCK OR DISTURB YOUR GOOD MANNER POTENTIAL WHICH CAN DESTROY YOUR HAPPINESS & LIVES ATAU KLIK:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/02/28/99-thing-that-block-or-disturb-your-good-manner-potential-which-can-destroy-your-happiness-and-lives-in-the-kitaran-personaliti-theory/

Pengiraan Kitaran ialah mengenal dengan pasti jumlah dan keadaan kitaran yang baik dan buruk. Walaubagaimanapun, pengiraan kitaran , tidak semestinya tepat atau benar. Manusia memerlukan sensor kebenaran atau kaedah Di Persimpangan Kutub dan prinsip serta siratan DPK untuk menilai kitaran personality. Ada orang yang merasa marah atau tidak puas hati kepada seseorang, cuba hindar kitaran buruk dengan menarik nafas dengan keadaan yang aneh. Tetapi ini dapat menghilangkan kemarahan untuk masa itu sahaja. Jika ada terjadi lagi perkara yang orang lain itu menyebabkan dia marah, ini tidak mustahil.

Kemungkinan hal seperti berikut dapat menjadi pemutus kitaran:

1=Menyibukkan diri dalam hal yang baik lagi diredhai oleh ALLAH sehingga mindanya terlupa tentang sesuatu ingatan yang menggoda nafsu. Kalau ada PENYEKAT iaitu sesuatu yang menghalang terjadi minat atau keinginan untuk melakukan sesuatu yang baik , maka selesaikanlah penyekat itu.Penyekat utama ialah yang dianggap sangat atau paling mengakibatkan yang buruk seperti ibu dotisema & secara khusus dalam formula penghapusan ibu dotisema, penyekat utama juga bermakna ibu dotisema yang berada di xXx, BUKAN yang wujud selepas xXx dihapuskan atau dilemahkan.  Bila penyekat ini Berjaya diselesaikan, maka dapat timbul keinginan dan minat untuk melakukan perkara lain yang baik. Contohnya, seseorang itu malas untuk mengemaskini fail peribadi atau ada masanya melakukan, ada masanya malas disebabkan pengaruh barang berselerak dalam bilik [bilik tidak kemas]. Keadaan berselerak itu hendaklah diselesaikan dahulu supaya akan timbul kerajinan mengemaskini fail. Keadaan bilik tidak kemas itu ialah contoh penyekat.

2=Menguji untuk mengenal pasti Pintas Budaya [Culture Overtake] iaitu sesuatu keadaan lebih mudah, lebih pantas, lebih selamat, lebih berkualiti, lebih berkesan, lebih menjimatkan masa, tenaga, wang….lebih baik. Menguji sesuatu teknik, peralatan dan konsep untuk mencari dan mendapatkan pintas budaya. Kewujudan keadaan pintas budaya ini dapat membantu menyelesaikan penyekat, hindar kitaran dan mendorong wujud keinginan melakukan perkara-perkara yang diredhai oleh Allah serta membantu mengurangkan atau menghapuskan ingatan jahat yang menggoda setiap saat.

Sesuatu keadaan kitaran yang terputus, yang memberi tambahan  terhadap sesuatu kitaran yang  diistilahkan sebagai Putus Tambah Nilai [sama ada nilai baik atau buruk]. Contohnya, kitaran buruk iaitu keadaan menyanyi semasa dalam bilik air terputus kerana suaranya sudah tiada merdu lagi. Kitaran ini menambahkan masa dia bersedia pergi belajar, hadir ke kelas tanpa lewat. Biasanya dia nyaris lewat tetapi dengan terputus kitaran buruk ini, dia selalu lebih awal datang ke kelas. Contoh putus tambah nilai buruk pula ialah disebabkan dia selalu lebih awal datang ke kelas, dia asyik berbual kosong dengan orang yang bukan muhrim dan makan dengan girlfriend dia padahal ini budaya haram. Putus Hapus Kitaran iaitu keadaan putus atau terputus sesuatu kitaran yang menghapuskan kitaran lain yang buruk atau baik. Tentu ini dapat mempengaruhi kitaran lain yang masih wujud. Contohnya, bila kitaran rajin bersolat fardu sudah tiada, maka kitaran buat amalan sunat selepas solat juga tiada. Contoh putus hapus kitaran yang buruk pula ialah bila kitaran malas bersolat sudah hapus, dia kembali ada kitaran buat amalan sunat selepas solat.

