4-9=DPKbyTintaEmas7Samudra

 

The Symbol Of U’zlah, please attempt to index:

YouWillHappyIfYouLoveWomenWhoUseJILBAB likeThisWoman!

YouWillHappyIfYouLoveWomenWhoUseJILBAB likeThisWoman! So,please marry with woman like her. You can have four wives if you are a muslim.

*****

D=4

*****

try to smaller index;

1= Di Persimpangan Kutub ialah :

>>Perjuangan mencari ISLAM yang jernih (ISLAM TULIN) menggunakan penapis-penapis (Sensor Kebenaran atau Kaedah DPK) untuk membetulkan tafsiran yang salah tentang makna ayat al-quran, tentang hadis dan sunnah nabi, tentang pendapat berkaitan agama ISLAM, bahkan mencari sumber-sumber dan intipati ISLAM TULIN yang tidak mendapat kemahsyuran di dunia, yang tidak dijadikan teks di pusat pendidikan, yang diabaikan, disembunyikan, dilupakan, tersembunyi, malah juga menapis apa juga data dan maklumat lain secara am seperti ilmu perubatan, kesihatan, kejuruteraan, dalam usaha menambahkan pustaka dan ilmu baru yang berkualiti dan terbaik serta benar dalam segala bidang  ……dalam suasana perbincangan yang bermaruah, sopan, saling hormat-menghormati, tenang jiwa,……bukan seperti wakil-wakil rakyat yang bergaduh macam budak nakal berhingus di PARLIMEN. Justeru tidaklah ada yang menentang dan membenci perjuangan DI PERSIMPANGAN KUTUB melainkan iblis, jin kafir dan jahat, orang kafir, musuh ISLAM, orang jahil, fasik, gila, pesakit mental, pesakit jiwa, orang yang dirasuk syaitan, ……

Di Persimpangan Kutub ialah penapis data, ilmu, sikap, falsafah, hasil penyelidikan saintifik, kepercayaan, moral, adat, budaya , cara berfikir dan cara hidup serta kebiasaan manusia seluruh dunia. DPK juga bertindak sebagai pemantau terhadap semua hal tersebut dan bertindak juga sebagai penapis semula bila perlu , walaupun terhadap sumber DPK yang telah disahkan layak dianggap sebagai sumber DPK. Malah juga menapis dan mengkaji juga terhadap sensor-sensor DPK . Jika sensor itu dianggap tidak layak lagi dianggap sebagai sensor , maka sensor itu dikeluarkan dari senarai kaedah  Di Persimpangan Kutub. Lebih jauh lagi DPK menggalakkan kemajuan ilmu berkaitan sensor serta membuat perbaikan dan penambahan kualiti sensor . Lebih jauh lagi mencari sensor-sensor baru yang diredhai oleh ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN DAN PENGASIH.

>>DPK  ialah juga perjuangan mencari pintas budaya dalam ertikata mencari, menentukan dan memilih cara hidup terbaik, terpantas, termudah, terselesa, paling berkesan yang diredhai oleh TUHAN. Sebenarnya golongan DPK wujud terlebih dahulu sebelum wujud nama golongan ini. Nama golongan ini dicipta oleh saya bagi mempermudahkan mengenali dan memperkatakan tentang golongan DPK ini. Seseorang wali Allah itu tentulah mempunyai pengetahuan bersifat DPK, cuma tak disebutkan seperti symbol peratusan dalam gagasan DPK. Seseorang wali Allah memang suka beruzlah, mengharap hati semakin bersih dan mencintai kebenaran. Mereka selalu ditunjuki oleh Allah jalan yang lurus. Justeru, mereka tidak mustahil memiliki kesedaran 51% yang benar dan tepat, malah jika melebihi 51% pun tidak mustahil. Wali Allah telah wujud sebelum istilah Di Persimpangan Kutub wujud.

>>DPK 51% telah mengumpulkan semua tema yang perlu difikirkan lebih lanjut untuk menggerakkan lebih jauh pemikiran, melebihi 51%. Justeru sesiapa yang memahami dan menyetujui versi DPK 51%, mereka telah dianggap memiliki kesedaran 51% walaupun sebelum mereka membaca versi DPK 51% ini, nilai kesedaran mereka ialah 1%!!! Bayangkan jika tiada wujud gagasan DPK ini, manusia mencari pelbagai sumber dengan bersusah-payah untuk meningkatkan kesedaran padahal pada masa yang sama dunia ini dipenuhi oleh  pelbagai sumber yang diresapi racun DESTROY WITH YANG WARNANYA JERNIH SEPERTI AIR YANG JERNIH. Justeru, bagaimana mereka dapat membezakan di mana zarah racun yang jernih dan zarah air yang jernih? Maka, tentulah ramai yang terperangkap di dalam kesesatan dan bidaah haram!!! Tetapi dengan wujud gagasan DPK, kesedaran mereka terus melonjak ke 51% . Dari 1% melompat ke 51%, sekali lompat sahaja!!!

