6-1=Nazar?[SinaranIffah]

This photo show the best method to destroy or block your bad desire!!

 

Artikel ini banyak mengambil dari sumber “Tanyalah Ustaz” YANG saya tonton tadi. Di tulis pada kali pertama pada 27 November 2013. Jika ada editan, tarikh editan mungkin tidak dinyatakan.

Berdasarkan pemahaman saya, nazar itu hukumnya makruh. Manusia tidak digalakkan bernazar tetapi bila telah bernazar, maka nazar itu wajib dilaksanakan. Nazar itu sesuatu pernyataan akan melakukan sesuatu yang baik dan ini adalah ibarat perjanjian melakukan hal itu.

Rukun-rukun nazar itu ialah ada yang bernazar, akil baligh, berakal (tidak gila), sukarela, ada lafaz nazar secara lisan yang jelas dan difahami. Nazar terbatal secara automatic jika bernazar untuk membuat yang diharamkan atau bernazar untuk membuat sesuatu yang dihukum harus (boleh dibuat dan boleh juga tak dibuat seperti hokum duduk itu harus). Jika bernazar untuk membuat hal yang sunat atau fardu kifayah, maka nazar itu wajib dilaksanakan.

Nazar itu ada dua jenis iaitu nazar mutlak dan nazar bukan mutlak. Nazar mutlak atau AM ialah seperti nazar yang tidak menyatakan tarikh akan dibuat, masa akan dibuat , tempat nazar juga tidak dinyatakan, jenis dan jumlah ibadat juga tidak dinyatakan. Contohnya bernazaar akan buat solat sunat tetapi tidak dinyatakan solat sunat apa, berapa rakaat, bila solat akan dibuat dan tidak dinyatakan di mana akan dibuat solat itu. Dalam hal ini , nazar yang wajib dibuat ialah solat sunat 2 rakaat (apa sahaja jenis solat sunat), pada bila-bila masa dan di mana sahaja yang boleh. Ini pendapat ustaz tersebut yang sentiasa membelek-belek kitab semasa sedang bersyarah fasal nazar dalam rancangan TV “Tanyalah Ustaz” yang saya tonton itu. Jika disebutkan beberapa dalam nazar, maka jumlah paling kurang perlu dibuat ialah tiga kecuali bagi rakaat solat.

Nazar bukan mutlak ialah yang menyatakan masa, tempat, cara lebih terperinci untuk bernazar itu. Bernazar dapat dikategorikan dengan nazar dengan harta dan nazar dengan badan. Nazar dengan harta ialah seperti bernazar akan bersedekah. Nazar dengan badannya ialah seperti akan membuat amalan sunat. Jika bernazar dengan sebut insya-Allah, maka jika tidak dilaksanakan sebab mati, maka pewaris atau ahli keluarga si mati tidak wajib melaksanakan nazar bagi pihak si mati tetapi jika tidak demikian, maka wajiblah (ini jika si mati bernazar dengan harta tetapi jika bernazar dengan badannya, maka sunat sahaja untuk dilaksanakan oleh keluarga si mati). Jika misalnya, yang bernazar tiba-tiba sakit padahal masa sihat bernazar untuk berbuat umrah, maka boleh upah orang lain untuk melaksanakan umrah itu. Tidak dinamakan nazar untuk perkara yang fardu ain. Contohnya, saya bernazar untuk solat fardu zohor. Ini tidak dianggap sebagai nazar kerana solat zohor memang wajib dilakukan , fardu ain.

Nazar yang wajib dilaksanakan tidak boleh dibatalkan. Apabila bernazar mensedekahkan harta, tiba-tiba mati, tidak berkesempatan untuk bersedekah, maka pewaris atau keluarganya hendaklah menunaikan nazar bagi pihak si mati tetapi mula-mula wang faraid itu haruslah digunakan untuk membayar hutang si mati, kedua membayar zakatnya, ketiga wang itu untuk menunaikan nazar si mati, ke empat barulah wang faraid itu digunakan untuk menyelesaikan kafarah si mati. Akhirnya jika ada baki lagi pada wang faraid, wang itulah yang akan dibahagi-bahagikan untuk difaraidkan .

Jangan bernazar yang sukar dibuat. Buruk akibatnya jika tidak dilaksanakan. Ustaz di tv itu menyatakan nazar tidak dapat mempercepatkan dapat apa yang diharapkan dan tidak pula menolak bala.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s