4-6=ProsesDiAlamGHAIBbySinaranIffah

You Often Do THIS???

Artikel ini berkaitan alam malakut. Melainkan  Wali Allah atau yang dipilih Tuhan, manusia lain akan mula dianggap telah berada di alam akhirat bila telah mati. Ini ialah proses atau peringkat pertama iaitu berada di alam barzah atau alam kubur. Malaikat MUNGKAR DAN NANGKIR akan segera datang menyoal si mayat. Ada yang menyatakan wajah malaikat ini sangat menyeramkan. Dikatakan suaranya seperti petir atau guruh. Jika tidak dapat menjawab soalan atau salah memberi jawapan, mayat akan dipukul atau disiksa oleh malaikat-malaikat ini. Antara soalan malaikat ialah siapa Tuhan Kamu, siapa Imam KAMU, …….

Dikatakan bahawa jika mayat itu seorang yang soleh atau solehah, amalannya akan menjelma menjadi manusia yang cantik yang akan berada dekat mayat untuk mententeramkan hati si mayat semasa berhadapan dengan malaikat yang bertanya. Jika mayat itu orang berdosa, perbuatan buruknya semasa hidup di dunia dulu akan menjelma menjadi orang yang hodoh dan berdekatan dengan mayat.

Dikatakan antara cara mayat dalam kubur disiksa ialah seperti lubang kubur itu jadi sempit dan menghimpit mayat sehingga patah tulang mayat, ular yang menyiksanya kerana meninggalkan solat, dan lain-lain siksaan. Untuk orang yang mati dalam keadaan khusnul-khatimah pula, pelbagai kenikmatan dalam kubur akan dirasainya seperti dapat menjawab soalan malaikat, kuburnya dilapangkan dan lain-lain lagi.

Dikatakan, ada masanya, mayat akan menerima kedatangan malaikat yang membawa pahala untuk si mayat iaitu pahala yang diperbuat oleh keluarga si mayat , yang mewakili si mayat. Keluarganya yang masih hidup membuat amalan dan pahala itu disedekahkan untuk si mayat. Juga ada sumber yang mengatakan bahawa ada masanya mayat dalam kubur dapat mengetahui apa yang sedang terjadi kepada keluarganya yang masih hidup di dunia.

Juga dikatakan bahawa mayat akan dibangkitkan dari kubur pada hari kebangkitan berdasarkan amalannya ketika di dunia.

PROSES KEDUA atau berikutnya ialah bangkit dari kubur, menuju ke Padang Mahsyar yang terletak di antara syurga dan neraka iaitu setelah dunia KIAMAT [disambung pada 5.24pm 1 mac 2014= Kiamat ialah hari kehancuran alam nyata dan alam akhirat menjadi tempat tinggal yang baru. Alam akhirat ialah alam ghaib yang memang telah wujud sebelum manusia diciptakan]. Dalil ada hari kiamat dalam al-quran:

“Bila tiba masanya, tiupan nafirin menandakan kiamat dibunyikan masa itu berlaku kehancuran alam dengan pantas dan tiba goncangan itu berlaku dengan dahsyatnya, ibu yang menyusukan anak akan terlepas anak dari pangkuannya, yang sedang mengandung akan tergugur anak dari kandungannya, manusia seolah-olah mabuk, bukit dan gunung menjadi debu, bulan bintang di dalamnya musnah sama sekali.”

Contoh tanda awal akan berlaku kiamat: kaum wanita lebih ramai dari lelaki, urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya, peperangan berlaku di sana-sini, kegiatan maksiat berlaku berleluas, zina berlaku dengan meluas, pemerintah ialah orang yang tidak mementingkan agama dan penyebarannya, orang miskin akan jadi kaya dan membina banggunan tinggi, orang jahil bercakap tentang agama padahal ulamak diam sahaja, gempa bumi di merata-rata tempat, arak dan minuman yang memabukkan jadi kemegahan, negeri kecil disatukan. Contoh tanda akhir akan terjadi kiamat: lahir dajjal yang merosakkan agama (dajjal ialah gelaran kepada seorang manusia yang sangat buruk kelakuannya. Ada sumber mengatakan selepas ibu dajjal melahirkan dajjal, bayi tersebut (dajjal) sangat kerap tidur. Bila dewasa dajjal berperangai seperti iblis iaitu menggoda manusia agar menderhaka kepada Allah dan rasul), lahir yakjud dan makjud, matahari terbit dari sebelah barat, manusia jauhi agama, kedatangan imam Mahdi dan nabi Isa, terhapus al-Quran dari mushafnya].

