….mencari bulu dubur….By Lipur-lara Waris Tamingsari

Author of This Article is The Symbol Of U'zlah

Author of This Article is The Symbol Of U’zlah

this article in lipur-lara waris tamingsari category!

this article in lipur-lara waris tamingsari category!

Erratum or Errata; I should write (IN THIS ARTICLE) anything which mean that if Syria President indeed said he is a GOD and if his armies and his supporters indeed apostate but I wrote something which are not mean IF . So , Everyone in this world, forgive me, PLEASE. THANKS. Memang ada laman web yang mengatakan mungkin musuh Basyar memfitnah dia mengaku jadi Tuhan dengan membuat video yang menunjukkan orang sujud dengan mencium gambar Basyar. Walaubagaimanapun, kenapa masih berlaku kekejaman dan pembunuhan. Bukankah semua itu terjadi kerana Basyar tidak letak jawatan, tidak mengarahkan tenteranya & penyokongnya menghentikan kezaliman & kerana tidak membuat penafian bahawa dia penganut ajaran sesat yang percaya bahawa Allah menjelma dalam diri manusia??? Bukankah ini menunjukkan Basyar memang menganggap diri dia itu TUHAN? Memang ada foto Basyar solat di masjid tetapi bukankah itu seperti dia rasa terpaksa atau bertujuan menghina kerana dia lebih awal beri salam? Sepatutnya imam beri salam dulu. Semua ini dilakukan kerana dia anggap Dia Tuhan dan ajaran sesat yang dikatakan dianuti dia itu benar???

Amaran : Artikel ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang belum tumbuh gigi, yang belum akil-baligh, orang gila, bayi, ……………….. Anda dinasihatkan jangan terloya…………..kerana ada intipati video penyembelihan ……… Anda juga dicadangkan meminta doctor sakit jiwa dan pakar kaunkeling, eh kaunsyiling, eh kaunseling agar menemani anda membaca artikel ini jika tak mahu jadi gila-gila…………emmm…. alahai:

Muncul satu kepala di jendela itu. Satu barang ditunjukkan. Aku mengangguk-angguk. Berapa? “Haiyaa, ini balang mulah saje maa. Semilan juta linggit saje maa!!!” Eh tauke, dah gila ke? Jual aiskrim itu macam harga? Kemudian aku perhatikan seluar penjual. “Sebatang  kelihatan keluar dari zip yang terbuka” Ohh patutlah, orang tak betul. Tak mahulah . Cancellah!! Lalu dia pergi. Aku keluar dari rumahku [T=at 5.24 pm on 25 December 2013= Appear a head at the window. Showed a thing. I nod repeatedly. How many? “Haiyaa, this thing is cheap only. Only in nine million Ringgit!!”  Eh proprietor, be mad? Sell the ice-cream like the price? Afterwards, I see the seller trousers. “A bar look out from open zip” Ohh indeed, mad people. Averse. Cancel!! Then he go. I exit from my house]. Tiba-tiba datang posmen. Ini surat abang. Terimakasih. Ku lihat posmen itu memakai kasut tumit tinggi, kasut wanita. Hairan! Surat apa ni? Ku koyakkan dari satu penjuru. “Asalamualaikum, wahai pemimpin dunia. Malam tadi aku bermimpi bahawa engkau telah ditakdirkan akan menjadi pemimpin dunia. Datanglah berjumpa dengan aku di alamat ini……”. Isi surat yang aneh. Aku mencari rumah ulamak tersebut. Akhirnya…. Ulamak itu memelukku , berjabat tangan denganku. Wahai pemimpin dunia, hapuskanlah ISRAEL, hentikan kezaliman terhadap rakyat palestin, hapuskanlah presiden Syria yang menganggap diri dia itu Tuhan dan tentera dia dan segala penyokong dia yang murtad itu jika benar presiden Syria mengaku jadi Tuhan dan jika benar penyokongnya dan tenteranya murtad. Sejahat-jahat Iblis, tidak pernah ku lihat dia menyembelih leher manusia tetapi penyokong Tuhan palsu TIDAK mustahil tergamak….. Presiden Syria, dan orang murtad yang menyokong dia itu bukan manusia, bukan haiwan tetapi makhluk gila yang mesti dihapuskan Jika benar mereka itu ada penyakit gila seperti yang dinyatakan…… Mari bersamaku melihat rakaman sebenar dari video-video ini, wahai pemimpin dunia:

http://www.youtube.com/watch?v=1O4G4soI9HU http://www.youtube.com/watch?v=az5I0lFIwwc http://www.youtube.com/watch?v=ij83e1CLWnU http://www.youtube.com/watch?v=2e0uBeAFOdI

Kemudian, ulamak itu menutup video itu dan membuka pula video orang hisap dubur dan meminta aku melihatnya. Ahhh!! ulamak ini pun tak betul. Tiba-tiba terjatuh foto-foto lucah dari dalam jubah dia. Aku lari dari situ. Kemudian aku masuk ke satu zon kedai-kedai. Ramai memberi bayaran yang melebihi harga jualan. Aku hairan. Lebih menghairankan semua orang pakai selipar yang berbeza. Kaki kanan pakai selipar merah. Kaki kiri pakai selipar biru. Itu contoh perbezaannya. Ada yang pakai selipar tapi kaki yang lagi satu tak pakai apa-apa. Lebih memeranjatkan, mereka tiba-tiba berak beramai-ramai di situ tanpa malu. Aku lari lagi. Aku pergi ke balai polis untuk buat aduan, apa yang aku lihat di zon kedai. Tetapi baru sahaja masuk ke balai polis, aku terjerit dan lalu lari keluar dari balai polis. Semua polis yang aku lihat itu bertelanjang bulat. Ahh!! Aku baru sedar setiap orang seperti telah jadi gila!!!! Hanya aku yang tak gila??? Lalu aku berlari masuk ke makmal rahsiaku di bawah Tanah. Aku cuba mencipta alat pengesan otak yang gila. Harapanku jika alat ciptaan ini Berjaya dihasilkan, aku ingin mencari orang yang tak gila.

mad scientist

mad scientist

Tiba-tiba ada sebuah helicopter datang , sedang terbang di atas bumbung rumahku. Aku melihatnya dari tv yang disambungkan dengan kamera pengintip. Satu bandela berat dijatuhkan lalu menembusi bumbung!! Helikopter itu terbang jauh dari rumahku. Aku MELIHAT CETAKAN pada kotak itu: “Alat pengesan otak yang gila. Ini sebagai promosi sahaja. Kami ada banyak lagi model yang lebih canggih. Sila hubungi kami…..jika ingin membeli…..” Aku membuka bandela itu. Ini seperti alat pengesan penipuan. Ahhh!! Aku tak percaya ini. Pada pendapatku alat ini ialah teknologi bodoh dan gila. Sebab? Ini contoh sebab:

1= Dikatakan alat ini mengesan tekanan jantung. Kalau jantung itu dikesan berdegup pantas , dikatakan kerana orang yang sedang diuji oleh alat itu sedang menipu kerana orang yang menipu ada perasaan bimbang penipuannya tidak mendatangkan kejayaan dan kebimbangan itu telah menyebabkan jantungnya berdenyut-denyut lebih pantas dari yang biasa. Pada pendapat aku , seseorang juga mungkin ketakutan dan berdenyut pantas jantungnya kerana bimbang penerangan jujur dan benar yang diberikan tidak menyakinkan seseorang yang mempunyai kuasa menghukumnya. Jadi, alat ini tidak menunjukkan dengan tepat .

