SIFAT ASAS DPK ialah uzlah,pengharapan baik dan cinta kebenaran. Orang yang beruzlah kerana berharap yang baik dan cinta kebenaran. Mencintai kebenaran mendorong berharap yang baik .
Beruzlah itu mendorong lahir sifat bermuhasabah. Ini umpama salah-satu cabang sifat yang tumbuh dari sifat pokok (asas) tadi. Bermuhasabah itu pula mendorong lahir sifat takwa, penyesalan, rasa berdosa, benci kejahatan, berazam yang baik . Sifat-sifat ini ialah contoh rantingnya.
Keinsafan yang lahir dari kesedaran dan taubat nasuha membentuk keperibadian baru yang baik. Mencintai kebenaran mendorong manusia bersifat penyiasat, berhati-hati dan beriffah. Keberhati-hatian ini mendorong lahir sifat warak seperti tidak suka hal makruh, tidak suka melakukan perkara yang dihukumkan sebagai SYUBHAT.
Contoh senarai sifat baik:
1=Ikhlas
2=Zahid
3=Kanaah. Kanaah mendorong lahir sifat zahid.
4=Amar makruf nahi mungkar
5= Tidak suka kemahsyuran
6=Tidak suka dipuji-puja.
7=Tidak suka bermegah-megah.
8=Redha terhadap nasib
9= Tepati janji
10= Amanah
11= Bercakap benar. Ini contoh cabang dari mencintai kebenaran.
12= Teliti dan mengamati. Ini ialah contoh ranting dari cabang “bercakap benar”
13=Menutup aurat
14=Tidak melihat yang haram, tidak mendengar yang haram
15=Makan-minum yang halal. Ini juga cabang atau ranting dari pengharapan yang baik. Sebab, apa yang dimakan dan diminum mempengaruhi ruh kalbu. Jika haram benda yang dimakan dan diminum, maka hati manusia itu jadi gemar bermaksiat dan bersifat malas.
16=Rajin berusaha. Bertawakal. Ada yang menyatakan tawakal harus dengan usaha yang sesuai , yang biasa. Bagaimana pula jika ada kaedah luarbiasa untuk dilakukan dalam tawakal? Kaedah itu mungkin telah terbukti berkesan.
17=Tidak bergurau berlebihan dan tidak bergurau secara haram. Gurauan yang dilakukan oleh nabi Muhammad mengandungi kebenaran. Contohnya, pernah nabi Muhammad berkata kepada seorang wanita tua bahawa orang tua tidak masuk ke syurga. Wanita itu menangis tetapi ketawa pula bila nabi mengatakan yang dimaksudkan dengan orang tua tidak masuk ke syurga ialah kerana sesiapa juga yang Berjaya masuk ke syurga, akan dijadikan muda oleh Tuhan. Ada pendapat mengatakan umur penghuni syurga seperti tiga puluh tahun. Seseorang manusia yang hodoh ketika di dunia, bila Berjaya masuk syurga, wajahnya jadi yang paling cantik berseri-seri. Ada ustaz yang mengatakan wajah bukan berubah menjadi wajah lain, tetapi wajahnya seperti wajahnya ketika di dunia tetapi wajahnya di akhirat itu ialah yang paling cantik berseri-seri.
18=Tidak menangguh-nangguh solat. Bila waktu solat telah masuk, wajib bersegera solat. Amat buruk akibat melambat-lambatkan solat fardu.
19=Tidak mengadu domba. Kalau saya masih ingat, maksud mengadu domba ialah seperti contoh ini: Ali berjumpa dengan Abu. Ali kata si Bakar telah mengumpat Abu. Kemudian Ali berjumpa pula dengan Bakar, menyatakan ABU telah melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap Bakar. Walaupun apa yang dikatakan Ali, semua betul tetapi Ali berniat untuk melaga-lagakan ABU dengan Bakar kerana Ali berdendam kepada salah-seorang daripada mereka atau berdendam kepada kedua=duanya. Ali mempunyai sifat suka mengadu domba. Saya harap maksud mengadu domba ini betul. Jika salah. sila beritahu saya, supaya saya mengeditnya untuk membetulkan tafsirannya.
20= Ghibtah (kalau tak silap ejaan). Ghibtah ialah dengki dari jenis yang halal. Dengki yang halal. Ghibtah mungkin didorongi oleh sifat pengharapan yang baik. Orang yang ghibtah mengharapkan dirinya ada nikmat seperti orang yang dia dengkikan atau ada nikmat yang lebih baik tetapi dia berharap juga agar orang yang dia dengki itu terus berada dalam kenikmatan itu sebab dia suka orang lain diberikan kenikmatan juga.
21=Tidak merasa kagum terhadap diri sendiri. Hal kagum ini ialah salah-satu sebab pahala tidak dapat menembusi langit ke 7.
22=Tidak takbur atau sombong
23=Tidak panas-baran
24= Mencintai dan menjaga kebersihan diri, alat dan tempat
25= Tidak membiarkan diri dalam keadaan berhadas besar
26= Menunaikan hak seseorang
27= Meninggalkan perkara yang bukan menjadi kepentingannya
28= Tidak mengumpat, tidak menghina
29= Membayar hutang dengan segera. Tidak baik sengaja melambat-lambatkan atau menangguh-nangguhkan pembayaran.
30= Memaafkan bila seseorang meminta maaf kepadanya
31= Mengenakan dan menjalankan hukuman berdasarkan al-quran dan hadis atau sunnah nabi
32= Membayar zakat
33= Mengerjakan haji bila mampu
34= Mengerjakan puasa fardu pada bulan Ramadan
35= Memperbaiki dan memperbetulkan bacaan bertajwid
36= Mengkhatamkan al-Quran
37= Mewaqafkan harta
38= Menasihati tentang kesabaran dan kebenaran
39= Sabar iaitu menahan diri daripada melakukan sesuatu yang tidak baik atau haram
40= Beringat-ingat terhadap nasihat dan kebenaran
41= khusyuk dalam solat
42= Membahagikan harta mengikut system faraid yang memang diwajibkan dalam ISLAM
43= Warak, takwa
44= Meninggalkan perkara subhat
45= Berbakti kepada ibu-bapa
46= Tidak berbuat khurafat, syirik
47= Tidak berzina
48= Tidak berkhalwat
49= Tidak bersufur dan bertabaruj di hadapan bukan muhrim
50= Tidak berjudi, tidak bertenung nasib
51= Tidak bersiul, tidak menyanyi (melainkan nyanyian memuji nabi dan Tuhan)
52= Tidak bergaul dengan orang yang bukan muhrim
53= Tidak menjadi saksi RIBA, jurutulis riba, pengamal riba
54= Tidak melukis yang diharamkan seperti gambar bernyawa
55= Tidak membazir
56= Menjauhi Rasuah
57= Tidak bersahabat dengan orang kafir dan orang ISLAM yang buruk budipekerti
58= Mempelajari ISLAM secara keseluruhan
59= Mengutamakan yang lebih penting, yang lebih wajib
60= Tidak menyentuh yang haram seperti wanita yang bukan muhrim
61= Tidak menghidu yang haram
62= Tidak bakhil
63= Tidak buruk siku
64= Tidak menyerupakan bentuk fizikal isteri dengan ibu isteri
65= Tidak meraikan perayaan agama lain
66= Tidak mencipta bidaah (yang haram)
67= Tidak buruk sangka. Berbaik sangka terhadap ALLAH S.W.T
68= Tidak berangan-angan panjang
69= Bersifat Ihsan iaitu memperbuat sesuatu sambil merasa Allah sedang memperhatikan
70= Berjihad Fisabilillah