Petua Datok Engko! By Tinta Emas 7 SAMUDRA

keringkankasutApaa!?? Kasut basah, esok siang nak ke sekolah? Belilah alat penghawa dingin yang dari jenis letak di atas lantai sahaja. Tebuk dinding rumah , buat lubang supaya saluran udara panas penghawa dingin itu keluar melalui situ, ke luar rumah. Letak kasut basah di dekat hujung saluran itu. Biar gas panas keringkan kasut.

Engkau ni dah macam naga pula, keluar asap dari mulut. Aku suruh berhenti merokok , kau keldai. Tetapi bila kau terhidu gas yang terhasil dari pembakaran logam, engkau terasa sakit dada dan mulalah ingat kain kapan. Bertenang, pergi ambil cawan, tuangkan satu sudu besar yang jenis bengkok itu yang ada madu pada ia ke cawan. Tuangkan sedikit air sejuk peti ais ke madu . Jumlah air itu seperti sebanyak  satu sudu besar bengkok juga atau lebih sedikit daripada itu. Gaulkan air dengan madu untuk mencampurkannya. Minum air ini secara perlahan-lahan , sedikit, sedikit berulang-ulang hingga habis. Semasa air bermadu ini masuk ke mulut dan tekak, cuba biarkan lebih banyak air bermadu bergerak ke tempat yang sakit dalam tekak. Madu lebah itu mestilah madu yang asli.

madunaqiapalsu

Kereta anda autolock? Tak dapat masuk semula ke dalam kereta ? Ohh! itu peristiwa lama . Takut berlaku lagi? Beli  2 tali gantung handset yang dapat disangkutkan ke leher anda. Kedua tali itu tidak sama warna. Katakan tali yang pertama berwarna biru, yang kedua berwarna coklat. Sangkutkan satu kunci kecil ke bahagian penyangkut bertali benang yang menyambung ke handset ( tali yang biru). Sangkutkan juga satu kunci kereta(kunci kecemasan) ke tali biru (tali yang boleh disangkut ke leher) itu. Kunci kecil itu hendaklah disangkutkan di bahagian penyangkut yang bersambung dengan benang (tali). Tujuannya, bila anda memisahkan bahagian penyangkut yang bertali leher dengan bahagian penyangkut yang bertali benang itu, kunci kecil itu tetap ada bila tali coklat pula disambungkan  penyangkutnya ke penyangkut bertali benang itu.  Justeru, jika anda hendak keluar rumah dengan berkereta, kunci kecil itu MUNGKIN mengingatkan anda agar memisahkan tali coklat dan menyambung semula tali biru kerana pada tali biru ada kunci kecemasan (sebagai alatganti) kereta. Hanya gunakan kunci yang tidak disangkutkan untuk menghidupkan injin. Apabila kembali ke rumah, pisahkan tali biru dari handset. Tali coklat itu disambung ke handset semula bila di rumah. Bila hendak guna kereta semula, untuk pergi ke mana-mana, pisahkan tali coklat dari handset. Sambung semula tali biru ke handset .

Anda bukan orang kota. Takut sesat jika pandu kereta di kota? Cuba petua atok kau ni:

1= Katakan anda hendak ke AAA, Anda jumpa papan tanda arah ke AAA. Anda ikut arah itu sampai anda tiba di jalan yang bersimpang.  Tetapi tiada lagi papan tanda berikut yang menunjukkan ke AAA. Ini bermakna, anda cuma terus bergerak ke hadapan, tidak ke susur kiri atau kanan. Jika anda ada peta letronik pada kenderaan anda, boleh abaikan petua ini tetapi jika tiada peta itu, peta kertas pun boleh. Jika anda tidak dapat menghafal nama – nama jalan penting, hafal kedudukan tempat-tempat. Contohnya kota EEE ada  sebelum kota FFF, kota DDD berada di antara kota CCC dan EEE. Jadi jika anda sampai di satu simpang, satu papan tanda menunjukkan BBB, satu lagi menunjukkan EEE,

PembelajaranKendiriBerkualitiPenapisIJAZAH"DestroyWith...."

PembelajaranKendiriBerkualitiPenapisIJAZAH”DestroyWith….”

pilihlah ke BBB kerana kota AAA akan anda temui selepas tiba ke BBB dan keluar dari BBB.