Maksud tersirat dalam istilah “Destroy With” ialah termasuk juga menghapuskan kecacatan , kelemahan, kekurangan, kerendahan kualiti serta nilai dan mendapatkan yang lebih baik atau terbaik. Walaubagaimanapun sesuatu yang terbaik, belum tentu yang paling baik. Kerana banyak factor perlu atau harus difikiri untuk menilai dan membuat keputusan pemilihan atau tindakan. Contohnya? =

>> sebuah kenderaan menggunakan diesel berharga RM1 seliter . Sebuah kenderaan lain menggunakan dietrol berharga RM1.01 seliter. Dietrol tidak mencemarkan udara dan tidak merosakkan ozon tetapi diesel, busuk dan merosakkan kesihatan. Jadi, yang mana sebenarnya akan dianggap paling jimat kos? Dietrol harus dipilih sebab tidak merosakkan kesihatan. Maka, Dietrol dianggap paling menjimatkan kos walaupun harga diesel itu RM1 seliter. Tak perlu bersusah payah buka kamus atau klik blog dietrol sebab dietrol ni tak wujud pun. Ini cuma sebagai contoh penerangan sahaja. Disebabkan diesel itu sebaiknya dihapuskan kewujudannya , maka dianggap seperti tidak wujud. Maka dietrol jadi yang terbaik dalam menjimatkan kos.

>> Sebuah mesin dapat menghasilkan 100 produk dalam tempoh seminit. Sebuah mesin lama dapat menghasilkan 50 produk dalam tempoh seminit. Mesin baru memerlukan kos penyelengaraan sebanyak RM1000 sebulan tetapi mesin lama cuma sebanyak RM500 sebulan. Mesin baru memerlukan 50% tenaga manual dan selebihnya automatic. Mesin lama 70% manual, selebihnya automatic. Kesimpulannya, mesin baru ada kelebihan dari segi jumlah produk tetapi lemah dari segi kos . Mesin lama ada kelebihan dari segi penjimatan kos tetapi lemah dari segi penggunaan tenaga  automatic dan penghasilan produk. Kos RM1000 itu menyebabkan baki bersih tidak lebih banyak daripada baki bersih yang diperolehi jika menggunakan mesin lama. Penggunaan mesin lama, memberi peluang pergerakan operator berhenti selama 5 minit tetapi jika menggunakan mesin baru, setiap selepas 5 saat operator dapat berehat, operator perlu melakukan kerja dengan mesin itu . Operator perlu menyelaraskan tenaga kepantasannya dengan kepantasan mesin baru itu. Justeru, operator mesin baru lebih letih, lebih terdedah kepada masalah tekanan perasaan. Justeru, apa yang dikehendaki termasuklah kesihatan pekerja diutamakan juga. Bukan hanya keuntungan dari penghasilan produk. Jadi, mesin yang mana lebih baik sebenarnya atau yang mana paling baik atau terbaik? Jawapannya ialah mesin lama. Justeru, mesin lama dianggap juga sebagai mesin yang paling menjimatkan kos, paling menguntungkan, paling pantas dan paling menjimatkan tenaga operator. Walaupun 70% manual tetapi operator mesin lama dapat lebih banyak berhenti bergerak atau berehat.

>>Sebuah buku rujukan sains mengkehendaki peralatan dan persediaan amali yang lebih mahal, lebih rumit tetapi hasil lebih menarik dan lebih cepat kelihatan. Sebuah buku amali sains yang lain lebih jimat kos dan lebih mudah disediakan dan hasil juga menarik dan cepat. Sebuah buku matematik ada 100  ujian daya kefahaman dan ingatan tetapi sebuah buku matematik yang lain , cuma ada 10 ujian daya kefahaman dan ingatan tetapi sangat menarik dan telah menyediakan semua bentuk soalan peperiksaan sebenar. Anda sendirilah fikir , yang mana pilihan anda.