LIHAT JUGA AKJIZA. ATAU KLIK DI SINI.

Peramal kitaran ialah sesuatu yang digunakan untuk cuba mengesan dan menilai kitaran seseorang. Dalam bidang psikologi , barangkali hal ini banyak wujud. Contoh peramal kitaran ialah:

Mentafsirkan gaya perlakuan seperti keadaan wajah, tarikan nafas, gaya bercakap, gaya duduk, gaya berjalan,  gaya berdiri, cara bergurau, gaya tidur dan lain-lain. Gaya ini tidak semestinya benar kerana seseorang itu mungkin berpura-pura bergaya begitu atau berlakon sahaja kerana tujuan tertentu atau itu memang kali pertama dia bergaya begitu kerana hendak mencuba. Contohnya, orang yang selalu tidur selepas  makan, mungkin tanda malas. Mungkin juga tidak, justeru, lebih baik meletakkan keadaan di antara pasti dan tidak pasti menganggap jenis peramal kitaran begini tidak diketahui kebenarannya supaya tidak buruk sangka. Buruk sangka itu berdosa. Hal ini dapat mendorong lahir fitnah.

Mentafsir gaya ini , mungkin dengan  istilah telepati iaitu perpindahan apa yang difikirkan oleh seseorang kepada seseorang yang lain yang berjauhan. Contoh yang menggambarkan maksud telepati?=[?]–>  Ali melihat Ahmad seolah-0lah menyembunyikan sesuatu rahsia kerana cara dia berkata dan melihat Ali seperti takut. Kemudian Ahmad pergi jauh meninggalkan Ali. Di rumah Ahmad berfikir seperti apa yang mungkin difikirkan oleh Ali, seolah-olah Ali memindahkan fikirannya kepada Ahmad, seperti berlaku satu perhubungan kerohanian dari jauh di antara kedua-duanya. Telepati ini juga tidak semestinya wujud atau betul.

Kitaran GAYA ialah kitaran wajah [seperti cara seseorang biasanya berkata, keadaan kebiasaan berdirinya, keadaan nada percakapan, gerakan otot muka, cara senyum, cara ketawa], kitaran berjalan [cara berjalan], kitaran berpakaian [cara berpakaian], kitaran duduk [cara duduk], kitaran baring , kitaran tidur dan kitaran marah.

Alamat Kitaran ialah sesuatu perkembangan kitaran yang menjadi tanda akan terjadi kitaran, sama ada tanda biasa atau tidak. Contohnya, seseorang itu biasanya melihat imej haram [seperti imej lucah di internet, pendedahan aurat] dan video haram ditonton [seperti video lucah] setiap 2 minggu sekali. Jadi, jika kali terakhir dia melihat semua itu ialah pada 14 Disember 2013, besar kemungkinan dia akan menonton hal gila itu semula pada 28 Disember 2013. Alamat kitaran boleh digunakan untuk menilai prestasi keimanan atau prestasi kitaran yang baik atau menilai sejauh mana kekuatan kitaran baik dan jahat yang menguasai seseorang. Alamat kitaran dapat digunakan untuk menilai sama ada sesuatu strategi penentangan nafsu jahat itu baik, berkesan, lebih baik atau tidak baik atau kurang berkesan.I

Iasa eka jara: Ialah satu istilah dalam teori kitaran personality yang dirahsiakan oleh saya . Ia berkaitan peramal kitaran & alamat kitaran. Iasa eka jara berasal daripada ayat Biasa meneka sejarah.

Bukuan Otomatik ialah juga istilah yang dirahsiakan maksudnya. Tujuan rahsia ini untuk mengelakkan terjadi jenayah dan salahguna kuasa. Tindakan automatic ini terjadi apabila satu keadaan …… dilakukan dengan cepat atau dengan kepekaan yang mengelakkan kepekaan lain.