2= Hafalkan persekitaran yang mudah anda ingat dan menarik seperti Menara Kembar Petronas, banggunan bank…., jejantas, dan lain-lain.

masjidNegaraMalaysia

 
masjidNegaraMalaysia

3= Jika jalanraya atau lebuhraya itu ada tiga lorong, seboleh-bolehnya sentiasa berada di lorong tengah sehingga anda  yakin anda harus ATAU harus cuba ke lorong kiri atau kanan, dan kembali semula ke lorong tengah jika tidak pasti sama ada perlu ke lorong kiri atau kanan. Jika  jalan sehala itu bukan tiga lorong tetapi empat lorong, pastikan yang lebih yakin, sama ada lorong kiri atau kanan iaitu pilih dua lorong tengah (lorong kedua atau ketiga)

kalau 4 lorong?

kalau 4 lorong?

4=Jika tersesat atau terlajak, tidak pula boleh pusing balik, cuba cari arah sebelum ini atau cari arah pusat bandar .

tanda u turnpapantandajalanbalikkepusatbandar

5=Jangan tanya sebarangan orang. Orang itu mungkin berlagak pandai. Cuba tanya staf pejabat Pos, balai polis dan tempat lain yang lebih munasabah.

Tanya staf pejabat pos

Tanya staf pejabat pos

6=Jika dapat berhenti memandu di satu tempat, ambil kertas, dan lukis dan tulis peta dan apa-apa petunjuk yang dapat anda ingat hasil pengalaman anda memandu tadi dengan segera sebelum hilang maklumat dalam otak.

catat dan lakar jalan

catat dan lakar jalan

7=Ingat biasanya jalan di tempat kenderaan bergerak, maka jalan sebelah selepas pembahagi jalan biasanya ialah arah anda pulang atau jalan untuk pulang. Cuba perhatikan jalan sebelah pembahagi jalan ini jika boleh pada setiap masa yang sesuai.

pembahagiJalan

pembahagiJalan

8=Ingat biasanya banggunan-banggunan mempunyai perkaitan yang menyebabkan kedudukan sesuatu tempat atau banggunan itu tidak jauh dari tempat lain dan banggunan lain yang boleh dikaitkan. Contohnya, jika di situ terletak stesyen bas, maka tidak jauh dari situ juga ada stesyen teksi atau kereta sewa.

PERKAITAN BANGGUNAN ATAU TEMPAT

PERKAITAN BANGGUNAN ATAU TEMPAT

9=Jika anda ada sahabat atau keluarga yang memang penduduk kota, cuba maklumkan kepada mereka dan beritahu di mana anda terpaksa berhenti kerana sesat. Berikan nama banggunan atau petunjuk apa juga yang mungkin berguna kepada mereka agar mereka dapat datang berjumpa anda. Mereka mungkin mencadangkan anda pergi ke satu tempat agar lebih mudah mereka mencari atau lebih mudah berjumpa dengan anda. Lakukan jika ini selamat untuk anda (tidak menyebabkan anda sesat atau bermasalah).

BERHENTI,TUNGGUBANTUANPENUNJUK

BERHENTI,TUNGGUBANTUANPENUNJUK

 

Now saving my draft, please….

Advertisements

Derita Kerana Cinta…… atau Bahagia Kerana…? By Lipur-lara Waris Tamingsari

what is the meaning of this?

The meaning of this is have no God except ALLAH, Muhammad is a messenger of Allah.

Baju Serban Putih berjalan kaki sambil kepala menunduk sedikit ke tanah, memandang ke bawah kerana jika tidak begitu, akan kelihatanlah aurat-aurat manusia. Selepas 17 X 17  langkah, tolak 10 langkah, campur 30 langkah, tolak 17, + 0.1 langkah, Dia terkejut kerana ada seekor ulat jantan ditanah sedang kongkek ulat betina. “Astaghfirullah”. Segera dia memejamkan mata sambil terus berjalan. Dia tak mahu adegan asmara ulat itu mempengaruhi nafsu dia.

ulat gonggok sedang kongkek. Ini lucah dilihat.....???

ulat gonggok sedang kongkek. Ini lucah dilihat…..???

