Gaya Pencetus @ Pencetus Style In Frasa Yang Manisnya Manisan!?!

Frasa Yang Manisnya Manisan ialah  contoh kandungan Baitan Yang Lunak Merdu. Baitan Yang Lunak Merdu pula ialah contoh kandungan Aksara Yang Indah Bergemerlapan. Aksara Yang Indah Bergemerlapan pula ialah contoh kandungan Ungkapan Yang Mengharumi. Ungkapan Yang Mengharumi pula ialah contoh kandungan The Mind Of Kill Root Problem. The Mind Of Kill Root Problem pula ialah contoh kandungan The Theory Of Di Persimpangan Kutub. The Theory Of Di Persimpangan Kutub pula ialah contoh kandungan Gagasan Di Persimpangan Kutub. Gagasan Di Persimpangan Kutub pula ialah contoh The Sensor Of The Truth yang wujud di dunia, yang menjadi alat pencari dan penentu ajaran ISLAM TULIN, ASLI DAN SEBENAR. Justeru, Gagasan Di Persimpangan Kutub ialah contoh sumber ajaran ISLAM TULIN.

Kiriman kali ini ingin membicarakan tentang beberapa contoh penggunaan pencetus, contoh penggunaan pencetus yang dikaitkan dengan teori DPK atau dengan The Mind Of Kill Root Problem.

Yang dimaksudkan dengan Root Problem itu ialah “Sesuatu yang dilihat menjadi masalah utama atau terakhir yang menyukarkan atau menghalang pembuatan keputusan atau yang menyebabkan keraguan, ketidak-pastian, yang meletakkan kemungkinan, yang menyebabkan syubahat, yang menghalangi timbul kepercayaan, keyakinan , menghalang penggunaan maklumat atau pengetahuan”.

Ketiadaan dalil, bukti atau petunjuk sering menjadi contoh ROOT PROBLEM dalam kehidupan harian manusia. Ini menghalangi penggunaan sesuatu data, informasi atau pengetahuan akibat ketidak-wujudan kepercayaan atau keyakinan tentang benar dan salah sesuatu maklumat itu. Bila ini terjadi, keputusan muktamad tidak dapat dibuat. Maka, sesuatu proses atau gerakerja atau aktiviti luaran dan dalaman tidak dapat dibuat atau tidak wujud.

Teori DPK bukanlah menyatakan hanya gagasan DPK menjadi sensor of the truth. Kita boleh mencari lain-lain sensor of the truth yang layak atau boleh menjadi penderia kebenaran.

Jika anda ke kedai buku atau perpustakaan, operasi penanda boleh digunakan. Anda mungkin tidak dapat menggunakan operasi penanda jika anda jahil dan bodoh dalam ilmu dunia & ISLAM. Meningkatkan pengetahuan, memungkinkan anda dapat menggunakan operasi penanda dengan lebih baik. Gagasan DPK melalui prinsipnya, ada menyatakan dalam siratannya tentang kewajipan mempelajari secara keseluruhan al-Quran dan Kutub al-Sittah. Secara siratan ghaibnya juga, ini bermakna gagasan DPK meminta anda agar mendalami apa juga sumber ISLAM dan ilmu dunia yang halal dikaji dan boleh dipelajari.

Beberapa contoh keadaan yang dikaitkan dengan penggunaan pencetus atau diistilahkan sebagai GAYA PENCETUS yang juga merupakan Gaya Teori DPK untuk operasi penanda dan operasi penanda lanjutan atau RBS [Reaction Between Sensor] IALAH:

1= Anda melihat ada buku berjudul  “Jabatan Pendaftar Pertubuhan Meluluskan Penubuhan Persatuan Melayu Murtad” dan anda juga melihat di situ ada buku lain yang berjudul “Kelulusan Penubuhan Persatuan Melayu Murtad Adalah Fitnah Yang Sering Berulangan”. Jika anda penyokong Barisan Nasional, anda mungkin cenderung untuk memilih untuk membeli atau meminjam buku “Kelulusan Penubuhan Persatuan Melayu Murtad Adalah Fitnah Yang Sering Berulangan” tetapi jika anda penyokong parti pembangkang, anda mungkin lebih cenderung untuk  mempercayai dan memilih  buku “Jabatan Pendaftar Pertubuhan Meluluskan Penubuhan Persatuan Melayu Murtad” terutama kerana anda mungkin ada kepentingan politik, mungkin, seperti untuk menang dalam pilihanraya sebagai ADUN [Ahli Dewan Undangan Negeri] ATAU ahli parlimen yang anda dicalonkan bertanding di situ. Walaubagaimanapun, untuk membuat pemilihan, anda perlu bersifat Di Persimpangan Kutub atau menggunakan kaedah seperti pencetus atau teori DPK. Orang yang bersifat ini atau menggunakan kaedah DPK, mereka mungkin meminjam atau membeli kedua-dua buku itu.  Malah, hal ini lebih menggalakkan dibuat jika operasi penanda, contohnya maklumat ringkas tentang kedua-dua buku tersebut menunjukkan dalil, bukti dan petunjuk yang kelihatan sama kekuatannya atau kedua-duanya kuat tetapi tidak tahu yang mana yang menang [boleh dipercayai] atau adakah kebenaran, ketepatan dan kesalahan fakta juga ada dalam kedua-dua buku itu. Maka, sesuai dengan pencetus “teknik pengumpulan”, anda mengambil kedua-dua buku itu untuk membuat operasi RBS di rumah. Di rumah pula, anda mungkin melihat semula operasi penanda atau membuat penanda lanjutan. Untuk membuat operasi RBS, ingat juga The Mind Of Truth Sensor untuk mencegah atau menghapuskan I Key lamp adD. 

Kita memperhatikan sesuatu kandungan untuk ditentukan Status Nilai Boleh Percaya huraiannya [SNBP Huraian]. Walaubagaimanapun SNBP Keseluruhan tidaklah berdasarkan sumber yang mana lebih banyak SNBP Huraiannya yang benar kerana tujuan kita yang utama atau sebenar atau terakhir ialah menyelesaikan akar masalah yang utama iaitu adakah  wujud dalil atau bukti atau petunjuk yang menang yang meyakinkan bahawa pihak tersebut berkata benar. Atau akar masalah ialah pihak yang mana berkata benar iaitu yang menafikan meluluskan pertubuhan murtad atau yang mendakwa pertubuhan itu meluluskan. Sekiranya akar masalah ini tidak dapat dicantas, maka gunakan pencetus cautious sebagai tindakan atau sikap anda . Contohnya, tidak mempercayai mana-mana pihak.

Gaya pencetus di atas ialah pencetus digunakan untuk mencari  SNBP Keseluruhan yang bersifat siapa yang benar dengan mencari petunjuk terkuat atau yang menang, bukan dianggap menang berdasarkan jumlah SNBP Huraian siapakah yang lebih banyak nilainya atau yang lebih dipercayai atau snbp huraian siapakah yang lebih banyak menang.

Justeru gaya di atas dinamakan sebagai  “Cantas Dengan Kebenaran Dijumpai @ Dicari”.

2= Katakan anda ingin membeli KAHELIP. Hanya ada dua syarikat yang membina kahelip . Anda ingin memilih, sama ada membeli kahelip syarikat A atau B. Root Problem hal ini ialah Kahelip syarikat manakah yang paling berkualiti. Anda pun pergi ke syarikat-syarikat tersebut untuk menjalankan operasi penanda. Penanda yang anda buat sendiri itu ialah pertanyaan ini:

Yang mana paling laju?, Yang manakah paling selesa? Yang manakah lebih lengkap system keselamatannya?, Yang manakah paling murah tetapi berkualiti? Yang manakah paling tahan lasak dan lebih jimat petrol? Yang manakah mempunyai tempoh jaminan lebih panjang?. Katakanlah hasil operasi penanda yang anda telah buat itu menunjukkan perbandingan seperti berikut [nota: hasil perbandingan ini menunjukkan nilai boleh percaya huraian pra “Reaction Between Sensor” yang akan dibuat di rumah dan boleh dicampurkan dengan hasil perbandingan yang akan dibuat di rumah. Penyelesaian Root Problem ini memerlukan jumlah nilai boleh percaya huraian yang lebih banyak untuk membuat keputusan memilih melainkan root problem yang anda tentukan ialah “Adakah ciri-ciri yang saya tetap hendak juga ada terdapat pada kahelip tersebut”]:

Katakan operasi penanda menunjukkan Kahelip syarikat A lebih banyak nilai boleh percaya huraiannya. Jika operasi penanda sudah memadai untuk membuat pemilihan, tidak perlu RBS [Reaction Between Sensor] di rumah. Mengenai root problem “ciri yang tetap dikehendaki”, mungkin difikirkan semula semasa RBS. Katakan, hasil Nilai Boleh Percaya Keseluruhan menunjukkan bahawa Syarikat A mempunyai LEBIH BANYAK NILAI Boleh Percaya Huraian , contohnya SNBP Keseluruhan : A>B= 9 tetapi ini dari segi amnya, dari segi khas pula SNBP Keseluruhan: B>A=3 iaitu ciri yang tetap dikehendaki iaitu:

1= Dari segi system keselamatan kahelip

2=Keselesaan

3=Tempoh jaminan

Gaya pencetus yang berdasarkan jumlah ” SNBP huraian yang lebih banyak dianggap menang atau keputusan muktamad yang benar ” dinamakan sebagai “Gaya SNBP Huraian lebih banyak”. Ini dapat dibahagikan seperti berikut:

Gaya SNBP Huraian lebih banyak pra RBS

DAN

Gaya SNBP Huraian lebih banyak RBS

Kedua-dua gaya di atas dapat dibahagikan pula kepada keadaan seperti berikut:

Gaya Penentuan Khas Pra RBS

DAN

Gaya Penentuan Khas RBS

Gaya Penentuan Khas iaitu ciri atau keadaan pemilihan atau jumlah nilai SNBP huraian yang sebenar dijadikan nilai untuk membuat keputusan muktamad yang harus lebih banyak menang atau lebih banyak nilainya. Dalam contoh di atas GPKh [Gaya Penentuan Khas] ini ialah tiga perkara yang menjadi ciri yang tetap dikehendaki yang mungkin dikesan ada semasa operasi penanda atau semasa operasi RBS.

Maka menyalak lagilah serigala

Dipuncak dunia malam mengambang bulan

berkata ia:

kalau memilih warna coli

kalau tak pilih pun

tak mengapa

sebab semuanya coli juga

maka SNBP Keseluruhan engkau ialah

set nul atau mungkin dengan GPKh

Aku sudah ada bulu

itu seperti bajuku

berganti bajuku berganti bulu

yang tumbuh baharu

namun hiasan ruh itu

keimanan yang cantik tetap teguh!!

3= Gaya Nilai Boleh Tolak/GNBT:

Ini ialah sesuatu keadaan yang sebenarnya tidak mengapa jika tidak memilih kerana tidak akan mendatangkan masalah atau bahaya atau kerugian jika tidak memilih atau jika tidak menentukan SNBP huraian dan keseluruhannya? Contoh hal ini ialah seperti yang dinyatakan dalam sajak yang disalakkan oleh serigala di puncak dunia di atas iaitu tentang pemilihan warna coli.

4= Gaya Pencetus Menaik Tiba/GPMT:

Sesuatu penilaian sebelum penilaian keseluruhan atau selepasnya dianggap salah atau kurang tepat atau dianggap perlu diubah kerana nilai pencetus seperti yang lebih rendah/lebih tinggi atau yang dianggap tidak dapat menyelesaikan ROOT PROBLEM berkenaan didapati mempunyai nilai lebih tinggi pula atau didapati dapat menyelesaikan root problem atau pencetus tersebut mempunyai tanda bahawa ia mungkin dapat menyelesaikan root problem. Ia seperti secara tiba-tiba mengubah penilaian semasa. Pencetus itu mungkin satu sahaja atau mungkin satu keadaan berstatus nilai boleh percaya yang tiba-tiba dilihat mengalahkan semua keadaan nilai yang lain!!!