Dalam gagasan DPK, ada perkara yang paling mengelirukan seperti yang diistilahkan sebagai 2PPM(2 Perkara Paling Mengelirukan) IAITU yang diistilahkan juga sebagai “melebihi 51% tetapi bukan 51%” yang disimbolikkan sebagai >51%=<=50.9% iaitu >51%=< DAN 50.9%.  Maksud >51%=< ialah seperti berikut:

1=Seseorang itu memiliki keyakinan terhadap seluruh versi 51%, malah melebihi tetapi tiada semua sifat (akhlak) pendorongan (uzlah, pengharapan hati bersih, mencintai kebenaran) atau hanya ada satu atau dua akhlak tersebut. Semua sifat pendorongan ini mempunyai perkaitan yang rapat. Saling kait-mengait. Jika ada satu sahaja tiada, maka kesedaran yang ada, sebanyak mana juga pun dapat menjadi sia-sia atau ada yang sia-sia. Kesedaran yang sia-sia samalah seperti tiada kesedaran itu, sama ada tiada kesedaran 51% atau tiada kesedaran melebihi itu. Kesia-siaan itu ialah juga dosa, walaupun satu tetapi mungkin bila diletakkan di neraca al-Mizan, maka dosa itu mungkin lebih berat. Maka , orang yang tiada semua sifat pendorongan yang jadi sensor kebenaran dan pendorong buat amalan itu tidak dianggap berada dalam golongan 51% (=golongan DPK)

2=Ada semua sifat asas DPK dan meyakini semua intipati versi 51% atau melebihi tetapi kemudian atau memang ada yang tidak diyakini sehingga menyentuh tema agama ISLAM dalam versi 51%, sekalipun satu hal agama, maka ini adalah dosa bila sepatutnya wajib mempercayai kebenaran itu. Maka tidak dianggap sebagai golongan DPK 51% atau bukan golongan DPK walaupun sumber 52-75% dipercayainya, yang berkaitan ISLAM. Jika tidak mempercayai yang berkaitan keduniaan semata-mata atau meraguinya, walaupun sebanyak mana pun yang dalam versi 51%, ini tidak menghilangkan kelayakan seseorang itu berada dalam golongan DPK kecuali jika ilmu keduniaan itu ada kaitan dengan ISLAM atau dianggap juga sebagai ajaran ISLAM yang akan menyebabkan dosa jika tidak mempercayainya. Walaubagaimanapun, jika tidak mempercayai versi 52-75%, tidak akan menghilangkan kelayakan berada dalam golongan DPK kecuali jika ketidak-percayaan itu dapat menyebabkan MURTAD, sama ada tentang hal agama ISLAM atau hal dunia yang dikaitkan dengan ISLAM hingga ini juga ajaran ISLAM tetapi jika tidak mempercayai hal dunia semata-mata atau meraguinya, maka tidaklah menghilangkan kelayakan ada kesedaran 51% atau tidak hilang kelayakan yang melebihi 51%. Begitu juga tidak hilang kelayakan 51% jika tidak percaya yang berkaitan ISLAM dalam versi 52-75% itu jika tidak menyebabkan murtad, hanya berdosa tetapi dianggap tiada kesedaran 52-75%. Justeru, kesimpulannya, dalam gagasan DPK ada golongan yang disimbolkan dengan >51%=<. Golongan yang disimbolkan dengan simbolik yang mengelirukan ini ialah seperti yang diterangkan di atas. Mereka itu ialah boleh juga dikatakan berasal dari golongan 52-99.9%. Versi 51% diyakini oleh pengasas bahawa intipati 51% itu sangat memungkinkan menggerakkan minda lebih jauh untuk mengesan versi 52-99.9%. Justeru, penentangan terhadap hal yang dapat menghilangkan kelayakan ada kesedaran 51% itu adalah dianggap besar sekalipun bantahan terhadap versi 51% itu hanya berkaitan satu hal sahaja bila melihat impak terhadap kehidupan dunia dan akhirat. Tambahan pula, akan jadi lebih mengelirukan jika hendak ditentukan nilai yang lebih daripada satu ini sebagai sebab kehilangan kesedaran 51% sebab akan timbul pertanyaan; berapa nilai itu? Dan kenapa begitu? Jika dalam versi 52-99.9% ada bantahan yang menghilangkan kelayakan ada kesedaran 52-99.9% tetapi masih meyakini versi 51%(yang memang benarlah), maka versi 51% ini mungkin menjadi sensor untuk melahirkan semula kesedaran dalam 52-99.9% yang hilang itu. Justeru, sebab itulah masih dianggap sebagai golongan DPK walaupun tidak mustahil dalam sensor dan intipati yang terkandung dalam 52-99.9% itu juga mungkin dapat mengembalikan keyakinan yang hilang. Antara sebab yang lain, kerana 51% itu ialah ibarat tapak bermula semua sensor kebenaran yang diperlukan untuk mencari kebenaran berikut. Justeru, walaupun hanya sedikit atau paling sedikit (akan mengelirukan sahaja jika ditanyai kenapa tidak melebihi satu dan lain-lain) sahaja intipati versi 51% yang tidak dipercayai oleh golongan yang ada kesedaran asal 52-99.9%, maka akan hilang kelayakan berada di persimpangan kutub tetapi mereka mungkin masih dalam golongan ISLAM, yang masih mempunyai banyak ilmu Islam TULIN YANG DIYAKINI DAN DIFAHAMINYA. Justeru, di mana mereka ini akan diletakkan? Hendak digolongkan di persimpangan kutub, tidak boleh. Hendak dimasukkan ke golongan 26-50%, mereka masih dianggap memiliki kesedaran yang melebihi 50% sebenarnya.

