APABILA “Mata Ruh” Terbuka > Oleh Sinaran Iffah

andamasihadapeluangkeduawalauMUFLISghost3ghostghost1

Sebenarnya, karangan ini sesuai juga diletakkan dalam kategori “Penyaring Nostalgia”. Kisah-kisah yang akan diperkatakan di sini ialah kisah yang benar-benar terjadi. Ada yang mengatakan istilah hantu ialah bermakna jin yang dapat dilihat. Istilah Hantu raya, orang bunian, toyol dan lain-lain pula , ada ustaz yang mengatakan semua itu hanya difahami oleh orang melayu. Orang bunian dikatakan juga sebagai jin Islam. Hantu raya ialah istilah untuk jin yang dipelihara atau yang jadi sahabat , yang tinggal serumah. Hantu raya dikatakan dijadikan sebagai sahabat yang membantu menjaga harta tuannya (orang yang membela hantu raya). Dikatakan bila tuannya mati, hantu raya itu akan menjadikan anak tuannya sebagai tuannya yang baru, mungkin anak yang lebih tua. Toyol pula dibela agar mencuri wang orang lain dan wang curian itu diberikan oleh toyol kepada tuannya (pembela toyol).

Dahulu, dikatakan orang barat tidak mempercayai kewujudan hantu. Entah sejak bila , kini mereka telah lama mempercayai kewujudan hantu setelah ada orang barat yang dikatakan melihat atau bertemu dengan hantu. Disebabkan hantu ialah jin, maka dalil kewujudan jin boleh diperolehi dari al-Quran dan hadis shahih. Pada pendapat saya, tidak ada wujud alien atau makhluk asing di planet-planet. Sebab tiada dalil dalam al-Quran dan hadis yang saya tahu. UFO? Ada yang mengatakan UFO mungkin kenderaan perisik tentera Rusia. Mungkin UFO itu ialah gambar REKAYASA. Dengan menggunakan perisian tertentu, gambar hidup atau video pun dapat diubah dan direka. Gambar mati (gambar bukan video) lagi mudah direkayasakan.

Dahulu ada akhbar yang melaporkan bahawa AMERIKA bersiap-sedia mencipta senjata perang angkasa kerana mempercayai kewujudan makhluk asing. Mereka dikatakan bimbang jika planet bumi diserang oleh tentera dari planet lain (alien). Tak perlulah USA atau Amerika buat kerja bodoh kerana percaya cerita karut-marut itu. Makhluk yang dinyatakan dalam ISLAM , yang berakal dan bernyawa ialah malaikat, jin, manusia  dan yang bernyawa tetapi tiada akal ialah binatang. Mana ada alien dinyatakan? Bidadari syurga itu !!! Ya, ini sejenis makhluk lagi. Binatang penyiksa di akhirat. Ya!!! ini juga makhluk yang wujud , yang dinyatakan dalam ISLAM. Mana ada alien penyiksa penghuni neraka???

Kalau tonton filem seram yang kebanyakannya kini seperti tak seram , rasa di hati, banyak yang tak logik, mana hantu dapat berbuat begitu hebat dan begitu seram??? MALAHAN , saya sendiri tidak pernah lihat hantu dapat buat begitu , macam cerita fantasi sahaja. Apa yang saya pernah alami ialah:

1=Biasanya, diri akan terasa seram terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa ada jin berdekatan dan mungkin akan menampakkan dirinya atau mengganggu

2=Jin itu tidak berdaging kerana tubuhnya kelihatan seperti bayang-bayang. Biasanya dalam bentuk bayangan berbentuk manusia yang lutsinar , yang tembus pandang. Dapat lihat ada apa disebalik bentuknya. Warna bayangan itu biasanya jernih kekelabuan sangat cerah tetapi bahagian tembus pandang atau lutsinar memang luas. Kekelabuan itu seperti pada garis bentuk tubuhnya yang seperti bentuk manusia. Ada juga garis bentuk mata, hidung, mulut, rambut, telinga. Ada jin yang bergaris bentuk yang kelihatan berbaju labuh seperti baju tidur, yang bila berjalan, kelihatan terangkat setengah kaki dari paras tanah dan masa berjalan kelihatan pakaiannya itu bergerak-gerak seperti ditiup angin. Ada juga bayangan berwarna hitam pada ketika bilik telah dipadamkan lampu tapi cahaya luar yang memasuki bilik itu membolehkan bayangan hitam itu kelihatan berbentuk manusia dan bergerak-gerak , berjalan.