Alam akhirat ialah alam pembalasan yang kekal . Bermula alam akhirat ialah dengan malaikat Israfil meniup sangkakala yang kedua dan manusia hidup semula.

Erti bangkit semula atau kebangkitan semula ialah semua manusia dihidupkan di akhirat untuk menghadapi pengadilan Allah. Mereka bangkit dari kubur masing-masing menuju ke padang Mahsyar. Ada sumber mengatakan bahawa nabi Muhammad memberitahu isteri beliau {Aishah r.a} bahawa manusia ke padang mahsyar dalam keadaan telanjang dan Aishah mengatakan ini memalukan. Ada sumber mengatakan orang yang tidak solat ketika di dunia, akan bangkit dari kubur dengan berupa babi hitam dan orang yang berzina akan berjalan dalam keadaan terbalik, kedua-dua kaki ke atas dan kepala ke bawah.

Di padang Mahsyarlah , perbuatan baik dan jahat manusia ketika di dunia dikira, ditimbang dengan neraca al-Mizan. Jika perbuatan buruk lebih berat atau lebih banyak, bermakna orang tersebut akan dimasukkan ke neraka. Jika sebaliknya, ke syurga. Jika baik dan buruk sama berat, orang itu akan diminta pergi ke satu tempat khas(GOLONGAN ini dinamakan sebagai ASHABUL – ARAAF). Berdasarkan satu sumber (maaf, saya tidak ingat nama sumber ini), mengatakan akhirnya mereka ke surga juga, tidak ke neraka. Lama masa di padang Mahsyar, adalah mengikut kadar amalan manusia di dunia. Orang yang soleh dan bertakwa kepada Allah, mereka merasa hanya sekejap sahaja. Sebaliknya, yang jahat, merasakan terlalu lama.

Para ulama berselisih pendapat tentang kebangkitan semula :

1=Satu golongan berpendapat kebangkitan hanya dengan roh

2=Satu golongan berpendapat kebangkitan semula dengan roh dan jasad. Pendapat ini menjadi pegangan kebanyakan umat Islam

Anggota badan manusia itu sendiri menjadi saksi semasa perbicaraan mahkamah di Padang Mahsyar.

Ada sumber yang mengatakan ada golongan soleh yang dikecualikan dari dihisab. Erti hisab ialah kiraan amalan di hadapan Allah atas segala perbuatan yang dilakukan di dunia.

Orang kafir dan jahat, ketika di padang mahsyar akan mengalami siksaan dan derita seperti matahari di dekatkan sejengkal di atas kepala mereka.

Erti syafaat: keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada rasul dan sesiapa yang dikehendaki untuk memberi pertolongan supaya meringankan azab di padang mahsyar atau pada hari akhirat untuk manusia (umatnya).

Ada sumber yang mengatakan wali Allah dikurniakan syafaat juga.

Bahagian syafaat: syafaat kubra dan syafaat sughra

Jenis syafaat:

1=Syafaat uzma iaitu untuk mempercepatkan kiraan(atau untuk meringankan penderitaan) di padang mahsyar

2=Syafaat untuk dimasukkan ke surga dengan tidak perlu dihisab

3=Syafaat untuk melepaskan golongan yang akan dimasukkan ke neraka, dimasukkan ke surga

4=syafaat untuk mengeluarkan orang-orang yang telah masuk neraka dari kalangan orang Islam untuk dimasukkan ke surga

5=Syafaat untuk menaikkan derjat dalam surga

Syafaat khusus kepada Nabi Muhammad:

1= Memohon supaya mempercepatkan kiraan di padang mahsyar

2=Memohon supaya dimasukkan ke surga tanpa dihisab

Cara hisab dilaksanakan:

Ada yang dilakukan dengan senang , ada yang susah. Kiraan itu dilakukan dengan adil dan halus, tiada amalan yang dapat disembunyikan . Semuanya jelas dan nyata dalam catatan, kemudian ditimbangkan.