2= Alat itu jika dapat mengesan system biologi otak secara imbasan yang sedang berlangsung, dikatakan dapat mengesan penipuan. Pada pendapat aku, isyarat tenaga letrik dan cas-cas letrik yang bergerak di otak  dan urat saraf itu bukanlah perkara yang dapat diterjemahkan .Tiada ayat atau symbol atau perkataan yang terpamer padanya. Tiada alat mikroskop atau apa juga yang dapat mengesannya. Kerana apa yang dibawanya itu melibatkan benda latifah rabbaniah, makhluk alam ghaib, ruh akal, ruh nafsu, ruh kalbu. Allah telah berfirman bahawa hal ruh ini tidak diberikan pengetahuan tentangnya melainkan sedikit. Allah yang lebih tahu tentang ruh ini. Maka aku buang alat itu tetapi alamat syarikat yang menghantar alat itu aku ambil. Aku rasa dunia telah jadi gila oleh kerana wujud saintis yang mencipta sejenis kimia untuk mengubah otak manusia di seluruh dunia. Tujuannya agar dapat menakluki dunia dan menjual alat pengesan otak yang gila!!!

Aku keletihan. Aku terlelap. Biarlah. Esok aku cari alamat saintis-saintis jahat itu. Lusa aku cuba cipta alat pengesan otak yang gila. Yaa !!!

Ayam jantan berkokok. Beburung mula berkicauan. Roda itu berputar-putar , mendaki satu banjaran. Gaung maut di kiri- kanan. Loceng itu ditekan. Gerbang dibuka. Dengan langkah yang perlahan-lahan. Aneh, tiada orang di sekitar. Satu benda bulat berskrin terbang perlahan-lahan ke arah aku. Robot terbang itu menunjukkan arah , “Lihat peta di skrin aku”.

Ruang itu ada beberapa kerusi. “Selamat berurus-niaga. Sila lihat model-model yang ada di sini. Untuk keterangan lanjut ,klik video penggunaan pada mana-mana skrin yang ada di sekitar ruang ini,” HAIRAN, suara ada, orangnya di mana? Aku melihat 360 darjah berkali-kali. Aku tak peduli lagi. Aku mengklik skrin untuk mengetahui semua model alat pengesan otak yang tak gila. Aku kata, saya nak beli kesemuanya. Saya ada wang yang cukup. Tiada suara di situ. Adakah awak robot atau manusia? Jawablah!!!

Lama aku menunggu. Aku mula rasa cemas. Barangkali semua ini perangkap. Mungkin aku akan dijadikan sampel ujikaji saintis gila ni. Aku pun mula melangkah agak laju untuk meninggalkan ruang ini. Ehh siapa sentuh kaki aku? Mataku terbeliak.

Do not treat you can defeat me. I am the owner of this place, You see my gun?

Do not treat you can defeat me. I am the owner of this place, You see my gun?

“Jangan perbuat sesuka hati. Aku ketua saintis dan ketua program rahsia di sini. Kalau kau berniat jahat, aku tembak dubur engkau”. Seorang  manusia kenit sebesar anak tikus, tikus remaja sedang duduk atas satu bola kecil. Dia mampu bergerak menggunakan bola itu sambil duduk atas bola. “kau mahu bayar tunai atau bayar menggunakan kad kredit?” “Saya nak bayar dengan kad”. Lalu sikenit itu mengarahkan aku pergi ke satu mesin pengimbas kad kredit dan aku ikut arahan selanjutnya. “Barang kamu ada dalam lori itu. Sekarang pulanglah. Lori itu akan mengikuti engkau”.

Di rumah, aku pelajari cara-cara menggunakan semua alat pengesan otak yang tak gila . Semua risalah panduan penggunaan aku rujuk . Berhari-hari aku cuba menggunakan pelbagai alat pengesan otak. Semua alat itu pernah memaparkan pada skrin maklumat ini iaitu “AAA ha ha ha, anda telah jumpa orang yang tak gila, pergi berkenalan dengannya sekarang”. Aku pun pergilah dekat setiap orang yang telah diistiharkan sebagai tak gila oleh alat pengesan otak itu. Tetapi apa yang aku dapat ialah kena  ludah, kena cekik, kena cakar, kena gigit, kena tampar.  Aku menelefon pusat saintis kenit itu. “Kembalikan semua wang saya, saya tidak mahu gantian, saya mahu wang saya semula. Awak penipu”. Si kenit itu ketawa macam “pondan”. “Kalau awak tak mahu gantian, itu masalah awak. Tetapi peraturan syarikat ialah barang yang telah dibeli, tidak boleh dipulangkan semula”. Aku ugut dia, hendak buat laporan polis dan melaporkan kepada pelbagai pihak yang berkuasa. Setiap kali aku masuk ke tempat yang aku harapkan aduanku diketahui, aku lari terjerit-jerit. Mereka semua telanjang 100%.

