4-7=DPKbawaKerjaByLipur-lara….

Jeritan Seantero Dunia

Yang dimaksudkan DPK membawa kerja ialah perkara-perkara tersirat dan tindakan lanjut yang mesti dan harus dibuat untuk menjadi orang Di Persimpangan Kutub atau untuk menjayakan misi-misi DPK atau untuk mendapat sesuatu kejayaan yang dikaitkan dengan intipati versi DPK 51%.

CONTOHNYA?  Dikatakan bahawa kaedah pembelajaran kendiri yang berkualiti itu perlu ada dan jadi sensor kebenaran. Tetapi bagaimana? Maka, menjadi tanggungjawab dan jadi beban kerja anda untuk mencari jalan untuk menghasilkan kaedah pembelajaran kendiri yang berkualiti.

Belajar bersendirian itu bodoh? Bergurukan SYAITAN? Mari kita dengar perbualan Mat Kendiri dengan Mat Phd:

Mat Phd: Heiii kau , Kendiri, tak perlulah kau baca buku-buku tu. Buang masa. Bukan kau faham sangat pun. Kalau engkau rasa faham pun dah tentu sebab kau salah-faham. Guru kau cuma jin bodoh yang suka AUTA. Faham?!!!

Mat Kendiri: Aku sedarlah, aku cuma lulus SPM tapi kau tahu tak SPM itu ada makna lain boleh diberikan?

Mat Phd: Apa? Peliklah kau ni!

Mat Kendiri: SPM itu ialah Saya Pandai Menyelesaikan!!!

Mat Phd: Kau jangan buat april fool! Kaki aku naik nanti ke gigi jongang kau!!

Mat Kendiri: Aku bukan buat lawak MR.BEAN. Mr. Bean yang bodoh tu pun dah masuk ISLAM. Orang kafir lain yang ada Phd itu masih bodoh fasal ISLAM dan tak tahu siapa Tuhan sebenar. Tahu tak apa itu Phd?

Mat Phd: “Pandai hingga diangkat!!!!”

Mat Kendiri: Salah! Phd ialah Pandai hingga dungu sebab bila rasa dah pandai sangat, nasihat orang yang lebih rendah taraf akademik , tidak mahu diikuti sebab rasa dia sahaja yang sentiasa betul dan lebih pandai. Padahal ilmu di university itu telah bercampur antara hak dan batil, antara benar dan salah, tidak semua ilmu berkembang di university , tidak semua perkembangan akan dijadikan sumber teks atau rujukan , tidak semua yang dipelajari akan diingati, tidak semua yang diingati akan diamalkan, tidak semua yang diamalkan mendapat keberkatan, tidak semua keberkatan akan memberi kejayaan, tidak semua kejayaan akan memberi kebahagian, tidak semua kebahagiaan akan kekal. Namun, bila Tuhan mengkehendaki, seseorang yang cuma ada SPM pun, berkebolehan untuk mencari strategi pembelajaran bersendirian yang lebih berkualiti, dan dengannya dapat memahami istilah yang sukar, yang dengannya dapat membuat ikhtisar berkualiti, yang dengannya dapat mengingati lebih baik , yang dengannya dapat mengamalkannya dengan berkesan. Bukan tidak terjadi salah-faham bila berguru pun tetapi disebabkan seseorang itu rasa tidak salah-faham, maka dikatakannya “saya faham wahai guruku”. Bukan juga bermakna tiada buku yang dibaca bersendirian itu mempunyai gaya bahasa yang sangat mudah difahami seperti seolah-olah guru yang mengajar dengan bahasa yang paling mudah difahami dan paling mudah diiingati. Bukan bermakna tidak ada guru langsung dalam kaedah pendidikan tidak formal, dalam pendidikan kendiri seperti guru dalam bentuk VCD, CD, ONLINE melalui laptop persendirian dan lain-lain, forum dan sebagainya. Justeru, pembelajaran kendiri juga mampu mengambil beberapa intipati pendidikan akademik yang lebih tinggi. ORANG yang belajar kendiri, lebih pandai mengambilnya sebab mereka ingin ikhtisar terpilih yang berguna , sangat bermakna kepada kehidupan mereka.

MAT PHD: Alangkah bijaksana kamu, wahai kendiri. Aku selama ini sombong bodoh. Apa yang kau katakan itu benar dan banyak terbukti. Phd aku ini ialah Perasaan hebat dilupuskan.

Apabila DPK mengatakan pula tentang misi-misi DPK, maka tentu ada kerja-kerja yang perlu difikirkan , bagaimana untuk menjayakannya. Anda semua kenalah fikir ini. DPK versi 51% tidak sanggup untuk memberikan pendapat tentang kesemuanya.

Disebabkan khilafiah masih tidak wujud , ISLAM tulin masih tidak berdaulat, maka haruslah umat ISLAM berfikir cara terbaik setiap masa untuk menggunakan gagasan DPK ini. Contohnya:

Jika anda seorang billionaire, anda membuka sebuah bank bertaraf antarabangsa yang khas untuk orang ISLAM sahaja. Sesiapa pinjam wang bank milik anda ini, jumlah yang perlu dibayar balik ialah sejumlah wang yang dipinjam sahaja, malah anda beri pengurangan lagi jika anda kehendaki, tak perlu bayar penuh, sebagai sedekah dan rasa simpati anda. Ini ialah satu bentuk perjuangan DPK semasa golongan panji-panji hitam belum wujud atau belum datang.

Anda membuka sebuah sekolah milik anda. Sumbernya , semua sumber DPK. Ini satu lagi perjuangan DPK anda.

Anda membuka sebuah klinik. Semua ubat dibeli daripada pengilang ubat beragama ISLAM. Anda sendiri, menyamar , masuk ke kilang ubat itu untuk menyiasat kehalalannya. Anda mendapati semua pekerjanya ISLAM. Semua produknya halal. Ini satu lagi perjuangan DPK anda.

Anda membuka sekolah tarekat. Sekolah ini milik penuh anda. Anda mahu melahirkan masyarakat wali Allah. Ini satu lagi perjuangan DPK anda. Sekolah tarekat atau kesufian ialah kilang untuk melahirkan wali-wali Allah.

Anda membuka kilang akhbar dan stesen tv milik anda sendiri untuk jadi sumber DPK yang menyebarkan versi-versi DPK. Ini satu lagi perjuangan DPK anda.

Anda menubuhkan zon yang dinamakan PUSAT DI PERSIMPANGAN KUTUB ANTARABANGSA di Tanah seluas sebuah pulau yang anda beli sendiri. Ini satu lagi perjuangan DPK anda.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s