Saya tidak tahu siapa pengasas ilmu psikologi atau penambah-penambah teori dan istilah dalam psikologi atau kaunseling. Harap mereka bukan musuh ISLAM atau pengamal zionisme. Jika demikian, tidak mustahil jika mereka menyerapkan racun “Destroy With” Ke dalam bidang psikologi dan kaunseling. Bagaimana mereka menghasilkan teori dan pendapat itu? Dengan menyoal pesakit jiwa lalu mencatatkan sesuatu? Kemudian mencadangkan cara pencegahan dan rawatan? KEMUDIAN mendengar tindakbalas pesakit iaitu pendapat pesakit dan pencatat mencatat yang itu pula? Hasil kajian begini tidak semestinya tepat atau benar. Pesakit mungkin terlupa sesuatu yang penting untuk diperkatakan atau tidak terfikirkannya atau mungkin juga berbohong. Lebih bahaya lagi kerana ada dikatakan gerakan pembunuh kemanusiaan menyerapkan kandungan teks atau intipati ilmu psikologi yang salah, tidak boleh jadi intipati ilmu tersebut. Seperti gerakan Zionis?

Sesetengah tanda sakit jiwa yang dikatakan atau mungkin ada dalam bidang berkaitan kaunseling atau psikologi tidak boleh digunakan sepenuhnya kerana tidak semestinya tepat atau benar. Contohnya, jika dikatakan seseorang yang gemar bersendirian itu sakit jiwa atau bersendirian itu akan mengakibatkan sakit jiwa, belum tentu benar kerana mungkin orang itu sebenarnya suka beruzlah, kerana Allah sebagai ibadat. Bahkan uzlah itu menenangkan fikiran dan jiwanya dan menghasilkan ilham. Begitu juga jika seseorang itu seperti tiada nafsu berkahwin, belum tentu bermakna dia gila atau kurang waras kerana sebab-sebab dia enggan berkahwin mungkin menasabah untuk keadaan diri dia itu. Atau dia lebih baik hidup membujang daripada berkahwin kerana keadaan dia.

Jika hendak menilai seseorang dengan lebih tepat, gunakan ilmu kesufian atau tarekat. Kalau ini kita tahu, tak perlu bersusah-payah untuk cari dan menilai siapakah yang boleh jadi jodoh yang baik. Ilmu kesufian atau tarekat ialah ilmu terbaik sampai kiamat yang dapat menilai manusia dengan cara tepat dan paling benar.

Sesetengah manusia menilai keperibadian diri sendiri dan orang lain berdasarkan horoskop. Ini ialah ajaran karut, bidaah sesat dan tidak boleh menilai manusia berdasarkan horoskop kerana ini merosakkan akidah dan dapat menyebabkan MURTAD!!

Ada masanya apa yang disoal oleh pakar kaunseling dan psikologi itu pelik, Nampak seperti karut, melucukan, tidak berguna. Contohnya, ditanya, adakah anda selalu merasa bibir anda kering? Adakah pesakit mental dan pesakit jiwa selalu merasa bibirnya kering hingga ada yang koyak kulit bibir? Bagaimana tentang orang yang hidup miskin, nak beli minuman pun susah, nak mandi pun susah, tak mampu beli air atau bayar bil air hingga menyebabkan bibir dia selalu kering? Adakah si miskin itu ada masalah psikologi atau sakit otak atau sakit jiwa kerana bibirnya kering? Inilah contoh pertanyaan yang dibuat oleh sebuah kolej komuniti dan staf kolej dikehendaki mengisi borang pertanyaan yang mengandungi pelbagai pertanyaan seperti adakah anda selalu merasa bibir anda selalu kering?

Kaunseling atau psikologi tidak semestinya betul teori atau pendapat jurukaunseling atau pakar psikologi itu. Malah tidak semestinya kaunseling dan psikologi dapat membantu menyelesaikan masalah pesakit jiwa, terutama jika yang mencipta ilmu kaunseling dan psikologi itu ialah orang kafir. Dalam al-Quran dijelaskan bahawa manusia tidak diberi pengetahuan tentang ruh kecuali sedikit. Psikologi ada kaitan dengan ruh. Ilmu yang paling tahu tentang ruh ialah ilmu tasauf tarekat, kesufian. Orang kafir yang mencipta psikologi ini tentu tidak akan percaya konsep ruh ISLAM? Ubat penenang jiwa mungkin terpaksa digunakan.

