Kasta Moden Yang Dibenarkan!!

Kasta dalam agama Hindu? Pada zaman dahulu kewujudan kasta dianggap menasabah. Kasta itu menggolongkan manusia. Ada yang dianggap taraf yang rendah, ada yang tinggi. Islam pula tidak mengkastakan manusia. Dalam Islam, semua manusia itu sama taraf tetapi yang membuat manusia itu rendah ialah kerana kekotoran hatinya, kejahilannya, kefasikannya.

Walaupun kasta telah dianggap kebodohan silam tetapi kasta moden pula wujud. Yang ini tidak berkaitan bangsa tertentu. Hal ini  dapat terjadi kepada semua bangsa! Ia adalah kebodohan zaman moden, yang masih terjadi atau masih berbaki , kewujudannya.

Kerusi kerani tidak boleh lebih tinggi, tak boleh lebih besar, tak boleh lebih selesa daripada golongan eksekutif atau pengarah. Apa salahnya jika kerani pun dapat kerusi seperti pengarah supaya dapat menyandarkan tengkuk, supaya selesa, dapat berehat lebih baik , supaya kerja dapat lebih cemerlang?  Kenderaan orang bawah tidak boleh diletak di tempat letak kenderaan yang khas untuk ketua jabatan walaupun ketua jabatan itu cuti. Orang pangkat rendah tidak boleh masuk ke tandas VIP. Kasihan orang bawahan yang terberak di koridor sebab terpaksa pergi tandas orang bawahan yang terletak jauh.  Bila diumumkan kenaikan gaji dan elaun , gaji dan elaun pangkat tertinggi dan lebih tinggi lebih banyak daripada pangkat lebih rendah. Apa salahnya jika kenaikan sama rata untuk semua pangkat? Akauntan Negara pun senang kira. Tak pening mengira.  Di dewan atau majlis syarahan, ceramah…. kerusi dan meja orang pangkat tertinggi, eksekutif telah disediakan khas, berada di hadapan. Apa salahnya jika letak di belakang atau mereka duduk bersama orang bawahan. Nabi Muhammad duduk dan baring dengan orang miskin padahal nabi Muhammad ialah makhluk yang paling Allah cinta dan nabi Muhammad ketika itu ialah pemerintah Negara Islam. Ketua Negara. Masih banyak lagi contoh kasta moden dalam jabatan….

Bagaimana pula kasta dalam keluarga? Bila hari raya, anak dan isteri kena minta maaf . Maafkan saya ayah, maafkan dinda , kanda. Bapa atau suami pula tidak pernah minta maaf kepada anak dan isteri. Sebab Al-Quran sudah menjamin dia itu maksum? Lebih tinggi taraf daripada nabi Muhammad? Padahal nabi Muhammad meminta ampun kepada Allah setiap hari. Nabi Muhammad juga pernah mengakui kesalahan arahan beliau kepada manusia. Juga ada sumber yang saya baca memberitahu bahawa nabi Muhammad ada melakukan kesilapan kepada seorang manusia dan nabi Muhammad meminta orang itu membalas .

Lihat buku perintah am atau pekeliling….. Pembayaran elaun yang tidak sama berdasarkan kasta pangkat…. pengiraan yang dapat memeningkan akauntan. Perkara yang bersen nilainya dalam bentuk ganjil. Kenapa tidak digenapkan sahaja supaya senang kira?

Guru sekolah masuk kelas, pelajar kena berdiri dan mengucapkan: “Asalamualaikum”. Kalaulah asalamualaikum itu dipaksakan, jadilah ibadat yang tidak ikhlas. Ini haram. Padahal nabi Muhammad melarang sahabat beliau berdiri untuk menghormati baginda. Tidak perlu menyiksa diri demikian. Bukan kecemasan. Jadilah orang yang waras akal fikirannya. Guru sekolah menengah ada kasta lebih tinggi daripada pelajarnya.

Kasta moden adalah satu bentuk penghinaan. Lambang keegoan, ketakburan, kemegahan. Menjadi bidaah sesat yang haram. Lebih gila, jika bahasa yang boleh dituturkan oleh golongan tertentu sahaja. Bahasa istana? Nabi Muhammad tidak pernah menyusahkan manusia dengan meminta manusia berkata: “Daulat Muhammad!  Sembah patik harap diampun!”. Semua ini mewujudkan kesombongan dan kemegahan seberat zarah atau lebih berat daripada zarah itu, punca masuk neraka.

Taat membuta tuli, masuk neraka. Taat kepada kebiasaan organisasi, masyarakat sedunia yang bodoh, gila dan kejam, punca masuk neraka. Tinggalkanlah kasta yang bodoh, gila dan zalim. Taat orang buta, tidak Nampak hakikat. Taat orang pekak [tuli], tidak sedar arahan itu sebenarnya zalim dan membuli.