Akhirnya, aku terpaksa melarikan diriku ke kutub utara. Belajar berkawan dengan anjing laut, beburung, ikan paus bertanduk dan lain-lain. Aku beribadat di situ, minum air salji, makan ikan yang aku panggang dengan kayu api. Aku belajar buat iglu. Itulah rumahku. Kalau berak, senang sahaja, ku gali satu lubang atas dataran salji, maka tahiku jatuh terus ke lautan artik. Tak perlu bayar bil air, bil api. Alat kompas penunjuk kaabah sentiasa bersamaku. Aku beruzlah di kutub utara dengan tangisan air mata setiap hari. Aku tidak ingin kembali ke dunia yang dipenuhi manusia kerana mencari manusia yang tidak gila seperti mencari bulu dubur manusia di dasar lautan artik!!!

 

Yes, this is my iglu. Come here, meet me.

Yes, this is my iglu. Come here, meet me.

Bila aku terkenangkan kubur ibubapaku, maka serta-merta aku meraung , menangis berterusan. Aku telah membuat iglu yang besar. Mempunyai bilik, stor, ruang tamu, ruang dapur. Aku juga menyimpan stok makanan dan minuman segera yang kering, yang boleh terus dimakan , cukup sehingga tujuh tahun. Aku juga menyimpan barang lain seperti bateri dan pengecas bateri dan laptop. Aku dapat melayari internet dalam igluku. Semua kenalan dan sahabatku telah ku anggap telah tiada kerana mereka semua telah menjadi gila.  Pada satu hari, aku ke pinggir lautan Artik yang masih cair. Lautan yang tenang , tiada ombak. Tiba-tiba seekor  beruang datang ke arahku. Aku tidak melarikan diri. Aku senyum. Beruang itu membuka mulutnya dan menggigit tanganku. Aku ketawa. Tanganku ditarik-tarik oleh beruang itu menggunakan mulut beruang itu. Aku diheret . Aku ketawa lagi. Di sebuah tempat yang aku tidak pernah sampai. Masih di kutub utara. Aku berasa aneh. Jantungku berdegup pantas. Berdebar-debar. Beruang yang aku pelihara sejak kecil membawa aku ke sini. CUTE menunjukkan reaksi luarbiasa. Cute melihat ke sekeliling tempat itu sambil berdiri dan memusing tubuh. “Mesej apa yang hendak kamu sampaikan kepadaku, Cute?”. Cute, nama beruang itu. Tiba-tiba cute pergi ke satu tempat, di tengah-tengah kawasan itu. Aku melihat cute mencium sesuatu dan dia dibelai oleh satu makhluk yang tidak dapat ku lihat dengan jelas, masih kabur. Aku yakin makhluk itu tidak merbahaya. Aku cuba mendekati makhluk itu. Aku sangat terperanjat. Mahkluk itu berbentuk manusia!! Aku berlari , pergi ke arah igluku. Aku yakin pelari terpantas di dunia pun tidak sepantas aku. Aku lebih pantas.

