Keluhan Seluruh Dunia By Jeritan Seantero Dunia

 

Saya rasa marah sebab artikel telah disahkan (mengikut system) saved tetapi bila saya buka papan pemuka, ia terletak dalam draf, saya menyangka ada yang telah diterbitkan iaitu artikel dalam draf itu tetapi sebenarnya hanya ada di draf. SAYA MEMADAMKANNYA SECARA permanent kerana menyangka ia telah diterbitkan sebab telah datang mesej saved. Nampaknya server wordpress.com mempermain-mainkan saya. Telah banyak kali mesej saved dan telah terbit diberikan kepada saya untuk pelbagai artikel saya tetapi sebenarnya masih di dalam draf. SAYA TERPAKSA MENAIP SEMULA ARTIKEL YANG SAYA MUSNAHKAN INI: lain kali saya tidak akan menggunakan wordpress.com lagi????

Anwar Ibrahim , seorang pejuang reformasi mengatakan bahawa Malaysia ialah Negara yang mengeksport minyak (=menjual minyak) dan hasil jualan Malaysia mendapat RM700 billion. Bekas timbalan perdana menteri  Malaysia itu mengatakan bahawa Negara seperti Indonesia dan Thailand mengimport minyak, sebab itu mereka menaikkan harga minyak yang di jual di stesen Negara itu kerana jika tak buat begitu, siapa yang nak bayar untuk import minyak? Jadi, alasan pihak kerajaan Malaysia yang mengatakan mereka hendak menaikkan harga minyak di stesyen minyak di Malaysia sebab Negara seperti Thailand dan Indonesia menaikkan harga minyak petrol tidak dipersetujui oleh Datuk Anwar Ibrahim.

Apabila harga minyak petrol naik, Pengeluar biasanya akan menaikkan harga atas sebab kos pengangkutan bertambah (kos petrol). Bila ini berlaku, jumlah keuntungan runcit bagi sesuatu harga kilang yang boleh diperolehi oleh peruncit turut berkurangan. Keadaan ini sama ada pekedai itu beli secara runcit ataupun borong. Maka, terdapat peniaga yang menentukan sendiri harga barangan tersebut (tidak mengikut harga cetakan kilang pada barangan itu). Peniaga menaikkan harga. Pembeli jadi marah.

Maka, berlaku inflasi. Pencatuan barangan mungkin terjadi. Pekedai juga mungkin beri sebab inflasi terjadi kerana kekurangan permintaan. Harga dinaikkan  oleh pekedai sebab kekurangan permintaan . Ini salah satu bentuk pencatuan. Orang yang sanggup beli dengan harga barang yang dicatu dianggap sebagai orang yang menerima giliran mengambil barangan catuan.

Rakyat mungkin terdorong membeli barangan seludup di pasar gelap yang lebih murah tetapi juga mungkin termasuk tiruan yang kurang berkualiti dan merbahaya kepada kesihatan.

Inflasi juga terjadi jika permintaan tinggi , melebihi pengeluaran atau stok jualan. Anwar Ibrahim mengatakan bahawa PETRONAS ialah syarikat milik penuh kerajaan, 100% milik kerajaan. Pada pendapat saya, jika demikian tidak timbul persoalan subsidi minyak kerana salah-satu maksud kerajaan itu ialah kumpulan orang yang dilantik atau diamanahkan oleh kumpulan terbanyak (rakyat) untuk menguruskan pemilikan bersama . Dalam kes ini, ialah petrol ialah milik bersama. Justeru, memang patutlah harga minyak sepatutnya sentiasa rendah atau semakin rendah dan selalu stabil seperti itu. Tidak naik harga .

Apakah alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi sebagai alasan untuk menaikkan harga minyak petrol? Kerajaan Malaysia mempunyai banyak mempunyai sumber pendapatan yang mendatangkan sangat banyak wang dan PETROL ialah sumber pendapatan paling banyak memberikan keuntungan setiap tahun.

Bukankah hal-hal seperti berikut menjadi punca sebenar kenaikan harga petrol:

Mengutamakan kroni, Tamak, Salah-guna kuasa, pembaziran wang rakyat sehingga stok simpanan wang Negara mendorong tindakan merampas wang rakyat melalui alasan seperti petrol terpaksa dinaikkan harga, rasuah, ….????

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

It is not impossible if many people in the world will kill themselves because money problems due to petrol price be more expensive!!!