Ini kisah benar :

Seorang jutawan mendapatkan khidmat seorang manusia untuk menyembuhkan penyakit gila isteri dia. Orang itu Berjaya menyembuhkan. Tiada pakar sakit jiwa atau doctor hospital sakit jiwa yang Berjaya menyembuhkan penyakit gila isteri beliau. Sesetengah kes,  MUNGKIN hanya pesakit jiwa yang lebih tahu cara untuk menyembuhkan dan menyelesaikan masalah jiwanya, bukan orang yang jadi pakar kaunseling itu yang lebih tahu. Malah, cara pesakit jiwa itu menghapuskan kitaran gila itu mungkin ANEH.

Jika saraf bermasalah dan kekurangan hormone sebagai salah-satu punca otak kurang waras atau sakit jiwa, kemudian saraf itu disembuhkan dan hormon ditambah, belum tentu pesakit sembuh kerana ruh kalbunya penuh dengan titik hitam [dosa]. Titik hitam inilah juga yang mungkin menyebabkan datang penyakit gila. Justeru, doa, ayat suci, kaedah rawatan cara ISLAM juga diperlukan. Malah dengan kaedah Islam, insya-Allah sembuh. Seperti orang yang hysteria, dirasuki jin. Orang yang jadi gila kerana mengamalkan ilmu sesat atau sihir. Sihir yang menyebabkan datang penyakit gila?

Apa pula syndrome down? Ini seperti terencat akal. Tetapi ini tidak dianggap gila. Ini masalah kecacatan daya ingatan? Seperti penyakit Alzheimer, penyakit lupa atau seperti nyanyuk, biasanya berlaku kepada orang tua. Ada sumber yang menyatakan penyakit jiwa ringan ialah yang ada perkataan selepas perkataan gila seperti gila menyanyi, gila bersolek, gila berlakon, gila berhias, gila melaram, gila tunjuk kuat, gila berpidato, gila memerintah [dictator], gila mengkritik, gila baca buku, gila wang, gila pangkat dan lain-lain. Bila sakit jiwa ringan itu jadi parah, itulah dikatakan sebagai orang gila.

Pada pendapat saya, gila itu dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

Gila menurut tafsiran ilmu dunia

Gila menurut tafsiran agama Islam

Contoh gila menurut tafsiran ilmu dunia ialah yang ditafsirkan oleh pakar sakit jiwa atau doctor atau saintis yang mengkaji penyakit ini. Contoh gila menurut tafsiran agama Islam ialah dosa yang mempengaruhi mental dan jiwa atau personality. Memang dosa dapat menyebabkan gila. Bahkan, kalau tak jadi gila seperti yang ditafsirkan dari segi keduniaan atau ilmu dunia, mereka dianggap gila juga [kalau mengikut tafsiran ini, hampir semua atau semua manusia dianggap orang gila kerana jika memakai tafsiran ini, orang yang tak gila ialah orang yang bermaqam mulhamah, mutmainnah, rhadiah, mardiyyah dan maqam kamil. Selain daripada mereka itu ialah orang gila]. Salah-satu bukti kuatnya ialah jika ada orang hendak membunuh diri dengan menjatuhkan diri ke gaung, dari segi ilmu dunia, orang itu dianggap ada masalah jiwa, masalah psikologi atau pun gila tetapi melakukan dosa itu ialah umpama orang yang hendak menghumbankan dirinya ke gaung neraka padahal gaung ini lebih merbahaya daripada gaung dunia. Jadi, tentulah orang berdosa itu patut dianggap gila atau lebih patut dianggap lebih gila.

Kalau mengikut tafsiran di atas, kelihatan semua manusia di dunia termasuk saya, tidak terlepas dari kategori “ORANG GILA!!”

Kitaran orang gila? Orang gila itu, pada pendapat saya, dapat dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu:

1=Gila, tidak dapat berfikir waras sedikit pun. Apa yang dia lakukan ibarat bayi, mengikut rasa dan dorongan nafsunya semata-mata. Mereka tidak memahami apa yang diperkatakan oleh manusia yang waras.