5=Gaya Pencetus Penentu Sah Cetusan/GPPSC:

Ini sama ada penilaian pada masa operasi penanda atau RBS juga. Ini ialah keadaan untuk mengenal-pasti petunjuk apa yang boleh dan halal serta menasabah digunakan untuk dikaitkan dengan sesuatu perkara atau root problem itu. Seperti petunjuk yang menunjukkan sesuatu pencetus itu tidak boleh terlibat dalam operasi pembunuhan root problem. Atau yang membatalkan pengesahan boleh terlibatnya. Ini mungkin menghapuskan sesuatu nilai boleh percaya atau menghilangkan status nilainya, menjadi tidak berstatus nilai. Sebagai contoh, anda ingin mencari iPhone anda yang hilang. Seorang kenalan anda mencadangkan petunjuk-petunjuk berikut untuk mengesan kedudukan iPhone anda iaitu:

1= Dengar apa bomoh cakap

2=Cari orang yang disyaki mencuri iPhone itu

3=Guna aplikasi pengesan iPhone

Anda mempunyai dalil mengapa  hanya hal ketiga di atas boleh dianggap sebagai alat yang mencetuskan nilai. Keterlibatan pencetus-pencetus baru yang disahkan mungkin juga terjadi

6= Pencetus Berulangan:

Pencetus mungkin digunakan semula lebih daripada sekali atau berkali-kali seperti penggunaan mikroskop yang diulangi kerana mungkin ada kesilapan penilaian. Pencetus cautious mungkin mendorong pengulangan.

7=Pencetus Penilai Dinilai:

Yang menilai mungkin dinilai juga oleh apa yang penilai menilainya

8=PENCETUS PENGANTARA:

Seperti pencetus yang menilai dua sumber atau lebih daripada itu. Contohnya, Bila  sumber A gagal menilai sumber B iaitu gagal memberikan nilai keseluruhan, sumber C  membantu sumber A. C ialah pengantara.

9= PENCETUS CAUTIOUS:

Pencetus cautious mungkin mendorong penamatan operasi penyelidikan & mencadangkan  sikap terakhir paling minima boleh dibuat.

10=Gaya Darurat Pencetus/GDP: 

Gaya ini ialah seperti penggunaan Pelepasan Istimewa seperti masih menggunakan ajaran bermazhab ketika masih berazam akan membuat penyelidikan untuk mencari Islam Tulin atau masih berazam akan menyiasat tentang ajaran mazhab yang dianutinya dengan seperti mencari dalil-dalil yang menang. Hal ini dijelaskan lebih lanjut dalam Sejauh Manakah Gagasan DPK….!

Lihat Juga “Sentuhan Yang Menggetarkan Jiwa yang juga jadi kandungan Frasa Yang Manisnya Manisan.

Advertisements

Eerie Scream At Gorge!!!

 

Its eerie scream advise you!!!

Its eerie scream advise you!!!

Dari gaung suara malam yang menggigilkan kamu

setelah berjuta  abad kamu dipukau dengan keyakinan

bahawa Islam itu mazhab yang 4 hambali hanafi syafie maliki

padahal erti mazhab itu berlawanan dengan sunnah

lalu otak senget kamu terperanjat menggoncang cakerawala

terkejut beruk manusia di seluruh alam ini dari tidur mimpi yang

percaya 4 mazhab = sunnah

terjaga barulah menyedari kegilaan itu telah merasuki hampir setiap orang Islam di planet ini

Kerana kamu semua telah melihat sebutir komet indah bergemerlapan

jatuh di satu samudera

kilauannya dan percikan sinar indahnya tertulis di langit

Di Persimpangan Kutub

itulah tulisannya

membawa bersamanya bunyian yang menggemparkan

lalu kamu menamakan juga ia sebagai

Aksara Yang Indah Bergemerlapan @ AYIB:

 

Kandungan berikut [=AYIB], tidak termasuk dekorasi DPK [JIKA ADA] ialah kandungan Ungkapan Yang Mengharumi [ Ungkapan Yang Mengharumi pula ialah kandungan Mind Of Kill Root Problem. Mind Of Kill Root Problem pula ialah kandungan The Theory Of Di Persimpangan Kutub. Teori ini pula ialah kandungan Gagasan Di Persimpangan Kutub. Gagasan ini pula ialah salah-satu sensor of the truth untuk mencari dan mengesan ajaran ISLAM TULIN]:

Komet itu tenggelam di gaung samudera

Ada masanya terus melontar percikan api ke langit

yang membentuk aksara bergemerlapan

serigala terpukau keindahannya

maka menyalak ia tanda kaguman

tiba-tiba satu petir memanah

menusuk ke otak sang nyalak

lalu ia memahami aksara

mengalir air matanya bukan kerana rindu serigala betina

tetapi kerana kesesatan manusia seluruh dunia

lalu ia memekik bukan dalam bahasa serigala

jeritan yang mengerikan untuk menyedarkan manusia

ia menjeritkan aksara di langit

pekikan dalam bahasa kamu wahai insan

Ada kalanya ia berbahasa serigala adakalanya tidak

AAAAOOO0000uuuuuuu!!!!

Ia meraung lagi sampai terjaga ratu semut di bumi terdalam

meremang bulu penghuni belantara seram sejuk mendengarinya

serigala terus menangis memekik jerit

Habis bergegar Amerika Israel Rusia dan Syria

bahana pekikan bertali arus

 

Pada bulan Mac 2015, ada sebuah majlis agama negeri di MALAYSIA yang mengadakan seminar berkenaan kaedah bermazhab. Dalam seminar itu, penceramah berkenaan ada menyatakan yang bermaksud seperti berikut:

1= Kita tidak dapat lari dari hidup bermazhab

2= Ikut mazhab bukan bermakna bermazhab tetapi bermakna faham tentang mazhab

3= Negeri Perlis tidak bermazhab tetapi ikut al-Quran & sunnah tetapi lebih mirip kepada mazhab hambali

4= Sesiapa yang ingin solat di masjid di Perlis kenalah ikut cara rakyat Perlis tetapi jika dia seorang ulamak, maka ulamak itu bolehlah ikut cara dia

5= Malaysia bermazhab Syafie tetapi tidak ikut semua ajaran Syafie

Seperti yang anda tahu, Gagasan Di Persimpangan Kutub sangat menentang kewujudan Islam bermazhab. Gagasan DPK menyetujui kajian dibuat terhadap ajaran mazhab dan mengambil ajaran mazhab dengan syarat ajaran itu diterima untuk dipakai jika hasil penapisan sensor of the truth menunjukkan hal itu boleh digunakan dan dipercayai. Penapisan seperti dengan teori DPK. Pengambilan yang diistiharkan sebagai ajaran Islam hendaklah dianggap dan dinamakan sebagai ajaran ISLAM atau Islam sebenar dan tidak boleh disebutkan sebagai ajaran Islam mazhab itu atau ini kerana wahyu dan sunnah bukanlah ijtihad atau fatwa atau mazhab. Kaedah mazhab mengalakkan kewujudan mazhab tetapi DPK menggalakkan penapisan dan penyiasatan sehingga menemui sesuatu yang terkuat dan diyakini yang tiada perselisihan pendapat kerana kekuatannya. Justeru, sepatutnya kaedah seperti pencetus digunakan, bukan kaedah bermazhab terutama jika kaedah bermazhab itu hanya berputar dalam zon minda empat mazhab sahaja : hambali, hanafi, syafie dan maliki. Tidak dapat lari dari kehidupan bermazhab ialah kenyataan yang tidak benar dan tidak dapat diterima oleh akal yang waras kerana gagasan DPK telah membuktikan bahawa penyiasatan atau kajian semula terhadap ISLAM dapat menemukan sesuatu yang meyakinkan semua pihak, yang tidak akan wujud perbantahan pendapat lagi kerana kekuatan dalil, bukti dan hujahnya. Justeru, kita dapat meninggalkan kehidupan bermazhab dengan menggunakan sensor of the truth seperti teori DPK untuk mengesan ajaran ISLAM yang asli. Imam Mahdi belum datang tidak boleh jadi alasan untuk terus bermazhab dan berijtihad semata-mata tanpa menemui sesuatu yang diyakini sebagai ajaran ISLAM yang asli lagi tulin dan sebenar. Contoh yang dibuktikan oleh gagasan DPK ialah penggunaan pencetus “teknik pengumpulan” telah menjadi sensor of the truth yang Berjaya mengesan ajaran Islam yang sebenar iaitu teknik pengumpulan yang berkaitan aurat wanita seperti yang dinyatakan dalam Kitab Wanita Wajib Berpurdah. Ada sumber yang mengatakan mazhab Syafie mewajibkan wanita menutup wajah. Ini sesuai dengan hasil pencetus ini. Justeru pendapat Syafie yang berkenaan boleh dianggap sebagai ajaran ISLAM sebenar, dan bukanlah ijtihad atau fatwa Syafie semata-mata.

