6-7=SilaCariRahsiaIni[Lipur-laraWarisTamingsari]

Sajak atau puisi moden ialah contoh bahasa rahsia, bahasa tersirat yang sukar dikesan, bahasa simbolik. Sila anda cari maksud sajak ini:

 

YANG DERITA MENGELUARKAN ADALAH YANG DIKELUARI

****VVVVVV*******VVVVVV*******VVVVVV*******VVVVVVVV

 

Kesakitan itu mengeluari satu

Satu mengeluari satu

Kemudian satu yang itu menderita juga

Kemudian mengeluari

Apabila datang panggilan, yang dikeluari mestilah pergi ke yang mengeluari

Bahkan wang ringgit pun tidak akan menghalangi pergi

Kerana keutamaan

Seperti tidak mungkin dapat berpisah dari keutamaan

Melihatnya akan mengalir air

Mendengar bunyinya , akan diikuti

Ke mana pun pergi, yang mengeluari itu sentiasa di ingatan

Hidup apalah makna

Kalau lari darinya

Bagai mati sia-sia

Bagai mayat hidup

Bagai jasad bergerak tanpa ruh

Sentuhannya bikin ketenangan

Melainkan kegilaan

Pengetahuan tinggi tetapi jadi rendah diri

Kesihatanmu bagaikan hutangmu sejak kecil

Kekayaanmu tidak dapat mengabaikannya

Kerana yang satu , yang mengeluari, untuk yang mengeluari

 

TIADA TAPI ADA

***VVVVVVV****

 

Tiada tapi ada

Ada dengan sentuhan

Tiada tapi ada

Tiada bila keluar

Tapi ada bila keluar

Tiada tapi ada

Bila realiti

Tiada tapi ada

Bila keyakinan penuh

 

Buka DAN Tutup

***VVVV*******

Bila buka

maka lari atau tidak

Bila tutup

maka pekak

Bila buka

Mungkin ketawa mungkin marah

Bila tutup

tidak malu

 

MAKIN PANTAS BILA MAKIN TUA

***vvvvvvvvvv****vvvvvvvvv*******

 

Makin kau tua, makin pantas dia

Makin pantas dia, makin kau tua

Jika dihalangi, hanya sekali pada sejarah silam

Jika panjang…..dia tetap makin tua, makin pantas

Dia ada sebelum kau ada

kau mati dia ada

Dia mati, kau mati

 

KERANA DIA

***vvvvv*****

 

Kerana dia, hilang ingatanmu

Kerana dia, kau ketawa

Kerana dia, kau menangis

Kerana dia, kau senyum kembali

kerana dia, kau meraung kembali

kerana dia, kau ketawa semula

 

KERANA SEPARUH LAGI

********vvvvvvvvv********

 

Kerana separuh lagi

kau rasa rendah

kerana separuh lagi

Kau dianggap unik

Kerana separuh lagi

Kau tidak biasa

Kerana separuh lagi

Kau tidak cekap

 

APAKAH JAWAPAN BAGI PUISI-PUISI DI ATAS?

===================================

SATU

dua

TIGA

empat

LIMA

enam

TUJUH

YANG DIMAKSUDKAN DENGAN YANG DERITA MENGELUARKAN ADALAH YANG DIKELUARI IALAH IBU KANDUNG ANDA.

tiada tapi ada dengan sentuhan ialah angin atau udara. Tiada bila keluar ialah ruh. Ruh bila keluar dari jasad , bermakna orang itu telah tiada lagi di dunia. Tapi ada bila keluar bermaksud , ruh itu tetap wujud bila keluar dari jasad. RUH tidak mati. Jasad yang mati. Tiada tapi ada bila reality bermaksud mimpi yang jadi kenyataan. Tiada tapi ada bila keyakinan penuh bermaksud Allah itu kelihatan tak wujud tapi dianggap ada jika yakin Allah benar-benar Tuhan.

Buka dan tutup itu ialah lubang duburmu. Bila buka maka lari atau tidak ialah bila angin keluar dari dubur (kentut), maka orang lari atau mungkin tidak lari. Bila tutup maka pekak bermaksud, jika dubur itu ditutup, mungkin tidak kentut dan orang tidak mendengar bunyi kentut [seperti pekak]. Bila buka mungkin ketawa atau marah bermaksud jika kentut, orang mungkin ketawa atau marah. Bila tutup tidak malu bermaksud menahan angin dalam dubur agar jangan berbunyi dan agar jangan keluar supaya tidak malu jika terkentut.

MAKIN PANTAS BILA TUA ialah masa atau waktu. Waktu itu tetap berjalan atau makin tua bila umur kita makin panjang. Jika dihalangi sekali pada sejarah silam bermaksud sejarah tentang seorang soleh yang mati, yang kerana kemuliaannya , Tuhan telah menghalang pergerakan masa. Masa terhenti sekejap. Nama orang soleh itu saya dah lupa. Ini berlaku dalam sejarah ISLAM.

YANG DIMAKSUDKAN KERANA DIA IALAH WANG.

YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KERANA SEPARUH LAGI ialah bahagian kiri kita seperti otak kiri, tangan kiri, kaki kiri, bahagian kiri badan. Bahagian ini lebih lemah daripada bahagian kanan. Maka ingatan terhadap bahagian lemah ini mungkin menyebabkan manusia ada masanya merasa rendah diri, jika digunakan dengan baik, dianggap kidal iaitu hal yang unik. Dikatakan, otak kiri dan otak kanan harus digunakan kedua-duanya dengan baik agar dapat cekap.

Dalam sajak, tatabahasa boleh diabaikan. Walaubagaimanapun, sajak yang terlalu simbolik, terlalu sukar difahami bukanlah sajak yang baik. Sajak yang baik ialah yang dapat digunakan untuk memuji Allah, Nabi, …. yang mudah difahami oleh sesiapa juga kecuali jika menggunakan sajak sebagai satu bentuk kod rahsia.

 

 

 

 

2 thoughts on “6-7=SilaCariRahsiaIni[Lipur-laraWarisTamingsari]

  1. […] diri dalam sebatang pokok yang sangat besar, yang jadi rumah dia sejak 7 tahun lalu. Pokok itu terletak di tepi sebuah bukit yang mempunyai saluran keluar air jernih bersih dalam lapisan tanah […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s