Golongan yang mula-mula sekali dihisab ialah golongan ulamak, pejuang dan pembela agama Allah. Perkara yang mula dikira ialah ibadat sembahyang.

PROSES BERIKUTNYA IALAH DARI PADANG MAHSYAR, MANUSIA PERGI KE JAMBATAN TITIAN SIROTOL MUSTAQIM.

Malaikat Ridwan (kalau tak silap ejaan) membawa orang ke syurga. Malaikat Zabaniah membawa orang ke neraka.

TITIAN SIROTOL MUSTAKIM:

Ialah sebuah jambatan yang dijadikan oleh Allah di akhirat yang merentangi di atas neraka sebagai jalan ke syurga.

Ada sumber mengatakan:

Keadaan manusia berjalan di jambatan ini berdasarkan amalannya ketika di dunia. Ada yang dapat berjalan laju dan mudah seperti kilat, ada yang susah lalu terjatuh ke bawah ( terjatuh ke neraka). Yang susah itu ialah orang yang semasa hidup di dunia menderhakan kepada Allah dan RasulNya.

Pendapat ulamak mengenai Titian ini:

Tiada keterangan yang jelas mengenai hakikat titian ini tetapi mengikut pendapat sesetengah ulamak, titian ini lebih tajam dari mata pedang dan halus dari urat rambut.

Dalil adanya titian ini:

Mengikut satu riwayat, bahawa orang yang pertama melalui titian ini ialah nabi Muhammad dan ketika melaluinya baginda berdoa yang bererti: Ya Allah selamatkanlah

ERTI PAHALA DAN DOSA:

Pahala ialah balasan baik yang dikurniakan oleh Allah kepada orang yang beriman yang taat terhadap perintahNya dan membuat amalan baik.

Dosa ialah balasan jahat dari Allah untuk sesiapa yang melanggar perintahNya dan melakukan kejahatan

DALIL ADANYA PAHALA DAN DOSA:

“Barang siapa melakukan kebaikan walau sebesar atom, tetap akan dilihat dan sesiapa yang melakukan kejahatan walau sebesar atom, tetap akan dilihat”

Hukum Dosa Yang Diberikan Oleh Allah:

1= Yang dikenakan di dunia sahaja, seperti membayar dam dan kifarat

2= Yang dikenakan di akhirat sahaja dengan memasukkan orang yang bersalah ke dalam neraka seperti kesalahan mengumpat

3= Yang dikenakan di dunia dan di akhirat seperti mencuri dan berzina

SURGA DAN NERAKA

Surga, suatu taman yang indah penuh dengan kesenangan dan nikmat, mengalir anak sungai dari susu dan madu, pohon buah yang beraneka jenis dengan bidadari yang jelita berpakaian sutera dan emas, terdapat bilik tidur yang tersusun bantal yang indah dan pelbagai nikmat yang tidak terlintas di hati manusia. Contoh nama surga ialah an Naim, al Makwa, al Firdaus.

Neraka merupakan kawah yang besar, membakar badan dan tulang manusia, makanan dari batang berduri, minuman penghuni neraka pula ialah air yang mendidih. Setiap kali penghuni neraka mati kerana siksaan, segera dihidupkan semula untuk disiksa. Begitulah seterusnya mati, hidup semula, mati, hidup semula, tidak berhenti. Jadi, keadaan orang di neraka, tidak dapat dikatakan hidup dan tidak pula dapat dikatakan mati. Nama neraka ialah seperti neraka sair, neraka saqar dan Jahanam. Ada sumber yang mengatakan kolam hingus terdapat di neraka. Orang yang disiksa dimasukkan ke dalam kolam itu.

HAL BERIKUT INI IALAH TANDA AKHIR AKAN TERJADI KIAMAT:

1= KEDATANGAN IMAM MAHDI DAN NABI ISA. Ada sumber mengatakan bahawa Mahdi gagal membunuh Dajjal. Tetapi Nabi Isa Berjaya membunuh dajjal

2=Keluar asap tebal (kabus) selama 40 hari

3=Al-Quran hilang dari musyaf dan dari dada ulamak

4= Ulamak penghafal Quran akan mati sedikit demi sedikit

5= Kaabah runtuh

6=KELUAR BINATANG YANG BERCAKAP SEPERTI MANUSIA

 

 

 

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s