7=KataPembelokan??

kitab ihya ulumiddin

Dalam kitab ihya ulumiddin, karya Imam Al-Ghazali, ada istilah “kata pembelokan”. Beliau memberi contoh kisah rekaan untuk memberikan kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan kata pembelokan. Kisah tersebut seperti ini:

Seorang lelaki ingin membunuh seorang lelaki lain. Lelaki itu mengejar untuk membunuh. Lelaki yang dikejari itu telah tiba di satu tempat. Ada seorang lain di tempat itu. Lelaki yang dikejari meminta orang lain itu melukis sebuah bulatan di kertas dan mengajarkan sesuatu yang harus diperbuatnya bila lelaki yang ingin membunuh itu telah tiba di tempat itu. Selepas itu lelaki itu bersembunyi di situ. Kemudian lelaki yang ingin membunuh baru sampai ke tempat itu dan bertanya kepada orang yang melukis tadi. Lelaki itu bertanya adakah pelukis itu Nampak satu orang yang dikejari dia tadi . Lelaki itu menjawab bahawa dia (yang dikejari) tiada di sini (sambil menunjukkan bulatan yang di lukis).  Lelaki yang mengejar menyangka pelukis berkata lelaki yang dikejari tidak ada di tempat ini . Maka dia pun pergi dari situ tetapi yang sebenarnya pelukis bermaksud lelaki yang dikejari itu tiada di bulatan yang dilukis tadi. Mustahillah manusia dapat berada di kertas pada bulatan itu. Jadi, pelukis berkata benar dan logic kerana sudah tentulah lelaki yang dikejari tiada di bulatan yang dilukis itu. Maka, lelaki yang bersembunyi selamat dari bahaya dibunuh.

Keadaan berkata lelaki itu tiada di sini ialah contoh kata pembelokan kerana  maksud tiada di sini itu sebenarnya menuju atau membelok ke maksud tiada di bulatan ini. Menurut IMAM AL-GHAZALI, kata pembelokan bukanlah pembohongan tetapi termasuk dalam maksud berkata benar juga.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya , kata pembelokan itu dibuat kerana darurat seperti contoh di atas, untuk menghindari diri daripada menjadi mangsa pembunuhan. Pada pendapat saya, Imam al-Ghazali bukanlah ulamak tasauf yang sebenar kerana ulamak tasauf yang sebenar ialah ulamak tarekat. Inilah ulamak sufi yang sebenar.

Imam al-Ghazali, bukanlah pakar hadis atau pakar kutub al-Sittah. Dari segi feqah, DAPATKAH imam al-Ghazali ini dikatakan setanding atau lebih baik daripada Imam Maliki, Syafie, Hanafi dan Hambali? Juga adakah bukti bahawa IMAM AL-Ghazali ini maksum dan layak digelar ulamak sejarah ?

Tiada bukti menunjukkan imam al-Ghazali itu maksum atau bertaraf ulamak ahlil-bait . Juga tiada bukti kewalian. Wali Allah. Malah ada sumber yang mengatakan bahawa IMAM al-Ghazali mengatakan beliau pernah bermimpi. Dalam mimpi beliau, beliau telah diperintahkan menghadap atau bertemu dengan ALLAH S.W.T. Peristiwa yang berlaku dalam mimpi beliau:(DITULIS secara bebas oleh saya):

Tuhan berfirman, “Tahukah kamu kenapa aku memanggil kamu menghadapKU?”. Imam al Ghazali: ” Mungkin kerana amalan ibadat saya”. Tuhan:”Tiada satu pun amalan kamu yang aku terima (tidak diberikan pahala) kecuali pada satu hari engkau sedang menulis kitab dan tiba-tiba seekor lalat hinggap pada alatulis kamu dan meminum dakwatnya dan engkau telah membiarkan lalat itu minum….”. Imam al-Ghazali, selepas itu terjaga dari mimpi dan segera menangis dan memohon keampunan kepada Allah. Bukan mudah untuk dapat jadi baik, bukan mudah dapat pahala, bukan mudah membuat amalan yang diterima oleh Tuhan.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s