Ungkapan ikut mazhab bukan bermakna menganut mazhab adalah ungkapan yang mengelirukan. Tambahan pula telah dikatakan mazhab yang empat itu ialah mazhab sunnah padahal sunnah dengan mazhab adalah berbeza. Sunnah ialah pa yang nabi ajar dan terima daripada wahyu dan perlakuan diam serta gerak-geri nabi. Mazhab pula ialah fatwa atau ijtihad atau pendapat imam yang mengasaskan mazhab itu. Yang belum tentu dipersetujui oleh nabi jika nabi Muhammad masih hidup. Jika untuk faham mazhab sahaja, itu mustahil kerana hakikatnya banyak Negara Islam dikatakan bermazhab itu dan ini. Maka, sebenarnya menganut mazhab, bukan setakat memahami mazhab, malah otak jadi tak bebas, hanya berputar dalam zon mazhab-mazhab.

MENGENAI negeri Perlis itu pula, saya tidak tahu apa sebenarnya. Adakah kaedah penapisan yang mereka gunakan menghasilkan keyakinan yang secara tidak sengaja mirip dengan ajaran Hambali?

Justeru, sebenarnya mengatakan Islam itu ada mazhab sunnah adalah perkara gila dan bertentangan. Rasukan gila ini kelihatan merasuki hampir merasuki semua orang ISLAM di dunia ini sekarang. Tidaklah masuk akal jika seseorang itu pergi ke negeri lain yang bermazhab lain, dia harus ikut mazhab itu pula. Sebabnya ialah Islam bukanlah fesyen pakaian seluar dalam. Hari ini pakai seluar dalam yang berwarna biru muda yang ada cop bulan purnama dan dua bulan sabit tak salah. Esok pakai seluar dalam hijau yang ada cop bulan purnama pun tak salah juga. Besok lagi pakai pula seluar dalam cap roket pun tak salah. Besok lagi pakai seluar dalam cap neraca atau penimbang barang, tak salah juga. Lusa, pakai seluar dalam yang ada gambar keris pun tak salah. Sebab semuanya seluar dalam juga. Islam ialah keyakinan yang tetap , yang tidak boleh berubah, yang tiada perselisihan dan perbezaan serta tiada perbantahan pendapat di dalamnya, melibatkan tema kafir, murtad, bidaah sesat, syirik dan lain-lain.

MENGENAI kenyataan yang menyatakan MALAYSIA bermazhab Syafie tetapi Malaysia tidak ikut semua ajaran Syafie adalah benar. Contohnya, wanita melayu dan yang Islam di Malaysia, sepatutnya menutup wajah atau berpurdah seperti yang diperintahkan oleh Syafie tetapi kebanyakan atau hampir semua wanita Islam di Malaysia telanjang wajahnya, tidak tutup wajah dan kepala.

