6-3=5S DalamMataBiruCoklatHitam….[JeritanSeanteroDunia]

Konsep 5S yang kononnya mendasari sifat orang Jepun, lebih dibayangi oleh sesetengah orang sebagai konsep Kebersihan. Ada penceramah fasal ISO yang mengatakan amalan 5S menjadi disiplin orang Jepun. Jadi mereka selalu tidak perlu dipantau sebab sudah jadi akhlak. Ada pula penceramah fasal OSHA (Occupational Safety Health Academy) YANG mengatakan Dasar Pandang Ke Timur  (=Ke Jepun) ITU bukanlah dasar yang baik . Contoh sebab yang diberikan oleh penceramah itu ialah orang Jepun bukan memindahkan teknologi tetapi mencuri teknologi.

Ipar saya (isteri adik saya) mengatakan jalan-raya di Jepun sentiasa bersih, tiada bangkai anjing yang mengotorkan jalan di Jepun sebab tiada kelihatan anjing di luar rumah atau di jalan di Nippon. Ipar saya dan adik saya sekarang tinggal sementara di Jepun untuk beberapa tahun kerana melanjutkan pelajaran.

Ada penceramah yang mengatakan bahawa bukan tiada undang-undang di Malaysia yang melarang anjing dilepaskan ke luar rumah, ke jalan . Masalahnya tiada penguatkuasaan. Kalau tiada gagak pemakan bangkai anjing, akan merebaklah kuman dari bangkai anjing yang berada di jalan-jalan raya seluruh Malaysia?? Kuman itu jadi wabak yang membunuh manusia?

Orang bermata biru, kalau masuk jamban, guna tisu tandas sahaja? ISTINJA? Hanya air yang benar-benar membersihkan dubur. Jika masuk tandas tanpa membaca doa sebelum masuk ke tandas, orang yang berada di tandas akan dilumuri najis, dibuat oleh syaitan. Jadi, orang itu kena mandi selepas keluar dari tandas. Alhamdulillah, sudah menjadi kebiasaan saya, selepas saya keluar dari tandas (selepas berak), saya akan mandi. Harap hal ini tetap jadi akhlak saya hingga mati.

Konsep 5S diperbesar-besarkan dan dipopularkan ke jabatan swasta, jabatan kerajaan, tetapi kebersihan kalbu [hati] sering tidak mendapat perhatian yang lebih baik. Yang dikatakan mendapat perhatian yang sewajarnya ialah sekolah tarekat ditubuhkan dengan banyak dan amalan tarekat itu diamalkan di mana-mana juga.

Ipar saya beritahu mak saya bahawa Jepun sangat bersih. Tetapi adik saya kata secawan kopi di Jepun SEPERTI RM50. Malah, adik saya tidak dibenarkan meletakkan kereta beliau di luar rumah. Undang-undang Jepun melarang pemilik kereta meletakkan kenderaan di luar rumah sendiri. Jadi, tidak menghairankan bila ibunda saya mengatakan bahawa di Jepun, tidak banyak kenderaan bergerak?? Tetapi penceramah OSHA mengatakan bila berlaku Tsunami di Jepun, tiada kelihatan rakaman mayat dan kerosakan. Kata dia sebab Jepun tidak mahu menunjukkan keburukan yang terjadi di Jepun. Supaya dunia anggap JEPUN is the best in whole matter???

Ingat Jepun itu bukan Negara ISLAM. Walaupun jika benar mereka hebat dalam perkara-perkara tertentu tetapi di akhirat mereka itu di mana? Malah Tsunami, gempa, ribut yang menyerang Jepun itu ialah bala daripada Allah sebab mereka tidak percaya bahawa Allah ialah Tuhan yang sebenar. Angin ribut itu telah pun sampai ke tempat adik saya tinggal di Jepun. Saya bimbangkan keselamatan adik saya itu.

Adik saya itu mengatakan susah untuk mencari makanan halal di sana [Jepun]. Untuk dapatkan makanan yang dirasakan halal terpaksa pergi ke Bandar, ke tempat yang ada restoren bangsa seperti india muslim. Padahal pengalaman saya menunjukkan orang yang dikatakan indian muslim itu menggunakan colok untuk menyembah Tuhan Hindu [kes ini berlaku di restoren Mahyudin [kalau tak silap ejaan, dan masih ingat] di kawasan Tasek, Ipoh, Perak. Kisah seluar dalam direndam dalam kuah di restoren India Muslim dan pelbagai lagi berkenaan restoren yang dikatakan restoren India Muslim, yang menjijikkan dan “menyeramkan”.

Kalau ruang hadapan dan ruang makan di sesebuah restoren itu kelihatan bersih, dapur restoren itu belum tentu bersih. Malah saya pernah melihat seorang pengurus kedai yang juga kilang roti mengambil roti yang terjatuh di jalan-raya dan mengambil roti itu dan jari dia menyapu-nyapu roti itu sebelum roti itu dibungkus semula untuk dijual. Saya juga pernah melihat roti yang jatuh atas lantai kilang roti itu dipungut semula oleh pekerja kilang . Roti itu jatuh tidak jauh dari tandas. Jadi, awas dengan kilang roti. Konsep 5S apa jika begini?? Saya juga pernah melihat pekerja [melayu] kilang roti yang memegang roti untuk dijual sambil merokok. Asap dan debu rokok pembawa kanser tidak mustahil terserap ke dalam roti.

Dalam ISLAM, berhadas itu juga ialah kekotoran. Hadas besar dan hadas kecil. Berapa ramai yang lambat mandi hadas? Betulkah cara mandi hadas itu? Sempurna?

Dunia sibuk dengan kebersihan alam sekitar, 5s, kebersihan dan keselamatan dalam pekerjaan , tempat kerja tetapi hati mereka tetap kotor dengan akhlak buruk padahal kebersihan hati itu lebih patut diutamakan dalam perhatian. Kerana apa jadi begini?

JAWAPAN= Kerana empayar khilafah masih belum wujud dan tarekat hampir pupus di muka bumi!!!

5S lagi

SEISO ialah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermakna SAPU

SEISO ialah perkataan dalam bahasa Jepun yang bermakna SAPU

 

 

One thought on “6-3=5S DalamMataBiruCoklatHitam….[JeritanSeanteroDunia]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s