3=Jin itu dapat berkata-kata dan mengeluarkan bunyi seram seperti bunyi binatang karnivor yang marah.

4= Jin dapat menyentuh tubuh kita. Terasa seperti berdaging, seperti tangan manusia bila jin menyentuh kita, seperti mengurut-ngurut, menumbuk, menggeletek dan lain-lain

5=Juga terasa seperti darah tersirap, seperti hujung ibu jari kaki terasa seperti sedang dihisap . Kesan lebam kebiruan pada tubuh mungkin wujud selepas bangun atau terjaga dari tidur. Ini mungkin menandakan jin telah menghisap darah kita.

6=Jin dapat menyerap ke lantai , masuk ke dalam lantai, malah dapat menembusi pintu dengan mudah.

7= Jin dapat menjelma menjadi tupai dan ular. Malah berdasarkan hadis, jin dapat juga berbentuk lain seperti menjelma menjadi anjing. Menjadi anjing dan ular ialah bentuk kesukaan jin.

8= Jika kita membaca doa dan ayat suci, memang tiada gangguan atau gangguan jin akan hilang.

9= Jin memang dapat mencuri wang

10= Jin dapat menyebabkan seseorang itu mimpi waktu siang atau tertidur secara tiba-tiba lalu bermimpi segera.

Jin dapat menjelma menjadi manusia yang berdaging!!! (bukan lagi dalam bentuk bayangan!!!). Ini dilihat oleh dua orang sepupu saya yang menangis kerana ternampak tok lelakinya dalam bilik air luar rumah padahal tok lelakinya telah dikebumikan. Nampaknya jin itu menjelma menjadi arwah datuk saya itu.

Toyol-toyol  yang pernah saya lihat , berbentuk bayangan budak kecil berkepala botak. Ada juga jin dewasa berbentuk bayangan wanita berbaju labuh atau berbaju tidur yang labuh, yang kelihatan bentuk wajahnya, mata, hidung, mulut, dahi, rambut, dagu, pipi. Macam rupa manusia. Tidak ada gigi taring atau siong terjulur keluar dari mulut dia. Tiada tanduk. Saya tak pernah melihat jin bertanduk atau bersiong atau bertaring keluar dari mulut!!! Tiada jin berkulit menggerutu atau bersisik atau berbiji-biji pada tubuhnya . Saya tidak pernah lihat seperti itu!!!

Saya juga pernah dengar jin ketawa dekat telinga saya. Ketawa tidak henti-henti walaupun saya menjerit . Pernah juga jin berkata-kata sesuatu , saya mendengar tetapi jin itu tidak kelihatan. Seperti jin yang ketawa, itu juga tidak kelihatan.

Apa yang saya nampak (jin atau hantu) membuktikan kebenaran AGAMA ISLAM, membuktikan kebenaran AL-QURAN dan membuktikan kebenaran hadis, membuktikan bahawa TUHAN YANG MEMANG WUJUD HANYALAH ALLAH S.W.T  dan AGAMA YANG BENAR HANYALAH ISLAM. ALLAHUAKBAR!!!!!!

YES, now we can go home!!! Click here to go home….