Amat menghairankan jika tiada wujud karangan kitab atau lainnya yang ditulis oleh ulamak ahlil-bait atau sahabat nabi. Mungkin tersembunyi atau disembunyikan, tidak mahsyur atau dihalang penyebarannya agar tidak mahsyur kitab tersebut. Mungkin juga pemerintah seluruh dunia enggan menjadikannya sebagai teks di pusat pendidikan kerana kitab itu mengandungi perkara yang tidak secocok dengan selera nafsu jahatnya. Lalu, yang diambil ialah kitab yang berasaskan mazhab. Maka, Islam Tulin diperkosa lalu hamil dan melahirkan mazhab-mazhab, perbezaan pendapat dan perbalahan pendapat. Senasib dengan agama Kristian yang juga bermazhab-mazhab. Jika sensor of the truth menunjukkan bahawa sesebuah sumber atau kitab itu memang ditulis oleh ulamak ahlil-bait dan ini memang benar, maka tidak perlulah penyiasatan tentang benar dan salahnya kecuali yang melibatkan keduniaan yang bukan GWE. Boleh menapisnya untuk mengikhtisarkan kandungan yang ditulis oleh ulamak ahlil-bait.

MENGENAI sumber penyelidikan iaitu Kutub al -Sittah, adakah kitab tafsir hadis atau syarah  hadis dan/atau kitab tafsir al-Quran yang ditulis oleh ulamak -ulamak kutub al-Sittah? Ada sumber yang menyatakan Imam Bukhari tidak menganut mana-mana mazhab. Saya juga demikian. Sepanjang pengetahuan saya, yang saya tahu ialah Bukhari ialah pencipta kaedah menapis hadis untuk mengesan hadis palsu, lemah , kuat dan shahih. Kaedah beliau tidak mustahil diikuti oleh para ulamak kutub al-Sittah yang lain. Kaedah penapisan itu bukanlah kaedah untuk memahami makna sebenar [maksud] hadis atau memahami yang tersirat dari hadis dan dari makna sesuatu ayat dalam al-Quran. Andaikata memang ulamak kutub al-Sittah ada menulis kitab tafsir al-Quran dan kitab syarah hadis [Kitab yang menerangkan maksud sesuatu makna hadis], adakah kita akan mempercayainya?

Kita tahu semua ulamak termasuk ulamak kutub al-Sittah dan ulamak Di Persimpangan Kutub kecuali ulamak ahlil-bait, tidak ada bukti daripada Nabi Muhammad bahawa mereka mengetahui ISLAM secara 100%. Justeru, kita boleh ambil kitab tafsir yang ditulis oleh seseorang ulamak itu untuk ditapis dan memilih sesuatu yang diyakini sahaja, yang diyakini sebagai ISLAM Tulin. Contoh caranya ialah, dengan berdasarkan status nilai boleh percaya secara am. Ulamak dan kategori ulamak yang berSNBP am lebih tinggi akan dipercayai kecuali kandungan yang ditulisnya itu memerlukan SNBP khusus atau penapisan lanjut yang mengelakkan penggunaan SNBP am. Walaupun kita tahu bahawa orang yang layak mengesahkan apa yang ditafsirkan oleh ulamak Kutub al-sittah itu telah mati atau tidak ditemui, contohnya sahabat nabi dan sumber eli inta da la urna. Kerana teori 99.9% menyatakan secara tersirat bahawa penyelidikan mungkin menemui sumber yang dapat jadi pembantu yang meyakinkan atau keyakinan secara pelepasan istimewa yang dibuat selepas penapisan. Dan jangan lupa teknik lain dalam The Mind Of Kill Root Problem!!!

