7=Memfalsafahkan Peraturan

Peraturan menyusun kehidupan tetapi peraturan juga yang mengacau jiwa manusia. Peraturan sering dianggap kemestian dan diberi hukuman jika ingkar tetapi kedegilan terhadapnya juga kadangkala menjadi peraturan yang dipersetujui semua pihak. Alangkah aneh bunyinya. Contohnya? EEEmmmm…..apa ye?

Aaaa dah dapat! Jika ikut peraturan jalan-raya, pengguna motorsikal haruslah bergerak di belakang kereta, bukan di kiri kereta [kecualilah jika ada lorong khas motorsikal di sebelah kiri jalan yang digunakan oleh pemandu kereta itu] dan jika ikut peraturan jalan-raya yang rasmi, pengguna motorsikal haruslah memotong kenderaan 4 roda dengan bergerak di lorong kanan [lorong memotong] tetapi apa yang berlaku selalu ialah mereka memotong di sebelah kanan tetapi motorsikal itu berada selorong dengan kenderaan 4 roda. Hal ini dapat menyebabkan pergeseran motorsikal dengan tepi badan kenderaan 4 tayar. Walaubagaimanapun, jika ada polis trafik pun melihat perbuatan pengguna motorsikal itu, semua tindakan pemandu motorsikal ini tidak akan diteguri  oleh polis trafik sebab dah jadi kebiasaan ramai pengguna motorsikal di seluruh dunia sebab kalau polis hendak ambil tindakan, mereka akan makan “rambutan di Tanjung” sebagai akibatnya , kerana terlalu ramai yang melakukan kesalahan itu sehingga tidak ada masa untuk polis-polis trafik atau Unit penguatkuasa jalan yang lain melayan pengguna motorsikal yang biadab itu. Namun kebiadaban ini sudah lumrah kelihatan dianggap sebagai BETUL, BAIK, BOLEH DIBUAT, HALAL…………!!!! Namun apa yang dilakukan pengguna motorsikal itu tetap dapat membahayakan nyawa mereka dan nyawa pemandu kenderaan 4 tayar!!!

Peraturan dalam kehidupan dapat dikategorikan seperti contoh-contoh ini:

1=Peraturan bikinan sendiri: Peraturan yang dibuat oleh diri sendiri untuk diri sendiri sahaja. Contohnya, seseorang itu membuat jadual aktiviti hariannya sendiri

2=Peraturan bikinan sendiri yang juga untuk orang lain: Contoh Peraturan seperti ini ialah mungkin dibuat oleh seseorang ibu atau bapa . Contohnya, seseorang ibu itu berkata: “Lepas makan-minum, tolong mak buat kerja ini”.

3=Peraturan Keluarga: Peraturan ini mungkin dibuat oleh sesebuah keluarga itu untuk menjadi adat dan kepercayaan mereka sendiri.

4=Peraturan Kejiranan: Peraturan beberapa buah keluarga di sesebuah tempat yang dianggap zon jiran. Contohnya, Tanah yang dikongsi kegunaannya secara berjiran untuk jiran-tetangga di situ sahaja.

5=Peraturan Setempat: Contohnya peraturan untuk sesebuah mukim, desa, kampong, Bandar…

Kesimpulannya, peraturan itu dapat dibahagikan kepada:

1=Peraturan untuk organisasi

2=Peraturan bukan berorganisasi

CONTOH BENTUK PERATURAN

========================

ADAT

KEPERCAYAAN

PERLEMBAGAAN

UNDANG-UNDANG

AKTA

ORDINAN

MORAL [Contohnya jika, masyarakat sebuah pekan itu biasa keluar rumah dalam keadaan telanjang 100%, maka jika ada orang asing bertelanjangan juga, maka dia dianggap melakukan hal yang baik, ikut moral orang pekan itu . Namun jika ada orang asing marah orang pekan itu bertelanjangan, dia mungkin kena bunuh!!]