Rakyat Malaysia , kebanyakannya belum mencapai kekuatan simpanan kewangan yang terjamin untuk hari tua mereka. Kuasa beli mereka akan semakin terhad bila petrol naik. Untuk mencari sumber pendapatan tambahan yang sesuai , tidak semudah yang disangkakan. Persaingan dalam perniagaan. Kekurangan modal. Tiada penjamin, Tiada pengguna yang berminat, Tiada pelanggan. Apalah erti RM500 wang tabung “simpati kepada rakyat” yang sekali atau beberapa kali setahun jika petrol punca kenaikan harga? Maka, seolah-olah kerajaan dapat  ambil semula RM500 yang telah diberikan melalui cukai daripada barangan yang naik harga kerana petrol naik harga ? Atau kerajaan dapat kembali semua pemberian itu melalui kroni mereka yang kerja dalam PETRONAS???

peniaga petrol rompak

Projek dan program yang membazirkan wang rakyat di dalam dan di luar Negara, mestilah dihentikan oleh kerajaan . Pelaburan yang merugikan syarikat kerajaan atau kerajaan mestilah tidak ditanggung  akibatnya oleh rakyat. Rakyat tidak bersalah. Jika mengambil rakan-kongsi, seboleh-bolehnya mengelakkan Negara kafir atau orang kafir menjadi rakan kongsi PETRONAS. Pelajarilah dulu konsep perniagaan Islam yang Tulin supaya mendapat keberkatan dan hasil dalam perniagaaan.  Ada laporan mengatakan bahawa ruang-ruang kedai di menara kembar PETRONAS banyak dikuasai oleh orang asing, bukan melayu. Menara kembar PETRONAS bukan lambang bahawa kemiskinan rakyat berbangsa melayu telah pupus .

APA yang rakyat boleh buat sekarang untuk menurunkan harga minyak petrol? Solat hajat? Lagi apa? Mendesak kerajaan menurunkan harga petrol? Saya cadangkan pakai basikal, kereta lembu, kereta kuda, kuda, ………………. Biar stesyen minyak PETRONAS akhirnya terpaksa ditutup???? Maka, akhirnya, untuk menarik minat semula rakyat membeli minyak petrol, maka kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak 50% daripada harga sekarang???

Zaman Berkuda Akan Kembali? < Jeritan Seantero Dunia

kuda4kuda1

Ada seorang pernah berkata kepada saya bahawa dunia akan kehabisan minyak dan kerana itu manusia terpaksa menggunakan kuda semula. Dari sumber apakah dia dapat maklumat ini? Walaubagaimanapun, ada logik juga apa yang dikatakan dia itu:

1= Sumber alam seperti gas, minyak, arang batu, ….. semakin berkurangan dan tidak ada bukti semakin “membiak”.

2=Jika tenaga letrik dapat menggantikan minyak dan lain-lain, mungkin dalam hal tertentu sahaja tetapi tidak akan ada banyak kenderaan letrik kerana perlu mengecas berjam-jam kenderaan letrik dan dalam tempoh berjam-jam sahaja dapat digunakan, lepas tu perlu cas semula. Harga kereta letrik pula terlalu mahal. Kelajuan maksima pun ada yang 140km/j sahaja. Pintu kereta letrik mungkin 2 pintu sahaja . Jadi tiada akan mendapat sambutan ramai. Tenaga suria tidak perlu diceritakan.

3=Basikal? Memang ada basikal berkuasa letrik tetapi berapa lama dapat digunakan sebelum dicas berjam-jam pula? Berapa jauh dapat bergerak? Memanglah tentera jepun menakluki Malaya dengan cepat dengan menggunakan basikal . Tetapi menggunakan kuda lebih nikmat, selesa dan menyeronokkan? Kuda dapat bergerak lebih jauh dan lebih pantas. Terutama kuda kaki pendek.

Justeru dunia perlu bersedia membiakkan kuda dan belajar hidup dengan kuda mulai sekarang?  Bayangkan pada zaman berkuda, hal-hal berikut mungkin atau tentu terjadi:

1= Kilang kenderaan bermotor berubah menjadi pusat pembiakan dan rawatan kuda serta sebagai pusat jualan kuda. Kuda-kuda import juga dibawa masuk. Bahagian R & D (Research & Development) pula sibuk buat kajian mengeluarkan “model-model” kuda baru iaitu kajian kacukan kuda? Kilang kuda ini juga menjual aksesori peralatan dan pakaian kuda seperti ladam atau kasut kuda. Kilang kuda juga tempat kuda dilatih untuk melakukan pelbagai gerakan kerja dan dilatih untuk memahami isyarat bahasa dan lain-lain yang dibuat oleh manusia. Geran kuda juga diadakan.