2=Gila yang masih dapat berfikir bagi sesetengah keadaan atau perkara. Contohnya orang gila itu faham sesetengah percakapan, tetapi tidak faham sesetengah percakapan. Sesetengah perbuatannya betul, sesetengahnya tidak waras. Contohnya ialah saya pernah berjumpa dengan orang gila yang suka berkata dalam bahasa English. Orang gila ini meminta wang kepada saya. Saya kata jangan hisap rokok. Dia kata dia tidak hendak hisap rokok. Orang gila ini pandai menghisap rokok.

3=Gila kategori ketiga. Yang ini selalunya hanya dianggap sebagai sakit jiwa. Mungkin juga mereka pesakit mental. Mereka ini mungkin golongan professional, menjadi pemimpin Negara, malah mungkin seorang ulamak. Mungkin orang miskin, papa-kedana. Pernah saya pergi ke sebuah kedai runcit india. Wanita india yang bekerja di kaunter bayaran enggan memberi wang baki bayaran kepada saya. Bila saya berkata tentang itu, dia hanya diam melihat saya. Inilah contoh orang gila kategori ke 3, wanita itu. Kemudian datang seorang lelaki, yang mungkin pemilik kedai tetapi sudah tentu bekerja di kedai ini. Wanita itu berkata sesuatu kepada lelaki itu, begitu juga lelaki itu berkata kepada wanita itu dalam bahasa orang india. Lelaki itu berkata memang betul perbuatan wanita itu. Saya meminta mereka tunggu saya sebab saya hendak ke balai polis. Barang yang saya beli , saya tinggalkan atas meja kaunter bayaran. Saya buat aduan di balai polis. Seorang polis ingin pergi ke kedai runcit itu untuk menyelesaikan masalah ini. Saya tunggu di balai polis. Polis itu datang ke balai polis dengan membawa barang yang saya beli dan wang baki bayaran yang secukupnya. Kata polis itu, wanita itu kata dia tersilap . Ini bukan kesilapan, Sebab wanita itu melihat jumlah wang yang saya berikan untuk membeli. BAHKAN jumlah baki bayaran yang perlu diberikan adalah banyak . Mustahil dia silap kira. Mustahil juga saya tidak kira wang saya dengan berhati-hati  agar tidak silap sebelum membeli .ORANG GILA ADA DI MANA-MANA SAHAJA. ORANG TAK GILA PULA , BILA-BILA MASA MUNGKIN JADI GILA, SAMA ADA GILA SEMENTARA ATAU GILA “KEKAL”. Dan tak mustahil orang yang dah sembuh penyakit gilanya , bila-bila masa jadi GILA SEMULA!!!

Ada pula keadaan seperti gila tetapi tidak boleh dikatakan sakit jiwa, sakit mental atau gila . Contohnya ialah orang yang sedang fana atau wahdatul-wujud hingga menyebabkan dia terlatah. Atau pun orang yang terpaksa melakukan kitaran berjarang atau aneh, yang sebenarnya menasabah bagi dirinya dan memang menasabah tetapi orang lain tidak mengerti hakikat ATAU  RAHSIA DI SEBALIK kejadian itu. Contohnya, seseorang yang selalu menentang dasar dan peraturan sesebuah organisasi atau sesebuah budaya atau sesebuah kerajaan yang dianggapnya sesat. Jadi, disebabkan itu, dia Nampak aneh lalu dituduh gila, bodoh dan lain-lain. Tidak mahu bergaul. Tidak mahu bercakap melainkan bila perlu. Tidak mahu memegang jawatankuasa kerana selalu ada aktiviti haram seperti berikhtilat, bersufur, bertabaruj. Tidak mahu makan-minum sesuatu hidangan percuma kerana dia merasa syubhat. Bila syubhat, tak yakin halal, maka haram dimakan dan diminum. Maka , dia sanggup atau terpaksa balik ke rumah waktu rehat. Bersolat juga di rumah. Selepas itu baru kembali ke jabatannya untuk bekerja. Tetapi tidak masuk ke bilik jabatan sebab ada orang menghisap rokok dan orang bukan muhrim. Tidak mahu pakai kasut pejabat, melainkan kasut murah, yang berharga berbelas ringgit atau beberapa puluh ringgit sahaja [murah] sebab dia ada varikos. Kasut seperti itu lebih selesa untuk pesakit varikos terutama bila memandu kereta.