JENIS PERATURAN

==============

PERATURAN  AGAMA

PERATURAN  BUKAN AGAMA

KONSEP PERATURAN

================

PERATURAN BUATAN MANUSIA

PERATURAN BUATAN MANUSIA YANG DIKAITKAN DENGAN PERATURAN AGAMA

NILAI PERATURAN

==============

PERATURAN AGAMA ISLAM

PERATURAN AGAMA BUKAN ISLAM

PERATURAN BUATAN MANUSIA

KESIMPULAN PERATURAN

====================

Hanya Islam agama yang benar dari Tuhan yang sebenar. Sifat Kesyumulan Islam melalui al-Quran dan sunnah nabi Muhammad membuktikan bahawa hanya ISLAM agama yang dapat sesuai dan terbaik untuk segala bangsa, segala tempat, segala masa, segala suasana sehingga dunia ini kiamat. Ini membuktikan bahawa hanya ISLAM agama yang BENAR . Walaubagaimanapun, masih ada yang lebih tinggi nilaiannya daripada “Nilai agama ISLAM melalui Kitab” iaitu keadaan dapat mengesan rahsia Lauh-mahfuz yang kemudiannya digunakan untuk menilai dan membuat keputusan. Contoh hal ini ialah seperti yang berlaku dalam SEJARAH kisah pertemuan Khidir dengan Nabi Musa a.s. Dalam pertemuan itu, nabi Musa menilai berdasarkan kitab ISLAM TAURAT. Tetapi Khidir yang mempunyai ilmu yang lebih tinggi daripada Musa, menilai berdasarkan Rahsia Lauh-Mahfuz!!

Sebab itu , kita haruslah selalu beristighfar. Sebab jika kita menjadi penilai seseorang, menjadi pengarah, menjadi ketua organisasi atau unit dan sebagainya, manusia cenderung menggunakan peraturan yang telah rasmi padahal peraturan rasmi itu mungkin tidak ISLAM atau tidak sepenuhnya Islam. Jangan jadikan kerajaan sebagai Tuhan. Jangan terlalu ikut peraturan atau menjadikan peraturan sebagai Tuhan. Kalau memang PERATURAN ISLAM pun, penilaian kita terhadap seseorang itu mungkin masih salah . Misalnya:

1= Seseorang itu kita dengar telah mengatakan “ya ISA itu anak Tuhan”. Mungkin jika kita akan kata, “Dah gilalah dia tu. Murtad sebab cakap seperti itu. Kena bunuh dia ni!!!” Tetapi malaikat kata: “Dia masih ISLAM sebab dia bercakap seperti itu kerana dipaksa oleh seorang pembunuh. Dia tak berdaya melawan pembunuh. Pembunuh mengugut membunuhnya jika tidak bercakap seperti itu”

2=Seseorang berada di tempat kerja dalam waktu bekerja. Tiba-tiba, mendapat panggilan daripada isteri dia yang mengatakan bahawa ada orang cuba menceroboh rumah dia untuk merogol isteri dia yang ada dalam rumah itu. Jadi, dia menelefon polis, kemudian dia juga terus segera memandu kereta, memecut ke arah rumah dia. Sebab , polis entah bila datang. Polis kena cari rumah dia lagi. Mungkin dia dapat menyelamatkan isteri dia. Kalau dia hendak ke balai polis dulu untuk menunjukkan di mana rumah dia, masalah terlambat menyelamatkan isteri mungkin terjadi. Isteri pun mungkin telah menelefon polis tetapi risau bilakah polis akan sampai dan dapatkah polis menjumpai rumah dia. Jika ikut peraturan rasmi jabatan dia, dia tak boleh keluar dari tempat bertugas waktu bekerja tetapi jika dia hendak minta izin daripada ketua dia, ketua dia besar kemungkinan tidak mempercayai dia sebab sebelum ini dia dianggap menipu ketua dia tentang tujuan dia hendak keluar walaupun sebenarnya tidak menipu . Jadi, dalam keadaan ini, lebih baik tidak minta izin atau lebih baik langgar peraturan rasmi ,malah wajib langgar untuk selamatkan  faraj isteri dia!!! Ketua dia mungkin menganggap dia derhaka, langgar peraturan rasmi.

3= Ketua organisasi suruh kita berkursus. Dalam kursus itu ada orang berikhtilat, bertabaruj, bersufur, malah akan ada aktiviti lelaki dan wanita bercampur, malah ada aktiviti nyanyi lagu haram dengan guna alat muzik haram. Penceramah kursus pula jenis “Perasaan hebat atau perasan hebat” dengan lawak bodoh yang buang masa kerana mengulang-ngulang ceramah yang orang boleh fikir sendiri atau orang ramai telah pernah tahu, malah lawaknya asyik sentuh tentang kemaluan, seks, wanita telanjang, malah tiada berkaitan dengan tajuk ceramah. Tetapi bila orang ketawa dengar lawak april foolnya itu, maka dia rasa syarahannya hebat [syok sendiri]. Kita mestilah melanggar arahan rasmi yang suruh kita berkursus sebab Allah ialah pemerintah tertinggi. Allah mengharamkan berikhtilat, bertabaruj, nyanyi lagu haram, pakai alat muzik haram, membuang masa….. Maka berkewajipan kita menderhaka kepada peraturan rasmi , menderhaka kepada ketua organisasi sebab kita mahu taat kepada ALLAH.