KALAU DITELITI, maka tidak mustahil jika ramai penganut Islam atau banyak Negara Islam yang tidak ikut ajaran mazhab mereka seratus-peratus. Ada seorang Bangladesh yang kerja di MALAYSIA berkata kepada saya bahawa Bangladesh menggunakan keempat-empat mazhab itu iaitu dalam hal tertentu guna mazhab ini, hal lain guna mazhab ini pula, hal lain lagi, guna mazhab ini pula. Namun jika pemikiran hanya dalam zon 4 mazhab sahaja, maka tiada kemerdekaan akal fikiran. Terpenjara dalam zon pemikiran 4 mazhab itu sahaja. Tiada malaikat Jibrail atau nabi yang menjamin bahawa mazhab yang 4 itu maksum ilmu dan maksum perbuatannya dan tahu ISLAM 100%. Apabila melibatkan keduniaan yang lebih moden yang keempat-empat mazhab itu tidak pernah tahu sebab telah meninggal dunia, maka tiada wujud fatwa mereka tentang itu, maka tentulah ketika ini mufti-mufti berkumpul dan menggunakan pelbagai sumber lain yang diluar mazhab yang empat itu. Ketika ini kelihatan seperti ajaran Islam mereka telah tidak berasaskan mazhab  walaupun hakikatnya masih boleh dianggap begitu kecuali sensor of the truth membuktikan bahawa semua kandungan ajaran mazhab itu memang ajaran Islam yang ASLI. Tetapi tiada bukti seperti ini, setakat ini, setahu saya.

GAGASAN DI PERSIMPANGAN KUTUB ATAU DPK TELAH membuktikan bahawa perbalahan pendapat dalam Islam seperti pertentangan pendapat masih boleh dikaji semula dan diselesaikan sehingga menyatukan hati dan akal seluruh umat Islam sehinggalah MAHDI DAN TENTERA BELIAU [TENTERA PANJI-PANJI HITAM] datang menakluki dunia. Jika masih ada yang berbantah lalu menunjukkan dalil dan hujah yang lemah dan kalah, maka orang itu bolehlah dihukum menderhaka. DAN JANGAN LUPA TEKNIK – TEKNIK DALAM MIND OF KILL ROOT PROBLEM YANG MEMBUNUH AKAR MASALAH SEPANJANG MASA!!! [INSYA-ALLAH TAALA]

MARI KITA CARI KITAB YANG DITULIS OLEH IMAM ALI, KHALIFAH TERAKHIR AR-RASYIDIN??? BANTULAH KAMI YA ALLAH….

MESIN apakah yang telah merasuki

hampir semua muslimin muslimat

yang bernafas di seantero bumi

Rasukan percaya Islam itu berbentuk mazhab

Mesin yang bernama:

Pendidikan yang dicemari dan mencemari

Dicemari oleh bidaah haram lagi sesat

Mencemari hati dengan kejahilan dan kefasikan

Mesin inilah alat yang membantu pertahanan

hingga tetap tegak semua kerajaan jahil fasik sebumi

selama berabad kurun hingga kini masih berdaulat

Mesin yang membuat otak manusia jadi gila

Kemudian langit akan memekik

Mahdi telah datang kata dia

Kibaran hitam menguasai dunia

Islam tulin kembali berdaulat

menjadi empayar paling berwibawa berkuasa

dengan tentera langit yang tidak dapat dikalahkan

Datang pula dajal

Mahdi cuba membunuh tapi gagal

nasib  baik Bintang Iringan Berjaya bunuh

Kemudian berdasarkan kata satu sumber:

“Mahdi dan Isa akan dimatikan

Kemudian akan keluar seekor binatang dari bumi

membawa tongkat nabi Sulaiman

yang mengesan siapa Islam dan siapa kafir

Kemudian  datang angin lembut

yang memupuskan umat Islam

kemudian terjadilah kiamat pula”

 

NOTA: LIHAT PULA BAITAN YANG LUNAK MERDU YANG JADI JUGA KANDUNGAN AKSARA YANG INDAH BERGEMERLAPAN ATAU KLIK:

https://dipersimpangankutubfrompioneerofdpk.wordpress.com/2015/04/10/baitan-yang-lunak-merdu/