I run to my iglu

I run to my iglu

Aku  segera masuk ke iglu. Membuka satu peti rahsia. Ku ambil alat rahsia. Kemudian aku berlari , keluar dari iglu. Aku pergi ke tengah-tengah kutub utara. Oh MALANG nasibku. Sudah tiada. Malah Cute juga. Aku menjerit memanggil cute, berulang-kali. Tiba-tiba sekumpulan pembunuh paling merbahaya muncul dari lautan Artik. Aku segera melarikan diri, membawa alat rahsia. Aku dikejar oleh beruang-beruang yang sangat lapar. Aku terasa pitam dan akhirnya aku terjatuh. Aku melihat semua beruang itu telah melompat ke arahku yang terbaring. Aku pengsan. Tiada darah. Tiada luka. Bajuku tidak koyak. Alat rahsiaku tidak rosak. Ke mana semua beruang itu?  Tiba-tiba bau yang sangat harum. Aku mengikuti arah datang bau itu. Satu makhluk berjalan di atas air. Segera aku menghidupkan alat rahsia yang ku cipta. Alat pengesan otak yang tak gila. Aku pancarkan ke arah makhluk itu. Terpapar di skrin alat ini, informasi ini: Anda telah mengesan seorang yang berotak senget. Orang gila dapat berjalan di atas air. Adakah ini permainan silap mata? Aku rasa orang ini hendak mempermainkan aku dengan permainan silap mata.  Oh! Cute berada di bawah permukaan air! Patutlah orang itu kelihatan berjalan di atas air sebab kaki dia berada di atas Cute yang sedang berenang perlahan. “Hei ! Kau membuli beruang aku! Wahai orang gila!”. Lelaki itu hanya senyum. Tiba-tiba lelaki dan Cute ghaib. Aku ketakutan. Aku berundur, berjalan macam udang. Aku terasa bahuku di sentuh dari arah belakang. Aku memusing badan ke arah belakang. Seorang lelaki berpakaian putih senyum melihat aku. Jangan takut, saya tak gila. Saya sudah lama tinggal di kutub utara. Siapa yang menyelamatkan saya daripada beruang ganas? Sayalah. Bagaimana anda melakukannya? Dengan izin Allah, saya dapat menyelamatkan anda. Di mana beruang yang saya pelihara? Jangan risau, ia ada di belakang awak. Cute mengosok-gosok kepalanya ke kakiku. Dengan gaya manja. Terimakasih kerana awak menyelamatkan saya dan saya minta maaf kerana menyangka awak jahat dan gila. Saya telah maafkan. Tiba-tiba lelaki itu ghaib. Aku terperanjat. Adakah dia jin? Tiba-tiba, ada suara dari langit berkata: “Lelaki yang ghaib ini ialah seorang wali Allah, seorang ulamak yang bersifat Di Persimpangan Kutub, beliau menjaga bahagian kutub Utara”. Aku berkata di dalam hati: “Kalau demikian , wali Allah ini ialah penjaga kutub utara. Wali Kutub Utara. Aku telah menemui orang yang tak gila”. Tiba-tiba langit bersuara lagi, bahagian kutub utara ini tidak kena banyak bala kerana ada wali Allah ini. Satu revolusi Islam Tulin akan datang dari kutub ini. REVOLUSI ISLAM TULIN KUTUB UTARA!!”

Meja Bulat Orang Koyak-Rabak By Lipur-lara Waris Tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

this article in lipur-lara waris tamingsari

Meja bulat itu sedang menunggu kedatangan orang yang berpakaian koyak-rabak. Yang ada duduk dekat meja itu ialah orang yang berpakaian baju kot, bertopi, bertali leher, kasut jenama mahal, pen di saku daripada emas campur berlian. Cermin mata pula , jenis kamera pengintip. Mereka semua bermata biru sebab pakai  benda bulat pipih warna biru tu, masuk ke mata.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Mereka takutkah? Tak datang lagi. Aku rasa mereka tak beranilah Mad! Ya lah aku pun rasa begitu.

Sambil menunggu kedatangannya, mereka menonton sebuah video. Video itu dipaparkan di skrin besar , terletak di hadapan meja bulat itu. Seorang lelaki sedang memerah susu dari puting dada seorang wanita. Susu cap gantung namanya. Itu pemandangan sebuah perusahaan di kilang susu wanita.Itulah rakaman video sebuah filem pelik yang sedang ditontoni. Pengarah filem itu pula bekas perogol bersiri yang terkenal di dunia. Dikatakan beberapa ekor alien pun tahu namanya. Begitulah terkenal hebat namanya, MAHSYUR ke seluruh penjuru alam.

Tiba-tiba seorang penonton menjerit, Eh lekas off video ini! CEPATLAH!!. Kenapa?? Ohh orang koyak-rabak dah datang!!!