Ada kakitangan awam yang jadikan kereta dia sebagai bilik rasmi sebab dia tiada bilik yang khas untuk jawatan dia. Yang ada ialah bilik yang hanya sesuai untuk jawatan lain. Jika dia guna bilik untuk penjawat jawatan lain itu, kerja dia akan terganggu, malah dia juga akan mengganggu urusan penjawat lain itu kerana ruang bilik yang untuk penjawat lain itu juga digunakan untuk meletakkan barang peribadi penjawat lain itu, barang kerjanya, ruang untuk barang stok dan eksperimen dan lain-lain. Malah ada orang jenis naga berapi[makan asap = hisap rokok], malah ada wanita bukan muhrim yang jadi punca ikhtilat di bilik tersebut. Malah wanita itu bertabaruj, bersufur dan tak pakai jilbab [Pakaian yang diwajibkan oleh Allah iaitu pakaian yang menutupi wajah dan seluruh tubuh wanita itu kecuali mata]. Kalau pun bilik itu dibahagikan dua, dibuat dinding untuk dijadikan bilik yang khas untuk dia, itu tidak sesuai, sebab ruang untuk penjawat lain itu akan jadi lebih sempit, mengganggu urusan dan keselesaan mereka, malah mereka tiada ruang untuk meletakkan pelbagai barang mereka. Jadi, kakitangan awam itu tidak salah untuk jadikan kereta dia sebagai bilik rasminya. Bukan dia tidak masuk ke jabatannya pada masa yang sesuai untuk memantau suasana dan membuat kerja di jabatannya. Bila  kerja SIAP, dia keluar dan kembali masuk ke kereta dia, dan akan kembali ke bilik jabatan dia untuk buat kerja jika ada kerja lagi yang harus dibuat. Malah, sebahagian kerja rasmi itu dapat dibuat dalam kereta dia. Jadi, Nampak salah pada peraturan rasmi , sebab berada dalam kereta, tetapi tidak salah dari segi keadilan, LOGIK dan ketaatan kepada Allah. Sebab , jika berada dalam kereta itu, tetapi dapat menyelesaikan kerja rasminya, malah dengan berada dalam kereta itu dapat menjauhi ikhtilat, tidak ganggu kerja orang lain, maka wajiblah dia berada dalam kereta itu kerana Lebih wajib taat kepada Allah daripada taat peraturan rasmi jabatan atau lebih wajib taat kepada Allah daripada taat kepada ketua jabatan yang paksa dia duduk dalam jabatan dalam keadaan beriktilat dan menyempitkan ruang!!!! Jadi, jangan ada ketua jabatan yang namanya Ajimee jawake, Hassan Lanchor ke atau sesiapa yang lain yang marah menengking-nengking penjawat awam yang jadikan keretanya sebagai bilik khas rasminya itu, jangan marah-marah dengan berkata: “Aku dah lama perhatikan engkau ni duduk sahaja dalam kereta, tidak masuk ke jabatan. Engkau ni makan gaji buta. Banyak orang adu fasal engkau dalam mesyuarat. Pengarah lembut hati, tak peduli hal ini tetapi aku tidak. Aku tak mahu bersyubahat dengan dosa engkau. Aku ketua jabatan juga dan aku berkewajipan pantau kau dan cegah kau duduk dalam kereta. Aku ambil gambar kau duduk dalam kereta dan aku sebarkan ke internet. Padan muka engkau. Kalau tak nak malu, ikut arahan aku, masuk ke jabatan atau kau ditukarkan ke tempat jauh. Baru padan dengan muka engkau,” si ketua marah, padahal bukan dia yang jadi pegawai penilai prestasi penjawat awam yang duduk dalam kereta. Malah si ketua itu yang marah dengan suara panas-baran dan dengan rupa singa jantan Afrika yang mengamuk MENGAKU kerja si penjawat awam yang duduk dalam kereta berjam-jam itu selalu TOP iaitu BAGUS dan memang pun tiap-tiap tahun penjawat awam itu dapat kenaikan gaji dan surat penghargaan berkaitan prestasi!!! Sebenarnya tindakan si ketua samseng ni sangat biadab sebab marah depan orang ramai yang memperhatikan. Hal ini akan menimbulkan fitnah dan buruk sangka orang ramai terhadap penjawat awam yang duduk dalam kereta itu [anggap nama dia  Ijal]. Malah , sepatutnya tak perlu tengking-tengking, cakap perlahan dan lembut dan ajak berbincang di bilik rahsia. Suatu hari si Ijal itu berkata kepada ketua samseng itu [anggap nama dia ialah Ajimee jawa], “Sahabat nabi Muhammad 10 tahun bekerja dengan Nabi Muhamad tetapi nabi tidak pernah Tanya dia seperti “Apa kamu buat?” “Kenapa engkau buat begitu?” Si Ajimee jawa kata, “Itu nabi, saya bukan nabi”. Ijal juga berkata: “Satu hari sahabat nabi itu melihat kanak-kanak bermain dan tidak buat kerja. Nabi Muhammad datang dan nabi menyentuh bahu sahabat nabi lalu nabi pergi dari situ. ” Maksud tersirat, ialah jangan marah di hadapan orang ramai, jangan marah, tetapi berlembutlah untuk menyampai isi hati, pendapat atau arahan. Marah menengking depan orang ramai ialah haram, panas-baran, sangat biadab. Apa yang si Ajimee jawa yang bahlul jahil ni tahu fasal IKTHILAT, SUFUR, TABARUJ, BUANG MASA, RUANG BILIK SEMPIT, ….DAN LAIN-LAIN ITU? Lagi satu, tak perlu sampai ambil gambar untuk masukkan wajah IJAL yang dalam kereta ke internet. Itu haram. Keterlaluan. Sebab itu dapat menimbulkan fitnah dan salah-sangka orang ramai di seluruh dunia. Memang egois , sombong bodohlah si Ajimee jawa ni? Besar dosa keterlaluan ini. Padahal si Ijal berada dalam kereta dengan sebab yang darurat, logic, adil, menasabah,……..kerana taat kepada Allah [menjauhi ikhtilat dan lain-lain]. Nabi Muhammad ada masanya mengasingkan diri beliau, beruzlah dari isteri-isteri beliau dengan berada dalam bilik seorang diri. Tidak semua orang yang bekerja sendirian itu tertekan perasaan . Bekerja beramai-ramai lagi mudah sakit jiwa sebab manusia bila makin ramai, makin banyak ragam, makin banyak pendapat, makin banyak perselisihan dan perbantahan, maka pergaduhan terjadi!!!! Pengalaman saya menunjukkan bekerja bersendirian jauh lebih nikmat, lebih tenang dan sangat berkesan dalam menyiapkan kerja!!! Selepas itu si IJAL diminta jumpa pegawai kaunseling. Pengarah hendak jumpa di bilik kaunseling. Pendapat saya tentang kisah benar ini ialah, ketua samseng yang kita anggap nama dia si Ajimee jawa itulah yang patut dikaunselingkan sebab dia ada penyakit jiwa “EGO sebagai ketua yang taat membuta-tuli terhadap peraturan sehingga tidak Nampak kelemahan peraturan bila berlaku sesuatu suasana. Mata tidak akan Nampak apa hakikat di sebalik pemerhatian. Belum tentu Nampak!!! INSAFLAH KAU WAHAI AJIMEE JAWA!!!  Si Ijal itu memang tak maafkan dosa amukan Ajimee jawa.