Dia kini berada di dekat sebatang pokok. Ada poster ditampal di batang pokok itu. Dia terpandang poster itu. Gambar wanita telanjang seratus-peratus! Dia lari ketakutan. Bimbang nafsunya naik. Orangramai mentertawakan si dia yang berbaju putih dan berserban putih.  Dia lari ke arah satu peniaga gerai bergerak. “Pakcik! Pakcik! tunggu! tunggu!! Saya kehausan sebab asyik berlari. Pakcik perut gendut berhenti. “Ambillah ini, percuma sahaja”. Dia pun cuba minum tetapi air itu berbau alkohol sedikit. Lalu di tumpahkan. Dia lari dari pakcik tersebut. Bersembunyi dalam sebuah surau buruk yang dilupakan oleh masyarakat.

carapakaiserban?

carapakaiserban?

Dia semakin haus tetapi dia tetap sabar. Tiba-tiba datang seorang tua hendak solat. Dia perhatikan orang tua itu. “EEHHH, salah cara itu. Bukan begitu cara solat”. Orang tua itu berhenti solat. Memandang dia dengan muka harimau lapar . Tiba-tiba satu pisau dikeluarkan dari saku . Pisau itu bergerak ke arah Dia. Dia lari lagi. Orang tua itu mengamuk sebab ditegur kesalahan dia.

warning: Too laughter cause death

warning: Too laughter cause death

 

Dia masuk pula ke masjid. Ada air sedekah di situ. Juga ada pisang sedekah. Dia cuba minum dan makan itu. Baru sahaja lepas makan dan minum, dia terasa sakit perut . Dia lari ke tandas. Cirit-birit. Selepas mencuci diri, seorang budak berhingus beritahu dia bahawa pisang itu dia dapat dengan mencuri sebab dia hendak sangat bersedekah. “SEMOGA APA YANG kumakan tidak menjadi darah daging aku, hanya menjadi tahi yang dikeluarkan dengan cirit-birit”.

Dia hendak balik ke rumah. Tak jadi untuk pergi ke rumah sahabat dia. Dalam perjalanan itu. Dia mendengar lagu-lagu haram (lagu asmara) dengan alat muzik haram dimainkan oleh beberapa kedai di sepanjang jalan itu. Dia pun menutup lubang telinga dia. Kepekaan telinga dia telah banyak berkurangan sehingga bunyi hon pun dia tidak dengar. Maka , sebatang tubuh tercampak ke tepi jalan. Aku di mana? Hospital. Awak dilanggari  oleh sebuah kereta kancil. Nasib baik tidak patah, cuma lebam kebiruan. Dia cuba bangun dari katil. Aduuuhhh!!! Sabar, awak perlu tinggal di hospital sehingga benar-benar  sembuh. Saya hendak solat. Saya hendak berwuduk. Ambilkan air. Awak sakit, tak perlulah solat. Solat wajib dilakukan oleh orang yang sakit juga . Sebab itu ada solat yang khas untuk orang yang sakit. Baiklah , saya akan ambilkan air.

 

the method of "solat baring"

the method of “solat baring”

Also solat baring

Also solat baring

My father (DPK Pioneer's dad died at hospital, cause me cry and cry)

My father (DPK Pioneer’s dad died at hospital, cause me cry and cry)

 

Seekor jururawat datang , memakai wangian yang sangat memberahikan. Jururawat itu cantik pula,  3 kali lebih cantik dari puteri jin. Si Baju Serban Putih menutup hidung. Menahan nafas. Siksa dilakukan. Ubat apa yang awak hendak suntik? Buatan Amerika. Tiada pengesahan halal. Baju Serban Putih enggan disuntik. Tiada ubat lain diberikan. Tubuh dia semakin bengkak dan sakit. Dia tetap menunaikan solat secara baring dan isyarat mata. Awak berada di atas katil yang didermakan oleh seorang jutawan syarikat loteri. AAPAA!?? Letakkan saya ke katil lain, sekarang juga!!! Permintaan beliau tidak dipatuhi. Maka dia bangun dengan penuh kesakitan dan menderita, berjalan dengan susah-payah keluar dari hospital itu. Hari sudah jauh malam. Suasana senyap sepi. Semut pun dah banyak yang tidur. Dia berjalan dalam keadaan lemah seperti orang mabuk , ke arah rumah beliau. Dia tiada wang. Wang dia dicuri semasa pengsan di tempat kemalangan siang tadi. Teksi dan kereta sewa pun tak ada beroperasi malam itu. Tiba-tiba datang seekor tebuan yang dah tak berapa betul otaknya, menggigit DIA. Lepas tu,tebuan gila terbang entah ke mana.

