6-2=BertemuDenganSamsengYangGila[PenyaringNostalgia]

Kalau hendak ikut kata hati, saya tidak mahu lagi berada di jalan atau jalan raya. Biarlah saya ikut jalan hutan, berjalan kaki dan jumpa harimau. Pemandu sakit otak, sakit jiwa, sakit mental berlambak-lambak di jalan-jalan di mana-mana juga , setiap hari dan setiap saat ada mereka ini. Pemandu ambulan yang samseng, polis yang langgar peraturan jalan-raya…. ialah perkara yang pernah saya lihat.

Menteri yang menumpang, semua orang kena ke tepi. Ini budaya samseng. Budaya sombong bodoh. Lebih baik menteri itu beli sendiri helicopter. Tiada kesesakan jalan. Menteri tidak terikat dengan peraturan jalan? Nabi Muhammad pun terikat dengan undang-undang Allah.

Di lebuh raya empat lorong. Dua lorong sehala dan dua lorong lagi yang bertentangan arah yang sehala juga. Batu pembahagi jalan berada di tengah-tengah antara dua lorong sebelah kiri dan dua lorong sebelah kanan itu. Saya sedang memandu di lorong sebelah kiri [ada dua lorong sehalalah] iaitu di lorong memotong. Tiba-tiba saya melihat kereta di hadapan saya masuk ke kiri. Saya masih memandu di lorong memotong, di kanan lorong kiri itu. Selepas kereta di hadapan saya masuk ke kiri, kelihatan sebuah kereta dengan dipandu laju bergerak ke arah saya di lorong memotong. Kenapa dia begitu? Hendak bunuh diri dengan memandu tidak ikut arah jalan? Saya bergerak ke arah barat. Dia pula bergerak ke arah timur. Ini bermakna kereta dia sedang menuju ke arah kereta saya dari arah hadapan saya dan saya pula sedang menuju ke arah kereta dia dari arah hadapan kereta dia di lorong yang sama!! Orang gila macam ini pun ada. Saya tahu tak berguna membunyikan hon. Orang gila bukan faham apa itu hon. Jadi, saya terpaksa masuk ke lorong kiri. Jika tidak begitu , bahagian hadapan kereta dia akan merempuh bahagian hadapan kereta saya!!

Ada penceramah kursus menyalahkan golongan wanita sebagai orang yang lebih tidak berdisiplin di jalan-raya. Saya tidak setuju ini. Tiada kajian rasmi tentang ini. Yang saya tahu bila seseorang wanita itu berkahwin, mereka akan duduk di tempat duduk kiri hadapan dan yang berada di tempat duduk kanan kereta milik mereka ialah suami mereka!!!!

Apabila waktu malam, kenderaan 4 roda yang berada di belakang kereta yang sedang dipandu oleh saya mengelip-ngelipkan cahaya lampu tidak henti-henti. Tidak juga hendak memotong. Asyik main lampu berkelip-kelip. Ini samseng jenis lembut. Hal seperti ini telah banyak saya alami. Orang gila kategori “main lampu kereta”.

Road Gangster Punch Police

Road Gangster Punch Police

Are these road gangster?

Is this a road gangster?

Pernah saya sedang memotong kenderaan yang sedang dipandu oleh seorang wanita melayu. Tiba-tiba kereta wanita itu bergerak seperti hendak membuat pelanggaran bergesel [perlanggaran tepi badan kereta ke tepi badan kereta lain]. Saya cuba menghindari pergeselan ini. Semakin saya menjauhkan jarak antara tepi kiri badan kereta saya dengan tepi kanan badan kereta wanita itu, semakin dia cuba mendekatkan lagi jaraknya. Wah! Seorang pemandu wanita yang samseng. Wanita ini eloklah dapatkan makanan percuma di hospital (Tanjung Rambutan)??

Bukan tidak pernah seorang wanita melayu memandu dan kereta dia melanggar belakang kereta saya. Saya “saman” dia dan dapat duit masa itu juga. Tetapi saya tidak marah sedikitpun. Dia pun tak marah saya. Saya rasa kesal meminta wang itu. Harap dia maafkan saya dan Tuhan pun maafkanlah saya.

Keadaan kereta mungkin menandakan kereta itu milik orang gila atau samseng jalan. Contohnya badan kereta yang dicat dengan lukisan api, ekzos kereta berbentuk bengkok, bunyi injin kereta yang “sport”, ubahsuai bentuk luaran kereta yang kelihatan seperti kereta sport yang pelik atau gila-gila,……… tetapi awas, ramai pemilik kereta yang sakit otak yang tiada tanda-tanda pelik pada kenderaan mereka . Hanya seperti kereta yang biasa tetapi jiwa mereka seperti pembunuh!

Peraturan gila yang dibuat oleh orang gila ialah seperti contoh berikut:

1= Jika anda sedang memandu di lorong memotong dan pada masa yang sama di belakang kereta anda, ada kereta lain yang beri isyarat lampu berkelip-kelip, bermakna anda dikehendaki memberi laluan kepada dia padahal tiada dalam peraturan Sekolah Memandu membenarkan peraturan seperti ini dibuat. Datuk dia punya jalankah? Dia seorang sahaja yang bayar ROAD TAX?

2=JIKA ANDA membunyikan hon sebagai tanda anda tidak setuju atau marah terhadap tindakan samseng jalan, maka samseng jalan pun akan bunyikan hon juga [sebagai tanda mereka tidak setuju anda membunyikan hon sebab kesamsengan mereka itu tidak salah?]

Contoh Peristiwa yang banyak saya alami ialah :

Kenderaan yang sedang bergerak di belakang kereta saya tidak mahu menjaga jarak yang selamat antara hadapan kenderaannya dan belakang kereta saya. Lagi saya cuba menjauhkan kereta saya agar kenderaan belakang tidak terlanggar atau melanggar, lagilah kenderaan di belakang saya itu memandu lebih laju dan bergerak lebih dekat ke arah belakang kereta saya. Nampak jiwa gila yang samseng. Orang seperti ini kelihatan sengaja tidak peduli jika kenderaannya sengaja melanggar atau terlanggar belakang kereta saya. Pakar sakit mental pun tidak akan Berjaya mengubati penyakitnya sebab hanya ulamak kesufian yang dapat merawat penyakit mereka.

Biarkanlah mereka membiasakan kesamsengan dan penyakit gila mereka itu kerana sifat mereka itu akan membunuh diri mereka sebab sejuta kali mereka selamat di jalan-raya walaupun langgar peraturan jalan dan memandu secara gila-gila tetapi kali yang ke 1000001 mereka berada dalam kain putih??????

One thought on “6-2=BertemuDenganSamsengYangGila[PenyaringNostalgia]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s