Apakah Syubhat? By Sinaran Iffah

This Article in Sinaran Iffah Category

This Article in Sinaran Iffah Cate

 

 

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

PERINGATANharianKe35=Investigate under your car NOW?!

 

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan Harian ke 36=Roadtax Expired Date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired date?

Peringatan harian ke 37= ATM card expired dat

 

Subahat = Syubhat? Jawapannya ialah:

 

v

v

v

v

v

Tidak. Subahat boleh bermaksud terlibat menjayakan sesuatu , membantu seseorang dengan secara rahsia atau pakatan sulit. Syubhat pula ialah sesuatu yang terletak di antara halal dan haram, iaitu sesuatu yang tidak jelas atau tidak dapat dipastikan atau belum dapat dipastikan sama ada hal itu halal atau haram. Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim:

 

“Sesungguhnya yang halal itu jelas dan  yang haram itu jelas. Di antara keduanya ada perkara yang syubhat yang kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang menjaga dari yang syubhat, bererti dia telah menjaga din dan kehormatannya, dan sesiapa yang terjerumus dalam syubhat bererti dia terjerumus kepada yang haram. Sebagaimana seorang pengembala yang mengembala di sekitar larangan, maka lambat-laun akan masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap pemerintah memiliki daerah larangan. Adapun daerah larangan Allah adalah apa yang diharamkanNYA.”

Ulamak yang mengatakan melakukan sesuatu yang syubhat itu adalah haram, mungkin mengambil dalil di atas sebagai dalil buat syubhat itu haram. Justeru, pemberian sijil dan logo halal oleh pihak kerajaan kepada pengeluar, peniaga bukan ISLAM adalah perkara gila yang tak masuk akal? Kerana semasa pegawai jabatan agama Islam datang menyiasat ke tempat itu (kilang, gudang, stor, premis perniagaan, kedai dan lain-lain), tentulah orang-orang kafir itu cuba melakukan sesuatu untuk mendapat kelayakan mendapat sijil dan logo itu tetapi setelah dapat sijil dan logo, tidak akan kalbu dan hati mereka yang suka benda haram itu akan secara automatic dan segera berubah benci yang haram dan taat kepada Allah yang mengharamkan yang haram?!!  Kalau orang ISLAM pun mengambil tempoh yang lama untuk menghapuskan  kebiasaan buruk yang melekat kuat di hati. Orang kafir tiada keimanan kepada Allah, tentulah lagi mustahil dapat berubah hatinya yang kotor (yang suka makan dan minum yang haram dan buat yang diharamkan oleh Allah).

Justeru, tiada jalan lain kecuali, orang ISLAM menjadi pengilang, pengedar, peruncit, pekerja syarikat …… Sudah tentu kerajaan ISLAM wajib membantu mereka yang ISLAM ini agar wujud pengilang, pengedar, peruncit, pekerja ISLAM. Lihat konsep zon kebal oleh Perintis Minda . Konsep ini dapat membantu orang melayu, insya- Allah.

Kalau orang kafir ada yang jujur pun, berapa lama mereka akan terus begitu? Dengan tiada keimanan kepada Allah, tidak mustahil mereka akan jadi tidak jujur atau kembali tidak jujur semula atau sebentar jujur , sebentar lagi tidak jujur semula.

MEMANG ada orang Islam yang minum arak, tidak peduli halal-haram. Ada saya lihat pekerja melayu menjual arak di pasaraya (pekerja pasaraya) . Kalau orang Islam pun tiada jaminan , bagaimana orang kafir akan dijamin jujur dalam perniagaan dan dalam hal berkaitan produk yang halal-haram atau system perniagaan yang halal-haram???

Kerajaan , badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, rakyat hendaklah bergabung menyedarkan bahaya syubhat ini dan mengadakan perbincangan terbuka untuk mencari jalan menyelesaikan masalah ini ?dan mencegah bahayanya. Ramai rakyat yang ISLAM dan peniaga ISLAM yang tidak membeli buku panduan tentang halal-haram dan buku yang menyenaraikan produk yang halal dan yang haram. Kalau ada pun, rajinkah mereka membacanya? Sudah habiskah membacanya? Fahamkah? Dapat ingat apa yang dibaca??? Atau adakah mereka mempercayai apa yang mereka baca??? Atau adakah mereka akan mengamalkan apa yang dibaca, mentaatinya????