Hamparan permaidani untuk laluan menteri. Kenapa laluan pun ada kasta? Kenapa perlu membazir wang rakyat beli permaidani? Menteri tak tahu berjalan di rumputkah? Mengapa ada pelbagai gelaran yang mewujudkan sifat bermegah-megah, bangga yang diharamkan dalam ISLAM? Datuk, Datin, Tan Sri, Puan Sri, A.M.N, pingat itu dan ini? Ini percikan kasta.  Selamatkan orang , dapat pingat hang tuah. Bukankah nabi Muhammad bersabda, bahawa tiada kelebihan kepada manusia melainkan orang yang lebih bertakwa? Kalau selamatkan orang untuk dapat pingat, bermakna tak ikhlas kerana Allah. Mengapa wujudkan factor tak ikhlas dengan wujudkan anugerah itu dan ini?

Nabi Muhammad tidak suka bermegah-megah. Tiada gelaran Tan Sri Nabi Muhammad A.M.N.

Terlalu banyak bidaah sesat haram dalam kehidupan hari ini.

Apabila pengurus meminta operator lebih cepat daripada mesin kilangnya, maka seperti merendahkan /mengkasta-rendahkan operatornya yang tiada hak untuk membantah. Bila manusia jadi hamba atau dipermesinkan.

IMAM MAHDI DAN BINTANG IRINGAN AKAN DATANG UNTUK MENGHAPUSKAN KASTA, MEMBETULKAN OTAK MANUSIA , MEMBETULKAN PERASAAN MANUSIA. ALLAHUAKBAR!

piala hang tuah

 

 

APABILA “Mata Ruh” Terbuka > Oleh Sinaran Iffah

andamasihadapeluangkeduawalauMUFLISghost3ghostghost1

Sebenarnya, karangan ini sesuai juga diletakkan dalam kategori “Penyaring Nostalgia”. Kisah-kisah yang akan diperkatakan di sini ialah kisah yang benar-benar terjadi. Ada yang mengatakan istilah hantu ialah bermakna jin yang dapat dilihat. Istilah Hantu raya, orang bunian, toyol dan lain-lain pula , ada ustaz yang mengatakan semua itu hanya difahami oleh orang melayu. Orang bunian dikatakan juga sebagai jin Islam. Hantu raya ialah istilah untuk jin yang dipelihara atau yang jadi sahabat , yang tinggal serumah. Hantu raya dikatakan dijadikan sebagai sahabat yang membantu menjaga harta tuannya (orang yang membela hantu raya). Dikatakan bila tuannya mati, hantu raya itu akan menjadikan anak tuannya sebagai tuannya yang baru, mungkin anak yang lebih tua. Toyol pula dibela agar mencuri wang orang lain dan wang curian itu diberikan oleh toyol kepada tuannya (pembela toyol).

Dahulu, dikatakan orang barat tidak mempercayai kewujudan hantu. Entah sejak bila , kini mereka telah lama mempercayai kewujudan hantu setelah ada orang barat yang dikatakan melihat atau bertemu dengan hantu. Disebabkan hantu ialah jin, maka dalil kewujudan jin boleh diperolehi dari al-Quran dan hadis shahih. Pada pendapat saya, tidak ada wujud alien atau makhluk asing di planet-planet. Sebab tiada dalil dalam al-Quran dan hadis yang saya tahu. UFO? Ada yang mengatakan UFO mungkin kenderaan perisik tentera Rusia. Mungkin UFO itu ialah gambar REKAYASA. Dengan menggunakan perisian tertentu, gambar hidup atau video pun dapat diubah dan direka. Gambar mati (gambar bukan video) lagi mudah direkayasakan.

Dahulu ada akhbar yang melaporkan bahawa AMERIKA bersiap-sedia mencipta senjata perang angkasa kerana mempercayai kewujudan makhluk asing. Mereka dikatakan bimbang jika planet bumi diserang oleh tentera dari planet lain (alien). Tak perlulah USA atau Amerika buat kerja bodoh kerana percaya cerita karut-marut itu. Makhluk yang dinyatakan dalam ISLAM , yang berakal dan bernyawa ialah malaikat, jin, manusia  dan yang bernyawa tetapi tiada akal ialah binatang. Mana ada alien dinyatakan? Bidadari syurga itu !!! Ya, ini sejenis makhluk lagi. Binatang penyiksa di akhirat. Ya!!! ini juga makhluk yang wujud , yang dinyatakan dalam ISLAM. Mana ada alien penyiksa penghuni neraka???