Di jabatan kerajaan, ada peraturan meminta orang yang dalam kecemasan isi borang cuti kecemasan, barulah boleh cuti kecemasan. Kalau misalnya, tiba-tiba ibu jatuh ke lantai lalu pecah berdarah , mestilah di bawa ke wad kecemasan dan ini mengambil masa panjang. Tidak akanlah kena isi borang cuti kecemasan dulu. INI PERATURAN GILA. DALAM DUNIA INI, BANYAK PERATURAN GILA, ZALIM , KEJI . Untuk menampakkan peraturan gila ini tak gila, macam-macam alasan diberikan oleh pembuat dan penyokong peraturan gila. Sesetengah alasan itu kelihatan kuat dan logic dan benar padahal sebenarnya lemah dan tak masuk akal!!!!

******************xxxxxxxxx************xxxxxxxxxx**********************

 

2 thoughts on “7=Memfalsafahkan Peraturan

  1. […] snbp huraian dalam sumber-sumber lain yang telah juga selesai dikaji sehingga dapat dibuat kesimpulan terhadap sesuatu sumber itu [T= Entirety cbvs is cbvs which be cbvs for any source after value its description cbvs and other […]

    Like

  2. […] dan berkata, “Sila ustaz memulakan perlawanan”. Ustaz cawat  segera melaksanakan arahan hakim pertandingan yang telanjang bulat itu. Nampak kurap besar di kedua-dua ponggong hakim itu. Maka […]

    Like

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s