Malah dia tidak berstokin, tiada pakai tanda nama, baju jenis keluar daripada seluar, seluar dari jenis tali cerut [tidak perlu pakai tali pinggang] bila bekerja di jabatan kerajaan. Kakitangan lain tentu melihat dia pelik dan melanggar peraturan. Maka dia dianggap gila, bodoh, bermasalah psikologi. Namun , nak tahu apa sebab dia begitu? Ini contoh sebab dia berkitaran personality begitu:

1=Allah melihat hati, bukan pada luaran. Tambahan pula baju itu telah menutup aurat dia [lelaki]. Malah baju dia bukan labuh sangat hingga kelihatan tidak kemas. Baju dia tak berkolar. Itu bukan haram di dalam agama Islam. Bukan mengganggu ketenangan sesiapa. Apa salah begitu? Rambut dia tak sikat sebab jenis kerinting. Buat gaya apapun, Nampak begitu. Bukan panjang sangat pun, macam Pontianak. Tak pakai stokin tidak menghalangi dia bekerja dengan rajin dan selesa. Malah kulit kaki yang tidak ditutupi oleh stokin itu lebih dapat oksigen dan bernafas dengan baik. Kalau wali Allah, tidak pakai kasut, berkaki ayam sahaja. Allah redha wali Allah yang berkaki ayam. Siapa ketua jabatan yang menetapkan PERATURAN pakai kasut jika pergi pejabat, jika hendak dibandingkan dia dengan Allah?

2=Dia selalu bekerja di luar waktu bertugas, sebab jabatan dia itu hanya kotor bila ada pelajar masuk buat kotor dengan buat kerja praktikal dari pagi sampai jam 5 petang. Jadi, bagaimana dia hendak buat kerja? Kalau dia masuk mencuci pun, tak berbaloi, sebab pelajar sedang mengotorkan selagi tak berhenti belajar praktikal itu. Bila cuci, akan segera kotor sebab pelajar MASIH ada. Jadi,  lebih baik tak cuci. Terpaksa buat selepas jam 5 petang. Tetapi pensyarah-pensyarah dan staf jabatan lain anggap dia tak betul, gila, malas, mengkritik dia dalam mesyuarat dan ketua jabatan  yang bodoh sombong, terus memarahi orang yang dituduhi itu dengan memukul-mukul dada [ibarat gorilla dan king kong yang sombong mengamuk] sambil berkata Aku menilai kamu, kamu duduk dalam kereta, tak masuk pejabat, berdosa jika aku tak suruh kamu masuk pejabat buat kerja. Memarahi depan orang ramai, pelajar dan…. biadab dan sombong bodoh ketua jabatan itu. Bila yang duduk dalam kereta itu hendak beritahu sebab, si ketua asyik kata, tak nak dengar alasan. Kata siketua , dah selalu perhatikan dia duduk dalam kereta sejak dahulu. Ini contoh penjelasan yang si ketua enggan dengar kerana mata dia itu hakim dan pendengaran dia terhadap apa yang orang kata itu tentang yang duduk dalam kereta itu telah cukup jadi saksi. Kalau dalam mahkamah, orang yang dituduhi tidak dibenarkan bela diri, adilkah? Kalau begini, umpama jadi tahanan ISA. Malah si ketua bodoh sombong itu mengugut ambil foto , hendak tangkap gambar orang yang duduk selalu dalam kereta itu.Nak sebarkan foto ke internet! Ini ialah tindakan menyebarkan fitnah dan salah-faham. Alangkah besar dosa si ketua itu jika begitu. Ini contoh penjelasan simangsa tuduhan [anggap nama dia ialah Salih]:

Aku duduk dalam kereta sebab pelajar berjam-jam dalam makmal atau sepanjang masa dalam makmal hingga jam 5 petang. Jadi, kerja mencuci terpaksa dibuat selepas jam 5 petang. Kerja lain Aku dah selesaikan atau itu bukan kerja Aku.

Aku duduk dalam kereta, tetapi kerja Aku  selalu selesai sebelum balik ke rumah. Dalam kereta, tidak salah aku buat hal yang tidak buang masa seperti membaca buku.