Ikhlas Itu Terletak Di Antara Syurga & Neraka > Sinaran Iffah

JanganbiarkanParitdanlongkangtersumbat.NantiMembiakAEDES

JanganbiarkanParitdanlongkangtersumbat.NantiMembiakAEDES

AMARAN= Pada 15 JUN 2013, SAYA, PEMILIK WEBSITE DPK ini mengetahui halaman ini hilang dari “Pilih Kategori”. Halaman ini telah dicuri, maka hilang? Nasib baik dalam dashboard tak hilang. Anda dapat jumpa tajuk halaman ini di menu.Saya terpaksa membuat halaman ini semula dalam bentuk page. Halaman ini yang gagal dipamerkan di internet ini berada dalam bentuk post(T=Warning= On 15 June 2013, ME, this DPK WEBSITE OWNER  realize this page is missing from “choose categories”. This page stole by someone, so missing? Fortunately  no missing on dashboard. You can see this page title at menu. I need make a new page like this page again in page form. This page which fail to viewing it at internet is in post form)

APAKAH yang dimaksudkan dengan ikhlas? Jika ini pun anda tidak tahu, ini seolah-olah membayangkan bahawa anda TIDAK PERNAH MENGENALI DIRI ANDA SENDIRI.  Adakah makna ikhlas itu ialah:

1= Ehh! Tak perlu beri wang, saya ikhlas ni

2= Baiklah aku maafkan kamu dengan hati yang ikhlas (tetapi dalam hati masih marah)

3= Ya Allah!  Aku belum bersiap-sedia pergi solat hari raya. Orang lain dah pergi. Malulah kalau tak solat. Mari pergi bersolat kerana Allah.

4= Aku tolong kau ni ikhlas Rohaya. Ini masa kamu susah, esok mana tahu aku pula yang susah.

5= Aku ingin berperang jihad fisabilillah. Rugi kalau kau tidak mengikhlaskan diri pergi berjuang di sana. Pahalanya tinggi, dapat kahwin dengan bidadari dalam syurga!!!

NabiDikatakanPernahBersabda:'Semua sahabatku itu umpama bintang di langit. Sesiapa yang mengikutinya akan mendapat petunjuk"

NabiDikatakanPernahBersabda:’Semua sahabatku itu umpama bintang di langit. Sesiapa yang mengikutinya akan mendapat petunjuk”

AwasPelaburanPertanianPalsuSepertiCacing,Serai,Vermikompos.....

AwasPelaburanPertanianPalsuSepertiCacing,Serai,Vermikompos…..

Ya Allah, Apakah Ikhlas itu? TunjukilahAkuJalanMU

Ya Allah, Apakah Ikhlas itu? TunjukilahAkuJalanMU

SUJUDGELAP

Pada waktu sujud dalam solatlah, waktu yang manusia paling hampir dengan TUHANNYA.

Pada waktu sujud dalam solatlah, waktu yang manusia paling hampir dengan TUHANNYA.

HAMPIR TIADA MANUSIA YANG TEGUH KEIMANANNYA. Semuanya kelihatan layu keimanannya: Semua hal seperti berikut ialah alat utama yang paling kerap berjaya menghancurkan keimanan:

WANG YA WANG HA HA HA AKU KAYAAA HA HA HA

PENDIDIKAN YANG DISUNTIK RACUN DESTROY WITH PLUS, WITH CHANGE DAN LAIN-LAIN

WANITA (SIMBOL GODAAN SEKS?)

BARANG MAINAN DAN SUKAN

GILA SEMBANG DAN GILA BERKENALAN

MUZIK DAN LAGU

ANUGERAH, PUJIAN, IJAZAH

MAKANAN DAN MINUMAN

TIDUR

PANGKAT

ALANGKAH LEMAH IMAN KEBANYAKAN MANUSIA. HAMPIR TIADA YANG TEGUH (HAMPIR TIADA ORANG SOLEH DAN SOLEHAH) WUJUD DI DUNIA.

Kalau setakat 10 sen jatuh atas lantai, tiada orang nak curi.  Jika kita tanya penjual, amat jarang atau tidak pernah ada penjual yang memburukkan dagangannya. Yang ada memuji barangannya walaupun sebenarnya barangannya tersembunyi kecacatan, kerosakan dan sebagainya. Jika dia beri diskaun atau sedekah pun mungkin kerana barangan itu sebenarnya tidak elok atau kurang berkualiti. Sampai di rumah, barulah terbuka semua rahsia. Kalau peniaga itu benar ikhlas, maka dia berniaga kerana ALLAH . Bukan kerana wang.  Tetapi jika difikirkan logik, bagaimana seseorang peniaga dapat melupakan wang dan mustahil dia tidak mahu wang sebab berniaga tanpa keuntungan bermakna bukan berniaga!!!