Perkara syubhat itu haram. Memakan atau meminum atau mengguna yang haram, maka hati akan bertambah kotor. Akan wujud sifat-sifat jahat yang semakin jahat dan bertambah jahat. Ini salah-satu sebab mengapa ISLAM melarang memakan , meminum dan mengguna yang haram. Malah ada bahaya dari segi kesihatan juga. Akal akan jadi lemah dan nafsu akan bertambah kuat. Maka , ada kebahagiaan dan keamanan dunia, selepas itu???

Di neraka pula, mereka yang memakan dan minum benda yang haram itu menjadi bahan bakar api neraka. Doanya dan amalannya tidak diterima oleh Allah, tiada berpahala sebab makan-minum yang haram. Nasibnya akan sentiasa malang. Otak akan selalu memikirkan perkara yang haram seperti seks, arak, judi , merompak dan lain-lain sebab makan-minum yang haram.

LOGO HALAL MALAYSIA YANG PALSU MEMANG WUJUD. Produk orang ISLAM ditiru oleh pihak yang mensabotaj (tak mustahil jika dilakukan oleh orang bukan ISLAM). Produk kopi radix HPA (SYARIKAT ISLAM) ada yang tiruan/yang palsu, yang ditiru. Gerakan musuh ISLAM ingin menjahanamkan perniagaan orang melayu dan ISLAM DI SELURUH DUNIA!!!!! Bila menjelang hari raya, ayam import dari Negara orang kafir dibawa masuk ke MALAYSIA, atau barangan lain ,agar cukup bekalan dalam Negara? Tetapi di MALAYSIA telah ada gerakan pensabotajan, logo halal yang dikeluarkan oleh kerajaan ditiru dan dijadikan kepalsuan, jadi bagaimana yang diimport boleh dijamin??? Tiada malaikat jibrail turun ke bumi untuk menjaminnya. Tiada malaikat Jibrail beritahu orang ini boleh dipercayai, orang ini pula pengkhianat.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

Peringatan Harian ke 51= Beruzlahlah. Berwirid. Berdoalah.

 

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!

Peringatan Harian yang terakhir ATAU yang ke 52= Hari ini Jumaat? Bersiap-sedia untuk solat Jumaat segera!

 

 

 

 

 

 

Advertisements

sEnSoR TaMaDuN bY Perintis mindA

Peringatan harian ke 38 = Reload? TRANSFER credit? Celcom = Anak syarikat TELEKOM?

Peringatan harian ke 38 = Reload? TRANSFER credit? Celcom = Anak syarikat TELEKOM?

 

Peringatan harian ke 39=PayOnline?NoHiddenCharge?

Peringatan harian ke 39=PayOnline?NoHiddenCharge?

 

Peringatan harian ke 40= Hospital appointment. Clinic? Go to emergencies department if need.

Peringatan harian ke 40= Hospital appointment. Clinic? Go to emergencies department if need.

 

Dahulu ada satu rancangan luar Negara yang disiarkan di TV MALAYSIA. Rancangan yang diadili oleh orang-orang yang mencari pencipta rekacipta baru yang mungkin memenangi pertandingan rekacipta itu. Ciptaan yang menang akan dihasilkan oleh kilang dan dipasarkan.

Ada seorang yang mencipta satu benda yang leper dan diletakkan di bawah ponggong dan kemaluan . Ciptaan ini ialah untuk apa? Beri jawapan anda dalam tempoh lima saat:

SATU

DUA

TIGA

EMPAT

LIMA

Jawapan ialah:

*

*

*

Alat untuk menghalang bau kentut keluar dari seluar dalam. Ciptaan ini Berjaya memenangi pertandingan? Sila beri jawapan anda dalam tempoh 5 saat:

satu

dua

tiga

empat

lima

Jawapan ialah:

*

*

*

TIDAKLAH!!!  Bukan mudah untuk menang dalam pertandingan seperti ini. Jika menang pun, namanya tidaklah ditulis dalam buku teks sejarah. Yang selalu menjadi teks sejarah ialah pereka yang hidup pada zaman silam atau idea ciptaannya itu sangat bermakna kepada kehidupan alam dan ciptaannya itu bersifat PERINTIS, PELOPOR ATAU PENCIPTA AWAL. Seperti pencipta kapalterbang, telefon, tv, radio, computer, ubat yang ajaib, teknik pembedahan, pencipta mesin x-ray, ………

Sangat bermakna jika ada satu pusat antarabangsa yang berfungsi untuk:

1= Meminta saintis dan jurutera serta perekacipta di seluruh dunia mengemukakan teori dan hasil ciptaan peringkat ujian dan peringkat cipta

2= Menghasilkan ensaiklopedia , sumber rujukan dan teks yang berkualiti tentang sains ciptaan yang terpilih, yang terbaik dalam pelbagai versi bahasa.