MEMANG SANGAT MENGELIRUKAN PENGASAS DPK TENTANG PERSOALAN INI!!!

JAWAPAN= Disebabkan golongan pengakhiran hanya dianggap wujud setelah datang MAHDI yang membimbing manusia, maka, mereka dianggap berada pada kesedaran yang disimbolkan dengan 50.9%! Sesetengah orang cenderung menganggap nilai yang hanya kurang 0.1 itu sebagai sebenarnya bertambah 0.1 dalam matematik. Justeru 50.9%+0.1%=51.0% atau 51%. 50.9% juga menjadi simbolik terhadap golongan 26-50% yang hampir ada kesedaran sebanyak 51%. Walaubagaimanapun, 50.9% tetap dianggap dalam golongan bersimbolik 26-50%. KESIMPULANNYA IALAH:

>51%=< adalah juga sama dengan 50.9% atau diringkaskan sebagai >51%=<=50.9%.

Walaubagaimanapun, golongan pengakhiran, walaupun dinamakan golongan di persimpangan kutub tetapi mereka ialah golongan di persimpangan kutub kategori kedua yang dinamakan juga sebagai golongan bintang kedua. Justeru jika ada yang mereka tidak percaya intipati versi 51% yang dapat menghilangkan kelayakan di persimpangan kutub bagi golongan 51-75%, mereka masih dianggap sebagai golongan di persimpangan kutub kategori kedua jika MAHDI mengatakan intipati itu tidak tepat, tidak benar. Malah jika pengikut Mahdi salah pun, Mahdi masih mengatakan mereka golongan yang diredhai oleh ALLAH, masih golongan yang terbaik dan sebagainya, maka mereka tetap golongan di persimpangan kutub juga atau DPK kategori kedua.

*****

F=6

*****

FAHAMAN SALAH MENGENAI QADA, QADAR:

****************************************************

1= Menyerah bulat-bulat untung nasib kepada Allah tanpa sebarang usaha dan ikhtiar. Alasannya: Tiada gunanya bersusah-payah dan berikhtiar, kalau segala-galanya telah ditetapkan Allah, dalam suratan takdir yang azali. Seperti kata pepatah melayu kalau rezeki secupak tak akan jadi segantang

2=Tidak perlu beramal ibadat menunaikan perintah Tuhan dan menjauhi laranganNya. Alasannya: Kalau sudah ditakdirkan masuk syurga sejak azali lagi, tidak sembahyang pun boleh masuk Syurga, begitu juga halnya kalau sudah ditakdirkan masuk neraka, sembahyang pun masuk neraka juga.

3=Meletakkan kesalahan kepada takdir apabila melakukan sesuatu keburukan atau kejahatan, seperti katanya: “Apa boleh buat , sudah ditakdirkan saya menjadi pencuri sejak azali lagi, tidak ada sesiapa yang dapat melepaskan diri darinya”

4= Menggunakan takdir sebagai dalih atau helah untuk melakukan kejahatan atau mengingkari perintah Allah. Alasannya: Allah telah menetapkan dari azali lagi dia jadi jahat dan masuk neraka, maka dilakukan kejahatan itu atas kehendak dan ketetapan Allah.

MENGAPA PENDAPAT DI ATAS DIANGGAP SALAH:

1= Pendapat pertama dianggap salah kerana Allah tidak menetapkan sesuatu melainkan berserta sebabnya, dari sebab itulah berlakunya musabbab: Manusia wajib bagi menyelesaikan sebab-sebab yang mungkin telah ditetapkan Allah kepadanya untuk mencapai kejayaan.

2= Pendapat kedua dianggap salah kerana seseorang itu dapat dikenali sebagai ahli syurga atau ahli neraka dengan tingkah lakunya setiap hari, tingkah laku itu terbentuk dengan kebiasaan perbuatan yang dilakukan sama ada baik atau jahat.

NOTA: SUMBER UNTUK MENENTANG PENDAPAT KE 3 DAN KE 4 TELAH MUSNAH. HARAP MAAF.

*****

G=7

*****

INDEXING….