Biasanya jika ada orang berbuat baik kepada kita atas sebab apapun, biasanya tentu ada tujuan tersirat yang kita tak nampak.  Yang biasanya tidak ikhlas. Ikhlaskah orang yang menderma berbilion ringgit kepada Rumah Anak Yatim , Rumah Perlindungan Ibu Tunggal, Rumah Orang Tua, Rumah Perlindungan Janda (adakah wujud?) yang kemudian kita lihat foto dia beri cek dalam akhbar, tv, internet? Bukankah Nabi telah menggalakkan jika nak bersedekah biarlah orang lain tidak tahu mengenainya??

Ikhlaskah pemimpin memimpin manusia dan negara bila pada masa yang sama hendak dirinya mendapat anugerah seperti gelaran Yang Amat Berhormat dan lain-lain?  Ikhlaskah sesebuah kerajaan itu menyelesaikan kesusahan rakyat dengan beri wang 50000 SEN sekali seumur hidup atau beberapa kali (itu pun sebab nak dekat pilihanraya) tetapi kemudian memberi kebenaran peniaga menaikkan harga barangan ?

Ikhlaskah seorang doktor yang berkata saya simpati kepada anda. Saya akan merawat anda dengan penuh perasaan simpati (tetapi doktor ini kata, rawatan ini terlalu mahal, tak ada diskaun, rugilah saya jika diskaun)

Ikhlaskah seseorang polis itu berkhidmat tetapi ada kes yang dia nak layan , ada pula kes yang dia tak nak terima  aduan?

Ikhlaskah seseorang ulamak itu  beri syarahan agama padahal perkara-perkara yang dia larang orang buat itu ialah juga kebiasaan buruk ulamak itu yang menyembunyikan sifat sebenarnya???

Bukan senang untuk mencapai keikhlasan yang sejati, yang sebenar.  Susahnya seperti hendak pergi mendarat ke matahari. Sebelum anda sampai ke matahari, kapal angkasa anda telah pun terbakar dan meletup kerana cahaya panas api matahari yang terpancar dari jauh. Tetapi aneh ada seorang guru lukisan mengatakan nak masuk syurga bukan susah . Wow hebatlah guru itu padahal saya baca nabi-nabi dan rasul-rasul pun merasa cemas tentang nasib mereka semasa mereka dikumpulkan di Padang Mahsyar DI ALAM AKHIRAT NANTI!!!

Bahkan, saya ada baca hadis nabi yang mengatakan bahawa jika seseorang itu sentiasa melakukan kebaikan sahaja sejak mereka dilahirkan hingga mati, nescaya masih melihat amalannya sedikit di akhirat. Jadi, masihkah gila sukan, gila tv, gila muzik, gila permainan, gila sembang, gila hiburan, gila kembara…….ADAKAH KITA MASIH MAHU ITU SEMUA setelah NABI menasihati begitu????

Pintu langit ke tujuh hanya akan dibuka oleh malaikat yang menjaga langit ke tujuh hanya jika manusia membawa satu kunci yang paling mahal. Apakah kunci yang paling mahal itu wahai saudara, wahai saudari, wahai penduduk bumi, wahai segala jin, wahai segala makhluk????

KUNCI YANG PALING MAHAL ITU IALAH KEIKHLASAN!!!!

Langit ke tujuh ialah lapisan langit yang tertinggi . Sesiapa yang dapat menembusinya bermakna segala amalan baiknya diterima dan diberi pahala oleh ALLAH S.W.T.

 ADA ORANG MERASA TIDAK SENANG BILA BANTUAN YANG DIBERIKAN TIDAK MENDAPAT UCAPAN TERIMAKASIH LALU DIA KATA TAK KENANG BUDI ORANG ITU.  ADAKAH INI , ORANG YANG IKHLAS MEMBANTU???