Kalau tonton filem seram yang kebanyakannya kini seperti tak seram , rasa di hati, banyak yang tak logik, mana hantu dapat berbuat begitu hebat dan begitu seram??? MALAHAN , saya sendiri tidak pernah lihat hantu dapat buat begitu , macam cerita fantasi sahaja. Apa yang saya pernah alami ialah:

1=Biasanya, diri akan terasa seram terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa ada jin berdekatan dan mungkin akan menampakkan dirinya atau mengganggu

2=Jin itu tidak berdaging kerana tubuhnya kelihatan seperti bayang-bayang. Biasanya dalam bentuk bayangan berbentuk manusia yang lutsinar , yang tembus pandang. Dapat lihat ada apa disebalik bentuknya. Warna bayangan itu biasanya jernih kekelabuan sangat cerah tetapi bahagian tembus pandang atau lutsinar memang luas. Kekelabuan itu seperti pada garis bentuk tubuhnya yang seperti bentuk manusia. Ada juga garis bentuk mata, hidung, mulut, rambut, telinga. Ada jin yang bergaris bentuk yang kelihatan berbaju labuh seperti baju tidur, yang bila berjalan, kelihatan terangkat setengah kaki dari paras tanah dan masa berjalan kelihatan pakaiannya itu bergerak-gerak seperti ditiup angin. Ada juga bayangan berwarna hitam pada ketika bilik telah dipadamkan lampu tapi cahaya luar yang memasuki bilik itu membolehkan bayangan hitam itu kelihatan berbentuk manusia dan bergerak-gerak , berjalan.

3=Jin itu dapat berkata-kata dan mengeluarkan bunyi seram seperti bunyi binatang karnivor yang marah.

4= Jin dapat menyentuh tubuh kita. Terasa seperti berdaging, seperti tangan manusia bila jin menyentuh kita, seperti mengurut-ngurut, menumbuk, menggeletek dan lain-lain

5=Juga terasa seperti darah tersirap, seperti hujung ibu jari kaki terasa seperti sedang dihisap . Kesan lebam kebiruan pada tubuh mungkin wujud selepas bangun atau terjaga dari tidur. Ini mungkin menandakan jin telah menghisap darah kita.

6=Jin dapat menyerap ke lantai , masuk ke dalam lantai, malah dapat menembusi pintu dengan mudah.

7= Jin dapat menjelma menjadi tupai dan ular. Malah berdasarkan hadis, jin dapat juga berbentuk lain seperti menjelma menjadi anjing. Menjadi anjing dan ular ialah bentuk kesukaan jin.

8= Jika kita membaca doa dan ayat suci, memang tiada gangguan atau gangguan jin akan hilang.

9= Jin memang dapat mencuri wang

10= Jin dapat menyebabkan seseorang itu mimpi waktu siang atau tertidur secara tiba-tiba lalu bermimpi segera.

Jin dapat menjelma menjadi manusia yang berdaging!!! (bukan lagi dalam bentuk bayangan!!!). Ini dilihat oleh dua orang sepupu saya yang menangis kerana ternampak tok lelakinya dalam bilik air luar rumah padahal tok lelakinya telah dikebumikan. Nampaknya jin itu menjelma menjadi arwah datuk saya itu.

Toyol-toyol  yang pernah saya lihat , berbentuk bayangan budak kecil berkepala botak. Ada juga jin dewasa berbentuk bayangan wanita berbaju labuh atau berbaju tidur yang labuh, yang kelihatan bentuk wajahnya, mata, hidung, mulut, dahi, rambut, dagu, pipi. Macam rupa manusia. Tidak ada gigi taring atau siong terjulur keluar dari mulut dia. Tiada tanduk. Saya tak pernah melihat jin bertanduk atau bersiong atau bertaring keluar dari mulut!!! Tiada jin berkulit menggerutu atau bersisik atau berbiji-biji pada tubuhnya . Saya tidak pernah lihat seperti itu!!!

Saya juga pernah dengar jin ketawa dekat telinga saya. Ketawa tidak henti-henti walaupun saya menjerit . Pernah juga jin berkata-kata sesuatu , saya mendengar tetapi jin itu tidak kelihatan. Seperti jin yang ketawa, itu juga tidak kelihatan.

Apa yang saya nampak (jin atau hantu) membuktikan kebenaran AGAMA ISLAM, membuktikan kebenaran AL-QURAN dan membuktikan kebenaran hadis, membuktikan bahawa TUHAN YANG MEMANG WUJUD HANYALAH ALLAH S.W.T  dan AGAMA YANG BENAR HANYALAH ISLAM. ALLAHUAKBAR!!!!!!

YES, now we can go home!!! Click here to go home….