G= Golongan DPK

********************

ialah golongan yang tiada menganuti  ajaran ISLAM bermazhab. Ajaran ISLAM yang mereka anuti ialah ISLAM yang telah diiktiraf sebagai sumber DPK. Sumber DPK ISLAM ini juga dinamakan sebagai ajaran ISLAM Tulin atau ajaran ISLAM YANG SEBENAR!!!. Justeru ulamak DPK atau IMAM DPK atau khalifah DPK ialah ulamak, imam dan khalifah yang tiada bermazhab tetapi ialah mereka yang menganuti ISLAM yang SEBENAR iaitu yang telah disahkan sebagai sumber DPK. Segala sumber DPK dicadangkan dilindungi di bilik yang rahsia di pusat DPK dan lokasinya dan cara membuka pintu bilik itu  hanya diketahui oleh ulamak-ulamak DPK tertentu yang telah diamanahkan menjaga sumber DPK itu dari ancaman serangan DESTROY WITH…..

*****

K=11

*****

Attempting to smaller index;

1=Kesan-Kesan Penghapusan Penswastaan:

———————————————————

Sesuai dengan takrifan “Kerajaan”  seperti yang ditakrifkan oleh Pengasas Gerakan Revolusi DPK, maka Dasar Penghapusan DAN Pencegahan Penswastaan hendaklah diteruskan. Walaubagaimanapun perlaksanaannya mungkin tidak seratus-peratus . Untuk bersikap adil, barangkali pekerja di syarikat-syarikat swasta yang dijadikan milik kerajaan semula seratus-peratus itu mungkin diambil oleh kerajaan sebagai kakitangan awam secara lantikan automatic dan dimasukkan ke dalam perjawatan berpencen secara automatic juga. Mengenai pihak pemilik saham, lembaga pengarah atau pihak eksekutif, bersedialah anda semua untuk keluar dari organisasi atau letak jawatan, atau bersara. Mungkin adil jika kerajaan membayar pampasan kepada mereka. Jawatan Kuasa Penilaian Pampasan yang juga termasuk wakil kerajaan menilai pampasan tersebut. Mungkin pembayaran secara berperingkat. Walaubagaimanapun, pampasan mungkin tidak diberikan sebanyak yang diminta oleh yang menuntut pampasan, malah jauh berkurangan dari jumlah asal yang diminta kerana apa yang mereka miliki dahulu (syarikat yang diswastakan) sebenarnya menjadi juga milik kumpulan terbanyak manusia (rakyat) mengikut definisi “KERAJAAN” yang ditakrifkan dalam gagasan Di Persimpangan Kutub.  Justeru, jumlah pampasan itu , paling kurang ialah sejumlah yang dianggap menasabah untuk:

1= Memberi peluang kepada yang menerima pampasan agar dirinya dan keluarga yang ditanggunginya mempunyai keperluan asas yang memadai, tidak berlebih-lebihan (yang tidak diredhai oleh Tuhan)

2=Memberikan peluang kepada yang menerima pampasan itu dapat mencari pekerjaan lain dan memiliki pekerjaan itu. Walaubagaimanapun, jika siasatan terhadap simpanan wang yang dikumpulkan (seperti baki bersih) yang masih dimiliki oleh penuntut pampasan itu dianggap sudah memadai, maka pampasan yang diberikan mungkin untuk tujuan perkara (1) di atas KECUALI jika baki bersih simpanan itu juga memadai untuk keperluan asas, maka tiada pampasan akan diberikan. Seperkara lagi yang penting diingatkan ialah simpanan penuntut pampasan itu tidak boleh digunakan untuk membayar riba atau faedah bank atau bunga wang kerana system riba itu terbatal dan hapus bila sesebuah kerajaan itu telah bersifat dan bertaraf DI PERSIMPANGAN KUTUB. Ini juga bermakna system khilafah dikuatkuasakan.

Bagi pihak swasta yang telah diberi peringatan kesan mengambil-alih milik kerajaan semasa perjanjian berdokumen untuk pengambilan tersebut tidak diberikan pampasan jika dalam dokumen perjanjian itu mereka menyatakan faham kesan dan akibat yang terjadi jika kerajaan mengambil semula pemilikan seratus-peratus dan mereka berjanji tidak akan meminta pampasan. Sila rujuk intipati prinsip DPK yang berkaitan mengenai takrifan “KERAJAAN” jika perlu.