Meja bulat gembira dengan kedatangan orang koyak-rabak, Dia ingin menyatakan kegembiraan, tetapi apakah daya untuk demikian, Dia hanyalah sebuah meja. Benci betul dia terhadap orang-orang kaya penonton video lucah ini.

Golongan yang berpakaian koyak-rabak mula duduk di meja. Bau harum daripada pakaian mereka walaupun bahagian  baju di dada ada koyak-rabak sedikit. Heii orang miskin, kenapa kamu koyak-rabak. Tak malukah? Jadilah seperti kami, bergaya macam james bond. Ohh! kami seperti khalifah Abu Bakar, bila nabi Muhammad bertanya, kenapa ada lubang pada pakaiannya di dada Abu Bakar, Abu Bakar menjawab beliau telah menyerahkan semua hartanya untuk perjuangan ISLAM. Bila Nabi bertanya apa lagi yang tinggal kepada beliau, Abu Bakar menjawab ALLAH DAN RASULNYA. Bila nabi Muhammad bertanya adakah Abu Bakar menyesal kerana mensedekahkan seluruh harta beliau, Abu Bakar terus menangis dan beliau kata tidak menyesal.

AAAAHHHHHH sudahlah!! Kami tak mahu dengar kisah Abu Bakar dan baju yang koyak . Tujuan kita datang berkumpul ialah bukan nak tahu fasal Abu Bakar yang koyak bajunya. Kita datang untuk membincangkan kenapa kamu, wahai ulamak di persimpangan kutub menentang dasar penswastaan padahal kami mewakili golongan pemerintah menguatkuasakan dasar penswastaan!!!!

Golongan ulamak DPK : “Kami bukan menentang penswastaan secara 100%. Bila kerajaan tidak mampu, mereka hendaklah melibatkan syarikat swasta tetapi bukan terus memberikan  hak penswastaan secara 100%. Maksudnya kerajaan masih memiliki kuasa dan hak juga, yang jadi bahagian kerajaan. Pihak swasta itu juga mestilah menanggung kos dan berhak mendapat keuntungan juga. Apabila kerajaan telah ada kemampuan menguruskan kerana ada kepakaran dan peruntukan dan sumber kewangan yang lebih baik, maka pihak swasta itu hendaklah dikeluarkan dan tidak lagi memiliki kuasa dan hak. Ketika ini, hal tersebut kembali menjadi hak kerajaan 100%.

Golongan mata biru=” Kalau begitu, lebih baik diswastakan 100% , kerajaan akan menjimatkan perbelanjaan dan menyimpan kewangan khas untuk tujuan kepentingan lain rakyat satu Negara. Konsep rakyat 1 Negara haruslah dilaksanakan. Malaikat Jibrail dah pun datang jumpa menteri yang buat gagasan 1 Negara ini dan menyatakan persetujuan. Malaikat Jibrail menyokong.”

Golongan Koyak-rabak= Tiada bukti malaikat Jibrail jumpa menteri jahil itu. Kalau diswastakan 100% biarlah yang kecemasan begitu tetapi bila tiba masa yang sesuai kerajaan hendaklah mengambil semula 100%. Ini sesuai dengan takrifan kerajaan menurut gagasan Di Persimpangan Kutub. Kerajaan hendaklah memantau dan menghukum terhadap syarikat yang ambil-alih kepentingan kerajaan itu jika perlu.

Golongan Mata Biru= Tiada bukti rasuah pun. Tiada bukti kami, pihak kerajaan ada kroni atau ada pemimpin kerajaan yang dapat untung sebab jadi pengarah atau pemilik saham halimunan dalam kepentingan kerajaan yang diswastakan 100%. Kamu suka buat andaian dan tuduhan sahaja. Suka berburuk sangka. Berdosa tau!?