3= Mengesan rekacipta yang merbahaya, kesan dan impak ciptaan itu pada jangka pendek atau panjang kepada pelbagai segi kehidupan serta mencari jalan pencegahan dan penyelesaian

4= Menyenaraikan ciptaan yang mesti dihentikan mengikut akta berkenaan kerana pembaziran, bahaya, kesan sampingan, tiada logic, ……

5= Menyenaraikan ciptaan yang disahkan selamat menurut tahap yang dikehendaki, yang logic, berkualiti dan diberikan gred kualiti……….

6= Memberikan  idea, panduan nasihat dan bantuan modal kepada pengilang yang menghasilkan hal tersebut atau rekacipta baru.

7= Memperbaiki ciptaan yang telah ada serta inovasi spesifikasi atau ciptaan tersebut.

8= Menjadi pemantau dalam proses eksperimen ciptaan dan pengilangan dan memberikan sijil proses eksperimen dan pengilangan yang menunjukkan gred kualiti proses atau menarik balik sijil yang telah diberikan

9= Membantu dalam pemindahan dan peminjaman teknologi , pakar-pakar dan alat kejuruteraan berkaitan ke seluruh dunia

 

what al-quran tell us about engineering?

what al-quran tell us about engineering?

 

Pusat Di Persimpangan Kutub boleh juga menjadi sebagai Pusat Sensor Tamadun iaitu yang berfungsi seperti yang dinyatakan di atas.

Melainkan hal privasi seperti teknologi persenjataan yang privasi, maka tidak boleh didedahkan dan pusat rahsia itu tidak akan ada di Pusat Di Persimpangan Kutub Antarabangsa, barangkali, atau di satu zon khas (bawah Tanah) dalam pusat itu yang terhad untuk kemasukan dan kegunaan orang-orang tertentu sahaja?

Pusat Di Persimpangan Kutub bukan sahaja menjadi pusat sensor tamadun, tetapi juga pusat suluk orang sufi ( tarekat dalam Islam sahaja).

Tamadun manusia, ada yang mengatakan banyak bermula dari penempatan di tepi sungai dan laut. Tetapi tidak semua yang dikatakan tamadun itu ialah tamadun. Mencipta fesyen pakaian yang menampakkan lubang biji kelentit itu fesyen tamadunkah? Mencipta ubat yang dicampur dengan ethanol/alcohol dan gelatin binatang tidak disembelih cara ISLAM itu tamadunkah? Mencipta system, akta, yang bidaah sesat itu tamadunkah? Mencipta mesin judi yang canggih itu tamadunkah? Mencipta video seks terbuka itu tamadunkah?

Justeru, tamadun mestilah juga bersifat taat kepada Allah dan meninggalkan laranganNYA. Jika tiada sifat ini, itu bukan tamadun tetapi tamadun syaitan.

Pernah ada orang yang menyatakan jika ayam itu disembelih, padahal ayam itu belum betul-betul mati lalu dimasukkan segera ke dalam mesin pembuang bulu ayam, maka ayam itu dianggap tidak mati disebabkan sembelihan tetapi kerana bahaya mesin itu. Ibu saya pernah melihat seorang pemilik atau yang menjaga kaunter bayaran sebuah restoren , iaitu seorang melayu yang membeli ayam yang telah siap dipotong-potong di pasaraya yang tidak dimiliki oleh orang ISLAM. Ayam yang dipotong-potong itu bukan berada dalam paket atau bungkusan, berlambak atas rak.

Ada alat yang kononnya jika di onkan akan menghasilkan getaran bunyi yang sangat halus sehingga manusia tidak mendengarnya tetapi didengari oleh tikus. Orang yang belajar teknologi peralatan hospital di peringkat diploma pun percaya hal ini tetapi bila dicuba alat ini tidak pun menyebabkan tikus sakit telinga dan lari dari rumah manusia.

Tidak semua teori saintis dan jurutera itu betul. Tiada semua ciptaan mereka itu logic atau berkualiti. Pengetahuan dan eksperimen mereka mungkin ada kegagalan dalam sesuatu proses atau ada cacat kepincangannya.