Aku enggan duduk dalam bilik yang ada orang hisap rokok dan orang bukan muhrim. Lagi pun mereka itu pensyarah. Bilik itu hanya sesuai untuk jadi bilik pensyarah dan stor. Tak sesuai pun dipisahkan dengan dibuat dinding untuk dijadikan bilik khas Aku.

Aku tiada bilik yang sesuai dan khas untuk Aku, jadi keretaku ialah yang paling sesuai

Bukan aku tidak memantau sedikitpun keadaan makmal

Kalau hendak menilai orang, gunakan dan perhatikan semua kaedah Di Persimpangan Kutub, lihat prinsip DPK dan siratan DPK!! Versi 51% dan versi 52-75%!! SEE ALSO AWALAJABIA OR CLICK :

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2014/12/20/one-more-secret-awalajabia-in-kitaran-personaliti-theory/

REFERENCE:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/category/whenthesnowdropagain/

 *************************

APAKAH WABAK 1985?

=================

Ini  ialah satu kitaran personality yang semakin ramai dijangkiti penyakit jiwa ini sejak tahun 1985 sehingga sekarang. Orang yang kelihatan mendapat penyakit ini dapat dibahagikan dengan pelbagai keadaan ini:

1=Pesakit Sebenar Wabak 1985

2=Pesakit Bukan Sebenar Wabak  1985: Mereka ini ialah seperti orang yang percaya bahawa orang yang dituduhi sebagai gila atau gila-gila atau bodoh, atau sakit mental, jiwa atau bermasalah psikologi itu memang begitu atau kurang percaya atau tidak percaya tetapi mereka memperlihatkan kitaran wabak 1985 sebagai kitaran mereka.

Pesakit sebenar WABAK 1985 ialah orang yang ada kitaran personality memperkatakan secara lisan atau/dan isyarat seperti isyarat tangan bahawa orang yang diperkatakan itu gila, bodoh, sakit mental, cacat, bermasalah psikologi atau lain-lain tetapi lebih kerap apa yang diperkatakan ialah yang bermaksud gila dan lain-lain itu iaitu memperkatakan kepada orang lain tetapi di hadapan atau dengan diketahui oleh orang yang diperkatakan begitu atau tanpa melalui orang lain seperti pesakit itu berkata dan menjerit kepada orang yang jadi mangsa tuduhan atau mangsa lisan buruk dan isyarat tidak baik yang ditunjukkan kepada mangsa tuduhan  itu yang melihat pesakit atau mengetahui tentang perbuatan pesakit itu kepadanya. Mangsa pesakit 1985 atau mangsa pesakit wabak 1985 . Lihat juga aTaara.

Kenapa kitaran ini yang pada mulanya dianggap jarang berlaku , kemudian terjadi selalu, di mana-mana, bila-bila masa, oleh pelbagai orang termasuk golongan professional, penjawat awam, orang kaya, miskin, papa-kedana, berpangkat tinggi dan rendah, pemimpin atau VIP atau bukan dan lain-lain?

Pada pendapat saya, masalah jiwa, hati kotor dengan dosa, buruk sangka, permainan gurauan dalam bentuk tindakan wabak 1985 adalah contoh sebab atau factor kelahiran penyakit jiwa wabak 1985 atau penyakit jiwa 1985.

Pesakit akan lebih memangsai mangsanya jika kononnya mereka ada bukti bahawa mangsanya memang gila dan sebagainya. Tindakan kitaran pesakit 1985 ini seolah-olah juga bertujuan untuk menunjukkan hal-hal seperti berikut:

1=Bahawa dunia ini tidak adil. Sistem yang kejam, membuatKU menuduh dan mengatakan ramai yang telah jadi gila kerana system dan konsep serta budaya yang kejam dan tidak menasabah.