2=Bengkel kenderaan bermotor menjadi bengkel kuda. Syarikat insuran kuda diwujudkan.

3=Sekolah memandu (kenderaan bermotor) berubah menjadi sekolah menunggang kuda. Di sini, manusia juga diajar memahami tingkahlaku dan psikologi kuda dan bagaimana berkomunikasi dengan kuda. Lesen untuk orang yang lulus ujian menunggang kuda secara perseorangan atau lebih dikeluarkan . Jua ada lesen percubaan.

4=Stesyen minyak berubah menjadi stesyen kuda yang menjual makanan dan minuman kuda termasuk aksesori yang dipasang pada kuda. Sesetengah stesyen kuda mungkin menawarkan servis memandikan kuda.

kuda2kuda6kuda3

5= Lampu trafik akan tetap digunakan. Kuda telah diajari maksud warna lampu isyarat. Masih ada kenderaan letrik  dalam jumlah sangat kecil tetapi kuda akan jadi kenderaan paling biasa dan banyak digunakan. Kereta kuda yang dikeluarkan oleh kilang kuda akan jadi sebagai lori, van,….. ambulan, kenderaan bomba. Masih ada kapal pada zaman berkuda tetapi kapal layar, bot laju berkuasa letrik ,…. Pengangkutan udara mungkin ada, guna belon udara yang guna gas dicatu sebab terhad??? . Kuda betina mungkin dipakaikan “jilbab kuda” agar tidak dikenali oleh kuda jantan. Sebab jika dikenali, mungkin kote kuda jantan tegang dan kuda-kuda jantan berebut-rebut untuk berasmara dengan kuda betina. Maka, lalu-lintas atau trafik jadi kelam-kabut dan kemalangan jalanraya mungkin terjadi.

6= Kuda-kuda digunakan sebagai kenderaan perang darat yang utama selain unta . Tentera berkuda membawa bendera, senapang, bom tangan, pedang, panah dan lain-lain. Pada zaman ini , sekarang , memang ada polis berkuda di sesetengah tempat di luar negara. Pada zaman khulafa ar-rasyidin yang tertentu telah ada posmen berkuda.

7=Kuda-kuda mungkin diberi sejenis dadah untuk menjadikan kuda lebih kuat, lebih

berotot dan lebih laju. Kuda-kuda juga mungkin dipakaikan pakaian kalis peluru. Budak pergi sekolah naik kereta kuda. Yang rendah tubuhnya menunggang kuda kerdil (spesis kuda yang rendah dan lebih kecil). Akan ada juga perkhidmatan kereta kuda sewa atau kereta kuda yang menggantikan teksi dan bas. COWBOY pun makin bertambah di dunia.

8=Kenderaan bermotor tertentu seperti helikopter, jet atau kapal terbang terpaksa dibuka dan ditanggalkan bahagian dan aksesorinya, dikitar semula. Bas mungkin diubahsuai menjadi kedai atau pusat tertentu. Tiada penjelajahan di angkasa dan planet lain.  Tentulah udara bumi akan jadi lebih bersih kerana tiada gas diesel dibebaskan . Gas yang hitam dan busuk serta sangat merbahaya ini.

kuda11

kuda robot mungkin dicipta pada zaman berkuda?

kuda robot mungkin dicipta pada zaman berkuda?

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

tidakmustahiljikamalaikatmenjelmamenjaditenteraberkudauntukbantuIMAMMAHDI

TAKmustahiljikaSyaitanMenjelmajadikuda

TAKmustahiljikaSyaitanMenjelmajadikuda

kudakesayanganIBLIS?

kudakesayanganIBLIS?

ApapendapatAndaTentangBinatangYANGditunggangiOlehNabiMuhammad(dalamISRAK&MIKRAJ)?

ApapendapatAndaTentangBinatangYANGditunggangiOlehNabiMuhammad(dalamISRAK&MIKRAJ)?

Info road tax akan ditampalkan dekat leher kuda. Pelekat yang berinfo berkenaan tempoh servis semula kuda anda juga ditampalkan berdasarkan jumlah hari/minggu. Bukan berdasarkan jumlah jarak (kilometer/batu). Contohnya, jika kuda itu telah digunakan sebanyak 6 bulan, kuda itu digalakkan dihantar ke pusat pemeriksaan kesihatan kuda. Ladam  perlu diganti selepas tempoh tertentu dari tarikh kuda itu pakai ladamnya. Kuda hamil atau akan hamil segera dilarang digunakan  dalam perundangan kuda antarabangsa.

back to more up (=back to menu) …………