6-4=SejarahCerminStrategi[Panji-PanjiHalimunan]

Untuk menjadi tentera umat ISLAM yang kuat, bukan sahaja perlu keteguhan keimanan, tetapi strategi yang lebih baik. Salah-satu cara untuk mengetahui atau mendapatkan strategi baru ATAU untuk memikiri peperangan ialah dengan melihat sejarah. Perhatikan sejarah. Buat kesimpulan.

Mari kita pelajari contoh sejarah itu:

1=Penipuan:

Kalau rujuk sejarah melayu silam, seorang yang berpangkat dalam organisasi kerajaan melayu telah memberikan idea meletakkan pemandangan tentera Siam ke cahaya yang memanjang di tepian pantai. Akibatnya, tentera Siam menyangka bahawa tentera melayu sangat ramai, lebih ramai daripada tentera Siam. Maka, tentera laut Siam pun berundur tanpa peperangan!! Sebenarnya tidak sebanyak itu yang memegang “cahaya” tersebut.

2= Gencatan senjata:

Nabi Muhammad dan tentera ISLAM pernah membuat perjanjian dengan seteru mereka untuk tidak berperang dalam tempoh dan keadaan tertentu. Walaubagaimanapun, pemungkiran janji tidak mustahil terjadi.

3= Serangan Jauh Hingga Musuh Lemah:

Sejarah persenjataan moden. Peluru berpandu dari satu Negara bergerak ke Negara yang diserang, sama ada dari perairan (kapal atau kapalselam tentera ) atau dari kenderaan pelancar peluru berpandu atau dari serangan tentera udara. Tentera udara ini terbang setinggi yang baik untuk mengelakkan terkena serangan darat ke udara sambil melepaskan bom atau peluru berpandu. Kemudian kereta kebal atau kereta perisai masuk ke kawasan yang diserang dengan serangan jauh itu, diikuti unit tentera yang lain seperti tentera pejalan kaki. Helikopter  tempur mungkin mengiringi tentera darat.

4=Serangan ala komando:

Serangan ini memerlukan beberapa orang sahaja. Senjata canggih dibekalkan. Penyamaran dilakukan. Biasanya ialah komando. Komando ialah tentera yang mempelajari pelbagai atau ada semua kepakaran dalam peperangan. Serangan secara senyap dan rahsia. Mungkin pemasangan bom jangka di tempat tertentu. Mungkin memusnahkan alat komunikasi musuh.

5=Teknologi halimunan;

Contohnya penggunaan robot perang, alat kawalan jauh, kenderaan yang tidak dapat dikesan radar .

6= Meletakkan pangkalan tentera di Negara asing:

Anda sendiri fikir . Negara mana yang berbuat begini. Semasa peperangan Iraq dengan tentera pengaman dunia, kapalterbang perang Iraq berlabuh di pangkalan tentera Iran. Berita mengatakan untuk mendapatkan perlindungan  dari Iran dan tidak pula dikatakan untuk melancarkan serangan balas dari situ. Kelebihan kapalperang yang membawa pesawat pejuang, dapat menceroboh mana-mana perairan. Seperti juga kapalselam. Jadi, serangan dapat dilakukan di mana-mana, dari tempat yang dicerobohi atau yang dimasuki dengan keizinan Negara asing.

7= Menggunakan kelebihan rupabentuk mukabumi:

Dikatakan tentera USA kalah dalam peperangan dengan musuh di Veitnam kerana tidak biasa dengan keadaan hutan Veitnam yang tebal dan sukar. Ditambah dengan dadah (tentera USA ketagihan dadah). Dikatakan pula tentera USA ada yang membawa gambar pujaan mereka, Marilyn Monroe. Adakah ini membuat mereka suka berkhayal seks hingga tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak bersemangat dalam peperangan?? Keadaan hutan ini, dengan periuk api , memberikan kelebihan kekuatan kepada musuh USA di Veitnam

8= Menggunakan pengkhianat:

Sejarah membuktikan bangsa yang mengkhianati bangsanya dengan membantu musuh bangsanya menjadi salah-satu factor kekalahan bangsanya dalam peperangan.

9= Menggunakan wanita? Ada yang mengatakan CIA banyak menggunakan wanita cantik sebagai alat untuk menjayakan misi-misi mereka. James Bond 007 pun bisa mabuk cinta kalau kena umpan ini (wanita cantik)???

10=Tidak taat kepada pemerintah:

Contohnya, bila Nabi Muhammad melarang tentera ISLAM meninggalkan bukit Uhud tetapi tentera ISLAM kemudian seperti terlupa, dan turun dari bukit untuk mengambil rampasan perang . Mereka yang turun itu ialah tentera pemanah yang jadi benteng pertahanan yang kuat. Semasa mereka mengambil itulah, tentera musuh kembali datang menyerang tentera ISLAM . Justeru, taat kepada pemerintah yang baik ialah salah-satu factor kejayaan dalam peperangan.

11=Sekatan ekonomi:

Semasa Malaya dalam tempoh darurat kerana serangan komunis, idea sekatan ekonomi dengan memagari kampong-kampong untuk mengelakkan komunis mendapatkan makanan dan minuman berkesan melemahkan komunis. Biasalah jika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyekat ekonomi Negara yang dianggap bersalah.

12= Menyerang Ibu kota :

Dikatakan serangan Hulago , ke atas kota Baghdad, ibukota empayar Abbasiah telah melemahkan empayar Abbasiah.

13= Orang awam sebagai perisai:

Semasa tentera udara NATO terbang menceroboh Yugoslavia, rakyat Yugoslavia melindungi satu jambatan dengan berdiri beramai-ramai di jambatan itu . Jadi, NATO tidak dapat mengebom atau menembak jambatan itu kerana mereka bukan hendak membunuh rakyat Yugoslavia tetapi tentera Yugoslavia [seperti pengganas Serbia].

14=Mendapatkan naungan dari kerajaan yang kuat ketenteraannya:

Seperti sejarah silam, Negara lemah cuba berbaik-baik dengan kerajaan yang kuat dengan menjadi sahabat dan meminta perlindungan. Jadi , Negara lemah ini tidak dijajah oleh Negara yang kuat itu, malah Negara kuat itu melindungi Negara yang lemah ini dari serangan Negara-Negara lain yang ingin menyerang Negara yang lemah itu.

15= Pertolongan istimewa:

Seperti kejadian ribut yang menyebabkan musuh mengundurkan diri. Tentera langit yang turun membantu tentera ISLAM seperti yang pernah terjadi dalam sejarah peperangan BADAR. Malaikat turun membantu. Ada yang mengatakan, sebelum pedang itu menetak leher musuh, kepala itu telah pun terpenggal. Ini kerja malaikatlah??

Angel soldiers help prophet Muhammad in Badar War.

Angel soldiers help prophet Muhammad in Badar War.

 

 

 

One thought on “6-4=SejarahCerminStrategi[Panji-PanjiHalimunan]

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s