Golongan Koyak-rabak=” Bertenang. Kami bukan membuat tuduhan. Kami bermaksud hal seperti itu tidak mustahil logic terjadi. Justeru langkah pencegahan perlu dibuat seperti pemantauan dan hukuman. Bahkan, bukan tak ada bukti satu pun. Bekas Ketua Juruaudit Negara telah menemui bukti-bukti rasuah di kalangan pemimpin-pemimpin dan pegawai kerajaan , termasuk pihak swasta berkenaan. Jika penemuan beliau itu tidak benar, kenapa tidak  dibicarakan di mahkamah.

Golongan Mata Biru= Kami tak punya kuasa mengheret dia ke mahkamah. Ahh lupakanlah hal itu. Itu urusan pemerintah nombor satu Negara.

Golongan Koyak-rabak= “Ingat, seboleh-bolehnya hal-hal seperti sekolah, university, hospital, klinik kerajaan, balai polis, tentera, pelabuhan milik kerajaan, syarikat minyak kerajaan, pengangkutan awam kerajaan, ……..dan lain-lain tidak boleh diswastakan”. Banyak keburukan penswastaan. Jika ada kebaikan pun, bila dikaji bersama dengan keburukan, maka dapat diambil kesimpulan bahawa dasar penswastaan haruslah sedaya-upaya kita elakkan daripada terjadi kecuali darurat tetapi akhirnya kerajaan harus memiliki semula seratus-peratus atau bermaksud pembatalan penswastaan bila tiba masa  dan keadaan yang sesuai.”

Golongan baju kot= Kalau pandai sangat , cuba beritahu apa contoh keburukannya? Bukankah kebaikan penswastaan itu , salah-satunya ialah menggalakkan kelahiran syarikat-syarikat baru dalam pelbagai bidang yang milik pihak swasta seratus-peratus?

Golongan berlubang baju=” Kami tidak nafikan galakan seperti itu dapat terjadi tetapi keburukannya juga akan meranapkan perkembangan kelahiran. Contohnya, bila sesuatu syarikat itu diberikan kontrak berjuta , syarikat itu memberikan tugasan kontrak itu kepada syarikat lain yang lebih kecil, yang kekurangan dari segi profesionalnya, kepakarannya, tenaga pekerjaannya, sumber modal dan keuntungannya, asetnya, peralatannya…..Maka hasil yang terjadi daripada projek itu tidak berkualiti, tidak menurut piawaian kualiti yang sepatutnya. Maka tak hairanlah jika ada banggunan yang mudah runtuh, peralatan hospital yang tidak tepat, tidak sesuai, berkesan buruk, pendidikan yang kacau-bilau, pihak bank yang jadi toyol dan merompak, kenderaan pengangkutan awam yang tidak selamat, persekitaran Bandar yang kotor, tidak kemas, ………….tandas awam yang rosak-binasa, jadi tempat penagih dadah, bila terbiar, …..Bahkan jika kerajaan itu mewujudkan system perbankan dan subsidi yang jujur dan benar mengikut konsep ISLAM yang benar, maka ini akan menggalakkan kelahiran usahawan bumiputera yang Islam JUGA.”

Golongan Kasut Jenama Tinggi: “Eemmm….betul juga kata engkau wahai baju koyak. Tetapi bukan kami yang ada kuasa untuk menghalang dan menghapuskan dasar penswastaan. Itu kena Tanya Perdana Menteri Satu Negaralah. HA HA HA HA HI HI heh heh heh heh. ” Dah bersurailah kita.

Meja bulat gembira dengan kemenangan pihak koyak-rabak tetapi pada masa yang sama si meja bersedih juga sebab golongan ulamak perlu melancarkan jihad dan revolusi Di Persimpangan Kutub kerana walaupun pihak wakil kerajaan telah kalah dalam perdebatan ini tetapi kerajaan tidak peduli , malah terus melaksanakan dasar penswastaan untuk mengenyangkan nafsu kroni-kroninya padahal persidangan meja bulat ini bertujuan untuk kerajaan mencari keputusan sama ada meneruskan penswastaan atau membatalkan atau menghentikan. Pada mulanya kerajaan tersebut berjanji jika wakil mereka kalah dalam persidangan itu, mereka akan menghapuskan dasar penswastaan tetapi sebenarnya kerajaan MUNGKIR JANJI.