*****

P=16

*****

PERHUBUNGAN AJAL DAN DOA

************************************

Ajal ialah tempoh mati bagi seseorang manusia. Ajal tidak berlawanan dengan doa, mengikut fahaman pada qada qadar kerana ajal terbahagi kepada dua:

Ajal mubram ertinya ajal yang tidak boleh diubah lagi kerana sudah ditetapkan oleh Allah bagi setiap makhluk seperti firmanNya yang bermaksud:

Tiap yang hidup pasti mati

Ajal Muallaq ialah ajal yang tidak tetap yang mana bergantung kepada keadaan masa dan sebab berlakunya ajal itu. Dengan itu:

1=Ajal boleh diubah dengan cara menjauhi atau menyesuaikan sebab yang membawa berlakunya ajal itu

2= Doa adalah satu cara untuk menjauhui sebabnya itu. Sabda nabi s.a.w:

TIDAK BERUBAH QADA MELAINKAN DENGAN DOA

PERHUBUNGAN  QADA, QADAR DENGAN DOA ATAU DOA TIDAK BERLAWANAN DENGAN QADA, QADAR

1= Sesuatu qadar boleh berubah dengan qadar yang lain melalui usaha dan ikhtiar

2= Doa merupakah sebahagian dari ikhtiar yang termasuk dalam lingkungan qadar Allah

3=Sayyidina Omar pernah berdoa: ” Oh Tuhanku, Kalau aku ditakdirkan celaka, hapuslah takdirmu itu dan jadikanlah aku bahagia.” Atau peristiwa taun di Syam, saya lari dari qada Allah kepada qadarNya

PERSELISIHAN ULAMAK MUTKALLIMIN MENGENAI PERBUATAN MANUSIA : ADAKAH MANUSIA BEBAS MENGIKUT KEHENDAK SENDIRI ATAU KEHENDAK TUHAN? :

1= Puak Jabariah: Berpendapat bahawa segala perbuatan manusia adalah dengan kehendak dan kuasa Allah semata-mata. Manusia seperti kapas di udara yang boleh ditiup angina ke mana saja. Alasannya, mereka berpendapat demikian itu berdasarkan  bahawa pengetahuan dan qudrat Allah meliputi setiap sesuatu dan segala kehendak lulus belaka

2=Puak Qadariah: Manusia berkuasa penuh di atas setiap perbuatan yang dilakukan tanpa kaitan dengan Allah. Alasannya, kerana mereka dipertanggungjawabkan di atas segala amalan sama ada baik atau jahat, mereka berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat

3=Puak Muktazillah: Manusia berkuasa penuh melakukan segala perbuatannya tetapi dengan tenaga yang diberikan oleh Allah kepadanya. Alasannya, Allah itu bersifat adil dan tidaklah adil kiranya Allah melakukan sesuatu dengan kehendakNya, kemudian meletakkan kesalahan ke atas manusia, Allah mesti membalas perbuatan seseorang itu sama ada baik atau jahat supaya tidak berlaku kezaliman

4=PUAK AHLI SUNNAH WAL JAMAAH: Berpendapat bahawa segala perbuatan dan kemahuan manusia dilakukan dengan kuasa tenaga yang diberi oleh Allah kepadanya, tetapi mengikut usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dengan diizinkan oleh Allah. Sebabnya mereka berpendapat begini ialah kerana berpegang dengan firman Allah:

“ALLAH JUA YANG MENJADIKAN KAMU DAN APA YANG KAMU LAKUKAN”

Dalil naqli yang menunjukkan bahawa manusia mempunyai kebebasan memilih atau menentukan sesuatu:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka itu sendiri mengubahnya”

Dalil aqli mengenai perkara di atas:

Allah menjadikan manusia mempunyai akal fikiran, melaluinya manusia boleh memilih mana yang baik dan mana yang buruk untuk dirinya. Contohnya: Allah jadikan syurga dan neraka, kemudian Allah utuskan rasul-rasul untuk menunjukkan jalan yang benar untuk ke surga , maka manusialah yang bertanggungjawab memilih mana satu yang disukainya

REZEKI SECUPAK TAK AKAN MENJADI SEGANTANG ADALAH PEPATAH MELAYU YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM MENGENAI QADA, QADAR

Pepatah ini dianggap salah jika dikatakan sebelum berikhtiar dan berusaha kerana ini dijadikan alas an semata-mata untuk berlindung dengan sikap malas bekerja sedangkan Islam melarang umatnya berpeluk tubuh tanpa berusaha. Kata-kata ini dianggap benar dan tidak menyalahi Islam jika dikatakan selepas berusaha dan berikhtiar bersungguh-sungguh tetapi tidak Berjaya.