 

devil enable make any bee be crazy

devil enable make any bee be crazy

 

devil come when "sakaratulmaut"

devil come when “sakaratulmaut”

 

Dia jatuh tersungkur. Dia membaringkan badan di jalan itu. Bisa tebuan itu sangatlah pelik. Sakit macam kena patuk ular. Tiba-tiba dia lihat isteri beliau datang membawa sesuatu. “Patutlah abang lambat balik. Kenapa bang? Ambillah minumlah air ini dan pakailah ubat ini”. Di sapu ubat itu , hilang sedikit rasa sakit. Hilangkan? Dia terasa haus, hati ingin minum air yang dibawa isteri dia itu tetapi isteri beliau enggan beri. Eh kenapa dinda? Boleh dengan satu syarat? Syarat?? Ya, syarat. Syaratnya ialah mesti cakap Allah itu pernah terkentut busuk. Akhirnya barulah dia sedar bahawa itu bukan isteri dia tetapi jin syaitan yang menjelma dan dia sekarang sedang sakaratul-maut. Lebih baik aku derita haus daripada bahagia dengan minum air itu . Maka dia hanya beristighfar berulang-kali dan perkataan terakhir yang keluar dari mulut dia ialah LAILAHAILLALLAHMUHAMMADARRASULULLAH.

 

Kesimpulan kisah ini ialah lebih baik derita kerana taat dan cinta kepada Allah daripada bahagia kerana mengikuti nafsu dan syaitan kerana kebahagiaan kerana itu akan menyebabkan penderitaan tetapi derita kerana taat kepada Allah akan membawa kebahagiaan di dunia dan akhirat. SEKIAN.

 

now saving the draft……..

ke Masjidilharam By Jeritan Seantero Dunia

Jika kamu wahai manusia seantero dunia ingin ke sana, syaratnya jadilah orang Islam yang baik. Umrah dahulu atau haji yang perlu dahulu. Umrah itu sunat. Haji itu fardu ain. Kalau kumpul wang untuk buat umrah dulu, tiada wang untuk buat haji. Jika Allah tanya di akhirat, kenapa mengutamakan yang sunat dan tidak yang wajib, bagaimana hendak menjawab?
Ada seorang ahli perniagaan melayu yang telah jadi jutawan berkata yang bermaksud umrah dibuat dahulu sebab untuk tahu dahulu kaedah buat umrah agar kelak tahu untuk buat haji . Bukankah jika haji tidak sempurna, boleh buat umrah. Jika Allah tak beri haji yang diberikan pahala, mungkin umrahnya berpahala padahal umrah dapat dibuat berkali-kali selagi mampu dan boleh.

This place is named "MASJIDILHARAM"where "KAABAH" here.

This place is named “MASJIDILHARAM”where “KAABAH” here.

Jangan buat haji dan umrah kerana ada sebab sampingan seperti kerana hendak melawat kubur nabi Muhammad kerana dibimbangkan tidak ikhlas buat haji dan umrah. Mungkin kerana ini berlaku ketidakikhlasan .

Di sana, banyak wanita tidak memakai jilbab, selipar mungkin dicuri. Mak saudara saya kata, selipar jangan dibiarkan. Bawa masuk bersama ke dalam. Pengalaman suami mak saudara saya, selipar dia kena curi.

Arab saudi sekarang bukanlah seperti pada ZAMAN nabi Muhammad memerintah Arab saudi . Kesesatan dan kejahilan juga banyak terjadi di sana.

Jika tidak dapat masuk ke dalam kaabah, lihat sahaja video di internet yang merakamkan suasana dalam kaabah. Ada guru sains yang mengatakan kepada saya jika melihat ke dalam kaabah, otak jadi gila.

 

Am I crazy due to see what in the "KAABAH"?

Am I crazy due to see what in the “KAABAH”?

Bagi orang tua , boleh mengupah orang Arab menolak kerusi roda yang didudukinya untuk bergerak mengelilingi kaabah. Sedih bila ibu saya kata , kejadian seperti rempuh atau menolak orang lain untuk bergerak keliling kaabah berlaku. Orang yang diupah menolak kerusi roda juga kasar cara menolak, cepat dan membuat orang lain tidak selesa. Ibu saya telah mengerjakan umrah pada tahun 2013.

Seronok rempuh orang keliling kaabah sebab kalau terpeluk wanita, sedapnya...??? ha ha ha ha ha!!!????

Seronok rempuh orang keliling kaabah sebab kalau terpeluk wanita, sedapnya…??? ha ha ha ha ha!!!????

