7=MengejarYangGhaib

Ia tidak dapat dilihat. Tidak dapat disentuh. Tidak dapat dirasai dengan lidah. Tidak dapat didengari. Tidak dapat dihidui.

Sesetengah kita Berjaya mengejarinya. Sesetengahnya kecewa. Namun ,sesetengah yang Berjaya menangkapnya, akhirnya kecewa. Menangis atau sedih. Sesetengahnya ketawa, puas atau gembira dengan kejayaan.

Tidak ada yang dapat menahan pergerakannya. Pergerakannya akan lebih laju. Dan kemudian akan lebih laju. Dan kemudian akan lebih laju. Dan kemudian akan lebih laju. Begitulah seterusnya.

Namun kematiannya dalam maksud sebahagian. Sebahagian lagi , sebenarnya ia masih hidup.

Semakin ia laju, bermakna semakinĀ insan lemah. Semakin ia laju, bermakna semakin orang gila. Melainkan sesetengah orang. Semakin ia laju, bermakna semakin manusia ke arah putus-asa. Melainkan sesetengah orang.

Sesetengah orang ingin melihatnya. Maka pelbagai gaya dilakukan. Gaya yang tidak waras. Cara yang waras. Sebahagian manusia diberikan keunikan cara melihatnya. Ada yang Berjaya lihat. Ada yang gagal.

Ia , ada masanya seolah-olah dianggap baru padahal ia makin tua.

Pelbagai cara dicipta oleh manusia untuk mengejarinya. Cara moden yang canggih. Namun manusia mentafsirkan penangkapan dalam pelbagai cara. Ada yang menganggap penangkapan itu halal, kejayaan sebenar. Ada yang tidak mentafsirkan demikian.

Pergerakannya pernah berhenti. Kerana peristiwa yang unik. Ketika itu adakah dapat dikatakan berlaku penangkapan dan kejaran yang Berjaya?

Ia bergerak dengan telah diprogramkan. Program yang mengandungi kesedihan, ketawa, penyesalan, kegembiraan, …………….

Segolongan manusia mengetahui kandungan yang dibawanya. Segolongan lagi hanyak meneka. Segolongan lagi mengatakan: ” I do not know”

Di sesetengah tempat , ia bergerak dengan empat gaya. Di sesetengah tempat, lain gayanya. Gaya ia bergerak mempengaruhi kehidupan . Kitaran pergerakan yang membahagiakan atau tidak.

Pada satu gaya, manusia ibarat mati tetapi masih hidup. Namun ada manusia yang tidak ibarat mati. Gayanya ditentukan dengan garisan.

Ada manusia yang ingin ia terus bergerak. Ada manusia yang tidak ingin mengejarinya lagi. Ada manusia mengejarinya padahal sebenarnya tidak.

Ada manusia merakamkan pergerakannya. Ada manusia mengenanginya. Ada manusia membayangkannya. Dengan kegilaan atau tidak.

Sesetengah manusia ingin kandungan lama yang dibawanya. Namun mustahil. Melainkan dengan mengejari, dapat yang lebih baik atau sama. Namun tidak akan sama dengan yang asal atau lama.

Sesetengah manusia menganggap jarak terkecil pergerakannya itu tidak ternilaikan. Sesetengahnya tidak mempedulikan. Yang mempedulikan, sampai ada yang kemalangan.

Jadi, apakah sebenar ia itu?

Orang yang dapat kandungan yang dibawanya, yang selalu mengejarinya kerana tidak menutup pandangannya. Lalu mereka mengambil manfaat kandungannya. Apabila beburung mula bising, mereka telah melakukan apa-apa yang lain lebih awal. Kerana itu, mereka jadi lebih Berjaya dalam hidup. Lebih iffah.

Namun di sana, pergerakannya sangat aneh. Nilainya terlalu panjang. Tiada mati tetapi ada hidup. Atau mati itu = hidup. Hidup itu = Mati. Alangkah anehnya. Namun , sesetengahnya hanya hidup.

Terlalu sedikit manusia yang mengejarinya kerana kejaran yang dilakukan itu berbeza. Menurut tafsiran orang gila atau orang yang siuman. Sesetengahnya Nampak hebat, kaya, bahagia. Tetapi itu kepalsuan. Sesetengahnya memang begitu.

Pergerakannya telah ada sebelum manusia bergerak. Ia telah ada sebelum wujud …..

Namun ia juga pernah tidak wujud. Yang ini jika difikirkan, manusia itu akan “makan buah Rambutan di Tanjung”!!!

Selepas ia wujud, ia tidak akan mati??? Tetapi akan ada kehidupan tanpa kematian dan pada masa yang sama akan ada kematian tanpa kehidupan dan pada masa yang sama kematian dan kehidupan itu tidak wujud tapi tetap ada kehidupan. Alangkah anehnya. Alangkah otak yang memikiri akan jadi senget sebelah tetapi itulah hakikatnya. Realiti yang akan terjadi. PASTI.

Telinga anda mungkin mendengari pergerakannya tetapi sebenarnya anda mendengar bunyi benda lain. Jika ia menjelma, bagaimanakah rupanya? Apakah ia ada bau?

Jadi apakah sebenar ia?

Sesungguhnya pergerakannya tidak pernah menderhaka. Dan tidak akan menderhaka. Kandungan yang dibawa ia itu ada masanya terjatuh. Jatuhan itu adalah bermakna untuk anda. Mungkin juga tidak. Apabila terjatuh, maka ada penggantian atau perubahan. Yang ini mungkin manusia ketawa. Mungkin menangis hingga buta, berdarah air mata.

Manusia selalu melupakannya. Ia pula tidak pernah melupakan anda. Ia selalu menunggu ketibaan anda menyambut dan melayannya dengan cinta sejati. Namun, alangkah sedikit manusia yang setia bersamanya . Alangkah sedikit manusia yang membelainya dengan cinta yang penuh pengertian. Kelupaan dan kealpaan anda kepadanya, bermakna kehancuran untuk anda. Namun , walaupun anda memperlakukan ia demikian berbilion kali pun, ia tetap setia menunggu anda. Sedia melayani anda, namun manusia terus memperkosainya. Merogolnya bertubi-tubi. Mencabulnya bertalu-talu. Namun ia tetap setia menunggu anda. Sedia melayani anda di jalan Tuhan. Jalan yang diredhai oleh Tuhan.

Jadi apakah sebenar ia itu?

Jadi, apakah sebenar ia itu?

Jadi, apakah sebenar ia itu?

KETAHUILAH, BAHAWA IA ITU IALAH:

I

I

I

I

I

I

I

I

I

MASA ATAU WAKTU!!!!!

 

One thought on “7=MengejarYangGhaib

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s