*******

Q=17

*******

QADA DAN QADAR

*********************

QADA MUALLAQ IALAH Qada yang ditetapkan Allah mengikut kesesuaian waktu dan keadaan. Misalnya: Kematian seseorang bergantung kepada keadaan dan caranya, meminta panjang umur. Rezeki seseorang itu kadang-kadang sedikit, kadang-kadang banyak

QADA MUBRAM IALAH Qada yang tetap yang tidak mungkin berubah. Misalnya: Apabila sampai ajal, tidak akan terdahulu dan tidak akan terkemudian sesaat pun.

*****

S=19

*****

Try to smaller index;

0=SAM’IAT [SAMI’AT?]:

***************************

Barangkali ejaan yang betul ialah sami’at? Maknanya ialah perkara ghaib yang dijadikan oleh Allah, hanya diketahui melalui  al-Quran dan hadis rasulullah s.a.w, akal manusia tidak sampai memikirkannya.

Contoh perkara sam’iat ialah percaya kepada malaikat, kepercayaan surga dan neraka dan kepercayaan tentang qada dan qadar [lihat Q=17]

1=Seruan Kepada Benua Eropah:

************************************

Aku , Pencipta Pertama Gagasan Di Persimpangan Kutub mengetahui alangkah resah-gelisah hatimu wahai orang eropah, wahai orang barat. Alangkah cemas hati kamu kerana berbimbangkan anak daramu kehilangan dara, anak teruna kamu kehilangan keterunaan. Alangkah menggigil ketakutan kamu bila perceraian dan runtuh rumah-tangga sering menjadi mimpi ngeri kamu. BERAPA banyak airmata kamu, wahai orang Eropah dan Barat, jatuh mencurah-curah kerana seram sejuk memikiri hancurnya institusi kekeluargaan kamu. Kamu melihat agama kamu tidak dapat menyelesaikan permasalahan dan kecemasan kamu. Kamu melihat kerajaan-kerajaan kamu dan para penasihat tidak dapat menyembur wangian ketenangan jiwa dan fikiran kamu. ISA anak Mariam, bukanlah tuhan. ISA dan Mariam bukanlah Tuhan. Tuhan yang sebenar telah mengutus ISA untuk mengajarkan kamu ISLAM yang terkandung dalam kitab INJIL tetapi kitab INJIL ISLAM atau Injil yang asal ini telah dicemari, telah diubah oleh manusia-manusia bernafsu syaitan sehingga injil ISLAM itu telah menjadi seperti INJIL-INJIL yang ada sekarang iaitu KRISTIAN!!! Walaubagaimanapun, injil ISLAM itu hanya sesuai untuk zaman itu sahaja. Setelah datang Nabi Muhammad s.a.w, MAKA ISLAM yang perlu kamu anuti ialah ISLAM al-Quran dan ikutilah Sunnah Nabi Muhammad. Namun , biar ku peringatkan kamu wahai USA, wahai ISRAEL, wahai Orang Eropah, wahai seluruh dunia, bahawa ISLAM TULIN yang diajarkan oleh nabi Muhammad itu hanya berdaulat pada zaman nabi Muhammad memerintah dan pada zaman KHULAFA AR-RASYIDIN. ISLAM yang kamu lihat di seluruh Negara-Negara ISLAM di dunia ini PADA MASA SEKARANG bukanlah ISLAM TULIN kerana telah dicemari dengan keadaaan yang aku istilahkan sebagai “DESTROY WITH….”. Kerana kesedaran itulah aku cuba mencipta senjata pemusnah Destroy with walaupun aku sedar aku bukanlah seorang ulamak, bukan pemegang ijazah atau diploma. Mataku ke sana-sini dan tiada wujud senjata yang kuharapkan. Maka aku pun mencipta senjata tersebut dan kunamakan ia sebagai :

“Di Persimpangan Kutub”!

Maka, ikutilah arah bintang Di Persimpangan Kutub itu, mudah-mudahan engkau akan merasa seolah-olah kamu berada di Syurga Dunia, insya-Allah Ta’ala.

2=Snow AT DPK Site: You can see the snow but other time, you may not see it. When the snow drop on my blog [=Di Persimpangan Kutub], this is mean my blog  age  will enough one year more after several day or is mean my blog “celebrate its birthday” [It born on 5 December 2012].

**********************************************************************

3= Sumber DPK :

*******************

ialah sesuatu sumber yang bersifat DPK atau sumber yang dihasilkan melalui proses penapisan dan kaedah yang dinamakan sebagai Kaedah Di Persimpangan Kutub iaitu sekurang-kurangnya dengan penggunaan kaedah DPK dalam versi DPK 51%.

4=Syirik:

**********

Erti syirik ialah mempersekutukan Allah dengan kuasa lain selain daripada Allah atau perbuatan menduakan Allah sama ada dalam sifatNYA, ZatNYA mahupun PERBUATANNYA.