Tabung haji atau syarikat lain? Jika lebih mahal, mungkin tak perlu naik bas untuk ke masjidilharam. Ibu saya kata banggunan dan rumah di dekat sana, buruk. Sebab orang sana lebih mengutamakan akhirat???

Ada pensyarah berkata kepada saya bahawa ada kawasan bermagnet dekat sana. Betulkah? Jangan terlalu banyak makan kurma terutama yang tiruan dan manis sangat. Ada orang menghidap kencing manis kerana banyak makan kurma sehingga kaki kena potong.

Haji mengingatkan juga peristiwa nabi Ismail yang ketika itu masih bayi, menangis-nangis. Maka ibu beliau, Siti Hajar (isteri nabi Ibrahim) pergi ke sana-sini berulang-ulang untuk mencari air. Tiba-tiba kaki bayi tersebut menghentak-hentak bumi lalu terpancutlah air dari dalam bumi, keluar ke atas bumi. Inilah mukjizat nabi Ismail. Air itu terkenal sebagai air ZAM-ZAM. Awas ada air zam-zam palsu atau tiruan dijual.

Pelbagai bangsa Islam di dekat sana. Tetapi ibu saya kata makanan yang dimakan beliau di sana tidak sedap. Mungkin ibu saya belum jumpa restoren yang lazat?

Jika saya hendak menelefon ibu saya yang ketika itu berada di Arab Saudi, nombor telefon itu sangat panjang. Ibu juga tidak dapat bercakap lama sebab caj panggilan sangatlah gila (sangat mahal) walaupun sekejap sahaja tempoh panggilan itu.

Kecuali kalau skype dan viber?

Dahulu ada dikatakan jika peniaga tinggalkan barangan untuk solat dan sebagainya, tiada orang mencuri dekat sana. Sekarang? Masihkah Arab saudi menguatkuasakan undang-undang potong tangan. Hendak potong tangan ini, syaratnya sangatlah ketat. Kalau tidak ada syarat itu, pencuri tidak akan kena potong tangan. Allah itu Maha Adil. Tidak buat undang-undang yang tidak menasabah atau kejam!!! Orang yang menuduh undang-undang potong tangan itu zalim sebab mereka jahil undang-undang AL-QURAN DAN HADIS. Nabi Muhammad pernah bersabda bahawa beliau akan memotong tangan anak beliau yang bernama Fatimah jika Fatimah mencuri. Sebenarnya bukan senang dapat memotong tangan sebab syarat-syarat yang membolehkan potong itu sangatlah sukar berlaku selalu. Tetapi undang-undang potong tangan ini sangatlah berkesan menakutkan manusia dan menyebabkan jarang terjadi kes mencuri. Ini telah terbukti dalam sejarah.

Siapakah yang akan musnahkan masjidilharam. Nato tidak akan berani. USA atau Amerika juga tidak akan berjaya memusnahkan masjidilharam dan kaabah. Kerana terdapat hadis yang menyebut siapa yang akan memusnahkan kaabah dan dalam hadis itu , bukanlah NATO, USA, ISRAEL dan lain-lain yang memusnahkan kaabah. Kemusnahan ini juga berlaku sebagai tanda besar akan terjadi kiamat.

Manusia juga akan bergerak ke masjidilharam kerana di situlah IMAM MAHDI akan dibaiah. Gerakan penghapus penyakit jiwa, mental dan kegilaan serta kezaliman akan bergerak dari masjidilharam ke seluruh dunia dengan dipimpin oleh Khalifah sebenar yang terakhir, Imam terakhir yang dilantik oleh ALLAH S.W.T. Imam yang berjiwa jihad, revolusi, jiwa pemberontakan!!!!!!!!! MENAKLUKI SELURUH DUNIA, MENGALAHKAH USA ATAU AMERIKA, ISRAEL DAN LAIN-LAIN. Beliau akan memerintah dunia, dengan dibantu oleh NABI ISA a.s. NABI ISA BUKAN TUHAN, JUGA BUKAN ANAK TUHAN. NABI ISA IALAH SEORANG RASUL YANG DILANTIK OLEH ALLAH YANG FAHAM ISLAM DALAM KITAB INJIL YANG TELAH DIUBAH OLEH MUSUH ISLAM MENJADI AJARAN KRISTIAN!!!

misteriTurunNabiIsaimamMahdi