ADA orang berpendapat bahawa makna ikhlas itu ialah kerana Allah semata-mata. Kerana hendak mendapat keredaan Allah. Benarkah? Tetapi pada masa yang sama dia sangat haloba terhadap pahala. Kalaulah berbuat sesuatu dengan tujuan hendak pahala dan dikatakan juga kerana Allah atau supaya Allah redha, bagaimana jika Allah , tiba-tiba menghapuskan syurga?  Tentulah jiwanya jadi lemah nak beribadat sebab salah satu tujuan dia buat baik ialah kerana nak syurga, nak pantat bidadari.

Ohh! Saya tak nak buat dosa, saya takut kepada Allah. Saya insan yang bertakwa. Syurga untuk orang yang bertakwa. Jika berbuat kerana takwa (=takut kepada Allah), ADAKAH INI IKHLAS? Bagaimana jika Allah hapuskan neraka? Tentulah hilang ketakwaannya kerana jika buat dosa , tiada disiksa juga sebab neraka dah musnah. Ikhlas apa seperti ini?

Jadi, apakah sebenar IKHLAS ATAU KEJUJURAN ITU?  Saya beri anda masa beberapa saat untuk menjawab ini:

SATU SAAT

DUA SAAT

TIGA SAAT

EMPAT SAAT

LIMA SAAT

ENAM SAAT

TUJUH SAAT

oooooOOOOOOpppppp… berhenti, masa dah tamat. Jawapan ialah:

Seorang wanita sufi yang bertaraf wali (maqam kewaliannya tinggi) iaitu Rabiah Adawiyah (ada yang kata namanya Rabiatul Adawiyah pula, yang mana betul?) mengatakan yang bermaksud seperti : ” Aku berbuat baik bukan kerana Syurga dan bukan kerana takut terhadap Neraka”.

Nahhhh!!! itulah makna ikhlas yang sebenar. Orang yang ikhlas itu berbuat kebaikan atau sesuatu itu kerana merasa tenang nikmat melakukannya tanpa mengingatkan syurga dan neraka, bahkan jika Tuhan menghapuskan syurga dan neraka, dia masih terasa nikmat dan tenang jiwa melakukan sesuatu itu sambil berharap Allah redha kepadanya. Justeru, jiwa ikhlas seperti ini ialah tujuan akhir bagi setiap tujuan. Jika ini wujud, maka dia tetap dianggap masih ada jiwa ikhlas yang sejati. Contohnya:

Seorang doktor merawat mangsa dan mengharapkan bayaran diberikan tetapi doktor itu tidak mengenakan caj yang zalim. Malah berniat bayaran yang diterima itu akan disedekahkan sebahagiannya kerana simpati yang sebenar. Doktor itu juga mengambil sebahagian wang bayaran untuk kegunaannya supaya dia dapat menggunakan wang itu untuk tujuan apa juga yang halal , yang diredhai oleh Allah , supaya dapat juga banyak beribadat dengan tenang dan nikmat berzikir, beribadat sunat yang banyak pahala tetapi selalu lupa tentang balasan yang dia boleh perolehi di syurga, malah selalu terlupa tentang siksaan di neraka. Yang doktor itu lebih kerap ingat, bukanlah semua itu tetapi keindahan , ketenangan , kelazatan bersama Tuhan dia seperti tersyuhud dengan maqam fana atau baqa. Jadi keikhlasan itu menjadi tujuan hujung atau terakhir. Dapat wang bayaran supaya dapat terus mengikhlaskan diri!!! Menasihati manusia agar kezaliman berkurangan agar dapat terus mengikhlaskan diri beribadat kepadaNYA dengan tenang dan nikmat.

MAKA , BENARLAH KEIKHLASAN ITU TERLETAK DI ANTARA SYURGA DAN NERAKA DAN BUKAN TERLETAK DI SYURGA ATAU DI NERAKA. sekianlah…………aduhai………alahai………..TO MENU!!