Syirik terbahagi kepada dua:

1= Syirik Jali (nyata) seperti menyembah berhala atau patung

2=Syirik Khafi (halus) seperti tangkal azimat, boleh melindungi pemakainya dari suatu keburukan atau bahaya

SYIRIK MENYEBABKAN MURTAD [= TERBATAL KEISLAMAN DIRINYA].  Allah tidak mengampunkan dosa syirik. Seseorang itu perlu mengucapkan kalimah syahadat [masuk Islam semula] dahulu sebelum bertaubat dan beristighfar kerana melakukan syirik.

******

T=20

******

TAWAKAL

************

Erti tawakal ialah berserah kepada Allah mengenai sesuatu perkara setelah melakukan usaha ikhtiar yang sewajarnya.

Bukanlah erti tawakal itu kita berserah bulat-bulat kepada Allah , kita berpeluk tubuh tanpa usaha dan ikhtiar tetapi berusaha terlebih dahulu, bersungguh-sungguh dengan penuh tenaga, selepas itu barulah berserah dan tawakal kepada Allah.

FIRMAN ALLAH: “Apabila kamu berazam penuh, maka bertawakallah kamu pada Allah.”

*********

Q=17>>ERROR IN ARRANGE = SORRY!<<

*********

Try to index…..:

QADA DAN QADAR

*********************

Erti qadar ialah ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku kepadanya. Erti qada ialah perlaksanaan Allah mengenai sesuatu perkara ke atas tiap-tiap makhluk  mengikut ketetapan Tuhan yang azali

Dalil wajib percaya Qada dan Qadar:

“Beriman dengan Allah dan hari kiamat dan beriman dengan penentu baik dan jahatnya”

Erti percaya qada dan qadar: Setiap orang Islam wajib mempercayai bahawa Allah telah menetapkan undang-undang atau membuat plan-plan bagi semua makhluk sebelum berlaku lagi sesuatu perkara itu dan perkara itu berlaku mengikut ketetapan Allah yang azali dan tidak ada suatu pun yang terkeluar darinya yang mana itu merupakan sebab bagi berlakunya sesuatu kejadian di alam ini dan dari sebab itulah berlakunya sesuatu kejadian atau akibat.

Contoh tujuan, faedah atau sebab mengapa wajib percaya qada dan qadar ialah:

1=Dapat memelihara diri dari perasaan putus asa, jika gagal dalam suatu usaha, bahkan akan berusaha dengan lebih giat untuk mencapai cita-cita kerana sekali gagal bukan bererti semuanya gagal

2=Dapat memberi ketenangan jiwa pada masa menghadapi suatu dugaan hidup serta rela dengan apa yang berlaku kerana segala itu Tuhan yang menentukan, mungkin ada hikmah atau rahsia di sebaliknya. Mungkin apa yang gagal atau yang buruk itu sebenarnya baik bagi kita dan mungkin apa yang kita hendak capai itu sebenarnya tidak baik , jadi Allah selamatkan kita dengan menggagalkan usaha kita atau menimpakan keburukan .

BAGAIMANA HENDAK  MEMPERSUAIKAN  QADA, QADAR DENGAN PENDAPAT AHLI-AHLI SAINS KEJADIAN SESUATU BENDA DENGAN TABI’E?

1= Pendapat yang mengatakan bahawa kejadian di alam ini berlaku secara tabi’e adalah salah kerana segala sesuatu berlaku dengan qudrat dan iradat Allah

2=Apa yang dikatakan tabi’e itu sebenarnya adalah merupakan peraturan dan undang-undang kejadian alam (sunnatullah) yang telah ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi. Maka, segala kejadian di alam ini mengikut ketetapan peraturan dan undang-undang itu

3=Berlakunya kejadian di alam ini mengikut ketetapan Allah yang azali dengan adanya sebab yang boleh menimbulkan wujudnya musabbab

4=Setiap benda yang berlaku itu berasal dari beberapa unsur yang kecil misalnya air berasal dari dua bahagian haidrojen dan satu bahagian oksigen. Ini merupakan unsur-unsur gas. Unsur-unsur ini tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan oleh ahli-ahli sains atau pakar sains tetapi unsur itu diakui ada, setiap suatu yang ada itu mesti ada penciptanya iaitu TUHAN

One thought on “4-9=DPKbyTintaEmas7Samudra

  1. […] Kesimpulannya, apabila ada perkataan “SUMBER DPK” dalam gagasan DPK, maka, hendaklah tahu apakah maksud sebenarnya. Misalnya, adakah yang dimaksudkan itu ialah SUMBER DPK SEJATI? Untuk keterangan tambahan, syarat kelayakan DPK versi 51%, sila klik link INI. […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s