2=Bahawa aku ada masalah seperti masalah wang, dengarkanlah rasa marahku seperti lisan burukku sebagai tanda aku meminta bantuan terhadap masalah dalam hidupku

Tidak mustahil factor wabak 1985 termasuklah hal-hal seperti berikut:

1=makan-minum yang haram

2=kejahilan

3=Ada kitaran buruk dalam kitaran personalitinya. Lihat juga DOTISEMA. Atau klik:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/02/22/dotisema-the-big-problem-that-block-your-life-potential-in-kitaran-personaliti-theory/

4=Bermasalah psikologi

5=Sakit jiwa parah

6=Konsep, system, teks, peraturan, perlembagaan, perundangan , akta, ordinan yang diserang oleh racun ‘destroy with’

7=Penyakit cinta dunia dan takut mati

8=kepercayaan karut, sesat, adat yang haram, moral yang salah, budaya yang “merimaskan” dan “menyiksa”

9=Sesuatu organisasi, unit, jabatan, kementerian, persatuan, sesebuah keluarga dan lain-lain dipimpin oleh orang yang tidak layak memimpin sebab bukan ulamak Di Persimpangan Kutub. Hanya ulamak-ulamak DPK layak menjadi pemimpin-pemimpin sebenar dalam dunia , dalam segala hal. Merekalah pemimpin sebenar dunia sehingga datang atau sehingga wujud golongan “76-100%”. Tidak tertegak khilafiah menyebabkan dunia ditimpa penyakit gila, sakit jiwa, kekejaman dan lain-lain. Wabak I Key lamp adD juga dapat menjadi factor merebak wabak 1985

Kerap terjadi serangan lisan buruk ini ditujukan kepada orang yang tidak dikenali, yang baru dikenali dan juga kepada orang yang dikenali atau rakan sendiri . Seperti jadi gurauan jahat yang diterima sebagai budaya. Hal ini mestilah diperangi. Hapuskan wabak ini. Contoh serangan secara lisan ialah:

Mengucapkan perkataan seperti “kau ngong[ maksudnya bingung], tong cat [maksudnya kau terencat akal atau mungkin maksudnya kau cacat mental atau cacat jasmani], gila, sewel, mereng, nget [maksudnya otak kau senget], bodoh, ok [maksudnya kau lembu jantan atau kau lembu atau kau bodoh macam lembu sebab perkataaan English ox itu mungkin dibunyikan sebagai ok].

Mangsa mungkin dijangkiti penyakit wabak ini sebab pada mulanya untuk menafikan tuduhan [dengan dia membalas apa yang dikatakan orang yang menuduh dia iaitu mangsa pun menyebut lisan yang buruk itu, ditujukan kepada pesakit 1985] tetapi disebabkan selalu terjadi begitu, mangsa pun dijangkiti wabak ini. Tetapi sesetengah mangsa melakukan sebagai tindakbalas, sebagai tanda beladiri, penafian dan amar makruf nahi mungkar, dan bukan kerana dijangkiti wabak ini. Tetapi orang ramai yang melihat tindakbalas ini [terutama kerana pesakit memberitahu orang ramai itu bahawa tindakbalas mangsa itu memang bukti mangsa itu gila dan pesakit tidak mahu memberitahu orang ramai bahawa sebenarnya tindakbalas itu kerana tindakan pesakit mengeluarkan kata-kata yang tidak baik kepada mangsa] mungkin menganggap mangsa dijangkiti penyakit jiwa.

NOTA: Bukan pesakit sebenar 1985 tidak mustahil akhirnya menjadi pesakit sebenar jika tidak mencari jalan mengawal lidahnya atau lisannya serta gerak lainnya. Mangsa mungkin bertindakbalas secara berlebihan sehingga kelihatan mangsa pun dijangkiti wabak 1985 walaupun sebenarnya tidak, bukan akhlaknya atau kebiasaannya. Ada masanya,  perkataan yang diucapkan oleh mangsa berbeza daripada yang diucapkan oleh pesakit 1985, malah keterlaluan.

 

LIHAT JUGA LUST TWIN & PERSONALITY SPLASH.  ATAU KLIK:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/02/09/the-secret-of-lust-twin-personality-splash-in-kitaran-personaliti-theory-at-when-the-snow-drop-again/

 

See Alpaibaka also!

See few information about pembunuhan Dotisema at Islam Sebenar @ Real Islam At Di Persimpangan Kutub 51% WHICH ALSO BECOME ONE CONTENT FOR KITARAN PERSONALITI.

SEKIAN PENYELIDIKAN KITARAN PERSONALITI MELAINKAN JIKA ADA EDITAN.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s